SALAM!!!
Sekarang waktu menunjukkan pukul 4.31pm. Hari Khamis, eh esok Jumaat dah. Yihaaa! Kerja aku dah siap, so, kena blogging sebab takleh bazirkan masa.
Sekarang, hmm start dari awal minggu ni, aku start strict diet balik, sebab? Entah aku pun tatau. HAHAHA rasa cambest. Tapi serius, kalau tak makan nasi badan rasa ringan. Walaupun sebenarnya berat aku sama je. Choyy. Oklah tak perlu bebel pepanjang sbb korang pun malas nak layan kan. Jom straight to the point.
Seperti yang semua orang sedia maklum, dalam diet seharian kita kan, kita kena makan makanan yang seimbang. Maksudnya, ada protein, lemak, kekacang, sesayur, nenasi dan sebagainya. Alah, yang dulu masa sekolah cikgu selalu tunjuk piramid makanan apajadah tu.. Padahal tak ikut pun... Larat plak mak aku nak sediakan semua. Untunglaaaa orang ada bibik. Heh.
Piramid Makanan (Gila takut yang chem tu, mcm apa je)
Tapi sebenarnya kita kena juga ambil berat benda ni, bila dah besar sikit, kita pandai lah pilih makanan apa yang berkhasiat atau tak. So di sini aku just nak korang tahu yang lemak pun penting dalam pemakanan kita. Tapi tak sepenting kopi lah kan... OBVIOUSLY... hehe...
1 - Lemak Trans
Kumpulan lemak yang berbahaya. Sebab? Dia bukan lemak asli. Apa kau ingat muka palsu tu yang pembedahan tu je ke bahaya? Lemak palsu pun bahaya ok. Jangan main2. Lemak trans ni boleh menyebabkan arteri kita tersumbat dan akan menjadi salah satu punca sakit jantung. Antara contoh-contoh lemak trans ialah majerin dan minyak sayuran. And masa aku taip entry ni aku borak dgn kwn aku yang pernah kerja restoran makanan segera, dia kata memang goreng makanan guna minyak sayuran. OMGGGGGGGGGGG PATOTLAH SEDAP. WAKAKKAKAKA. So, kurangkan lah. Aku tak suruh korang tak makan langsung cuma kalau boleh elak, elak lah.
2 - Lemak dari Omega 6
Lemak dari Omega 6 ni bagus KALAU korang boleh seimbangkan. Maksudnya kena ambil in moderation juga. Bukan nya sebab dia bagus so boleh hentam bebanyak. If korang ambil banyak, dia boleh lead to cancer sebab bila dah banyak sangat, sel badan kita boleh jadi tak berfungsi, so kalau dah banyak sangat cell yang tak function, tu yang akan lead kepada cancer dan penyakit hati. Pengambilan lemak Omega 6 kena lah di seimbangkan dengan Omega 3. Apa Omega 3? Sabar jap... Nak taip lah ni....Antara contoh-contoh nya ialah minyak jagung, kekacang dan kacang soya.
3 - Lemak dari Omega 3
Lemak dari Omega 3 ialah lemak paling bagus. Kira macam kalau cete LOTR, dia Aragon lah... Tetbe ekk... Lemak Omega 3 ni bagus untuk jantung, turunkan kadar kolestrol, imunisasi badan dan macam2 lah. Senang cete memang dia paling best lah. So, antara sumbernya ialah minyak ikan, ikan salmon, telur ayam, Scott Emulsion (HAHA) dan sebagainya. Tapi minyak ikan busuk kan? HAHAHHAA. Ingat lagi dulu student aku sampai lari2 taknak makan. Beli yang perisa oren tu okay sikit dari yang putih. Buek.
4 - Lemak Haiwan
Lemak haiwan ni aku rasa tengah2. Dia tak lah elok sangat, taklah baik sangat. So kita kena amik pun dlm keadaan sederhana dan kena pandai seimbangkan. Tapi aku rasa lebih baik takyah amik. HAHAHAHAHA. Apani tak tetap pendirian tol. Lemak haiwan ni kita boleh dapat dari haiwan lah, ayam, lembu, babi, semut pun boleh kalau korang nak. Pengambilan lemak haiwan ni seeloknya di seimbangkan dengan sayuran. Gitu.... Tapi aku rasa, ni pada pendapat aku lah, seram kot tengok orang makan sup lembu yang lemak timbul2 kaler putih. OMAKKKKK... Tak lalu.. tapi tu aku lah, orang lain aku tatau. Ikut koranglah nak makan banyak mana pun, aku di sini hanya menasihat. Tepuk dada, tanya hati.. jangan tepuk buah dada orang lain plak.
Akhir kata, sekarang ni korang dah tahu lemak dan kawan-kawan nya. So, buatlah pilihan yang bijak. Aku tengok ramai kawan2 aku sekarang dah start jaga kesihatan. Baguslah, sbb makin kita meningkat usia, kadar metabolisma kita menurun, kenalah kerja lebih sikit. Kena pandai seimbangkan makanan. Kalau aku, aku strict sikit, tapi tu lah, dengan kopi ni aku kalah sikit. Hehe.
Okbai nak p kencing.
No comments:
Post a Comment