Part 4 : RS & AJ



SALAM!!!


Wah! Dah part 4. Aku harap entry2 sebelum ni dapat membantu sesiapa yang nak bertunang. At least bagi rough idea. Kan? Sebab aku tahu ramai gak yang blur2 bedah cam aku ni. Hehe. I am here to help! =D



So, yang ke 4 ni aku nak cerita pasal baju nikah. Selalu nya baju nikah warna putih kan? Aku pun teringin gak nak warna putih sebenarnya, tapi Mama kata kalau warna putih lepastu baju tu takleh guna dah sebab putih kan.. Jarang org pakai putih ni.. SOBS.



Maka hari minggu bila tah, aku pergi lah Jakel Shah Alam dengan mama, yaya, nana and of kos lah Wan.. Kitaorg pergi kereta asing2 sebab Mama ada nak g manatah before tu.. So, aku dengan Wan sampai dulu kat Jakel. Pastu kitaorg naik ah tingkat atas, tempat baju2 pengantin ni.. Wan tunjuk dia suka kaler apa, and aku plak tunjuk Mama suka kaler apa.. Aku? Aku layankan je dua manusia ni.. hehe..



Memang banyak gila ok. Cam rambang mata bila tengok banyak2 camtu.. And ramai gak orang.. Uolsss ni sibuk tauuuu.. HAHAHHA. Kitaorg pun jalan2 lah kat situ sementara tunggu Mama. Tak lama lepas tu Mama pun sampai... Pastu start lah round2 satu floor tu.. YA Ampun penat ok! Aku ni jenis asal boleh je, sbb aku cam malas nak pening kepala..



Harga dia ada yang murah and ada gak yang boleh nak terkeluar bijik mata tengok.. Ikut kemampuan masing2. hehe. Kemampuan aku dengan Wan? Kitaorg biasa2 je.. Nak sangat kawen cepat kan.. So, jimat lah apa yang ada. hehe. And finally, Mama stop dekat satu section ni... Harga sebelum diskaun memang aku nak nangis... Tapi sebab before this Mama dah beli baju tunang aku kat situ gak so dpt diskaun lebih sikit. Hehe.



Lepas tu apa lagi, satu2 gelung kain tu Mama tengok, Mama, Wan dengan Yaya yang pilih. Aku senyap. Aku punya permintaan satu je, aku taknak kain tu nampak ketibas bila pakai. HAHAHAHA. Geli ok. Memula warna cream, pastu grey, pastu silver... Ya Allah peninggggggggg... Last2 Mama dengan Wan berkenan dengan kain yang sama. Alhamdulillah........



 Candid! =D


 

 Masa ni Mama suruh aku dengan Wan try dekat2 tengok elok tak. HAHAHA. Layankannnnnn....

 


Lepas setel baju, cari sampin ni satu hal gak. Harga dia memang telan air liur. Sebelum pergi beli ni aku siap buat research kot pasal samping songket ni.. Nak buat susah.. Kalau yang handmade lagi mahal.... 



Yang Wan pilih ni org Jakel tu kata mesin yang buat.. bukan handmade. Mesin buat pun harga dah ribu.. Nasib Mama ada. Lega... Mama ni dia memang pandai godek2 orang bagi murah hehe... Tapi yang aku takleh blah nya, aku tanya napa pilih samping warna tu? Mama kata sama dengan beads baju aku.. (-___________-) Sampai tahap tu sekali teliti nya.. SURRENDER. 



Nasihat aku, kalau nak material cantik, memang kena spend duit sikit untuk baju, sebab kalau lace murah tu, memang lace zaman nenek aku muda. Sumpah! Tak tipu... And bagi aku, baju nikah ni yang memang kita buat sendiri, baju sanding tu kita boleh sewa.. Kan? Kira ini macam kenangan lah.. Ewahhhh.....


Tips beli baju nikah/sanding/baju pape lah:


1 ) Decide siap2 kaler apa
2) Tetapkan iman dan budjet
3) Cari material yang selesa sbb baju ni mcm investment gak, mahal ok! So kena pakai sampai koyak hahahahhahahaa.
4) Tawar setakat mana yang boleh.



And last week ke 2 weeks tah, lupa dah, kitaorg decide nak pergi beli songkok dengan sejadah dekat Jalan TAR.. Dah sampai Jalan TAR, takleh masuk ek. Jem teruk gila, ada apatah kat sogo masa tu, pastu Wan kata beli kat kedai kawan Abah je. Lepas tu pergi lah kedai kawan Abah dekat Taman Cahaya, Ampang. Nama kedai tu BMO Tradisional (www.bmo.com.my) Masa dh jem tu, aku cakap kat dia, beli songkok rm 7 jelah kat Tesco. KAHKAHKAH.



Sejak dah nak kawin ni jugaklah baru aku tahu ada 2 jenis songkok. Songkok biasa dengan songkok baldu. zzzzzzz. Wan kata dia nak songkok baldu sebab boleh bersihkan guna berus. OhISee. Kira nya dari segi kualiti songkok baldu ni lagi bagus dan elok. Boleh pakai lama. Handsome gila ok Wan pakai songkok. Eh boleh lak puji bf sendiri. HHAHAHAHAHHA.



Ok itu je.. Sekarang tinggal beli barang2 mcm coklat semua tu je. Hehehe. Semoga semua berjalan lancar. Amin =D




Comments

Popular posts from this blog

Kenali Tahi Anda

5 Tanda Kulit Sensitif

My Journey With Nutox