SALAM!!!
Hoh Hoh Hoh. (Apasal mulakan entry dengan bunyi khinzir? motif sangat) Aku sebenarnya nak, nakkkk sangat update pasal Bizzy Body. I went there for two weeks. Woohooo. Tapi entry tu panjang berjela, nak taip tak sempat. Apasal sekarang pukul 10 aku dah menguap macam orang gila? Dulu, maintain je kul 2 ke 3. Tanda penuaan? Oh NOOOOOOOOOOOOO!
Oklah, mari cerita pasal masker kiwi dulu. Kiwi Miwi Yums Yums. Ok, serious sekarang! Heh. Masa aku pergi Bizzy Body hari tu, consultant I yang cantik auw! Nama dia Rachel. Sangat baik dan tak kedekut ilmu kecantikan. Dia bagi macam-macam petua. Tapi salah satu petua yang dia bagi ni ada kaitan lah dengan entry ni kan. Dia kata makan buah kiwi and dragon fruit bagus untuk membuang toksik yang menutupi sel sel badan kita.
Faham tak? Aku pun blur sebenarnya masa dia cakap tu. Tapi biasa lah aku mesti nak buat buat faham. Bodoh sombong adalah perangai biasa. Hahahha. Ini mengikut pemahaman aku, badan kita ada sel kan? Mesti dekat sel-sel tu ada penghujung dia dimana berlakunya penyedutan nutrien atau vitamin dari apa yang kita makan atau pakai. So, kalau kita banyak sangat makan makanan yang tak elok, benda tu akan tertutup. So, khasiat tak dapat di serap. Tapi dengan memakan buah kiwi ataupun dragon fruit, dia boleh bersihkan pembukaan salur tu. Salur? Ek.. alaaaa ok apa explanation aku.. Better than nothing. haha.
So, aku pun beriyalah pau mak aku suruh beli buah Kiwi. Bila mama tanya apasal tiba-tiba nak makan buah kiwi, aku pun explain lah macam yang kat atas tu tadi. Ewahhhh. Mak aku pun cam "Oh yekeee, ha amik amik" ecehhh.
Aku pun makan sikit buah kiwi tu siap bawak bekal gi office lagi, sikit lagi aku buat masker. Yelah, kulit pun nak rasa gak kebaikan buah kiwi. Skin to skin. Hahaha. Maka nya aku pun buatlah.
Cara-cara nya :
1. Amik buah kiwi.
2. Belah dua.
3. Korek korek isi dia.
4. Lenyekkan sekuat hati. eh jgn lenyek biasa biasa je.
5. Masukkan brown sugar.
6. Tempek kat muka
7. Baring, bukak econ
8. Tunggu 15-20 min sampai dia keras
9. Basuh
10. Menjerit, "Wahhh segarnya muka saya!"
11. Lap slow slow dengan tuala bersih sambil kata "Kerana diriku begitu berharga"
Kiwi yang telah aku lenyekkan dgn penuh kasih sayang
muka fefeeling
kulit menjadi tegang rasa cam sweet 16
Kita bawak bekal kiwi gi office hik hik
okbye.
No comments:
Post a Comment