Tuesday, November 26, 2013

Hijab Stylista Workshop at IBM / Bengkel Hijab Stylista di IBM



SALAM!!!!



HAHAHAHHA maaf lah cam bengong je translation nya. HAHAHHA. Sebenarnya aku pun cam terbangang gak bila dapat email di suruh jadi speaker untuk workshop ni. Alasan aku kena jadi speaker ialah sebab aku style. Soalan pertama menerjah benak aku STYLE KE AKU NI???? nak pi pitam jap memikirkan nya.



Aku rasa, aku ni pakai baju asal boleh je. Selalu nya memang aku akan pakai dress sbb aku malu nak pakai jeans, bumper besar lah katakan. So dress lagi sopan pada pandangan aku. Bab tudung plak, memang aku beli rm 5 punya kat pasar malam. Kalau tudung corak2, aku akan beli dari bisnes aku sendiri, PAISLEY GRANDEUR. So, nak kata aku style? Memang tak, kuat minum kopi yela. Ekekeke.


Style pakai tudung plak, dr zaman belajar sama je. Sbb aku malas nak ikut peredaran masa. Aku kan hidup dlm dunia aku sendiri (poyo) Masa aku belajar, aku pakai tudung style yang paling mudah dan meminimumkan jarum, brooch atau segala mak nenek yang lain. So, style ke aku? Aku rasa tak. Tu nama nya pemalas. kekekkee.


Di sebabkan aku dah di suruhkan, so aku layan kan jelah. Organizer kata workshop tu dalam masa 1 jam. Antara style2 yang aku share ialah :


The Siti Sytle
The Hana Tajima Style
The Arab Style
The loose style
The Shawl Turns Bawal Style
The Irma Hasmie Style
The Turban Style
The Twist Style
The Basic Style



Workshop ni terhad seats dia, dalam 15 camtu je. Sebab yelah antara2 kawan2 opis jek. HHAHAHA. Tapi oklah, at least membantu. Tak rasa macam workshop sangat pun sbb tak formal langsung. Kalau dah speaker nya aku, memang sah2 tak formal. hihihi.


Gambar-gambar yang aku terima dari urusetia 


Chinese girl ni interested nak try pakai tudung. Pastu mengelupur panas. HAHA. Comel.









Kak Neeza share tips


 Meh sini meh pakai shawl mehh...


Style Siti katanya.


Sampai bawak cermin kau. Curlass.


Mulut toksah nak joyah sgt Amni.



Turban Style



Apapun bagi aku, cari style yang kita selesa. Its okay to just stick with one style. Yang penting keselesaan kita. Kalau ko selesa pakai selendang 18 lapis, go ahead. Orang lain2 kan? :)


Ok bai.


Friday, November 22, 2013

Hujung Minggu Kebiasaannya



SALAM!!!!


HAHAHAHAHA! Kalau siapa pernah tengok muka Wan, mesti cam tak percaya mamat ni pergi spa. Aku memang suka p spa. Suka urut2, suka facial2, kekonon cam suka di manja kan. Buekkk. Selalu gak la aku pergi. Tapi sejak dengan Wan aku jarang pi pasal nak jimat (nk kahwin kan) and takde masa (sumpah tak tipu, biasa awal bulan tu, weekend aku dah mmg penuh)


Muka ganas kan? KAHKAHKAH. (Oh tu selipar baru, maap memang nk menunjuk)



Then one day tu, aku dok bising kat telinga Wan kata pinggang aku lenguh. pastu dia kata pi lah spa. Then aku cakap, teman boleh? (Biasa lah gedik kan) Dia kata boleh. Untuk D semua boleh. Hakkptuihhh mintak ip5 dia dr mula kenal sampai sekarang tak dapat2. HAHHAHA. 



So aku pun buat lah appointment for 2. Pi dekat area umah aku jek sbb senang. Sampai2 je dia swuh tunggu dlu. Masa tunggu tu, adalah pekerja dia yang keluar masuk keluar masuk. Ada satu akak ni. Bak kata Wan, muka fighter. Jahat kannn... Aku whatsapp dia , "B, sila berdoa sekarang bukan akak tu yang urut you. HAHAHA".Wan gelak. Pastu kitaorang masuk, sekali memang akak tu yang urut dia. KAHKAHKAHKAH. Aku hanya mampu gelak. 



Maaf takde gambo spa sebab tak sempat nak amik asyik gelak je mengenangkan nasib Wan. Akak yang urut aku tu asal dari Indonesia. Nama dia Maya. Aku rasa dia dh berumur, tapi sumpah nampak muda gila, sebab dia kata anak dia dah umur 30. Confirm2 lah dah tua kan. Kak Maya ni ingat aku dengan Wan dah kawen. So dia bagi tips banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk GILA kat aku (Kenapa ek ramai igt kami dah kawen? ke sbb kitaorg selalu p pasaraya beli sayur LOL)



Macam biasa lah, pi spa memang tukang urut akan kata kaki aku tegang(dah pakai kasut tinggi dr pagi smp petang hari2, wajibulghunnah lah tegang kan) Dia pesan suruh urut hari2, bagi urat longgar. HEHEHE. Baik kakkkk.. Lama gak akak tu urut. Lps tu dia ada tanya aku dah pregnant ke belum. WOIH belum kawen nk pregnant amenda. Yela, dia igt aku dah kawen kan. So dia pegang2 peranakkan aku. Dia kata elok ni. Takde masalah. Kekekkeke.



........................ Dua jam berlalu. Session tamat. Wan macam enjoy. Aku ingat nak mandi sebab lepas tu kami nak pi Pavilion beli hantaran, sekali akak tu tak bagi. Penyudahnya kami pi Pavilion dengan bau minyak. Pitam jap.




Antara tips2 Kak Maya bagi :


1) Makan taugeh yang kita tanam sendiri (buat subur)
2) Makan buah kundur
3) Jangan angkat barang berat2
4) No nenas
5) Kurangkan ais & jgn selalu pakai kasut tinggi


Tips2 dia ni kebanyakkan cam nak galakkan aku pregnant. So nanti aku buatlah bila aku dah kawin. Hihi.


Yang tak leh blah nya, Wan siap tanya akak yang urut dia, apa tips nak tahan lama atas katil krikkkk krikkkkkk. Pastu masa nak balik dia tunjuk kat aku. DOUBLE KRIKK KRIKKK. Cara nya duduk bersila, kaki bertemu kaki, bengkok kan badan dan kalau boleh kepala cecah ke kaki. Pastu aku cakap kat Wan, "Ko takleh blah ekkkk" . Dia gelak EVIL. Choyyyy!


And satu lagi tips, nak elak angin pasang (amenda angin pasang aku tatau). Cara nya ialah lepas bersama (atas katil bukan pi shopping), isteri boleh tolong tekan pangkal peha suami dari atas ke bawah. Hanya kawasan pangkal peha je. 



Aku tahu tips ni Krikkk krikkk sikit, tapi bila dah kawin, benda ni berguna. (-________-)



Lepas p spa, kami p shopping hantaran jap. Pastu pi dinner.





Bila nak kawin ni bajet nak berjimba memang kureng, cakap terus terang je. Boleh kira dengan jari kami p tengok wayang. Selalu keluar pun pergi beli hantaran (sebulan satu hantaran kami beli) or pergi wedding. THATS ALL. Boring? Yes IKNOW. HAHAHA.


Kbai.


Number Kak Maya : +60166993177 ( Dia urut best nak mamps!)


Wednesday, November 13, 2013

Part 6 : RS & AJ


SALAM!!!


Wahhh dh masuk Part 6, ni kalau buat novel confirm kalah Twilight. HAHHAHAHA. So Part 6 and above ni aku akan kupas pasal persiapan perkahwinan pulak. Part 1-5 pasal tunang. Masuk hrni, baru 2 bulan lebih kitaorg tunang, apa beza couple dgn tunang? Hmm... aku rasa sama je, cuma bila dah tunang ni kita dh start kena buat keputusan bukan dari kepala kita sahaja. Contoh : Laptop aku skrg, baba dah nak amik balik, so aku takde laptop bila kawen nanti. So, aku pun nak lah beli laptop baru. Ecehhhh... pastu Wan kata, "Takyah D, I ada laptop, you pakai I punya je". Haaaa... ni lah situasi dimana semua benda pun kena bawak bincang supaya mudah di kemudian hari. Ko bajet ko Prof Muhaya kerrr???? Nak bg nasihat camni. Buek.


Antara persiapan-persiapan perkahwinan.


HONEYMOON


Benda pertama yang kitaorang buat untuk persiapan kawin ni ialah beli ticket honeymoon. HAHAHAHHAHA. Sebab bila aku fikir2 balik, kalau tak pergi honeymoon lepas kawen memang nanti dah takde masa, lagi2 nanti bila dah pregnant ke apa. So aku kalau boleh nak semua benda ikut flow. Taknak skip2, yelah kawen sekali je seumur hidup. Berani lah Wan nak kawen banyak, aku ikat kat pokok kelapa baling sebaldi kerengge kang! HAHAHA.


So ticket flight baba tlg belikan since iols takde credit card. Tapi berlaku sedikit kecuaian disini. Kitaorg akan honeymoon kat sebuah pulau. So SEPATUTNYA kitaorg tak perlu laaa beli banyak2 baggage. Total baggage kitaorg beli ialah 80kg. Ko nak beli apa Amni oiiii kat Pulau??? Pokok kelapa kerrrrr. So alert sikit bebenda ni. Lainlah kalau memang pergi nak shopping. CHINCOIIII.




BAJU KAWEN SEGALA BELAH


Aku rasa persiapan kawin ni untuk aku tak berat sangat. Sebab Mama and Baba banyak tolong aku. Baju aku, Mama beli kat Indonesia. Lace sana murah berbanding sini. Soal warna, aku serahkan je kat Mama. Pesanan aku cuma aku taknak kaler gelap sebab yelah Wan tu kurang cerah (kur hajj kann), kang kalau pakai warna gelap, tak curlass lah kan uols. Memula decide nak beli untuk baju belah Wan je, belah aku nak sewa. Last2 baju aku untuk 3-3 majlis aku buat sendiri. Sila pengsan sekarang. 


Baju belah aku. Ni kaler apatah aku tatau tapi aku suka. HAHA.
Baju ni berat nak mamps! Sama berat dgn kucing aku.



Ni belah Wan... Yang ni full 4 meter lace. Aku tatau lah cam ikan paus aku gamaknya kalau dah satu badan lace. Pitam. Doakan aku kurus sebelum kawen.



Untuk Wan pulak, belah dia, dia nak pakai coat. Bajet omputih lettew, maka kami pun pergilah beli coat. Tapi oklah, merasa pakai modern and tradisional. Pendapat aku kalau lelaki nak pakai coat, elok beli yang ikut shape, smart. And tak semua brand kena dengan badan kita. Macam haritu, Wan try G2000, cam besar bahagian ketiak. maybe cutting dia lah kot. Bila try Padini, memang curlas... Kalau pompuan tu ibarat nya cam pakai kebaya lah.. HAHAHA..


Tips yang mamat padini tu bg, dia kata kalau boleh jangan pakai kemeja yang berwarna-warni sbb nampak cam pergi kerja. HAHAHAHHA. Sekarang ni ko nak kawen ke nak g keje??? Jangan nak rajin sangat. So warna putih adalah paling afdhal.


Oh Maaf nampak pungkoq. Ni coat G2000 tu, belah ketiak longgor.



CINCIN KAHWIN LELAKI


Masa aku decide nak beli cincin untuk Wan ni, puas aku google selalu cap apa yang bagus. Macam2 blog aku baca. Sampai lah akhirnya aku jumpa cincin idaman aku. Eh, ni sekarang cincin Wan ke cincin aku? HAHAHA. Aku decide nak beli EA untuk Wan. Tapi aku cam kat mana lak aku nak cari. Dgn gigihnya pergi call ek butik dia kat KLCC. pastu budak tu kata kat Parkson Pavilion ada.


So, aku ajak ler si Wan ni pergi. Sampai je tempat tu, aku cakap, pilih lah mana you suka. Ada dua section untuk cap EA ni, satu kat level 3 kot, bahagian lelaki, satu lagi kat level yg sama dengan perfume semua. So, korang boleh survey kat dua2 section. Turun naik turun naik jugaklah nak memilih. Yelaaa nak pakai sampai kerepot, kena pilih yang bebetul suka. So last2 Wan decide nk satu cincin ni. Maka aku pun bayor ler. Design memang sangat simple, sbb kami memang simple je. (poyo)



Lepas beli cincin, ehhhh sempat lak beli kuali dgn periuk nasi. HAHAHAHHA.


KURSUS PRA-PERKAHWINAN


Kursus kawen kat sini tersangat lah BEST! Memang kawan2 semua rekomen amik kat TTDI. So pergilah kami selama dua hari. Nasihat aku, nak pergi kursus kawen kena pergi dgn pasangan supaya dua2 dengar dan faham.


Pastu tak habis2 si Wan ni whatsapp aku,"HAAA dengar tuuu, dengar tuu" HAHAHAHA. Yang penting ustaz kata, nak bahagia dlm rumahtangga kena SEMBAHYANG.





Pastu yang part takleh blah nya, kitaorg pergi kursus sekali dengan Misha Omar, perghh mmg cantik gila dia ni tak make up. Lembutttt sangat.. Lepas tu esok nya keluar kat semua laman gosip, Misha Omar sudah bertudung? Pastu kuar gambar kitaorg ni. KAHKAHKAH. Tak memasal aku dengan Fiqa popular.









 KEK KAWIN


Perghhhh Part ni pun boleh tahan pening nya.... Sehari gaklaa aku mencari cake yang aku suka. maksud aku design. Last2 Ridza tolong. HAHAHHAHAHA. And aku decide nak cake cam bawah ni. Cuma dua tingkat je, gemuk nnt makan bebanyak.



PHOTOGRAPHER & VIDEOGRAPHER


Gambar kawin is FREE!!! Since Wan ni memang ada business photography yg dia buat dengan kawan2 dia, so kawan2 dia decide nak bg free je.. Cuma nanti kita bayar upah teh ais ke karaoke ke. HAHAHHAHA. Cuma Videographer jelah kitaorg pening cari. Tapi dah jumpa dah. Hehhehe.





Setakat ini itu sahaja lah..... Banyak barang dlm wedding aku nanti orang sponsor. 
Syukur Alhamdulillah... Takyah pening2...


So, till next update...... KBAI


Perkembangans


SALAM!!!



Hm.... aku rasa dh lama gila aku tak update blog ni. Sbb busy terlampau tahap ketiak. Kerja aku ni cam bermusim. Kalau musim banyak tu, perghhhh sampai kul 12 malam pun masih depan laptop. Kalau time takde keje, sampai aku dah tak tahu nak google apa kat internet. HAHAHHAHA. So the past two months memang busy gila, sekarang cam dah okay sikit. Eh tipu, okay banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk. (Sbb tu ada masa nak ber-blog) =P



Kenapa aku buat entry perkembangan ni? Cam ada orang kisah lak. Hahhaha. Aku kisah pasal diri aku. Takde lah perkembangan sangat.. Cuma sikit2 tu adalah... Dr segi kerja, tanggungjawab makin berat. *pitam*



Dari segi beauty regime, sekarang aku dah tukar to Nutox. So far so good, tapi nak beli complete set dia merangkak. Ni baru Nutox, kalau nak pakai SKII, kena berguling kot. Tapi hasilnya bagus, dia cam jd muka aku tegang... Paling best bila Wan kata, "Asal muka you dr pg sampai malam sama je" HAHAHHAHAHA. Sbb aku spray dgn Nutox Oxyfusion Skin Refining Astringent. So make up tu macam stay je kat muka. Walah......



Aku suka Nutox ni sbb dia ada logo Halal. Chewahhhhh...



Pakai lah kalau nak muka tegang LOL. Kbai.

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...