Bibir Idaman


SALAM!!!


Tajuk entry macam lucah. Hmm.. takla.. biasa je tu. Jangan fikir bukan bukan. Tak baik. So, berbalik pada tajuk entry di awal tahun ni. Kenapa bibir idaman? Sbb bibir adalah salah satu anggota badan yg boleh membuat kita nampak menarik. Macamana nak nampak menarik? Kena lah ada bibir yang sihat. 


Selalu kita dengar, bibir yang cantik tu orang panggil bibir mungil. Aku pun tatau macamana rupa bibir mungil tu. Aku rasa kalau bibir kau sihat, kira cantik lah tu. Setel!


Before this, aku pakai lip balm cap lipice, pastu maybelline kuarkan yang baby lipbalm yang kaler cantik tu, aku terpengaruh, so aku beli yang tu plak. Tapi entah, aku rasa mcm tak membantu. Ni kat bibir aku lah. Bibir orang lain aku tatau.


Last2, aku beli, Vaseline Petroleum Jelly. Sebab aku teringat dulu roomate aku, Miza, dia pakai benda alah ni. So saje jelah try. Lagipun tak mahal. Bawah rm 5 tak silap aku. So aku pun pakai lah... 2 minggu je pun. AKU NAMPAK PERUBAHAN! 


Perasan tak kalau bibir kita kering, bibir kita ada banyak garisan2.. Kadang2 sampai nak terkopek, pastu darah.. ni kalau dah terlampau kering. Kalau jenis org yg selalu jilat bibir pun boleh buat bibir kering. NOT GOOD AND NOT SEXY ALSO MEH.


So, sekarang ni, bila pakai lipstick, nampak lebih elok, sebab garisan tu dah kurang! And bila pakai lipstick tak perlu susah payah nak pakai lipbalm, terus pakai je. JIMAT MASA. sebenarnya malas. heh.


Yang lagi best, aku bukan pakai all the time, sebelum tidur je. hehe. Best kan? Murah, berkesan and best!




So selamat mencoba! Bersama sama kita ke arah bibir yang sihat. Oh ya, bila aku tak busy, aku akan tulis entry Kenali bibir anda okay? GET READY! kbye.


Eh jap, untuk tahun 2013 ni, aku ingat every month aku nak buat satu entry. 1 THING YOU SHOULD DO THIS MONTH. hmmm.. untuk Jan 2013 ni aku tgh fikir lagi. Benda simple je, tapi akan memberi kesan long term. Trust me :) ok, kali ni betul2 bye!



Comments

Popular posts from this blog

Kenali Tahi Anda

My Journey With Nutox

5 Tanda Kulit Sensitif