Tuesday, March 19, 2013

5 tanda kulit anda mengalami penuaan


SALAM!!!



Sebenarnya lama dah entry ni dalam draft, tak sempat2 gak habiskan... jemari ni sgt susah nak bergerak..chewahh..jemari konon..Okay, lately.... ok not so lately lah.. selama ni memang aku sangat concern dengan kulit aku. hehe. So, aku nak juga orang lain concern sebab tak rugi pun. Lain lah kalau makan nasi tomato pastu berak, haaa tu rugi.


Maka, di sini aku nak share pasal 5 tanda-tanda yang menunjukkan kulit korang sedang menua. Bahasa kasar nya kerepot lah. Jangan kecik hati eh, terima dengan hati yang redha. HAHA.


1. Tak berani keluar rumah kalau tak make up


 Cuba perhatikan diri korang, adakah korang berani keluar rumah tanpa make up. Biasanya kalau kita tak make up, benda pertama yg memang tersangatlah jelas, nyata dan terang ialah lingkaran gelap bawah mata. Setuju? Yang ni aku pun ada sbb tak suka tido awal. Makin lama makin gelap. Bila dah makin gelap tu, muka kita akan nampak lebih penat dan tua. YA, TUA. Eh, tapi aku tak. Aku sentiasa nampak cam 23 tahun. Korang je..


So, nak elakkan muka nampak tua, korang kena apply cream mata yang ada kelembapan tahap dewa iaitu yang ada hyaluronic asid. Biar kelembapan tu meresap masuk ke dalam kulit di bawah mata. And, tidur lah awal, nak cantik takkk??


2. Takut nak senyum bila bergambar


Bila kita senyum, kan ada garisan yg akan timbul kan? Garisan yang dr hidung ke mulut. Bila kita makin berusia, garisan tu makin jelas. Tapi umur2 macam aku ni belum lg lah nampak, melampau tol kalau dah nampak. Nampak sgt murah dengan senyuman. Heh.




Antara faktor-faktor yang menyumbang pada garisan halus ni ialah genetik kita, lebihan terdedah dengan cahaya matahari dan juga lebihan senyum. HAHAHA. Sebab otot2 kita kan bergerak hari hari, tapi takpe, senyum tu sedekah. Semakin kita berusia, kita punya kolagen semulajadi makin kurang. So kulit tu dah tak berapa nak tegang dan elastik. HAHA. Dah mcm apa plak.


So kalau nak kurangkan line2 tu, cari cream yang ada collagen, ataupun makan je collagen terus. Mudah! HAHAAHHAHA.


3. Menyorok kan kulit.


Bila kita makin tua, kulit kita akan kurang tegang. Sebab tu ada kedut. Tapi antara banyak2 bahagian, ada satu bahagian yg cam susah sket nak bekerjasama. Bahagian tu ialah leher kita. Kau bgtahu sekarang mcmana nk buat senaman bg leher tegang?! Mungkin dengan makan leher ayam KOT.


Muka tegang. Leher??


So, bila kulit dah tak cantik, ramai perempuan memilih utk show less skin. Ala, baik ko pakai baju tutup aurat je, senang. Betul tak? hehe. Kalau kita amalkan yo yo diet pun, tak elok gak, sbb badan kita boleh jd mengelebeh. Benci kan word tu? Aku pun tak suka, jom takyah kawan dia. Huh!


Nak atasi nya kena makan collagen gak. And.... nanti lah aku cari senaman nak bg leher tegang. Kang aku bgtahu bila aku dah tahu. Ok?



4. Noda Muka


Perasan tak bila kita makin tua, kulit kita akan ada titik2 coklat. Bukan freckles tau. Hmmm mcmana nk terang eh.. tunggu korang tua laaa sng. HAHAHA. Bintik2 coklat ni pun kita boleh dapat bila kita expose kulit kita pada matahari secara berlebihan. Tu pun tak elok gak, boleh kena kanser kulit tau. Ish ish...




Cara nak kurangkan bintik tu, pakai krim pencerah, so dia akan pudarkan sikit warna bintik2 tu. Tapi jangan plak pakai sampai kaler muka tak sama dengan kaler tangan eh. HAHAHAHAHA. 


Siapa yang kaya raya duit campak2 pergi je jumpa dermatologist, laser muka kau. HABIS CERITA. 


5. Kedut


Muka kedut, means tua lah! HAHAHAHHAHAHA


Yang utama nya, minum banyak air masak ok dan gerakkan punggung lalu bersenam. Sekian. Kbye.


No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...