SALAM!!!
Wahhh dh masuk Part 6, ni kalau buat novel confirm kalah Twilight. HAHHAHAHA. So Part 6 and above ni aku akan kupas pasal persiapan perkahwinan pulak. Part 1-5 pasal tunang. Masuk hrni, baru 2 bulan lebih kitaorg tunang, apa beza couple dgn tunang? Hmm... aku rasa sama je, cuma bila dah tunang ni kita dh start kena buat keputusan bukan dari kepala kita sahaja. Contoh : Laptop aku skrg, baba dah nak amik balik, so aku takde laptop bila kawen nanti. So, aku pun nak lah beli laptop baru. Ecehhhh... pastu Wan kata, "Takyah D, I ada laptop, you pakai I punya je". Haaaa... ni lah situasi dimana semua benda pun kena bawak bincang supaya mudah di kemudian hari. Ko bajet ko Prof Muhaya kerrr???? Nak bg nasihat camni. Buek.
Antara persiapan-persiapan perkahwinan.
HONEYMOON
Benda
pertama yang kitaorang buat untuk persiapan kawin ni ialah beli ticket
honeymoon. HAHAHAHHAHA. Sebab bila aku fikir2 balik, kalau tak pergi
honeymoon lepas kawen memang nanti dah takde masa, lagi2 nanti bila dah
pregnant ke apa. So aku kalau boleh nak semua benda ikut flow. Taknak
skip2, yelah kawen sekali je seumur hidup. Berani lah Wan nak kawen
banyak, aku ikat kat pokok kelapa baling sebaldi kerengge kang! HAHAHA.
So
ticket flight baba tlg belikan since iols takde credit card. Tapi
berlaku sedikit kecuaian disini. Kitaorg akan honeymoon kat sebuah pulau. So
SEPATUTNYA kitaorg tak perlu laaa beli banyak2 baggage. Total baggage
kitaorg beli ialah 80kg. Ko nak beli apa Amni oiiii kat Pulau??? Pokok
kelapa kerrrrr. So alert sikit bebenda ni. Lainlah kalau memang pergi
nak shopping. CHINCOIIII.
BAJU KAWEN SEGALA BELAH
Aku rasa persiapan kawin ni untuk aku tak berat sangat. Sebab Mama and Baba banyak tolong aku. Baju aku, Mama beli kat Indonesia. Lace sana murah berbanding sini. Soal warna, aku serahkan je kat Mama. Pesanan aku cuma aku taknak kaler gelap sebab yelah Wan tu kurang cerah (kur hajj kann), kang kalau pakai warna gelap, tak curlass lah kan uols. Memula decide nak beli untuk baju belah Wan je, belah aku nak sewa. Last2 baju aku untuk 3-3 majlis aku buat sendiri. Sila pengsan sekarang.
Baju belah aku. Ni kaler apatah aku tatau tapi aku suka. HAHA.
Baju ni berat nak mamps! Sama berat dgn kucing aku.
Baju ni berat nak mamps! Sama berat dgn kucing aku.
Ni belah Wan... Yang ni full 4 meter lace. Aku tatau lah cam ikan paus aku gamaknya kalau dah satu badan lace. Pitam. Doakan aku kurus sebelum kawen.
Untuk Wan pulak, belah dia, dia nak pakai coat. Bajet omputih lettew, maka kami pun pergilah beli coat. Tapi oklah, merasa pakai modern and tradisional. Pendapat aku kalau lelaki nak pakai coat, elok beli yang ikut shape, smart. And tak semua brand kena dengan badan kita. Macam haritu, Wan try G2000, cam besar bahagian ketiak. maybe cutting dia lah kot. Bila try Padini, memang curlas... Kalau pompuan tu ibarat nya cam pakai kebaya lah.. HAHAHA..
Tips yang mamat padini tu bg, dia kata kalau boleh jangan pakai kemeja yang berwarna-warni sbb nampak cam pergi kerja. HAHAHAHHA. Sekarang ni ko nak kawen ke nak g keje??? Jangan nak rajin sangat. So warna putih adalah paling afdhal.
Oh Maaf nampak pungkoq. Ni coat G2000 tu, belah ketiak longgor.
CINCIN KAHWIN LELAKI
Masa aku decide nak beli cincin untuk Wan ni, puas aku google selalu cap apa yang bagus. Macam2 blog aku baca. Sampai lah akhirnya aku jumpa cincin idaman aku. Eh, ni sekarang cincin Wan ke cincin aku? HAHAHA. Aku decide nak beli EA untuk Wan. Tapi aku cam kat mana lak aku nak cari. Dgn gigihnya pergi call ek butik dia kat KLCC. pastu budak tu kata kat Parkson Pavilion ada.
So, aku ajak ler si Wan ni pergi. Sampai je tempat tu, aku cakap, pilih lah mana you suka. Ada dua section untuk cap EA ni, satu kat level 3 kot, bahagian lelaki, satu lagi kat level yg sama dengan perfume semua. So, korang boleh survey kat dua2 section. Turun naik turun naik jugaklah nak memilih. Yelaaa nak pakai sampai kerepot, kena pilih yang bebetul suka. So last2 Wan decide nk satu cincin ni. Maka aku pun bayor ler. Design memang sangat simple, sbb kami memang simple je. (poyo)
So, aku ajak ler si Wan ni pergi. Sampai je tempat tu, aku cakap, pilih lah mana you suka. Ada dua section untuk cap EA ni, satu kat level 3 kot, bahagian lelaki, satu lagi kat level yg sama dengan perfume semua. So, korang boleh survey kat dua2 section. Turun naik turun naik jugaklah nak memilih. Yelaaa nak pakai sampai kerepot, kena pilih yang bebetul suka. So last2 Wan decide nk satu cincin ni. Maka aku pun bayor ler. Design memang sangat simple, sbb kami memang simple je. (poyo)
Lepas beli cincin, ehhhh sempat lak beli kuali dgn periuk nasi. HAHAHAHHA.
KURSUS PRA-PERKAHWINAN
Kursus kawen kat sini tersangat lah BEST! Memang kawan2 semua rekomen amik kat TTDI. So pergilah kami selama dua hari. Nasihat aku, nak pergi kursus kawen kena pergi dgn pasangan supaya dua2 dengar dan faham.
Pastu tak habis2 si Wan ni whatsapp aku,"HAAA dengar tuuu, dengar tuu" HAHAHAHA. Yang penting ustaz kata, nak bahagia dlm rumahtangga kena SEMBAHYANG.
Pastu yang part takleh blah nya, kitaorg pergi kursus sekali dengan Misha Omar, perghh mmg cantik gila dia ni tak make up. Lembutttt sangat.. Lepas tu esok nya keluar kat semua laman gosip, Misha Omar sudah bertudung? Pastu kuar gambar kitaorg ni. KAHKAHKAH. Tak memasal aku dengan Fiqa popular.
KEK KAWIN
Perghhhh Part ni pun boleh tahan pening nya.... Sehari gaklaa aku mencari cake yang aku suka. maksud aku design. Last2 Ridza tolong. HAHAHHAHAHA. And aku decide nak cake cam bawah ni. Cuma dua tingkat je, gemuk nnt makan bebanyak.
PHOTOGRAPHER & VIDEOGRAPHER
Gambar kawin is FREE!!! Since Wan ni memang ada business photography yg dia buat dengan kawan2 dia, so kawan2 dia decide nak bg free je.. Cuma nanti kita bayar upah teh ais ke karaoke ke. HAHAHHAHA. Cuma Videographer jelah kitaorg pening cari. Tapi dah jumpa dah. Hehhehe.
Setakat ini itu sahaja lah..... Banyak barang dlm wedding aku nanti orang sponsor.
Syukur Alhamdulillah... Takyah pening2...
So, till next update...... KBAI
wow! best la rmai yg sponser ek...ape2 pun tahniah dh nk masuk alam yg giler best ;)
ReplyDeleterejeki uolsssssssssssssss... hehehehhe..
Delete