SALAM!!!
Dah buat dah kagel exercise? Tak habis2 ek dok tanya. HAHAHAHA. Aku suka sebab dpt banyak feedback. Terima Kasih Wanita2 di luar sana. Aku percaya masih ada yang ambil berat soal kesihatan mereka :') *nak terharu smp nangis, sangat takleh blah*
Hari ni aku nak kupas (cam bawang lak) topik lain, masih dalam anggota badan yang sama. Boleh tak concern lebih dekat part ni? (Dalam hati berkata, tahu lah nak kawin) MUAHHAHAHAHA. Tetapkan tujuan, ini education ok. Kat sekolah, matric dan universiti takde ajor. Meh aku yang ajor. Free of charge!
Jom ambil tahu serba sedikit tentang bahagian kesayangan kita ni.
1) Pengaliran darah berlebihan
Siapa pernah dengar orang kata kalau kita nak menopos, darah akan kuar banyak bila period. Aku pernah dengar mak aku cakap. Ok, mama aku belum menopos ok! Period untuk wanita yang dah nak menopos mungkin akan berlaku pada jarak yang dekat atau jarak yg jauh bergantung pada individu itu sendiri. TAPI, kalau pengaliran darah tu berlebihan dan kekerapan dia dalam lebih kurang 2 minggu, something is not right baby! Please see your doctor NOW! Ini mungkin tanda2 kanser serviks dan ovari. Kalau boleh dari kita muda ni kita monitor, kalau rasa pelik sikit je, terus jumpa doktor. Tak rugi pun kan?
Over tol kalau period camni. BAHAHHA!
Aku pernah mengalami masalah haid ni masa sekolah, aku rasa sebab aku gemuk sangat kot. Faktor kegemukkan pun mempengaruhi tau. Ada dulu pernah 6 bulan sekali aku baru period, puasa memanjang penuh, sampai ostad tadarus pelik sbb bulan puasa aku punya attendance penuh. Tak baik tau Ostad ni sangsi dengan kesucian saya! (-_______-) And ada pulak dlu 2 minggu period non-stop, sampai aku lembik, sbb darah hilang, aku plak jenis tak makan makanan tambah darah ni.. Sampai doktor bagi ubat supaya period tu stop. Masa tu mmg mama bawa aku jumpa doktor, ulang alik kot, sebab risau. But everything is fine now =D
2) Salah penyakit
Eh boleh lak ek salah penyakit.. HAHAHHA.. Ingat tak aku pernah tulis satu entry dulu pasal Yeast Infection. Klik SINI kalau nak baca. Bukan semua penyakit adalah yeast infection dekat alat sulit kita tu. Kalau gitu wah, senang gila ek, buat satu ubat je. Ha, pakai lah ramai-ramai.
Ada banyak lagi penyakit, kadang-kadang tu sebab banyak bakteria (U don't know what's going on down there) dan juga adakalanya sebab penyakit lain yang kita boleh dapat dari hubungan kelamin. Seelok-eloknya, jumpa doktor, cerita apa tanda2 nya, dari situ doktor boleh bantu korang cari penyelesaian nya. Jangan takut ok?
Nampak mana satu Ovari, mana satu serviks. Tu semua boleh kena kanser.
3) Letak Bedak
Ihsan Google
Siapa kat sini yang rajin letak bedak? Tolong henti kan. Aku faham benda ni, bila melecet, bedak ni lah yang jadi penyelamat kan? Aku tahu sebab aku pernah buat. Yela... gemukkan.. cepat berpeluh. Don't worry, I feel your pain, but please stop ya? Sebab, dengan memakai bedak, boleh menaikkan risiko kanser ovari sebanyak 30% . Kita tak tahu apa yang berlaku di bawah tu, dengan bedak, campur peluh lagi.. lagi2 kalau bedak yang ada pewangi. Lagi bahaya.
Kalau rasa bahagian bawah tu senang berpeluh, takpe, kita cari jalan lain ok? Pakai pakaian dalam jenis cotton yang serap peluh ataupun tukar lah pakaian dalam bila rasa perlu, panty liner pun jangan pakai lama2. Agak2 dah rasa semacam tu tukarlah... Bila buang air, jangan lupa lap. And jangan pakai seluar ketat2 sangat okay?
4) Senaman Kagel
Nak jugak promote korang buat! Buat taw!
5) Protection!
Korang tahu tak sekarang ni banyak wanita umur 40 ke atas ada penyakit kelamin. Sebabnya tak guna condom. Ini untuk orang yang tak berkahwin dan menjalani hubugan kelamin bersepah-sepah. And, walaupun kalau dah menopos, still kena pakai! (Bajet cam makcik-makcik baca blog aku kan) Bahahha!
Itu sahaja untuk hari ni. Kalau ada yang korang buat atau pernah dengar orang yang rapat dengan korang buat, beritahu lah. Masih belum terlambat untuk berubah. Yang penting kita ada kesedaran. Take care!
Kbai.
No comments:
Post a Comment