Wednesday, July 31, 2013

Hilangkan lingkaran gelap di mata / How to reduce your dark Under-Eye Circles


SALAM!!!



Ye ye, saya tahu hari ni dah 31st July 2013. Entry bendapatutbuat tak keluar lagi. Sebab saya busy dan masih memikirkan apa benda lah yang aku nak suruh korang buat. Tapi takpe, kita tinggalkan dulu topik tu, sekarang ni aku nak cakap (tulis lah!) pasal dark circles. Benda paling common. Rasa macam dah pernah cakap (tulis lah!), tapi takpe, cakap (tulis lah!) banyak kali, bior senang ingat. 



So, kenapa kita ada lingkaran gelap? Alah, soalan ni, senang nya nak jawab. Pejam mata jek. HAHAHA. Antara sebab yang paling biasa kita dengar ialah kurang tidur, kurang rehat, bila usia meningkat, kulit kita makin nipis pun boleh menyebabkan dark circles, perubahan hormon, kurang vitamin dan kurang minum kopi (INI TIPU). Ada juga sesetengah orang yang memang ada dark circles sebab genetik. 



Tak di nafikan kalau ada dark circles ni wajah kita akan nampak letih, nampak tua.. senang cerita kurang menarik lah.. Sebab tu lah banyak produk2 kecantikkan yang memang cipta khas untuk mengurangkan benda ini. Kan Kan? Bagi yang rajin, boleh kurangkan dark circles ni sendiri kat rumah, guna timun yang sejuk (baru keluar dari fridge) or guna tea bag yang juga sejuk. Baru rasa tenang.. ewahhh...



Tapi, rajin pulak kan korang nak buat hari2. Kalau aku mahu mengamuk mak aku guna timun letak kat mata, baik makan. HAHAHHAHA. Nasib aku takde masalah dark circles yang teruk. Manja manja je.. hehe. So disini, kepada yang malas macam aku, cara paling senang nak tutup dark circles ialah dengan make up. Yelaaa apalagi... ko ingat guna apa? Susuk? Cucuk2? Tak mampu okei.


Aku sebenarnya tengok adik aku pakai benda ni, pastu biasalah aku kan senang terpengaruh. Aku pun beli. HAHAHAHA. Kalau lah ada 1000 orang macam aku, untung syarikat2 kat Malaysia ni. Hek. So, aku guna benda ni dekat bawah mata aku. Feeling2 cam nak tutup kan... padahal kalau tak pakai, tak jadi apa pun. HAHAHAHA.



 Maybelline Clear Smooth



Code : 01 Fresh


So, kesudahan nya, korang tempek jelah, foundation ke, concealer ke BB Stick ke kalau nak tempek bedak sejuk pun ok gak. Aku jamin! Memang tak nampak dark circles. Lepas dah pakai benda2 ni, pakai bedak macam biasa. Blend elok2, insyaALLAH tak nampak.


Ha... senang kan? Tapi ini tak di nasihatkan sangat lah. Lebih baik korang mendapatkan tidur yang cukup, makanan yang berkhasiat dan vitamin yang cukup. Kan lebih baik. Tak gitu?


Okbai.

2 comments:

  1. pasaipa aku pakai macam takbest je benda ni?>

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa entah.. dekat muka aku ok je.. sbb kulit aku kulit kerbau kot hahahhaa

      Delete

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...