SALAM!!!
Tajuk2 entry aku sekarang memang cam kurang sopan eh. HAHAHAHA. Sebab aku saje nak bagi korang sedar. Niat baik takpe kot. Sekarang ni aku nak tanya, apa definisi kulit yang teruk? tak sihat? Ataupun kita boleh kata bermasalah. Sopan skek.
Sebenarnya, bila kita ada masalah kulit, kita kena ambil tahu apa punca2 nya. Then, dari punca tu kita boleh tahu macamana nak atasi. Sama jugak macam bila kat highway, kita stuck, kat right lane tapi slow. Mesti ada satu kereta yang slow, punca kepada ke-selow-an itu. Kannn???
So, jom kita tengok apakah antara punca2 kulit jadi tak sihat ataupun habit2 kita yang kita buat yang membuatkan kulit kita bermasalah. Kalau ada yang korang buat, ambil inisiatif untuk ubah. Betul ke aku eja tu? Apani graduan UIA tatau eja bahasa melayu?! Cikgu Senu jangan marah saya.Lap u.
1) Pakai SPF/Moisturizer
Siapa dekat sini yang pakai SPF/moisturizer? Tak kisah lah cap apa. Yang penting pakai. Kalau yang dah pakai tu, bagus. Tapi, biasa nya kita akan pakai waktu pagi je kan? Korang apply balik tak after lunch? Ataupun after 3-4 hours? KENA RE-APPLY ok.
Tak payah susah2 nak basuh muka ke apa, just touch ups muka korang dengan compact powder. Obviously compact powder korang ada SPF kan? Eh, ke takde? Bagi yang muslims, lepas zohor tu adalah waktu paling baik nak touch ups. Yang mana office ada air-cond ke apa, still kena re-apply.
JANGAN MALAS. SIAPA MALAS NANTI GEMUK.
2) Alat solek terlebih usia
Aku tahu make up memang mahal. And kita akan cuba sedaya upaya untuk menghabiskan make up sehabis yg boleh. Kalau botol moisturizer tu boleh aku kopak, memang aku kopak. HAHAHA.
Sesetengah produk jangka hayat dia lain. So, di nasihatkan setiap season (3 bulan lebih kurang) korang buat lah pembersihan. Biasa nya kalau aku, aku takde alat solek yg banyak. Setiap satu jenis tu memang ada satu je bawak ke hulu ke hilir. So, memang guna tu je, paling lama 2 bulan mesti habis. So, memang aku tak simpan lama. Kecuali lipstick lah ada banyak. hehe.
Produk yang paling bahaya ialah mascara. 3 bulan je sila campak dlm tong sampah. Nasib aku tak pakai mascara. Kalau pakai, time nak bersihkan tu, kemain banyak bulu mata aku gugur. Takut plak nanti lama2 takde bulu mata. Soram den.
3) Kulit selain muka
Perasan tak kita selalu abaikan kulit bahagian bawah dr dagu. Selalu kalau org yg tak pakai tudung, derang berbedak, pastu muka je putih, leher kaler lain. WAKAKKAKAKAKA. Kwaja eh aku.
Ramai di antara kita yang tak begitu mengambil berat dengan kulit bahagian bawah dagu kebawah. Lepas dari dagu tu, leher, dada semua tu lah. Sepatutnya bila kita pakai moisturizer, bahagian tu pun kita kena letak jugak.
So, lepas dah tahu ni, kita kena treat kawasan tu dengan baik ok? Sapu lah sekali, besar mana sangat lah leher korang. Kan kan? Tak baik kedekut. Moisturizer ataupun sunscreen tak bawak mati.
4) Tidur tanpa basuh muka
Benda ni adik aku selalu buat. Oh ya, yaya kalau ko baca ni. Sila berubah. Kata tahun ni nak berubah. HAHAHAHAHAHA.
Mula2 aku nak korang bayangkan hari korang, dari pagi sampai petang, petang sampai maghrib, maghrib sampai malam. Lama tak? Bayangkan betapa banyak kekotoran yg melekat. Debu apa jadah semua. Tu belum macam muka aku, dengan minyak boleh buat goreng pisang. Euwwwww... Dah muka berlemoih semua pastu terus tidur.. Memang lah pori2 korang tertutup rapattttttt... Minyak jd jerawat.. eh macam2 lah... Nak tidur muka mcm ponti..
INGAT! Sebelum tidur, walau penat macamana pun make up mesti kena tanggal. Takyah mandi pun takpe, asal make up tanggal. Wan tak pernah gagal berpesan kat aku sebelum tidur, "Dah basuh muka?" Kau tengok sekarang bf aku lagi concern pasal muka aku dr aku sendiri. HAHAHAHHA.
Siapa yang malas tu, beli je wipes muka tu, sambil pejam mata boleh wipes muka pastu boleh terus tidur terkangkang. Apadahal...
5 ) Tangan merbahaya
Bakteria ada di mana mana. And tangan kita antara tempat yang paling banyak bakteria. Yela, pegang macam macam benda. Pintu, pili air, laptop... bla bla bla....Pastu kita pegang muka kita. Kadang-kadang kita tak sedar kekerapan kita pegang muka kita satu hari.
Sila jauhkan tangan dari muka ok. Kalau nak pegang pun, sebelum pegang pakai hand sanitizer dulu. Amboi rajin plak kan, so nak senang takyah pegang. Muka korang tak bergerak, jangan risau eh.
Lagi satu, bila muka kita ada pimples, kita tend to picit kan? Aku tak ckp org lain, aku pun sama, sebab aku geram. HAHA. Tapi kalau aku picit, aku guna tissue, pastu cecepat cuci muka pastu aku tempek temulawak, dengan harapan jerawat tu hilang keesokkan nya. Harapan tinggal harapan. Eh tak, biasa nya temulawak mmg akan hilangkan jerawat aku. Weewooo... Kulit kerbau ni, tempek apa pun rileks je. Hehe.
Bakteria ada di mana mana. And tangan kita antara tempat yang paling banyak bakteria. Yela, pegang macam macam benda. Pintu, pili air, laptop... bla bla bla....Pastu kita pegang muka kita. Kadang-kadang kita tak sedar kekerapan kita pegang muka kita satu hari.
Sila jauhkan tangan dari muka ok. Kalau nak pegang pun, sebelum pegang pakai hand sanitizer dulu. Amboi rajin plak kan, so nak senang takyah pegang. Muka korang tak bergerak, jangan risau eh.
Lagi satu, bila muka kita ada pimples, kita tend to picit kan? Aku tak ckp org lain, aku pun sama, sebab aku geram. HAHA. Tapi kalau aku picit, aku guna tissue, pastu cecepat cuci muka pastu aku tempek temulawak, dengan harapan jerawat tu hilang keesokkan nya. Harapan tinggal harapan. Eh tak, biasa nya temulawak mmg akan hilangkan jerawat aku. Weewooo... Kulit kerbau ni, tempek apa pun rileks je. Hehe.
6) Suka makan makanan manis
Tahukah anda yang makanan manis adalah sangat tak elok untuk kulit kita. Kadar gula yang tinggi akan buat kolagen dan tisu muka kita jadi lemah dan akan lead kepada kedutan.
Selain daripada itu, ia juga boleh lead kepada yeast infection. Ada entry pasal ni aku pernah tulis. Lain2 benda ialah ruam di bawah payu dara dan juga muka. So, bersederhana lah ya. Catu sikit kadar pengambilan gula kita.
Makanan seperti biskut, gegula, nasi, roti putih, kalau boleh kurangkan, kurangkan lah. Ambil langkah untuk makanan nasi perang, roti wholemeal, dan bijirin. Geli plak panggil bijirin, tak hipster langsung. HAHAHA.
7) Merokok
Yang ni malas lah cakap. Memang semua org tahu tak elok. Semut pun tahu agaknya merokok tak elok. Merokok boleh buat kita nampak tua tau. Bahan bahan dalam rokok tu buat kita punya kekenyalan muka (kolagen) kurang. Kulit jadi nipis dan mudah kedut. Omak. Takutnya.
Kurangkan lah merokok. Aku bukan suruh stop. tapi kurang kan. Cuba slow2. Mesti boleh. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kan?
Yang lain2 tu mcm kurang minum air. Selalu kena debu. Benda2 kotor ni pendek kata semua memang tak elok. So hindarkan lah.
Oklah penat membebel. kbai.
hehee..good info..tq..
ReplyDelete