Friday, May 24, 2013

Nescafe Dolce Gusto



SALAM!!!


Harini cuti Wesak. Kalau cuti watpe? Jalan laaaaa... takkan nak dok umah, panas punggung hahahaha. So hari ni aku jenjalan, biasalah kalau aku berjalan tu apa lagi aku buat, mestilah window shopping (gaji belum masuk) and minum kopi. Yummy!




 Ini nama dia cinta hihi


Ok dah, aku bukan nak cete pasal aku lepak minum kopi, tgk tajuk entry pun tahu takde kena mengena. Siapa kat sini pernah dengar Nescafe Dolce Gusto? Aku dulu... dulu la... aku memang tak pernah dengar sbb aku ni bukan lah pengemar Nescafe.. tp kalau ada aku layan jelah... 


Cerita nya begini, kene cerita dr mula supaya lagi senang faham. Last year, masa year end bash IBM, kan tema nya fairytales. So aku pun mengambil keputusan nak pakai baju Fiona. Sila rujuk gambar di bawah.

 Cute kan? BAHAHAHAHA


Then, nak di jadikan rezeki, aku menang. JUARA ok. Bukan main2 penangan makhluk hijau ni. hahahaha. Maka hadiah nya aku dpt Nescafe Dolce Gusto tu.... seperti gambar di bawah...(Maaf takde gambar proper sbb entah mana original copy nya)




Bila dh dapat tu, aku happy sgt since aku ni kan penggila kopi. Tapi kegembiraan aku tak berpanjangan sebab aku tak pandai guna. SOBS. (T.T) Satu haritu baba kata jom lah try. So aku pun try lah.... hasilnya... aku bg 2 bintang sbb mmg tak pandai guna and tah pape. Mama and baba complain apasal pahit sangat kopi nya. Choy! And bila last2 tu, aku guna, then kuar susu. Aku cam,'ek eleee mana kopinya asal susu plakkkkkkkkkkkkkkkkkk"


Di sebabkan aku dah give up, baba pun sokong ke-give-upan aku lalu dia simpan mesin tu dalam stor. Bye bye idontlikeyounescafedolcegusto. Padahal tak reti guna. So cerita tu habis kat situ. THEEND.


Ok, ni cerita lain plak, kan hari ni aku kuar. Dok jalan2 tanpa hala tuju, yaya ajak masuk Parkson. Layankan.... Pastu naik tingkat 1, ada mcm tempat semua Nescafe Dolce Gusto. Aku cam terkesima, ok ni tipu, aku cam wah! Aku ada mesin ni! Walaupun dpt free, at least aku ada. AHHAHA. Pastu sbb aku nak tahu lah kenapa susu yg keluar instead of kopi, aku pun singgah booth tu.





Lalu aku bertanya, "Boleh tak u terangkan mcmana nak guna?" Baik salesgirl tu, dia terang dr A smp Z. Baru lah aku tahu sebenarnya nak buat Nescafe ni dia mmg kena guna 2 kiub (eh kiub eh?) Satu adalah kopi, satu lg mmg susu. Choyyy!!! Patut lah kuar susu je dulu.. And Mama and baba complain pahit, sbb tak letak susu. Now I know!


Lepas tu aku ckp thanks bebanyak and "Boleh tak you bg I rasa?" HAHAHAHAHA menyempat ek. Dia kata boleh.. u pilih. Then aku pilih Latte Macchiato. Dia pun bancuh. And aku cam Woahhhh woahhhh (Batak) 


 Aku punya mesin bukan camni. saiz kecik sikit. Ni saiz yang baru and its AUTOMATIC. Takyah susah payah sukat air.  


 
 SEDAPPPPPPPPPP!!


 Apasal gambar ni jd gemuk? Bongeklaaaa


 Ni pun gemuk gak. Cheh.



 Nasib ni tak gemuk. Eh eh eh


Kesimpulan nya, sedap. And harga mesin baru tu rm 800++. Dia mahal sbb dia lagi besar, lagi cantik kebabommm and dia automatik. Kpd yg pernah tgk kiub tu, dia ada sukatan air, mesin yg automatik ni ada option utk sukat air. So korang just set kat mesin tu je. Senang kan???? Kalau aku punya tak. Sadis. Aku perlukan yg automatik! Bwekk.



 Yang jenis cam aku punya tu RM 300++ Sesiapa peminat kopi tegar boleh lah beli mesin ni. Yang kopi dolce gusto tu, satu kotak berharga rm 27.90. Aku mls dah nak beli sebab aku tak berapa yakin nak buat. HAHAHA. Tapi oklah harga dia, secawan yang cam aku pegang tu cuma RM 3++ sebab kalau beli satu2 kiub tu harga dia rm 1.75.



Setakat ni aku cuma tahu kat Parkson Setia City Mall ada. Maklumlah, I pun dapat hadiah uolsss nk beli memang tak mampu. Okbai.



No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...