Tuesday, January 22, 2013

Masker Ular


SALAM!


Maafkan sekiranya tajuk tu dah ala ala petua kecantikkan mak lampir. Sebenarnya aku hanya insan biasa, takde keturunan dukun mahupun hantu. Saka pun aku takde eh. Tapi memang betul kan, korang nampak tulisan kat packaging tu. SNAKE. haaaa. takde tipu punya. hihi.


Aku sebenarnya lupa aku beli bila. Di sebabkan aku ni memang rajin membeli, so aku asyik beli dan beli sampai lupa nak pakai. Masa aku beli ni, aku beli lg satu masker siput babi. HAHAHAHHAA. btw, aku beli kat SASA.

Hai, saya model Masker Ular.



Ni sopan sikit lah kan. Manja takkk kita?! PANG. *tampar muka sendiri*



Takut tak?

Sebenarnya aku pakai masker ni tak sampai seminit pun. Letak je kat muka, dalam masa 30 saat kot, muka aku pedih. Pedih tahap takleh bla. Muka aku ni jenis kulit kerbau, pakai apapun dia rileks je. Tapi bila pakai masker ular ni, pedih. Terus aku tanggal laaa. Basuh laju2. Takut aku. Kang cacat plak.


HAHHAHAHAHHAHA. bajet cam review la kan padahal pakai tak sampai 30 saat. Tapi yg siput babi aku tak guna lagi. Kang kalau aku dh guna aku tulis. Kalau nak cuba, boleh je sbb kulit lain2 kan. Kerbau lawan ular.. hmmm depa tak geng kot..


Okbye.

Sunday, January 13, 2013

Patut ke tak?


SALAM!


Aku sangat takleh blah. Kenapa? Kenapa dan kenapa? Setiap kali aku macam ok/boleh bla/suka kat someone mesti org tu tak suka kat aku. Apasal hah? Aku harap org yg aku suka tu tak baca blog aku. Tapi kalau baca bagus gak. Soalan aku, apasal hah?


TAK PATUT BETUL.


kbye. Nak tido.

Saturday, January 12, 2013

1 benda patut buat : JANUARI


SALAM!


Helloooo uolssss.... eh kemain.. kat atas bagi salam.. tiba tiba bawah gegaya gedik takleh blah. heh. Ok, serious mode ON! Assalamualaikum. Last entry, ke second last entry ah! tak kesah lah entry bila, aku ada kata nak buat satu entry yg bertajuk, 1 benda yg kita patut buat for each month. So, untuk bulan ni aku decide utk memilih..... 




 Mudah tak nak buat benda ni? Senang kan? Tapi hakikatnya, ramai lagi wanita/budak perempuan/makcik yang pakai bra yang salah. Kalau aku jalan2 tu aku selalu lah jugak terpandang. Tapi takkan nak tegur plak kan. Kang org ingat aku ni pervert. HAHAHA. Tapi sebenarnya benda ni kena amik serious (dengar tak aku taip ni dgn seriousnya) sebab kesan dia banyak. 


Ada hari tu doktor ni datang IBM. Dia cerita pasal kanser. Aku pun tanya lah (rasa cam dah pernah bgtahu dlm entry lepas, tapi takpe, kita recall) Doktor tu kata bra besi tak buat kanser. So boleh beli okay?


Aku cadangkan beli bra yang ukur lilit dia besar. Contoh camni :


So lelemak kita tak kan merata2. Kemas. Yang pakai cup A atau B pun ada jenis camni. And aku tak nafikan harga dia mahal sikit. Tak dapat lah rm 10 cam Scarlet. Tapi, fikir panjang ok, fikir untuk 5-10 tahun akan datang.


Untuk entry penuh, aku ada pernah tulis pasal ni tahun 2011. So baca ok.




Ini lah perkara patut buat di bulan Januari. Selamat bertindak. Btw, neubodi ni memang bra dia meletup. Dia bg aku try terus vavavommmm. Tapi mahal. So, kena beli yang lebih kurang je, siapa yang kaya raya boleh lah. Kbye.

 


#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...