Tuesday, October 24, 2017

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah



SALAM


Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH


Bahan - bahan

Kueh teow
Ayam (potong kecik2)
Cili boh
Kicap pekat
Taugeh
Daun Kucai
Garam


Tu je weiiii bahan dia... senang kan? Ni mmg kueh teow beginner lah ni, kalau advanced punya maybe lain lah kot...


1. Goreng cili sampai pecah minyak
2. Masukkan kicap
3. Masukkan air (mgikut tahap kebasahan yang korang nak)
4. Masukkan ayam/sotong/kerang/udang/memerang
5. Masukkan kueh teow
6. Masukkan Taugeh
7. Masukkan Daun kucai
8. Perasa kan dengan garam


PENTING : Kalau guna kicap yang manis/masin, sila rasa dulu sebelum letak garam. Sebab sometimes dah cukup dah rasa dia tu. No additional salt needed. Gituuuuuuuuuuuuu...


Taraaa! Dah siap...



 Ni guna sotong



Ni guna ayam.


Mana mana pun sedap je aku rasa.....

Ok bai... selamat mencuba...

Monday, August 28, 2017

#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster




Salam


Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Maka, kena lah berfikir macamana nak bagi makan suami ku itu. Memula aku decide nak beli je lauk untuk seminggu... kitaorg try lah seminggu... tapi macam xde feel. HAHHAHA over tak makan pun nak feel bagai.

So aku decide nak masa je, maka bermula lah journey memasak aku setelah berehat selama 3 tahun. Lama tak? hihi betul lah mama kata duduk rumah sendiri memang berdikari lah. 

Pada yang baru nak berjinak2 memasak cam aku, boleh lah ikut resipi ni... Poyo giler mcm teror sangat je masak. Btw ayam kicap gambar bawah ni aku beli, sayur je masak sendiri. Tapi still aku boleh bagi resipi ayam kicap lah hehehe.




Resipi Ayam Kicap

Ayam
Cili padi (Hiris)
Cili merah (Hiris)
Bawang putih (Hiris)
Bawah Merah (Hiris)
Halia sikit (Hiris)
Kicap pekat
Kicap cair
Serai
Garam

1) Goreng ayam dulu
2) Masukkan semua bahan hiris
3) Goreng sampai naik bau
4) Masukkan kicap pekat
5) Masukkan kicap cair
6) Masukkan ayam
7) Perasa kan


Resipi ayam kicap ni ada dua, yg aku bagi ni yang basic. Kalau style mama masak, mama akan letak santan. Memang lemak berkrim hehehe. 

Sawi Oyster

Sawi
Cili padi (Hiris)
Cili merah (Hiris)
Bawang putih (Hiris)
Bawah Merah (Hiris)
 Sos tiram
Garam


1) Goreng bahan yang dihiris sampai naik bau
 2) Masukkan sos tiram - ni agak2 je jgn banyak sangat
3) Masukkan air sikit
4) Masuk kan sawi
5) Sawi dah layu, mati kan api.
6) Tabur bawang goreng supaya ada bunyi kriukkk kriukkkk


SIAP!



Senang kan? Selamat mencuba. kbye!


Monday, June 19, 2017

Rithuan's Big 3-0



SALAM


Tahun ni adalah tahun sendat untuk kitaorg hahaha sbb yela makin kita berusia, komitmen makin tambah. Tapi tak bermakna benda tu tak elok. Kita org still adjusting and bertahan HAHHAHA.
So awal2 aku dah cakap kat wan, minta maaf sebab aku takleh nak buat birthday dia besar besaran. Selalu tempah fondant cake bagai.... tahun ni tak... sobsss


Kebetulan masa birthday dia tu, dia kena outstation, so balik lambat. Aku pulak ada IBM Club dinner kat One World Hotel. So memang on that day kami tak celebrate. Siang tu aku half day, pi ikea dengan nana lepas tu petang ada meeting then dinner. 


Memula p ikea... lepastu cakap kat nana nak singgah Curve jap.. sebab aku rasa bersalah gila sbb tak beli pape untuk Wan... perasaan dia sukar nak dimegertikan tapi mmg takde budget untuk hadiah waaaaaaaaaaaaaaaa (-___-) Aku fikir, okla kot beli belon untuk dia and cake later.


Punya lah aku mencari Balloon Buzz dekat Curve tu mcm nak gila. Akhirnya, jumpa gak. Dah beli balloon, balik ke IBM Plaza for meeting, then dinner. Masa dinner tu cam terfikir nak beli cake katne lah ni... sekali nampak ada cake kat kaunter tempat kitaorg makan tu... tanya dia boleh ke beli... of kos la boleh kan hahha.. so aku beli cake kecik sekentot tu je utk wan...


Balik tu, aku tunggu dalam bilik konon dia bukak pintu nak surprise lah... pergh kematu ek tunggu.. sebab macam dah dengar bunyi kete tapi apasal tak naik naik.. last2 aku kunci pintu aku baring... HAHHAHAHA bila dia nak pulas tombol buat konon2 cam tengah buat something lah hahaha padahal malas ek..


Sekali TARAAAAAAA!!! dia terkejut. ok mission accomplished.



Kecik ek cake tu.. tapi Wan cakap sedap sangat...


Lepas beberapa minggu, aku dapat vocuher dari IBM. Voucher Sakae Sushi.. RM 100. So aku pun cakaplah belanja dia makan ewahhhh kemain suka dia. hehehe.



Tiup lilin kat sashimi ekkk


Happy Birthday Sayang ke 30


Terima Kasih kerana menjadi suami i. And selalu sabar. HAHAHA. Aku memang cakap kat wan sblm kawin, aku tak perlu duit hahhaa tapi aku perlu lelaki sabar sbb aku byk kerenah. So skrg, dia sedang bertahan KAHKAHKAH. kata cinta kannnnnnnnnnnnnnnnn


Selalu sabar. Bertanggungjawab. Selalu dahulukan orang lain. Baik hati sangat kadang2 baik sangat aku menyampah serious haha. Semoga menjadi hamba Allah yang di senangi dan sentiasa bahagia. Love you b.


K la byk sgt tulis. 


Always the helpful one :)

Friday, March 31, 2017

My favourite receipt!



SALAM


Lately ni memang kehidupan sangat sibuk, sampai tahap, duduk serumah dengan mama and baba. Tapi seminggu tak jumpa. Teruk kan? tulah, sedih tu memang ada tapi takleh buat apa. Waaaaaaa... same goes my relationship with Wan..



Sebab terlampau busy, aku selalu tidur dulu and tatau pukul berapa dia balik. Tahu2 bangun pagi dia ada kat sebelah, kadang2 takde gak. HAHAHA.. Then pegi keje, cakap berapa patah ayat je. Masa keje 9.00am - 6.00pm memang jarang message, boleh kira dengan jari lah berapa kali je message. HAHAHA. Message pun sebab nak tahu dia nak amik kul berapa kat office. Balik keje je, masing2 dah penat, kadang2 bercakap, kadang2 dua dua senyap dalam kereta, sampai rumah. Tapi bukan bermakna gaduh ke dingin ke apa.. its just that we are too tired.



Biasanya ahad jelah masa kitaorg memang spent time. Hari ahad ni kalau tengah keluar Wan pegang phone pun aku rasa cam nak mengamuk. hahhaha I need your full attention. Gituuuuu. Aku memang annoying. TQ.



And semalam, aku keluar dengan eksyenz, aku balik, Wan belum balik, masih kat site... Ok takpe dah biasa. Sebelum tidur, saje lah tulis kat resit aku beli ole ole untuk dia sebab aku keluar kan. hehehe.. Letak resit atas iron board, then aku tidur. Aku bangun pagi tengok Wan tidur lagi. Tatau lah dia balik kul berapa. So aku pun terus nak mandi, nampak atas iron board ada laptop, ni mesti balik dr site, sambung keje kat laptop plak.. Hish....



Tiba-tiba mata aku nampak resit tu..... sengih lah... macam kerang busuk.....






Kbai.



Tuesday, January 10, 2017

#PregnancyJourneyUpdate - Pilihan rawatan, what to do next?



SALAM


Lama giler ek nak update step seterusnya hehe. Entry ni aku combine jela sekali harung ahahhaha... nak cepat ek. Lapangkan dada okay baca, aku cerita direct je takde tapis2 biar orang tahu apa nak expect. So, setelah ambil ubat selama dua bulan alhamdulillah period aku okay. Prof pesan, suruh aku buat FSH test dalam 2nd cycle period pada hari ke empat period untuk check hormon. Test tu korang boleh p clinic biasa je, aku haritu pi Klinik Ajwa kat Shah Alam, dia ada test tu tapi berangkai... so layan jelaaa test semua, harga test RM 150.



Test tu buat dalam 18th Oct, and jumpa Prof next ialah 21st November 2016. So masa jumpa Prof tu, dia bagi dua benda kena buat, first pada period hari ke 1-10 kena makan satu ubat ni nama dia Trozet and hari ke 10 period dia suruh pergi ultrasound. Second ialah kena amik sample air mani.


 Ok, kalau dekat UKMSC ni dia akan bg 2 pilihan, samada korang nak air mani di keluarkan secara masturbasi dgn bantuan CD hahahha ingat nak upload gmbr CD tp kang kena kecam lakkk ataupun boleh bawak masuk isteri anda di dalam bilik tu.. lepas tu buat lah apa yang patut. Yang penting dia nak yang fresh. hehehe. And sebelum bg spesimen sila jangan bersama sekurang-kurangnya 2-3 hari... dia tanya nnt okayy..


Baca instruction di bawah :



 Bilik berkat.... semoga berkat usaha kita semua AMIN.








Bilik okay, ada toilet semua. Then lepas dah bg spesimen tu, boleh lah pulang....... Kos untuk check air mani RM 53.00 (RM 3.00 tu GST) 


-----------------------------------------------------------------


Selepas visit yang haritu, aku pun makan lah Diane 35 mcm biasa, tetbe bulan tu period aku lambat, aku dah cuak dah... rupanya sebab aku demam denggi yang masuk hospital tuuuuu.... elok je lepas keluar hospital period... then makan lah ubat tu... then hari ke 10 kena datang untuk Ultrasound...



Masa ultrasound tu dia akan tengok ada telur ke tak? Masa aku scan haritu adalah satu telur sederhana and satu telur besar. So doctor aim yang besar ni.. gituuuu... So lepas scan ni, kena jumpa doctor... dia akan explain mengikut cara apa yang korang nak.



Contohnya aku decide nak normal, kita panggil SI...  Dia ada step dia, memula SI, lepas tu IUI, lepas tu IVF... dan berjela lagi... Tapi sbb aku buat SI, so aku tahu yg ni jela dulu... lepas ni kalau aku buat IUI... aku explain okay? SI ni doctor akan kirakan hari apa yang kita kena bersama, hari apa kena cucuk ubat untuk force telur keluar. Ubat tu dia akan suruh beli dekat farmasi UKMSC..Ada dua jenis ubat, ubat utk force telur keluar dengan ubat kaler coklat, . and ubat tu kena sentiasa sejuk... So, korang kena sewa bag sejuk beku (ni ke nama dia?) RM 50 untuk store ubat tu, beli ais kat cafe okay...


 Nama ubat beserta harga. Payah nau nak sebut nama ubat hahhaha


Untuk process aku, cucuk 25th Dec pagi... doctor suruh bersama 26th malam... sebab sperm akan tahan at least 2 hari kan... Cucuk tu kalau ko berani ko buat lah sendiri, aku tak. hahhaha aku p clinic swuh doctor cucuk kan. agagaggagaga...



Lepas dah cucuk tu, bersama then.... 4hb January aku kena check darah, check darah ni untuk tengok berjaya pergnant ke tak... Dia punya time frame tu korang kira sendiri eh hhehehhe malas ekk... Nak di jadikan cerita, first time test tu result border line, so kena lagi sekali, 6hb Jan 2017 aku p lagi.... 



So Isnin 9hb Jan 2017, dapat result.... cubaan gagal kekekkeke. Takpe, cuba lagi. Aku rasa benda ni ko takleh cepat putus asa. Kena keep on trying. So, itulah.... clearkan steps dia aku explain.. kekeke... jangan cakap I melucah okkkk... 



Next jumpa doctor 16th Jan 2017, macam nak buat IUI... belum bincang bebetul dengan Wan... kita tengoklah cemana ekkk... Stay strong korang... Jom peluk ramai ramai kbaii :')



#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...