St. Ives - Tegang, Lembap dan Sihat.



SALAM!!!



Entry ni aku buat sebab aku nak share betapa best nya produk ni. And kebanyakkan barang2 aku, sebenarnya aku selalu beli secara tak sengaja. Salah beli lah, sesaje beli and kadang2 tu cam eh SALE! zasss terus grab, pastu tak pakai. Membazir amalan syaitan! Tapi syaitan tak pakai lotion kot..... jk.



Ok, so ada dua produk yang aku nak suggest, and kebetulan dua2 nya dari Brand yang sama. Cerita nya begini, ada satu hari tu, aku cakap kat adik aku yang aku nak beli Masker, sebab aku taknak dah guna masker yang ada (Masker siput babi pun aku tak guna lagi) pui. Siap cakap kat adik aku, nanti kita share tau pakai biar sama2 cantik. *KONON NYA*... Pastu semangat ni... siap dan2 pergi Guardian. Nasib Guardian dekat je. Ada lah dalam 20 minit gak aku pilih, last2 aku decide amik yang ni.






Pastu otw balik tu, sebab dah excited sangat, aku bukak plastik tu, nak bau2 konon nya. Pastu lama aku baca label dia. Pastu cam terbangang jap.... dalam hati berbisik, aku nak beli masker ke scrub sebenarnya? Tetiba teringat..... nak beli MASKER laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! bukan SCRUB!!!! zzzzzzzzzzz... Pastu bila balik, cakap kat adik aku. dia gelak je, dia kata alaaa ni aku pun ada.. DOUBLE zzzzzzz. Tensi gak aku haritu. Biasalah sejak nak kawin ni memang jimat habis, so bila dah membazir camni hati ada sedikit sedih. *POYO*



Tapi ketensi-an aku tak lama, aku pujuk hati aku, ada hikmah ni aku salah beli. SOBS. Lalu aku baca lagi label dia belah belakang... bla bla bla... "For best result use 3 to 4 times per week" . Setahu aku scrub ni kita takleh guna selalu sebab nanti kulit kering.. Tapi 3 to 4 times ni kerap gak, mungkin ada baiknya. Positif gila kan, sebab dah salah beli. So aku pun layankan jelah Apricot Scrub ni.... Masuk minggu ke 2 aku perasan kulit aku cam tegang.. *Bukan cocok ok, cocok2 tak mampu*



Aku ni jenis suka senyum depan cermin toilet, pastu perasan lah kan, kalau dah hari2 ko tengok muka kau, mesti lah perasan. Lalu aku layankan je... And hasil nya bertambah baik. Suka sangat! And now dah tinggal separuh. Huahuahua. So, aku suggest lah Scrub ni.. Kalau boleh beli dengan cleanser dia sekali lagi elok kan.. =D



Ok, habis dah cerita ni. Next Produk please.....



Di sebabkan keberkesanan produk yang atas ni, aku pun cecepat habiskan lotion aku kat Office sebab nak try lotion dari Brand yang sama. Biasa lah aku kan mudah terpengaruh. Huahuahua. So bila dah habis je, laju je pergi Pharmacy. Godek2 semua jenis, last2 aku amik yang bawah ni...





Part paling best tentang lotion ni ialah dia serap cepat.. Aku jenis sampai office terus pakai lotion kat kaki, tangan and etc. So biasa nya lepas sapu lotion tu terus gang2 ajak breakfast. Selalunya, lotion tu tak sempat serap lagi aku dah pakai kasut, so dia rasa cam sticky2 and nak tersungkur ada gak sbb licin kan. Tapi dengan lotion ni, Wah! Masalah itu dapat di atasi. Hehe. Macam masalah besar sangat.



And lotion ni dia memang sentiasa bg anggota badan lembap walau dah ber jam-jam. SUKA!!!!! But ada kontra dia, bagi aku taklah kontra sangat, lotion ni tak wangi. Bau dia cam muntah kucing kadang2 aku rasa. HAHAHAHA. Tapi takpe lah sebab nak dok office je pun. Kalau nak wangi pakai Victoria Secret lah kan.. Memang wangi YA Ampun.



Aku rasa masa belajar dulu aku pernah guna Produk ni, tapi mungkin masa tu tak kena dengan kulit aku ataupun aku guna jenis yang salah. Akhirnya saya bertemu jodoh dengan mereka di usia 26 tahun! Indahnya dunia =D



Ok over. Bye.



Comments

Popular posts from this blog

5 Tanda Kulit Sensitif

Kenali Tahi Anda

My Journey With Nutox