Wednesday, November 11, 2015

I love you everyday



SALAM



Tajuk macam sesuatu sangat. Aku tatau rupanya bila dah kahwin ni kita jarang nak jd expressive. BAHHAHAHA tapi kalau ada baguih laaa untung badan kau hmmph.. Sebelum kahwin kemain kalau boleh setiap saat nak cakap I love you. chentaaa sangat kan..



After kahwin, ni aku bg contoh aku la kan... cakap I love bila bgn tidur, pi keje and nak tidur. Tapi rasanya bila dah kahwin ni kita boleh tunjukkan I love you ni melalui perbuatan. Sebab sebelum kawin jarang jumpa/tak duduk sekali kan sbb tu sentiasa merinduuuuuu cuba skrg... "asik muka awak jerrrrrrrrr" kekkekeke


Contoh I love you melalui perbuatan :

1) Kemas katil
2) Basuh bilik air
3) Jemur Kain
4) Belikan hadiah
5) Peluk
6) Masak


Apasal contoh ni mcm menunjukkan isteri pemalas jerrrr hahaha tapi sebenarnya betul apa.. sekecil benda tu lah yang orang perempuan hargai.


Agak2 kalau malas nak cakap I love you setiap hari... boleh kot rasanya cakap I love you secara pukal.


I love you forever bebi bebi love you gila vavi!!!


So boleh dah save time tapi ikut pasangan masing2 lah yerr. Ucap lah I love you pada pasangan sebelum orang lain yang ucapkan nya. Eh... peliknya ayat ni kbaiiiii




Friday, October 9, 2015

Cara melukis kening



SALAM!!



Setelah sekian lama, akhirnya ada gak sikit masa nak blogging. Tajuk kemain mcm beauty guru. Konon... padahal... haram.. hrtu aku ada lah p kelas make up and skin care by Mary Kay. Dia ada lah ajar cara2 make up... perghh payah ekk.. Akak tu letak foundation swuh aku blend bukan main banyak, muka aku kulit cam ala ala kuning langsat (yeke?) sekali make up dah macam kelabu taik anjing. Euwww.. cuma tak busuk la ok..


Kelabu kan muka aku? hahahha baiklah takyah make up tebal...



#pitam ni bapok ke???


Aku ni kalau nak bagi rating tahu make up tu, boleh lah bagi 2 dr 10 bintang. hahaha teruk nau. Sebab aku cuma pandai pakai bedak, eyeliner dgn blusher je. Tu je make up aku selama bertahun2 ni, nasib ada gak lelaki yg syok and sudi kawen. Tiba tiba sangat.. 



Baru2 ni aku tengok ramai yg pandai lukis kening. Serious lah, kalau kening kau cantik, muka kau akan sedikit berubah. berubah in a good way of kos. Tapi depends lah kalau kau pandai lukis ke tak. Aku dengan semangat nya bertanya kawan adik aku cane nak buat since derang pandai. Thanks fairuz! Aku siap paksa Wan teman aku pi buat threading. Aku cakap kalau tak buat nnt aku sedih HAHAHHAHA. Wan.... biasa lah, dia nampak aku tak senyum je hati dia dah susah. So pergi lah area Ampang Point. 



Next week nya, aku belajar dr kawan adik aku plak, cane nak fill in kening. Thanks Pika! Gigih gila, ajak Wan gak, pergi SASA nak beli. Kesian Wan mangsa keadaan. So now aku dah pandai sikit. hehehe. Siapa yang sengal2 ubi cam aku jom ikut style aku je.. Kalau tak nak threading pun takpe just kita lukis nampak kemas.


Steps yang aku buat. Kalau korang jumpa steps lain boleh je follow. Aku ikut kesenangan aku and aku make up mmg tak sampai 10minit. 5 minit je kot.


Step 1

Ukur permulaan kening dgn cara line mata. Kening aku mmg terlebih sbb aku malas nk buang. So biarkan jela dia.





Step 2

Tentukan di mana highest point of your eyebrows. Ini adalah senang untuk bentukkan dia nanti. Caranya ukur guna hidung plak dan anak mata. Aku sebab dah treading and highest point tu mmg visible so tak susah nak nampak. Ada org kening yang nipis or halus blh guna teknik ni. Jangan buat tinggi sangat nanti nampak mcm makcik garang dlm cete 101 Dalmatians. Tp kalau nak pe salahnya... bukan kening aku punnnnn





Step 3

Lukis garisan kening dr awal. Lukis nipis je.. Ni mcm just line kan supaya bila fill in the brows tu tak lah menyimpang and comot.





Ni da lukis atas bawah... kening aku mmg tebal pun. Wan dah warning jangan nak nipis sangat dia tak suka. Baiklaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (ikhlas ke tak ni??)


Step 4

Isikan kening dgn mengunakan apa yang anda suka. Ada org guna eyeshadow, ada yang guna brow pencil tu jugak. Tapi aku guna Heavy Rotation. Dia da 3 shades. Cerah, sedang2, gelap. So yg awal pakai cerah lepas smp hujung gelap, kene pandai2 lah letak supaya tak nampak begitu Shin Chan.




Cerah, sedang-sedang dan gelap


 Ni da letak warna.


ha nampak kan beza.. kening sebelah tu sendu je... bahahhahaha


  
 Ni dah lukis and letak warna dua dua belah. Kening aku memang tebal so bior jela dia. Saje gambor ni senget. nampak kurus tak?? BAHHAHAHHA


ha ni tak senget... sooo senang kan?


Step 5

Anda boleh keluar rumah sekarang. HAHAHA!




Kalau tak biasa boleh practice dulu... aku pun banyak kali gak buat baru ok. kalau tak hari2 i jadi Shin Chan. huahuahuahua. Kalau nak shape dia lagi cantik, guna foundation oleskan bebetul bawah kening tu ikut line dia.. memang meletopp! Sila ucap terima kasih sekarang, gigih sangat sebelum tidur lukis kening. kata cantik2 untuk suami. Kbai.

Monday, August 10, 2015

Tues-date



SALAM...



Sejak dah kawin and berusia ni, kalau keluar dengan Wan.. part pergi spa tu mesti ada. Sebab dah berusia kannnn so kene manja kan diri tu lebih sikit. Dengan tak semena-mena kami mintak cuti on tuesday lepas.. Wan cuti, aku half day jerr..



Appoinment spa pukul 5. So nak sampai kan pukul lima tu kami jalan jalan dekat Quill city Mall... tetbe lalu depan Sushi King... Aku tahu ada sushi bonanza tapi tak plan pun nak makan.. hahaha.. sekali dah alang2 masuk lah.. pe lagi.. bantai sushi... Wan kalau sushi dia akan berubah jd rasaksa sket.. kalau kaitan belt tu boleh makan pun dia makan kot.. HAHAHA..


















 








eeeee swuh bg muka bukan perut okkkk... 


Lepas makan sushi, kami pergi spa dekat Renaissance Hotel. Lepas 4 jam dekat spa, kami amik Thai massage, bagi aku thai massage ni aku tak berapa suka sebab dia mcm banyak ketuk2 badan kau.. sakit okk.. beza dengan traditional massage dia mcm lebih menyeluruh.... sakit tapi sedap...



Tengah2 massage tu tetbe aku teringin nak makan tomyam... HAHA... maka terus g Kg Baru..



YA ALLAH.... tolong lah apasal sedap sangat tomyam rosdet ni... dia pedas, tapi kau macam ketagih... nak lagi... nak lagi... serious tak tipuuu... pedas mcm nak lempang orang tapi still makan. HAHHAHA... yummy!



Lepas tu balik rumah kekenyangan HAHAHHA. Best gila haritu.. Nanti boleh repeat lagi... Kalau 6 jam kat spa pun ok kan... tenang je...



Kbai..

Anak Sedara



SALAM




Aku selalu cakap dekat Wan... kalau kita ada anak nanti mesti I akan spoil kan dia... Sebab sekarang pun rasanya aku mmg spoil kan anak anak sedara aku.. sebab tak sampai hati... comel sangat masing2 hahahahhaa...













Semua lelaki ekk.. hehehe.. COMEL....


Wednesday, July 8, 2015

Dinner TNB : Cyberview Resort




SALAM!



Sebenarnya aku pun dah lupa zaman bila dinner ni, ke tahun lepas? HHAHAHAHA teruk sangat ni.
Wan cakap, tema dinner ialah baju tradisional. Maka kami pun decide nak pakai ala ala chinese. Aku memang suka pakaian bertema2 ni. Fun kan...


Selalu aku pergi dekat Puchong sewa baju2 ni, tapi kali ni try kat Ampang, kedai Melayu. Perghhhhhhhhhh murah ekk. Lepas ni aku p situ je if nak sewa..



 Ni tanduk apa eh? THOR ke yang pasti bukan kerbau



 Ni yang hati dalam peti HAHAHHA gila jijik



 Ni aku tatau


 Taraaa! baju ni panas, dalam tu ada 3 lapis Ya ALLAH... gila gemuk aku kelihatan.. HAHAHHAA



Wong Fei Hong dgn Hang Li Po... 



Tapi kami kalah sebab Puteri Raja dengan org kebanyakkan... tak sekufu KAHKAHKAH. Teringin nak pakai baju english style lama2. One day I will :)


Kbai.

Thursday, June 11, 2015

Cara tidur cepat



SALAM



Pagi tadi masa nak pergi kerja, mulut aku bising cakap aku takleh tidur. Sebab malam tadi aku rasa Wan penat sangat kot so bunyi dengkuran lebih kuat dari biasa. Selalu aku boleh je tidur, tapi malam tadi aku rasa mcm nak tekup je mulut dia HAHAHAHHA...



Aku pun berdengkur gak, paham2 lah org asthma.... hehehe... Selalu kalau nak tidur, mesti Wan tepuk aku, tapi biasanya bertahan dalam 5 tepukkan je, lepastu dia pun hanyut.... kadang2 aku pelik... Mamat ni apasal laaa boleh tidur cepat sangat.. Aku kadang2 dekat sejam baru boleh terlelap... Buat-buat lah kira kambing ke vavi ke mmg tak leh tido...



Masa dalam kete nak p keje, aku tanya dia.



"B, mcmana awak boleh tidur dgn cepat, saya heran tol la, sakit hati pun ada"



HAHAHHAHAHA.. jeles ekkk..



Lepas tu dia kata, "Nak tahu rahsia nya? Awak kena pejam mata, lepastu kosongkan fikiran awak"



"Kosongkan fikiran tu apa?" (biasala soalan manusia lampi)



"Kosongkan fikiran tu awak jangan fikir apa-apa, awak rileks"



"Ok, I try sekarang"



Aku pun pejam lah mata and tak fikir apa2 dan aku pun tidur HAHAHAHHAHAHAHA sampai lah UNITEN, Wan kejut aku.



"Ha berkesan kan?, awak masukkan dalam blog awak"



HAHAHHAHAHA



Serious wehhhh malam ni aku nak try lagi...



Amni si sleeping beauty puiiiii

Friday, May 29, 2015

Kuih Siput



SALAM



Semalam dinner dekat Kg Baru, masa makan tu, aku nampak ada kuih siput.. Kalau raya, kuih paling favorite aku ialah kuih gunting. HAHAHAHA senang je ekk. org lain suka tart la cornflakes lah.. aku suka kuih gunting jekkk...


So bila aku nampak kuih siput tu, dia kan mcm ala ala kuih gunting, aku bisik kat Wan.


"B, I nak kuih tu"

"Ha okay"


Dia pun belikan lah sebekas..


**********************


Pagi tadi nak g keje...


"Sayang, ni jangan lupa bawak kuih ulat ni"


HAHAHAHAHAHAHA sampai hati kuih ulat...


tu kuih siput laaaaa gilerrrr!



Ihsan google.


Kbai..

Friday, May 15, 2015

First Anniversary - Cameron Highlands



SALAM....



Gila basi cerita ni tapi nak kena cerita gak sebab sebagai kenangan.. hehehe... Percutian kali ni ialah sempena 1st Anniversary kitaorang... Beriya gila masa ni, memula nak p bali sekali bincang punya bincang tak dapat, cuti terhad. puih.. takpelah, simpan dulu.. So decide nak pergi Lumut. Biasa la aku dengan Wan memang pengemar pantai, so saje pilih Lumut. Ramai orang tanya napa tak pergi Pangkor. Aku tak suka Pangkor. TU JE ALASAN NYA. hahaha maka aku burukkan pangkor dekat Wan... hahahahaha gila jahat kan... so Wan pun taknak gi. Yes! berjaya. So dah booked hotel semua memang bertambah excited lah. Kami booked Swiss Garden Resort. 



Tapi bila sampai je sana... aku dengan Wan sangat krik krikk sbb penuh dgn lalat (-_-) penuh like penuh giler babs sampai atas katil pun ada.. zzzzzzz.. Aku mcm boleh bla lagi, Wan mcm sakit hati gila, dia kata mana boleh honeymoon dgn lalat. hahahahha.



Ntah tetbe decide pergi Cameron Highlands. Sebab Wan tak pernah pergi. So meh la kita gi. hehehe. So drive lah dr lumut tu lalu ipoh semua then masuk Simpang Pulai.... kul 12 kot baru sampai Cameron Highlands.. sejuk ekkk... tapi taklah tahap sejuk mulut kuar asap... fefeeling london sangat kau kan!




Sampai Cameron je terus mandi lepastu tidorrrr! Esok2 bangun je terus pegi berjalan... Aku duduk kat Brinchang.. Yang aku perasan la, kat Cameron ni takde mamak best.. Aku makan yg dekat dpn gerai byk2 tu alahai hambar gila roti canai dia... entah2 kalau aku yang masak roti canai tu lg sedap kot. HAHA.. Maksud aku yg segera eh bukan nak kena uli bagai... Lepas breakfast, tempat pertama kitaorg pergi ialah Raju Hill Strawberry Farm. Npk la kebun strawberry.. Di sebabkan aku ni memang tak suka strawberry so aku xla excited sangat.. Biasa2 je HAHAHA gila takde perasaan ekkk.  Sekejap je kitaorg kat sini, 5 minit je kot HAHAHA pastu blah...







Lepas tu pergi The Smokehouse ke apa tah.. Amik gambar sekeping lepas tu blah.. Sebab kena makan baru leh masuk dalam.. Makanan dia mahal arwah (T.T) takpelaa plus aku bukan lah peminat scones sangatttttt. Lepas dah p situ jap, aku cakap dgn Wan, "Dah jom p ladang teh lah". Cari punya cari akhirnya npk gak jalan p ladang teh, aku asyik dok cakap ladang teh jalan kecik tapi aku tatau lokasi nya mana yelaaa kemain aku berlagak dgn Wan pernah pergi Cameron tapi tu masa aku kecik2... HAHAHHAHA ok pe, at least I pernah pergi okayyy. Rupanya nak park atas ada had dia.. weekend mmg takleh lah kecuali ko bawak org tua2... I should bring atok kan? tetbe.. Dah park tu kena jalan ekk dlm 500 meter baru sampai tempat makan dia.













Yaya cakap kat sini kena makan Strawberry cheesecake dia, aku yang tak makan strawberry ni pun beli lah kan biasalah senang terpedaya lpstu aku tanya adik cashier tu apa teh paling sedap (of kos la aku nak try kan walaupun aku tak suka teh) Budak tu rekomen teh apatah dia kata takde kat luar teh tu kat Cameron je ada.. segelas rm 9. Aku pun biasa lah, terpedaya lagi... beli la.. sekali minum? hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm paddiaaaaaaaaaa



paddiaaa tah posing camni..



 Nyaman je kat atas tu kan? kalau ada rumah mcm tenang je. Konon. Yela tu Amni, ko tak dpt internet dah meroyan. HAHAHHA. So lepas dah amik2 gambar, kitaorg makan lunch dekat Teh Tarik Place. Ni part paling 2nd best aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Makan mee goreng sambil muka kena angin.. Part 1st best aku cete malam kang. Rasa mcm sangat tenang makan dalam keadaan sejuk.. Lepas dah habis makan, aku ajak Wan pergi Lavender Garden. Aku tahu laki aku mcm malas, tapi memang tu je aktiviti yang ada kan? Asyik nak dok dalam bilik je takleh aku ni bukan jenis mcmtu, aku nak sentiasa bergerak2 hahahahha.








Ni fav posing kot...


Sekali sedar2 dah kul 5. Kat sini memang tak perasan masa sbb cuaca tak berubah. So ingat awal lagi.. Wan pun ajak balik rest... Esok baru jalan lagi.. Oklah.. Saya terpaksa akur (ayat novel) Balik hotel rest2 sebelum makan malam.. eh makan lagi? Kitaorg duduk kat Brinchang, malam tu kami pi makan kat Tanah Rata, kedai makan melayu... sedap gak...




Lepas makan, beli Vanilla Latte, lepak kat belah luar Starbucks. Ni part paling best.. sebab angin sejuk, lepas tu minum air panas.. serius rasa nyaman je... chewahhhhh... Lepas makan balik hotel tidoooooooooooooo.....


Esoknya breakfast kat Teh Tarik Place... Lepas tu jalan jalan nak beli ole ole untuk kawan2 and family... Singgah Raju lagi... Adik aku pesan swuh makan waffle ni.. YA ALLAH sumpah sedap..... aku makan tak tgk kiri kanan... hahahaha.




Uncle Raju ajar makan strawberry.. letak madu dgn gula icing.. sedap arwahh!


Strawberry kembar Uncle Raju bagi :)


Lepas dah beli strawberry semua, maka balik lah kami.... Singgah dekat Cameron Valley punya ladang teh plak...










Maka berakhir lah kisah percutian anniversary yang tak jadi ni HAHAHA. Best gak Cameron.. kekkekeke.. Apapun, aku nak datang sini lagi!


Kbai.

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...