Tuesday, May 20, 2014

3 cara menaikkan kadar keyakinan diri!


SALAM!!!



Siapa yang dekat sini tak pernah rasa rendah diri? Banyak faktor sebenarnya yang membuatkan kita rendah diri. Senang cerita, kita kaitkan dengan aku jelah eh. Dulu aku gemuk (perasan.. skrg gemuk gak) so aku punya self esteem tu memang low. Gemuk, peluh banyak, peluh banyak? busuk lakk.. Macam2 lah kan.. Tapi aku naikkan confidence aku dgn kuruskan badan dan hidup secara sihat. Ada orang low self esteem sbb jerawat, ada sebab pelajaran... background family.. macam2 lah... Tapi sebenarnya, kita boleh atasi benda2 macamni.. So macamana nak naikkan self esteem kita, ni tips simple.



BERCAKAP GUNA MATA



Mesti ada orang akan kata, bercakap guna mulut lah, bukan mata. Sesetengah orang, bila dia low self esteem, dia akan pandang kiri kanan sbb dia takde keyakinan nak pandang tepat pada mata orang tu. Ni dikecualikan untuk pasangan yang baru nak bercinta... Kang bertentang mata, pecah lak dada... sbb berdebar sgt.. Ala, takyah org bercinta, aku ni pun kalau Wan tgk aku lama, aku dh berdebar.. bagaikan jatuh cinta lagi... Auwww... Sila lempang, takpe.



Kepentingan mengunakan mata ni ialah, ianya akan menaikkan self esteem kita. Petanda2 org yg mata kelain, mulut kelain ni ialah maybe dia malu, depress and tak yakin dengan diri. If buat presentation, mesti kena ada eye contact, and SMILE! Trust me, kalau kita pandang orang, and senyum.. Orang tu balas balik (positively ofkos) Self esteem kita akan naik... Tapi kalau ko pandang dia, dia jelir lidah, baling je microphone. Takpe aku benarkan.



BERDIRI/DUDUK TEGAK



Ok, jujur lah kan... Kalau ko tengok, orang duduk meleset je, cam tak makan 198 hari, ko nampak dia berkeyakinan tak? Compare dengan orang yang duduk tegak and ready for anything. Walaupun kita rasa benda ni simple, tapi sebenarnya dia bg kesan pada kita. Plus, kalau postur badan kita betul, sampai tua pun badan takla sakit sangat (tak sakit sgt je eh, bukan tak sakit lansung) Aku pun kat office, duduk tegak je, tapi belakang ada bantal hehe.


Kalau berdiri tegak kan nampak kemas, tengok askar berkawad, tegak je. Cuba kalau derang senget2, memang huduh betul rasanya. Selain daripada itu, cara jalan juga mempengaruhi keyakinan diri kita. Kalau ko jalan huyung hayang, elok ke camtu? takkan... And if ko jalan seret2, mmg tak sopan.. Orang tengok pun macam apa je. So, jalan elok2.



CARA PEMAKAIAN



First impression adalah sangat penting. Oleh yang demikian, jangan lah pakai baju yang terlalu terang or transparent. Tak elok kan? Cuba kalau kita pakai pakaian yang selesa dan sesuai. Kita sendiri akan rasa confidence sebab kita nampak elok dan kemas dalam pakaian tu. Kalau kau suka sangat baju tu pakai banyak kali pun takpe asalkan bukan ko amik baju orang lain. HAHA.



Bagi yang tidak bertudung, mungkin ada sesetengah fesyen rambut yang boleh naikkan keyakinan korang, so use that bila nak pergi interview ke nak pergi buat presentation ke or kalau dengan rambut tu confidence level kau naik masa nak masa sardin kat rumah pun, apa salahnya kau buat rambut camtu. Takde orang marah sbb mmg rambut kau.



Bagi aku kalau kau pakai lingerie yang sexy pun akan naikkan confidence level kau tak kira pegi keje ataupun bila dgn suami. hehe.



For me, aku suka warna yang bold, pastel kaler mmg bukan kesukaan aku sbb aku rasa aku akan nampak gelap. So aku hanya pakai tudung warna bold. Benda tu akan naikkan confidence aku. Masa aku kawin pun, aku pilih tudung warna bold. hihi. And aku pun rasa kalau aku pakai high heels, aku punya self esteem naik... sbb nampak tinggi.. (tak bersyukur kan) HAHAHHAHA...



Lain2 benda seperti, bak kata bos aku, if kita train orang, confidence level kita tinggi. Sebab kita sampaikan ilmu. And orang tu trust kita dengan apa yang kita sampaikan.




Kalau pakai lip balm menaikkan confidence level anda. WHY NOT? hahahhahahaha. Jgn la Wan baca entry ni..



Yang penting jangan jadi fake. Kbai.

No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...