Monday, October 27, 2014

Tanda tanda Anda Tertekan



SALAM!!!


Tajuk di atas mungkin ada kaitan dengan aku, mungkin dengan korang... well... siapa yang tak pernah stress dan tertekan kan? Ada org boleh handle tekanan dengan baik, ada orang tak. Ada jugak orang kadang-kadang tak sedar pun yang dia stress. Yang ni memang bahaya. Macam bahaya bila Amni baru dapat gaji pastu dia terus online shopping. Bahaya bahaya.



Stress/depress ni boleh berpunca dari pelbagai sebab. Contoh kalau aku, aku stress bila orang asyik tanya aku bila nak pregnant. Ada orang stress duit takde, keje takde dan lain lain. Ahh mcm mcm lahhh semua stress... lakk tak masal ekk..



Antara tanda2 korang tengah depress :



Pernah tak selalu korang tiba tiba nangis tanpa sebab. Kalau sekali sekala tu mungkin lah takpe. Tapi kalau kerap sangat.. tu mungkin tanda2 korang tengah depress. Korang maybe try utk tak nangis tp sometimes korang tak boleh control... 




So macam biasa lah, contoh guna diri penulis... Aku pernah dlu beberapa tahun lepas, masa tu baru lepas clash yang paling bangang kat muka bumi ni. Clash thru whatsapp. Bodoh kan? Tak gentleman langsung. Rasa mcm speechless gila, dua hari tak makan (tapi tak kurus pun)... Setiap kali naik bus nak balik rumah, mesti tetbe air mata mengalir... Jenis mengalir menangis takde bunyi... Sedih wehh sebab mcm di putuskan dengan sebab yang bangang gils (aku pun lupa sebab apa, npk sgt mmg reason bangang) Mati lah kalau laki tu baca ni.. HAHAHA Pergi mati laaa LOL. Tapi seminggu jela mcmtu, lepas tu okay. Alah clash je pun, bukan hilang koleksi heels kannnn hehe








Orang yang depress ni biasanya dia akan rasa dia bersalah, helpless gila and tak berguna. Yelah, macam kau dah tak mampu sangat nak hadapi benda tu.. Rasa bersalah yang melampau. Sometimes takde apa pun, tapi sebab dr dalam diri kita sendiri yang rasa mcmtu. Bila dah asyik rasa serba tak kena, mula lah nak marah je. Jangan terkejut lah kalau orang yang sebelum ni korang kenal sebagai seorang yang baik, cakap lemah lembut tetbe jadi seorang yang pemarah. Kalau perempuan maybe lah takde sampai pukul2 ke apa, tapi kalau lelaki, ada kebarangkalian lah. Aku tak cakap semua, tapi ada sesetengah.




Bila kita depress, kadang-kadang benda ni kita tak expect pun. Kita akan hilang selera makan, sakit kepala, sembelit mcm mcm lagi lah. Bila dah jd mcmtu, kita cam lemau. Malas nak buat pape, malas nak tunjuk minat, malas nak ambil tahu.. Eh semua malas lah pendek kata. HAHAHA. Ada tu yang sampai memencilkan diri ada yang tak boleh tidur. Aku perasan ada kawan2 aku yang clash dgn bf ke gf pastu kurus... haa tu sebab depress lah tu.. Takde selera bagai.. tapi ada gak yang terbalik.. Semua bergantung pada individu itu sendiri.




Sebenarnya nampak mcm remeh sangat kan? Ala stress/depress je, tapi benda tu sebenarnya akan lead ke benda lain yang kita tak perasan pun. Tapi sebenarnya berlaku pada diri kita. Biasa lah manusia, kalau benda yang bukan kehendak dia je, kita akan jd denial. Padahal......




Nasihat aku kalau stress kita kena kongsi. Share je dengan siapa2 yang rapat dengan korang, samada kawan ke apa ke. Aku dlu, share dgn kawan aku. tapi bila tahap yang mcm takleh blah mcm clash yang bangang tu, aku ngadu dekat Mama. Memang menangis lah kat bahu Mama, rasa helpless gila.. Mama juga..... yang tenangkan.. Nasihat Mama, lelaki tu yang rugi sbb tak dpt Angah and ALLAH nak yang lebih baik utk Angah... OMG memang pun suami saya is billion ways better OKKKKK... MEOWWWW... Thanks Mama...



Korang jangan simpan2 eh? Nak cerita dengan aku pun boleh :) Ok baiiii







No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...