Part 3 : RS & AJ



SALAM!!!


Wahh wahh Part 3. Bajet macam ada segmen khas dlm TV ek. HAHAHAHA. So Part 3 aku nak kupas 2 benda.


1 ) Cincin
2) Merisik


Aku ni part kawen memang fail, Wan lagi pandai dari aku. Kitaorg rancang nak tengok je cincin, nak survey2. Lupa lak bila beli cincin ni, tapi last month lah. Cerita nya begini, ada satu hari tu kitaorg pun keluarlah, masa Wan masuk kereta dia pegang satu plastik bag padini, pastu macam sorok2, aku dah cam pehal mamat ni. 



Aku tanya dia, "Amenda dalam plastik tu?" Biasa lah aku kan ada darah2 penyiasat yang mengalir, so perasaan ingin tahu aku lebih dari manusia biasa. Eceh.. tapi Wan kata takde pape. Oklah... aku diam... Pastu stop kat Petronas, dia nak beli rokok. Pastu dia amik balik plastik tu dr tempat duduk belakang, pastu dia cam kuarkan something, pastu dia pass kat aku plastik tu... "Simpan simpan.. letak dalam sikit" . Pastu aku, "Amenda ni...." Aku nak bukak, tapi Wan tak bagi. Pastu aku diam lagi.......



Bila dah sampai Setia City Mall, aku senyap je... merajuk konon lah kan sebab dia taknak jawab apa dalam plastik bag. Wan ni dia jenis tak berahsia, so bila dia taknak cakap, hati aku ada sedikit panas. Wiwiwi. Pastu dia cam perasan, dia kata, "Alaaaa tak surprise lahhhhh kalau cakap" WOAHHHHHHHHHHH lagi lah hati aku berkobar2. Pastu aku diam je.. Last2 Wan bukak plastik tu, rupanya ada duit cash...



Aku tanya dia, nak buat apa duit banyak2 ni? Pastu dia sengih je sambil kata "Jom!"... Kitaorg pun jalan jalan lah dalam SCM tu... Lepak2 jap.. pastu dia kata "Jom survey cincin". Seminggu sebelum tu dia ada ckp kat aku, beli cincin risik dgn cincin tunang, pastu aku cakap aku taknak emas kuning, pasal aku tak suka. Nak platinum diamond. Over ek. Pastu dia kata, "Pakai boxer aku g keje yang kalau nak beli cincin camtu" HHAHAHAHAHAHHA kwaja ek.



Memula masuk Habib. Aku yang sememangnya tak minat dgn emas kuning, aku cam takde perasaan pun bila tengok. Wan tanya suka yg mana pun aku jwb entah... Tak reti. Pastu try, sekali jari aku saiz 9. Jari saiz 9 ni di kira kecik lah. So, takde saiz tu kat Habib. Masa tu aku cam, "Alaaa yang beriya sangat sampai nak cari saiz nak buat apa? Bkn kita nak beli harini pun". Pastu Wan cakap,'Beli hari ni lah sayang, sebab tu lah I bawak duit dalam plastik tu"


*TERBANGANG*


Mama siap pesan swuh dengo cakap Wan ek.


Pastu aku,"Ni ke surprise nya???" Gelak kuat gila lah aku time tu. Sebab tak sangka, patutlah dia beriya sangat. Pastu kitaorg masuk Tomei. Kedai ni banyak sikit pilihan dia, memula Wan kata beli cincin risik dulu, Salesman tu pun letak banyak gila cincin depan mata aku. Aku amik satu, pastu Wan kata, "I suka tu yang you pegang". Being me, aku ni jenis tak kisah, aku pun cakap,"Ok, amiklah yang ni" Happy muka dia masa tu hehe.


Dia pun kata, "Pilih cincin tunang pulak D". Pastu aku terus tanya salesman tu, "Mana cincin ada diamond?" Terus Salesman tu bawak aku ke tempat lain, cam eksklusif sikit. HAHAHAHHA. Pastu aku nampak satu cincin ni, simple je, tapi diamond dia Voguegidevavas. Terus aku cakap nak try. Pastu aku tayang2 depan mata Wan. Perangai kan...


Wan tanya,"U nak yang ni?" Pastu aku, "Nak!" Dia pun cakap kat salesman tu, "Ok, saya ambil yang tadi dengan yang ni" WOAHHHHHHH. Saya happy!

Ni white gold rege 24k. Wan kata kalau rezeki lebih 
lps beranak dia belikan. WAKAKKAKA.



Bayangkan dia bawak cash dalam plastik. HAHA. 
Dah cam berjudi aku tengok gambo ni.


Keluar dari kedai, Wan tanya aku, "D happy tak?" Pastu aku jawab, "Happy nokss dapat diamond" HAHAHAHAHAHHAHAHA. Tapi memang aku happy, Alhamdulillah =D


Then Sabtu lepas, family dia datang rumah. Katanya merisik tapi aku tak dapat cincin aku sbb Mama nak Wan bg sekali masa tunang. Boleh lak ek. Ceit!


Tengok lah tu si Wan, cam kat Mamak dia buat. HAHA.



Love of our life


Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. So, kedua belah pihak setuju dengan tarikh pertunangan. Weewooo.. Tapi sampai sekarang aku tak puas hati sbb aku takleh beli gelang kaki utk acara batal air sembahyang. HAHAHAHA. 



Kesimpulan yg aku dapat, bila nak kawen, ada 2 cincin. Merisik (selalunya belang rotan) and cincin tunang (ni sukati nak pape, cincin tikam pun boleh) And merisik ni cam kenal2 antara family. Cam kira cop lah pompuan tu. Cam lawak lak adat ni ek.



Yours truly, 
RS & AJ



Kbai.

Comments

Popular posts from this blog

Kenali Tahi Anda

5 Tanda Kulit Sensitif

My Journey With Nutox