Thursday, November 17, 2016

BE A GO GIVER



SALAM



Hari ni nak share benda yang best. Benda ni aku buat then nampak kesan..... Wah gitu.. ni bukan cerita pasal produk kecantikkan okkkkk.... Aku harap orang boleh baca ni dengan hati terbuka, ni bukan niat nak menunjuk ke apa.. tak ok... siapa yang rasa tak senang tu sila bersihkan hati anda..... #hatikaubersihkeamni


Ada satu hari tu, aku tengah rileks2, tak ingat masa tu weekdays ke weekend. Lepas tu aku dok scroll2... Sekali nampak update dari Prof. Dr. Muhaya.... Aku pun tengok video dia... Tajuk video tu pasal rumah tangga lah... Main point dia ialah BE A GO GIVER. Selama ni kita sentiasa di momokkan dengan ayat be a go getter. Tapi dari sudut pandangan Prof Dr. Muhaya ni dia cakap, kita kena jadi seorang yang selalu memberi, sebab Allah akan beri pada kita rezeki, and kita kena beri pada orang lain supaya lagi banyak kita beri, lagi banyak Allah akan bagi pada kita.





Memula aku rasa cam eh yeke ni??? Asyik aku je kena giveeeee mana aci... kata give and take... Tapi entah kenapa... rasa nak buat gak hahahhaha...



Siapa yang baca ni yang cakap alahhh baru kawen berapa tahun dah acah acah nak bagi nasihat, silakan tekan X. Aku tak perlu manusia mcmni... gituuuu... Aku rasa semua orang yang baru kawin pun akan ada masalah or struggle dalam 5 tahun pertama kawin... Masa ni lah baru nak kenal, lagi2 macam aku yang memang taklah kenal Wan bertahun tahun... So lepas kawin ni baru nk kenal... Baru kawin, darah panas je kan... hahahhaha nak mengamuk jerrrr... kahhhh. Sedangkan yang dah kenal bertahun pun ada masalah... apatah lagi yang tak pernah kenal....


So, cara yang Prof Muhaya bagitahu ialah BE A GO GIVER
Macam mana nak jadi GO GIVER? Ni menurut pandangan aku lah...



1) Buat dengan ikhlas


Macamana nak beza buat dgn ikhlas ke tak? Bg aku bila ikhlas aku tak merungut. HAHAHAHA. Selalu kalau balik kerja Wan minta urut, aku akan cakap,' Jap lagi boleh? Penat lahhh" atau aku akan urut sekadar tekan2 hahaha... Yela balik keje dah pukul 10.. smp kul 11.. kul 12 baru nak urut, boleh bayangkan tak betapa penatnya aku. Tapi aku paham, Wan lagiiiiiiiii berganda penat dari aku. So lps aku nak jd seorang GO GIVER, instead of dia mintak, aku yang offer diri.. Surprisingly, lepas urut tak sepenat yang aku sangka berbanding masa aku merungut... Kahhhhhh #insafsikit 


2) Sentiasa bermanis muka


 Manis tak ni HAHHAHAHA


Ok, ni bukan aku swuh ko senyum sentiasa... takk... ni ialah, bila suami ko tengok ko, ko kena bermuka manis.. supaya sejuk je hati suami ko pandang..  Dulu aku kalau balik keje, muka masam jerrr sbb penat and stress. Sekarang aku ubah, balik keje aku senyum... gelak2... and Wan pun happy walaupun dia penat. Sekarang ni lg lah, siap sediakan makanan bila aku masuk kete. HAHAHHAHA. Ada haritu dia beli biskut rokok, ala yang panjang2 tu.... Dia ckp aku kan suka biskut tu... Aku cam pelik, sejak bila lakk aku suka mknn ni... Lpstu dia ckp, kalau yang awak suka tu yg mahal nama dia COCORO, ni yang murah sikit tp sedap jugak... ALOLOLOLO aku hanya mampu gelak ckp ehhhh awak ingat (insert muka drama queen kat sini) kembang pungkoq aku yg dah sedia kembang ni.... Kat sini memang aku perasan... beza gila bila kita bagi kegembiraan kat orang, Allah balas tu bertambah tambah manis... yg manis2 potong kaki takyah cete sini lah kang korang muntah pulekkkkk



3) Buang ego


Ego ni memang benda yang nak kata totally jahat pun tak, tapi sebaiknya kalau dah kahwin, turunkan lah ego tu... sebab tak kemana pun... balik2 ko tengok orang yang sama gak.... Apa yang aku sedar, bila aku turunkan ego aku, automatic Wan pun jadi cmtu, dia berubah... sebab apa? Dia rasa mcm isteri dia ni boleh bertolak ansur...and etc.. Dia pun takde nak ego lebih2.. Biasa la kan baru kawin, ada jelaaa yang tak kena... so, kena take a step back, buang ego and THINK!


4) Sentiasa memaafi


Ni ada kaitan dengan point no 3... Dulu bila gaduh, memang taklah aku nak minta maaf dulu... keras kepala... perasan bagus.. sama lah dua dua ekor... Aku plak jenis over sensitive+drama queen.. bad combination kan? HAHA.. so memang perkataan maaf tu jarang di bibir aku.. gituuuuuuuuu.... tapi bila nak jd GO GIVER ni, kalau aku rasa aku buat salah, laju aku mintak maaf... and kalau Wan salah, aku akan tegur dia. And lepas tu aku akan minta maaf gak... Dia pun kalau ada salah dia akan minta maaf... Ada sekali tu sama sama cakap sorry... HAHAHAH batak laaa.... Lama lama ni memang syok wehhhh! Dia jadi mcm air.. Air dengan air..  Dua dua cepat cool... Dulu kalau gaduh adalah sampai sehari siang ke mlm tak bercakap, tp sekarang.... 5 minit je kot... lpstu dua dua ekor dah okay...


Aku selalu fikir, kalau aku kurang ajar ke melawan ke kat Wan, mcmana kalau itu kali terakhir aku nampak dia? and dia pergi dengan perasaan marah pada aku? Nauzubillah.... mintak simpang... Fikirlah mcmtu setiap kali korang nak gaduh dengan sesiapa... Ni especially kalau nak p keje lah... gaduh dlm kete.. lpstu masing2 p keje.. macamana kalau tetbe ptg dpt berita salah seorang dah takde? takleh bayang mcmana nak hidup dengan rasa bersalah....



5) Show your love



Ni paham2 lah... bila nak p mana mana pun, peluk pasangan.. kiss ke.. kalau sebelum ni tak peluk, ko start dlu.. lama lama nanti biasa lah.. INGAT! kita nak jadi GO GIVER... so kita kena give give give...






Senang kan.. and lepas tu banyakkan sabar.. takpelah... kalau asyik kita give.. Allah tahu semua apa yang kita buat... ada balasan nya insyaALLAH... Lagi banyak kita beri, lagi banyaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkk kita dapat, ni bukan sahaja dr segi duit ke apa eh... Suami baik pun rezeki khen......... And aku tak cakap Wan perfect.. jangan salah faham... Tapi kita sentiasa berusaha untuk menjadi baik... yang penting usaha ada... ok korang.. jom be a GO GIVER... Thanks Prof Dr. Muhaya... Very Inspiring... kbai..


Friday, October 21, 2016

Resipi Sendu



SALAM


Ni masa weekend haritu masak. Kemain buat entry masakkan mcm teror je. Aku kalau masak main campak2 je apa dalam fridge tu.. Lantakkkk


Masa ni tetbe aku teringin nk makan sambal hijau, tanpa tgk resipi, main sukati je buat ahahhahah


 Tumis bawang



Lada hijau aku tumbuk




 masukkan cili dengan bawang tu tadi...



 
 Ni rupa dia... aku goreng garing2.. 


Rupanya mcm tak cukup betul resipi nya. HAHHAHAH Adik aku tanya nape takde cili padi.. Ni aku guna bilis je.. aku tumbuk gak bilis tu... Rasa dia, oklah... makan dengan ikan goreng panas2 sedap gak.... Eh puji masakkan sendu sendiri ekkkkk


Then masak sup fishball....
 

 Goreng bawang.. bawang putih aku ketuk je....



 Masukkan air... biar mendidih... masukkan fishball....



 Letak daun sup dengan bawang goreng... garam...


SIAP!


 Ikan bawal garing



Sambal udang


Resipi takyah lah dah pernah tulis... kikiki


Kbai...



#PregnancyJourneyUpdate - Kos Rawatan (First Visit)



SALAM


Haiya haiya... boleh pulak hari tu up entry PCOS tapi tak serta kan kos. So kalau aku bgtahu ni, korang boleh anggar lah kan berapa nak kena ready.. Kang tetbe tak cukup kang payah pulak...



Di sini aku sertakan resit, so korang boleh tengok details dia.... Aku tak tahu tempat lain, tapi aku dengar UKMSC ni antara tempat yang harga paling affordable kalau nak bandingkan dengan private clinic yang lain....


Jangan salah faham ya, UKMSC ni bukan hospital punya ya, dia mcm entiti lain.. swasta tapi affordable... gituuuuu (ingat ya adik adik kena bijak manage duit) HAHHAHAHAHA. Tapi doctor semua lelaki, tak silap aku, if korang prefer doctor perempuan, boleh pergi KL Fertility, dengan Dr. Natasha Ain... 





Total hari tu, RM 392.40 :))


So nanti, next rawatan aku akan update lagi ya? Be strong. Kbai.



Tuesday, October 4, 2016

#PregnancyJourneyUpdate - PCOS


 SALAM

 

Kembali dalam post Pregnancy Journey. Ewahhhh gaya cakap mcm dah pregnant HAHA. Velum lagi. So mari lah kita bercerita tanpa berlengah. 

 

Ceritanya bermula begini....Aku dgn Misha Omar selalu borak pasal family, friends, husband.... and of kos anak. Since dia dah beranak, dia pun nak aku pun mengandung gak.. Aku tatau kenapa aku men-delaykan treatment maybe sebab doc yang aku jumpa kata everything is normal. Period tak datang sbb hormon... well of kos with the two miscarriage earlier kan.. So aku fikir mcm ohhh this is normal.. Just go with the flow.... Enjoy your love life with your husband... NEXTTTT my husband so busy dgn study and keje dia hahha no time to enjoy..

 

Sampai la satu hari dok whatspp pasal Idris... Dia tanya, "Amni, I set kan appoinment untuk you eh dgn doctor yang I pergi dulu... " Aku cm terbangang tapi aku cakap,"Ok.. boleh ke?" sbb setahu aku pakar2 ni busy ya ALLAH... 

 
And... the rest seperti di bawah.... baca ye jangan malas...
 




 
So on 19th Sept tu kami pun p lah UKMSC. Jumpa doctor tu pung pang pung pang. And dia sahkan aku ada PCOS. PCOS ni mcm hormon pompuan and lelaki ko tak balance. Hormon lelaki aku lebih so aku tak period..... part lain aku mmg 100% perempuan eh... hahahaha... Memula ingatkan normal yela sbb dah 2 kali gugur. So maybe period merajuk (apa punya teori ni batakkk la) HAHHAHA. Rupanya memang org PCOS tendency nak miscarriage tinggi.... So terjawab lah persoalan mengapa gugur itu. Takpe, tu I dah redha uolss... Baby MKs jumpa nanti okayy...
 
 
 
Doctor bagi ubat for 2 months. Tujuan nya untuk regulate kan balik period and stable kan hormon tu.. Aku pun okay je.. Then, amik darah... Doktor kata after habis ubat for one month, akan period, hari ke 4, amik darah lagi...and I need to lose weight hehhehe... gemuk khen... puiii. Gemuk pun mempengaruhi.. Tapi byk je org berisi tu pregnant... Grrrr... org lain2 ye dakkkkk
 
 
 


 

 
Kemudian bermula la journey aku makan ubat. Bila makan je ubat, aku makan after dinner, EVERYDAY without fail, pukul 4 pagi je aku akan start cirit birit. OMG like OMGGGGGGG cirit wehh more than 5 times per day. Minggu pertama, cirit je and hidung berdarah... Masuk 2nd week, cirit, hidung berdarah and muntah..... and up until now..... dia akan jd keras sket if aku minum teh panas pekat without sugar... yang tu pun... rasa mcm air rebusan rokok.. HAHHAHHAHA..

 

Rasa nak menangis pun ada.. tapi kena kuat semangat... sebab aku memang aware when you seek medical attention because of infertility, ko punya mental and physical kena kuat. So... here I am.... takpelah dah ini bahagian aku yang ALLAH bagi.. I am okay with it #positivevibes

 

So, siapa2 yang pernah lalui benda sama, moh le share... or nak tanya apa apa boleh je.. email aku...


 

nurulamnijamaludin@gmail.com

 


Kbai.... nak p berak...

 

Tuesday, August 23, 2016

What's up August?


SALAM



Last post bulan Feb? hahahhaa teruk nau nau ni. Best nya kalau dapat blogging hari2 (kalau dapat pun ko rajin kerr) 


Aku masih sama. Masih mengharap dapat baby. Masih mengharap dapat keje lain. Tapi ada peningkatan sikit, hahahaha dapat naik gaji. Yeay! Oklah kan better than nothing.


Nothing much sebenarnya, hari biasa pergi kerja balik malam. EVERYDAY. and weekend duduk rumah sometime je keluar sebab Wan kelas. B-O-R-I-N-G and most of the time aku tengok movie lepas asyik tidur haha qada' tidur hari biasa tu luls.


Tu jelah kot. Kbai. Bosan sangat post ni bagai melepaskan batuk di tangga. huhuhhu



Wednesday, February 24, 2016

Resipi Pisang Cheese


SALAM



Baru sedar last entry ialah pada bulan November tahun lepas. Kah! (gelak satu je sebab tak lawak pun kan) Sebenarnya nak sangat menulis tapi apakan daya..... kerja mengatasi segalanya. Nasib masih mampu bukak mata.. 


Cerita ni last weekend, saje nak letak kat blog hihi (nak tunjuk lah, aku buat something gak) Last weekend aku teringin pisang cheese, hr sabtu tu aku siap search kat insta mana nak beli pisang cheese. Lepas tu teringat thegorpis kat bangsar . Yeke bangsar? Tak kisah lah yang pasti KL. So ajak lah yaya... masa tu tengah lunch...

"Yaya, jakg kita pergi gorpis jomm"

Yaya mcm biasa, ok je dia tu kalau ajak jalan. 

Mama jeling.

"Jangan nak mengada lah.... petang nanti mama goreng pisang"


Ouchhhhhhhhhhh.... harapan terkubur... Aku kalau nak p mana mana tapi mama and baba mcm berat hati, aku memang tak pergi. Sebab takut sangat pape jadi.. kalau boleh nak semua pun ada restu parents. Lepas dah kene fire dengan mama tetbe rasa, why not buat sendiri je.. Aku pun terus siap ajak yaya p TESCO.. Kalau pasal makan laju je kan... Petang tu aku buat dengan yaya.


So.. ini steps nya.. Jangan tanya ni pisang apa.. Aku main buat je...


Kopek pisang. Lagi kecik and nipis lagi bagus, nanti crunchy je..



Potong butter



Masukkan butter dalam kuali



Goreng pisang nya dengan tepung gandum, tepung beras, kunyit sebagai pewarna and garam




Then, grate cheese tu.. beli yang jenis Cheddar Block.. Senang sikit and make sure cheese tu keras. Senang nak buat nanti..



Letak susu manis and chocolate rice.


 Taraaaaaaaa!!!




Walaupun rupa dia tak cantik, tapi rasa dia memang meletoppp!!!! Yang pisang tak letak cheese untuk Mama, Baba and atok pun rasa lemak, sebab goreng dengan butter. hehehhe..


Nomnomnom... bai.

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...