Monday, March 25, 2013

Kenapa Anda Busuk?


SALAM!!!


Mula mula kena minta maaf kalau tajuk entry kurang sopan. Tapi apakan daya, realiti memang pahit untuk di telan. Siapa di sini ada masalah bau badan? Siapa? Benda ni sangat common. So, jangan malu okay? And sebenarnya ada sesetengah bahagian di badan kita yang berbau. Kalau yg semua satu badan busuk tu, dah korang gi je terjun bangunan, apasal busuk sangat ni. HAHHAHAHA. 


So mari kita discover :


1) Kaki Busuk


Kenapa kaki busuk? Biasa nya sebab kaki kita basah atau lembap. Bila kaki kita basah atau lembap, bakteria akan ada, benda tu yang buat jadi busuk. Solution dia? Senang je, kaki jangan lembap atau basah. Pasti kan sentiasa kering. Kat celah2 jari pun kena lap juga, bg kering.


Lepas mandi, LAP. Pergi toilet, lepas cebok, LAP. Asal basah je, LAP.


Kalau agak2 kaki korang jenis kuat berpeluh, jangan pakai stokin. Biar dia lapang, tak tertutup. Kalau nak juga pakai stokin, pilih jenis kain yg serap peluh, selesa dan nipis.


2) Ketiak Busuk





Kalau korang mandi, korang basuh tak ketiak? Pastu letak deodorant? Kalau buat bagus. Tapi ada jugak jenis org yg masih mengeluarkan bau walaupun dah basuh and letak deodorant.


Mana datang nya busuk tu? Mesti lah dari peluh. Peluh tu pulak kan hasil dr apa yg kita makan, cuba perhatikan apa yg korang makan. Ni kalau rajin, boleh lah buat eksperimen. Seminggu makan benda sama, pastu next week tu makan benda sama. Pastu perhatikan bau badan korang. 


Benda ni konsep dia sama gak cam tahi, kalau korang makan sayur je, tahi korang taklah busuk sangat. Tak caya, try.



3) Mulut Busuk



Punca mulut busuk ialah dari apa yang korang makan. Bawang, bawang putih, rempah2, petai, ni semua makanan yg akan buat mulut korang busuk. Oh ya, durian pun. HAHAHHAHA.




Nak atasi dia senang je, kena gosok gigi then floss. Tapi, sabar, ada tapi lagi.. kalau korang jenis berus gigi korang tak betul, makanan tu akan terselit2 kat celah gigi, yang tu pun boleh buat mulut busuk. FIRST CLASS. HAHAHA. Jangan lupa gosok lidah sekali.


Tapi kalau dah rasa diri tu dah gosok gigi, dah buat semua benda, tapi still busuk gak, jumpa lah doktor gigi. Mungkin ada penyakit lain yg ada dalam mulut korang. Ok? ke sbb korang banyak mengumpat? WAKKAKAKA.


4 ) Cik Pit Busuk


 Yang ni malas nak terang banyak sebab dah pernah tulis full entry pasal ni.


SILA TEKAN DAN BACA


Nasihat aku satu je, jaga baik2. Nak pakai lama. Ok?


5 ) Hati Busuk


Yang ni, sila minum air zam zam, bersihkan hati. Tak elok dengki2 tau. Rezeki masing2 ALLAH bagi. Kalau ada org tu lebih dr kita, mesti ada something yang dia kurang. ALLAH tu kan adil. 


Bersyukur dengan apa yang kita ada. Ada banyak lagi org yang kurang bernasib baik kat dunia ni.


Ok, entry tamat. Aku ngantok, perut sakit. Nak balik boleh tak? Sobs sobs.


kbye.


3 comments:

  1. wah............. berguna!!!!!!!! thnks AJ

    ReplyDelete
  2. Hati busuk.... huhuhu.... yang pastinya tuan punya blog mesti baik hati kan...

    Kat sini, paling penting hati kena baik kan...

    Saya juga ada perkongsian untuk tangani masalah bau badan ni... 100% selamat dan berkesan ---> http://celebritylass.blogspot.com/ Jom singgah...

    ReplyDelete

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...