Wednesday, September 11, 2013

Lactacyd : Pencuci alat sulit yang walah


SALAM!!!


Pertama sekali aku tak di bayar untuk entry ni. Saje share sebab ianya bermanfaat. Chewah! Bila dengar pencuci alat sulit kan, banyak jenis yang ada di pasaran. Antara yang aku pernah guna ialah dari Lactacyd, lepas tu tukar Avon, lepastu yang model dia Rossa tu apatah cap dia and last sekali aku berbalik pada Lactacyd balik.



And baru baru ni masa aku nak beli sebab dah habis, aku discover tissue dia. HAHAHAHA. Aku tatau lah benda ni baru ke lama, tapi bagi aku baru lah sebab aku tak pernah nampak. Ke sebab selalu Mama yang tolong beli. hehe.





Basically, wipes ni ramuan (boleh ek guna word ni?) dia sama je macam pencuci tu, cuma dia di jelma kan dalam bentuk lain. KAHKAHKAH. Aku rasa lagi senang sbb tak perlu lah nak bawak botol tu kan. Rajin plak kau. Letak dalam handbag and bila nak guna lap lap, Walahhhhhhhh rasa fresh!


Aku sangat suka benda yang memudahkan macamni. So siapa yang nak rasa walah walahhhh boleh lah beli. So far aku pakai sangat selesa. Rasa lebih bersih, sebab mcm dua kali pembersihan, first lap dengan tisu biasa, then guna wipes ni. Harga dia bawah RM 10 untuk dua peket.


Ok dah tu je. Selamat mencuba! (Cam masakan lak)



No comments:

Post a Comment

Rithuan's Big 3-0

SALAM Tahun ni adalah tahun sendat untuk kitaorg hahaha sbb yela makin kita berusia, komitmen makin tambah. Tapi tak bermakna ben...