Wednesday, June 22, 2011

Long Distance Relationship (2)


SALAM!


Babak kedua dlm long distance relationship. ewah kemain kau. bajet kau director nak main babak2. hehehe. berangan tak salah kannn. So episode kali ini ialah beberapa perkara yang boleh korang buat if korang dlm LDR. ada soalan tanya aku, tak bosan ke tak jumpa? apa je yg aku buat isi masa lapang bla bla (perangai malas dah dtg)


so, heres some ideas laa apa yg boleh di lakukan bila LDR.


1) borak smp dah tak tahu nk ckp apa. sbb dah hr2 pun borak2 so tatau nk ckp apadah. WAKAKAKA. eh sbr, ni bkn bosan eh. it's just that mmg takde apa nk ckp. maka tutup saje mulut kau.

pernah dgr tak ada ayat kata, "best friend is when silence doesn't makes you feel awkward" ha, camtu lah ceritanya, bila masing2 diam pun cam takde hal lah. aku skrg tgh berckp pasal video call ya. bukan voice call. kalau voice call jgn diam plak. membazir duit. itu bodoh namanya. maap terkasar bahasa pulok. ini realiti.



2) karaoke. siapa kata kau takboleh karaoke bila LDR. boleh saje. di mana ada kemahuan di situ ada jalan. pernah dgr youtube. ya, YOUTUBE ya. yang free tu. bukak je lagu apa kau mahu. share screen kalau nak tengok orang di sana bermuka kelat menyanyi.

nyanyi lah kau sampai pengsan. takde sapa marah. duit pun tak keluar. mudah? ye mmg mudah. tp make sure connection bagus. kang tgh2 syok tetiba tersekat2, mmg boleh mendatangkan kemarahan.

kalau gigih sgt, boleh je bwk laptop ke apa pergi redbox, superstar karaoke ke apaapajelah. then cucuk berukband. dan nyanyi. (ni aku tak pernah buat pulak saje bg idea)



3) main game. sekarang kau ckp game apa takde online. click je. search. pilih game apa yang kau mahu. main lah sama2. kat fb pun melambak game.

nk main DOTA boleh, super mario pun boleyyyy tp jgn kecewa kalau korang pengemar game snake sbb takleh main kat hp nokia cokia bersama yg tersayang. eh ke ada game snake tu online? hmmmm tatau la plak kan. so pilih saje. main lah smp lebam.



4) masak bersama. ni cam sweet kan? selalu dlm movies masak sama2 cam sweet bebenor. tapi ni sweet kalau korang pandai masak je. kalau tak pandai, tak sweet punnnn. heh. aktiviti ni memerlukan skype. so pandai2 lah hidupkan laptop anda. hidup kan api. masak. lagi best kalau masak benda yg 2-2 tahu. maka nya boleh bg pendapat.


kalau bab masak ni mmg riuh. sbb biasalah, rambut sama hitam, taste lain2. mak aku kata masak tomyam takde letak susu sejat. dia kata ada. maka layankan sajeeee. kena hormat org yg lebih tua mak aku ajar. tapi bila kau try buat cam teh tarik dah kaler tomyamkaukan. *lempang muka sendiri*



5) lepak bersama. hmmm yang ni cam agak sengal tp apa salahnya. malaysia kan free country. asal kau tak susahkan org. buat je. kalau rasa nk ajak si dia lepak di mamak. bwk laptop, lepak lah tgk laptop smbil minum teh. boleh jeeee. tp jgn salahkan org lain kalau org tgk kau pelik. AHAHAHHA.

atau kalau nk cam tak ketara sgt, lepak coffee house. sbb kn sll org bwk laptop. so taklah obvious sgt. hehee. itu cool okay. eh salah, skrg orang pakai IPAD. maaflah saya tak kaya.


ok dahlah tu.. yang lain fikir sendiri. hehe.


kesimpulan nya, kalau dah syg tu buat lah apapun sama2 mesti rasa best gak. tak payah idea hebat2 pun. yang penting dgn siapa kita ada. bukan apa yg kita buat. and don't forget to appreciate each other. okay?


Kbai...

Tuesday, June 21, 2011

Fruity ice cubes

SELAMAT SEJAHTERA!


masih ingatkah dgn entry INI? ala yg pasal minuman sihat tu... kan ada aku suggest air letak buah. atau ice cubes letak buah. ha buat takk??? mesti tak kannn sbb aku tahu semua org busy aku je yg tak busy sbb balik keje pukul 1 *motif nk emo??


last weekend, mak aku bagi ceramah. bila balik dia bawak sebakul buah. salah satu buah nya adalah nenas. iya lah bak kata anak murid aku nenas tu durian. biasa lah tu confuse dgn rupa luaran. takpelah, at least derang kenal durian.


maka nya adik aku entah kenapa dia terlebih rajin, dia keluarkan kata2 ni dr mulut dia. "ma, yaya buat air nenas boleh?" mak aku pun ckp lah boleh. aku bab2 buat benda remeh tempe ni mmg malas. bukan tak tahu. tahu buat cuma ntah. hidayah nk buat belum sampai lg kot. masak lauk boleh. yg lain2 tu agak liat sikit. lalu aku blah naik atas tanpa fikir panjang.


esoknya bila aku bangun dah ada air nenas dlm fridge. ahhaha. aku pun terfikir lah nk buat ice cubes. nyum nyum.


sonang je nak buat, amik sudu. masuk dlm tpt ice cubes. biar selama yg korang suka. dah siap. AHHAHA.



nenas yang telah siap di masukkan



ni dah keras. lalu aku masukkan dlm air. rasa dia boleh bla lah cam manis tak berapa nk manis. haha.



bila asyik minum, tapi tak dapat2 buah nenas nya aku bengang. lalu amik sudu makan saje terus. SENANG.



cute kan?



cutenyaaaaa


bila boring aku mkn camtu je. rasa cam makan ice cream nenas pun ada. kesimpulan nya boleh lah try. nnt nk try buah lain pulak. YUMMY!


Sunday, June 19, 2011

happy baba's day!


my happy family


bapa?baba?daddy?papa? semua sama je. seseorang yang kita sangat hormati dan sayangi. bagi aku, baba aku seorang yg sangat cool. tatau lah, bila jd bapa kau mmg kena cool ataupun baba aku mmg cool. option number 2 tampak lebih menarik utk di ambil.



motor idaman. takpe, bila duit angah byk, angah angkat satu utk baba. amin.


baba seorang yg sgt cool dlm semua hal. tenang je. mulut pun tak byk ckp sgt(ni kalau compare dgn aku) ehhehe. tp aku tahu mcm2 yg berlegar2 dalam fikiran dia. kadang2 aku tatau mcmana dia boleh manage nk jaga 3 org anak dara dia yg cam ntahapahapani..malahan seorang anak lelaki yg selalu merosakkan harta benda. HAHAHAHA. baba lah yg bayar bil, kereta, makan, blablabla malahan membesarkan 3 org anak perempuan yang berlainan taste juga aku kira benda yg rumit.


pernah baba cakap dekat kitaorg, "korang bertiga ni, kalau pakai shampoo yg sama brand tak boleh ke?" ahhaaha. susah kalau dah taste lain2. tu belum cakap bab make up, baju, handbag, kasut. kalau nana bab makanan. HAHAHAHA. betul org kata, besarkan anak perempuan mmg agak sukar sedikit. tp aku kira baba berjaya besarkan anak dia dgn baik. well, tgk jelah aku, baik kannnnnnnnnn???? (lempang muka sendiri)


aku rasa kehidupan aku sgt mudah juga sbb parents aku. esp baba. sbb dia jenis taknak anak dia susah. mak aku pernah ckp, "baba mmg org senang dr kecik, so dia tak pernah rasa susah sbb tu dia taknak anak2 dia susah kalau nk banding dgn mama, mama org susah" aku rasa ada betulnya. eh slh, mmg betul pun. sbb bapak aku kalau nk beli pape, dia beli je, tak fikir doblas kali cam mak aku. mungkin aku dpt perangai shopping ni dr bapak aku. beli jeeee jgn fikir banyak. huahuahua. tp sgt bagus bila ada parents mcmni, apa tu org kata BALANCE. chewahhhh.




antara perkara2 yg agak comel bapak aku pernah buat ialah bila dia mintak aku belikan dia perfume. haahhaa. wangi woooo. kemain. hehe. and perkara paling comel aku pernah buat kat bapak aku, aku mintak kereta. eh comel ke tu cam nk mintak pelempang adalah. tp dapat jeeee kan my baba is the best in the world. hehe.


aku rasa perkara paling bapak aku tak suka pasal aku ialah sifat pemalas aku nak basuh kereta. haha. selalu gila aku kena sound. smp satu tahap, bapak aku malas sound, dia tolong gi hantar car wash. sori ba, i love you. hehe. and perkara paling takleh bla bila bapak aku lupa tutup pintu kereta aku, lalu kucing gemuk si garfield masuk dlm kereta dan senang hati tidur dlm tu, maka nya bulu dia semua melekat satu kereta. esoknya bapak aku siap beli vacuum baru sbb nk bersihkan bulu2 garfield. HAHAHA.


membesarkan 4org mangkuk ni agak susah aku kira


baba bukan sahaja berjaya membesarkan anak-anak nya. malahan kucing2 juga semakin gemuk mcm gorilla di buatnya. hahaha.


keroro gunso


garfield


maka nya mari lah kita tamatkan entry ni. selamat hari bapa kepada my dad, en jamaludin md. yusof. semoga baba panjang umur, murah rezeki. sentiasa sihat.


hmmm, i really hope i can get a husband like you. insyaALLAH. amin.

gambar mintak maap raya lepas. maafkan segala salah silap saya baba. halalkan makan dan minum.


I LOVE YOU BABA! :)

Sunday, June 12, 2011

My sweetheart #2

semakin hari semakin sayang. mmg sayang sgt dah. dah mcm anak sendiri. betul apa mak aku kata, org marah sbb sayang. apa je yang anak murid aku buat yang tak elok, mesti aku marah. sbb aku sayang. aku nak derang jadi manusia.


bg mkn aku bg, basuh berak, aku basuhkan, tidur, aku tidurkan. ajar, aku ajarkan. main, aku teman. mana tak sayang.


esok start sem baru. buku baru. benda baru. yihaaaaaaaaaaaaaaa!


my new class. 10 orang je tinggal. hehe. oh thong shen tak dtg pulok.

Saturday, June 11, 2011

Long Distance Relationship (1)



SALAM!!!



Anda In love? jatuh cinta? di lamun cinta? semua sama je isi nya berkaitan love. salah satu daripadanya ialah long distance relationship. ataupun kita pendekkan je jadi LDR (sbenarnya malas nk taip panjang2) huahuahua.



LDR ni berlaku bila orang yang in love tapi dok berjauhan. tapi ada orang tanya aku, sejauh mana jauh tu. HAHA. yang ni terpulang pada individu. kalau seseorang tu rasa bf/gf dia duduk shah alam, dia duduk kl tu jauh, maka boleh lah gak kita kata LDR. ataupun mmg jauh tahap terok punya. sukahatilah kan... malaysia kan negara demokrasi *tiba-tiba*



makanya, ada lah orang bertanya kat aku, best ke LDR ni? ok ke? tak bosan ke? blablablabla.


bagi aku, LDR ni sama je dgn relationship pendek. (pendek?) kira cam asas dia sama. cuma ada lah sikit beza dia. sikit je.. eh ke banyak? itu terpulang kepada individu. so lemme share something from my past experience.


antara kebaikan-kebaikan LDR ialah :

  1. jimat duit gila babeng

ni mmg paling best. jangan tipu, kalau ada gf/bf mesti sedikit sebanyak akan mempengaruhi financial kita. nak kuar date bagai. blabla. tapi ada orang kata, kalau LDR, bil telefon melambung-lambung. bab ni depends kepada individu. kalau aku guna skype. mmg tak guna duit lah. bayar elektrik je. kira jimat lah gak kan? sbb bapak aku yg bayar bil. HAHAHHA



2. masa


masa untuk diri sendiri sangat banyak. kebanyakkan pasangan akan menghabiskan masa bersama-sama. "i nak gi beli gula, jom teman" "jom teman gi sini, gi sana" lempang nak? semua nk berteman. so bila si dia jauh dr kita, obviously masa kita banyak. maka haruslah di salurkan kepada keluarga tercinta dan rakan taulan malahan jiran pun boleyyyy. adakah ni sbb nya aku selalu free? eh jap, mcm aku dlm LDR plak. tp mmg betul, banyak masa untuk diri sendiri. sampai kadang-kadang tatau nak buat apa.


3. independent


ni mmg aku sangat akui. bila kita dah sorang2. mmg kita akan jadi independent. bukan lah nak kata takde kawan langsung ke apa. tak. tapi ada certain things yang kita prefer buat sorang2. normally, most couple suka buat benda sama2. kira macam, oh pasanganku ialah orang pertama yang akan di ajak. tapi if LDR mmg tak ah, kau buatlah sorang2. semua kau buat sorang2. and proudly to say, aku rasa aku agak independent lah. mak aku pun cam dah percaya. bak kata adik aku, "I am a fighter"


4. nilai-nilai murni dlm diri meningkat


nilai-nilai murni yang aku maksudkan ialah tahap kesabaran, tahap kepercayaan, tahap banyak lagi la. tapi sabar lah yg paling obvious. LDR needs lotsa patience. LIKE SERIOUSLY. mmg kalau tak sabar, mmg akan give up. so apa aku boleh cakap, orang2 yang LDR ni dia mmg emotionally strong. kalau tak, mmg tak jadi apa.


5. dapat elakkan bahaya


HAHAHA. ni agak takleh blah la. tapi bila difikirkan ada logiknya. bahaya ni mcm2 boleh di tafsirkan. bahaya orang nak apa2kan kita. ataupun bahaya syaitan dalam diri sendiri. WAKAKA. sapa boleh tangkap ayat aku mmg hebat. aku faham, darah2 muda ni mmg semua nak try, tapi kalau dlm LDR mmg taklah. anda selamat. huahuaha.


6. update in everything

kedengaran agak poyo di situ. HAHAHA. tapi itulah hakikatnya. tapi ni depends on which country. kalau setakat sama2 dlm malaysia mmg tak jadi apa. AHHAA. contohnya, apa yang keluar dekat Malaysia. mesti kat US dah keluar dulu. so usually aku tahu benda tu awal dari orang lain. be it fashion, music, movies or whatever. so mcm agak best lah. kalau org ckp kat aku, dlm hati cuma kata, "laaaa...baru tahu ke?" haa, kan cool tu. lempang muka sendiri. plus, boleh shopping best2. ok dah tabiat buruk dah mula tunjuk taring.



setakat ni, 6 ni cukuplah. ni paling major lah bagi aku. benda2 lain tu ada lagi. siapa yang in LDR akan tahu lah macamana rasanya. chewahhhh. sila muntah sekarang.


nasihat dari aku :


percaya percaya percaya pada qada dan qadar. ni benda paling utama. LDR is not easy. tipu lah kalau kita tak ada doubt pada pasangan. kan? kan? kata hati penuh dgn hasutan syaiton. haha. so percaya lah pada qada dan qadar. kalau ada jodoh tak kemana. kalau bercinta bagai nak rak pun, kalau bukan jodoh, tak jadi gak. betul? so, just go with the flow. kan best kumpul pengalaman. hehe.



DIA pernah cakap dekat aku. kalau LDR ni kita tak boleh nak in love sangat. mmg sakit. bukan sakit apa. ala nama pun sayang, mesti lah kita nak orang tu ada depan mata kita selalu. kalau boleh dia pergi tandas pun nak ikut. erk? haha. so salah satu tips nya tak payah nak in love sangat. buat cam biasa2 je. yoyo cool cool. percaya lah, kalau in love sangat susah. "BE COOL, DON'T BE A FOOL"


tipu lah kalau kata tak rindu. rindu je. rindu sampai tahap sakit. bukan sakit cam sakit kaki ke apa. nak explain pun tak tahu. siapa yang LDR tahu lah. hehe. tapi sabar yo lahhhh. kata emotionally strong. hehe.


ok dah, itu je nasihat nya. so tepuk dada, tanya diri sendiri. mampu kau nak LDR? kalau kau jenis manja cam kucing, takyah lah lupakan je. sekian.



Thursday, June 2, 2011

Cemana?


sejak keje ni masa begitu terhad nak menulis. bajet cam busy gila. padahal keje balik kul 1. pastu tido cam dugong. HAHAHA.


aku saje nk buat post ni. siapa yg try senaman dagu berlapis tu, masih berlapis lagikah? ada yg msg aku kata senaman tu berkesan. baguslah. rajin2 ya. buat slow2, buat hari-hari. jangan malas.


ingat kata2 tema kita. "KALAU MALAS, MEMANG TAK JADI APA"


aku pun rajin gak buat hari2. bukan apa, kalau ada lemak bawah dagu tu mcm tak best bila pakai tdung kn? aku dah lah jenis rimas nk kena pin2 ni. mmg aku tak pakai pin pun pakai tdung. hehe.







aku pun cam nk nk dagu berlapis. maka kena lebih giat. hehe. JOM!!!


#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...