Pulau Perhentian



SALAM!!!


Sebenarnya dah lama aku pergi Perhentian ni. Adalah beberapa bulan lepas, tapi biasa lah busy, nak update on time memang tak dapat. Plan nak pergi perhentian ni kitaorg dah rancang dari last year, tapi asyik bertangguh sebab masalah2 yg tak dapat di elakkan. Tapi akhirnya berkat kesabaran dan rezeki dari Ilahi dapat jugak kitaorg pergi.


Booking chalet semua Ridza buat. Tiket bus Fiqa beli. Dan akhirnya kami pun bertolak dari Hentian Putra. Tiket bus dari hentian Putra pergi Kuala Besut rm 44 (Mahligai Ekspres) Seat best. Most of the time aku tidur. hehe.Tiket balik harga sama ke mahal seringgit tah.. lupa lak..


Hentian Putra


Perjalanan adalah super jauh. Bertolak pukul 10 malam. Sampai Terengganu pukul 6 pagi, solat subuh. Belum sampai Kuala Besut lagi. Sampai Kuala Besut dalam kul 8 camtu lah. Lebih kurang. Bontot kematu ok.


Tunggu Boat



 Masa ni makcik dua org ni rileks lagi, pastu terpekik2 sebab boat tu sangat laju YA AMPUN.



Ridza sentiasa maintain. Mungkin dia pernah jadi nelayan dulu, sbb tu rileks je.


 Tadaaa!!!! Saya di sini!


Sampai2 je kat Pulau, kitaorg terus check in dekat Panaroma Chalet. Dari jeti tu nak gi Panorama tu adalah berjalan 1km ke lebih. Penat gila sbb panorama tu dia macam the other side of Pulau Perhentian Kecil. Boat takleh lalu sana sebab ombak kuat. Masa kitaorg pergi tu February, so monsoon baru habis aku rasa. Ke belum lagi, sebab ombak memang kuat. Wa tak tipuuu..


Lepas dah checked in, terus bersiap pergi snorkeling. Abg Faizal bawak kitaorg. Aku tak excited pun masa ni, sbb aku mmg tanak snorkeling, aku takut air. Nasib ada kawan yg takut gak. HAHAHA. Yang lain excited terlebih. Antara point snorkeling ni ada turtle, ada shark point pastu apatah lagi, ada dlm 5 ke 6 kot tak silap.


Tapi masa kitaorg snorkeling tu ada banyak lagi boat, so bila menyelam, instead of nampak ikan, aku nampak bontot orang. Pun bolehhhh... Aku ada cerita kat entry sebelum2 ni yang atasi ketakutan tu. Nasib ada Abg Faizal yang menemani aku all the time. And sekarang, aku tak takut air dah.


Antara pengalaman manis, aku dapat tgk jerung, depan mata okayy!!! Selalu tgk dlm TV je, tu pun mesti minah sexy2 pakai bikini je yg dpt tgk shark. Helloooo I pakai suar tracksuit je ok, dapat gak tgk. hehehe.




 Aizat mabuk laut, fiqa keletihan. 


Lepas dah snorkeling lebih kurang 3 jam, perut lapar gila. Pastu abang ni bawak kitaorg makan dekat Ada Seafood. SEDAP GILA OK. And murah.


 Muka Penat 1



 Muka Penat 2


 Cam tak penat je? HAHAHA



 Best nya 1


 Best nya 2

 
 Best gila gila


Lepas tu malam tu kitaorang pergi makan area situ. Di maklumkan sangat mahal. Telur goreng rm 3 ok. Ni telur emas ke apa?! Lepas makan, kitaorg lepak kat chalet tu main card sampai pukul 12, pastu jalan2 tepi pantai. Romantis sangattttt. Choy! Angin sangat kuat, dengar bunyi ombak sgt best.


Then, semua kata, "Wey esok kita bangun awal tau, sebab nak tengok sunrise tepi pantai" . Maka semua pun bersetuju. Tengok2 semua sembahyang subuh pukul 7.30am. Sunrise kelautttttttttttttttt dan subuh dinosaur. HAHAHA. Sebab memang sangat letih tahap letih gila. Aku rasa kaki aku cam nak tanggal.




Di sebabkan dah terlepas sunrise kan, kitaorg kuar dr Chalet dlm pukul 8.30am camtu, sbb nak breakfast. Masa tu kedai pun tak bukak lagi. Cantikkan pemandangan atas ni, mcmtu lah pemandangan masa breakfast. Kalau la ada Bruce Willis kat sebelah... ahak ahak...




Lepas breakfast, aku, nana, fiqa semua terjun pantai. TERSANGAT lah best sbb ombak dia kuat. Tak boleh mandi ke tengah sangat. Sebenarnya ada abang tu tak bagi mandi sebab dia kata ombak kuat. Tapi biasa lah kitaorg kan degil, belasah je. Tapi memang best gila. Aku smp blh masuk bawah ombak tu, boleh bayangkan tak betapa kuat dan besar nya. Dah lah jernih nak mati air dia, macam perempuan tak pakai kain dalam. haaaa camtu lah dia punya jernih. Ek? 


Dah tengahari sikit kitaorg bersiap untuk pulang. Sebelum balik kitaorg makan dulu dekat restoran yang berlantaikan pasir berdekatan dengan jeti. Harga takyah cakap lah, mmg mahal. Rasa cam bila berak nak simpan je tahi nya sbb mahal sgt. Sobs.


Sebelum balik, kitaorg suruh satu foreigner ni amik gambar kitaorg. AHHAHA. Eh, macam kitaorg lak ek pelancong. So, secara kasarnya duit akan habis dalam rm 300. Tu kira mewah dah tu, kalau nak jimat, bawak roti dgn tuna banyak2. Sbb memang barang sgt mahal. Tapi kalau korang kaya, padahal.... duit bukan bawak mati pun. kannnnnnnnn....







Kesimpulan nya trip ni sangat padat dan menyeronokkan. Hehe. Please lah pergi Perhentian. Sebenarnya gambar beratos2 tapi larat lak aku nak upload semua, sikit2 jelah, yg lain tu kena pergi sendiri baru dapat rasa betapa indahnya ciptaan ALLAH. Subahanallah.


Thanks eksyens. Sayang uolsss. Kbai.

Comments

Popular posts from this blog

Kenali Tahi Anda

My Journey With Nutox

5 Tanda Kulit Sensitif