Sunday, September 8, 2013

Genesis Dermatological : Ovary Treatment



SALAM!!!



Selamat malam wahai pembaca budiman. Pertama sekali nak bagi tahu yg entry ini akan ada entry susulan khas yg akan aku tulis bila aku free. Jadi untuk entry ini aku akan sentuh pasal facial and ovary treatment.



Actually aku jumpa deal ni dalam Groupon. Sebab aku nak berurut sehari sebelum Majlis Tunang aku last month. Di sebabkan aku ni cheapskate kan, so aku guna groupon je. Eh sebenarnya siapa pandai lah guna groupon. Sbb jimat. Muahahhaha. Maka pergi lah aku ke Genesis Dermatological sehari sebelum majlis. Sehari sebelum aku gi pusat kecantikan ni, beautician tu pesan kat aku treatment aku amik ni akan makan masa 4 jam setengah. Omak kau! Kering den. Tapi takpe, layankan.....



Sesampai nya aku di sana, ada beautician sambut aku. Baik. Hmmm.. bagus bagus. Lepas tu suruh aku duduk dalam bilik menunggu. Lepas 5 minit, dia datang. Nama Jenny. Then dia tanya aku amik treatment yang mana? Aku cakap aku pilih yang facial and massage. Then dia suggest untuk amik Ovary treatment sebab massage tu just massage je, ovary treatment ni lagi bagus. Aku pun cam "errrrr tapi I belum kawen maaaaaa..." Rupanya belum kawen pun boleh buat. Kehkehkeh.



Then dia kata, "I bagi you bust treatment free". Aku cam ter-krik krik lah jugak. Tapi aku layankan je. Lepas tu dia swuh aku kencing. Lepas dah kencing tu dia buat satu test dekat aku. Dia kata nak test Chakra aku. Aku dalam hati, "Amenda tahyul Amoi ni" ahhahahahha. Tapi sbb aku dah terbaring, so aku biarkan jelah dia nak buat apa. Dia macam pegang satu tali ada besi. Dia fokus dekat certain point dekat badan aku. Chakra ni dia baca dengan cara tangan statik, benang tu akan bergerak sendiri samada mengikut arah jam atau lawan jam. Kalau ikut arah jam makna nya bagus, kalau lawan jam, kurang lah. So bawah ni aku sertakan apa yg dia ckp pasal aku.



1) Ovary - Hormon tak stabil. Selalu emo. (Kwaja ek! HAHA)
2) Perut - Digestion tak bagus. (Memang betul pun)
3) Hati - Hati baik, takde simpan dendam (Yeke? Aku dendam je org yg curik purse aku masa along kawen. Kwaja ko ek)
4) Tekak - Outspoken tapi org dengar apa yg aku cakap. Dia kata aku akan jd bos yg baik. Amin.
5) Kepala -  Tenang. Pandai kawal masalah. Yeke??? kehkehkeh



Lepas buat test tu, dia proceed dengan facial. Facial ni cam facial biasa lah. Bersihkan, scrub, makcik bedah semua. Alah ni mesti korang pun tahu kan... Makan masa dua jam jugak lah. Dia urut bahu and leher aku sekali. Thank you Jenny =D



 Tempat rawatan



 Lukisan ni steady je pompuan tu perut berlipat. Mmg trend ni...



....... Setelah dua jam berlalu.... Jenny kata, "I start dengan ovary treatment ya". Aku aha kan aje sbb masa ni aku ngantok gila. HAHA. Buruk perangai betul. Basically Ovary treatment (MOXA Treatment) ni dia untuk stabilkan hormon, bg hilang senggugut, pendek kata semua untuk kebaikan dalaman wanita lah. Dia mcm guna satu benda keras yang di bakar, cam dia lalu-lalu kan dekat area Ovary aku. Tak panas pun, cuma suam2 je. Lepas dah setel benda tu, dia amik setitik minyak Bulgarian Rose tu, dia urut dekat area tu, and bila dah nak last tu, dia buat tgn dia bentuk pyramid dan cam naikkan peranakkan (KOT?) Ulang step tu banyak kali gak.
 

 
Yang botol kecik tu minyak nya.


Basically ada 2 minyak yang aku nak share sekarang. Abaikan dulu Bust Firming tu. Tu entry lain. Minyak yang Jenny guna untuk MOXA treatment (Ovary treatment) adalah minyak Bulgarian Rose. Minyak ni sangat payah nak buat nya sehingga kan harga sebotol cinonet tu MYR3000. Masa aku dengar tu terkezut gak lah kan. Tapi minyak ni bukan nya boleh guna untuk urut je, buat minum pun boleh. So, dia multipurpose, sbb tu mahal kot. And bau dia sumpah wangi nak mamps! Masa dia bg aku minum air minyak rose ni naik pening gak lah aku sbb terlampau wangi.



Promosi dekat Pusat Kecantikkan ni, 8 kali MOXA treatment berharga MYR 2999. Mahal? Kalau rasa mahal, tapi nak try jugak, try dulu dekat groupon. Kalau rasa okay and mampu, tak salah invest. Tapi aku tak mampu, pakai minyak gamat jelah..... kahkahkah. 


Next ialah Alqvimia - Sensuality Body Nectar. Minyak yang botol merah tu. Minyak ni di hasilkan dengan pelbagai jenis bunga and Bulgarian Rose tu pun ada gak. So minyak ni faedah dia sama gak dengan minyak yang atas botol cinonet tu cuma dia takleh minum ah. Sapu2 je. Antara faedah2 minyak ini ialah dia balance kan function hormon system kita, activate kan kita punya metabolisma kulit (cam memperbaharui sel2 kulit), kulit cantik dan glowing, improve kan macam2 benda antaranya hubungan suami isteri, pre-menapause symptoms, haid tak tetap dan yang paling best Jenny kata kita akan rasa sexy! HAHAHAHA. Comel sangat Amoi ni.




Harga sebotol Alqvimia - Sensuality Body Nectar ialah MYR 1680. Cara pakai mudah je, sapu dekat leher, pergelangan tangan, belakang telinga, dan breast. Beli lah minyak ini nescaya suami anda tergoda. Ngeh ngeh.



Siap berminat boleh search website dia www.alqvimia.com



Ok, next entry pasal Bust Firming. Siapa berminat boleh contact Jenny yang baik dan best (Tak tipu) +603-80221716/80221816. Kbai.


No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...