SALAM
Tahun ni adalah tahun sendat untuk kitaorg hahaha sbb yela makin kita berusia, komitmen makin tambah. Tapi tak bermakna benda tu tak elok. Kita org still adjusting and bertahan HAHHAHA.
So awal2 aku dah cakap kat wan, minta maaf sebab aku takleh nak buat birthday dia besar besaran. Selalu tempah fondant cake bagai.... tahun ni tak... sobsss
Kebetulan masa birthday dia tu, dia kena outstation, so balik lambat. Aku pulak ada IBM Club dinner kat One World Hotel. So memang on that day kami tak celebrate. Siang tu aku half day, pi ikea dengan nana lepas tu petang ada meeting then dinner.
Memula p ikea... lepastu cakap kat nana nak singgah Curve jap.. sebab aku rasa bersalah gila sbb tak beli pape untuk Wan... perasaan dia sukar nak dimegertikan tapi mmg takde budget untuk hadiah waaaaaaaaaaaaaaaa (-___-) Aku fikir, okla kot beli belon untuk dia and cake later.
Punya lah aku mencari Balloon Buzz dekat Curve tu mcm nak gila. Akhirnya, jumpa gak. Dah beli balloon, balik ke IBM Plaza for meeting, then dinner. Masa dinner tu cam terfikir nak beli cake katne lah ni... sekali nampak ada cake kat kaunter tempat kitaorg makan tu... tanya dia boleh ke beli... of kos la boleh kan hahha.. so aku beli cake kecik sekentot tu je utk wan...
Balik tu, aku tunggu dalam bilik konon dia bukak pintu nak surprise lah... pergh kematu ek tunggu.. sebab macam dah dengar bunyi kete tapi apasal tak naik naik.. last2 aku kunci pintu aku baring... HAHHAHAHA bila dia nak pulas tombol buat konon2 cam tengah buat something lah hahaha padahal malas ek..
Sekali TARAAAAAAA!!! dia terkejut. ok mission accomplished.
Kecik ek cake tu.. tapi Wan cakap sedap sangat...
Lepas beberapa minggu, aku dapat vocuher dari IBM. Voucher Sakae Sushi.. RM 100. So aku pun cakaplah belanja dia makan ewahhhh kemain suka dia. hehehe.
Tiup lilin kat sashimi ekkk
Happy Birthday Sayang ke 30
Terima Kasih kerana menjadi suami i. And selalu sabar. HAHAHA. Aku memang cakap kat wan sblm kawin, aku tak perlu duit hahhaa tapi aku perlu lelaki sabar sbb aku byk kerenah. So skrg, dia sedang bertahan KAHKAHKAH. kata cinta kannnnnnnnnnnnnnnnn
Selalu sabar. Bertanggungjawab. Selalu dahulukan orang lain. Baik hati sangat kadang2 baik sangat aku menyampah serious haha. Semoga menjadi hamba Allah yang di senangi dan sentiasa bahagia. Love you b.
K la byk sgt tulis.
Always the helpful one :)
No comments:
Post a Comment