Spa sendiri (2)

SALAM!


Spa sendiri kembali mengegarkan anda. minggu ni, maksud aku ahad lepas lah. aku buat rawatan rambut. pernah dengar tak orang kata guna santan bagus untuk cantikkan rambut??? pernah takkkkk??? aku pernah. nenek aku cakap. mak aku pun cakap gak.


santan pekat.


santan pekat ialah santan yang memula sekali korang perah. jangan letak banyak sgt air. kepekatan dia amat penting ya. jangan kedekut sangat. kelapa parut hanya rm 2.00 je. korang beli baju harga berapa? lebih rm 50 kannnn.. jangan tipu.


masa aku mandi, aku lumurkan rambut aku dengan santan. pastu aku lepak dlm toilet 20 minit. gila sadis tempat lepak. layannn nak cantik punya pasal. pastu aku basuh. mandi cam biasa. tp jgn shampoo. INGAT! kita nk biarkan dia meresap segala kebaikkan nya.


pastu, dh keringkan semua. rambut aku bau santan. mak aku kata busuk. (T.T) sampai nya hatimu wuwuwuuwuw. tapi mmg lembut. rasa ringan. and nampak berkilat. chewahhhh..


and esok tu tak kusut pun, senang nak mandi. pe lagi, next time boleh cuba lagi. murah kan??


so, benda lain yang aku buat ialah benda biasa di bawah ni.


BROWN SUGAR MASKER

SPARKLING WHITE EYE MASK


tapi hari tu aku gi shopping dengan adik aku. gi SASA, ada eye mask baru tgh offer. tengok, jangan risau, barang2 yang aku promote semua affordable. eye mask ni harga sebenar rm 9.90. tp bila kau beli barang rm 10 ke rm 15 keatas, dpt beli dengan harga rm 2.50 ke rm 3 tah. lupa, resit nya entah mana aku campak. nnt ill find out bila aku dah guna.


Comments

Popular posts from this blog

Kenali Tahi Anda

My Journey With Nutox

5 Tanda Kulit Sensitif