SALAM!!!
Pompuan atas tu beriya senyum ek, abang ni buat dunno jek.
Kalau cakap pasal kereta ni, aku memang malas nak fikir HAHA. Sebab aku bukan jenis yang ambil pot sangat. Tapi antara aku dgn Blair (ya, tu nama kereta aku) kitaorg macam ada connection. Aku selalu tahu bila ada yang tak kena dengan dia. Walaupun orang lain tak rasa, aku rasa. Hebat kan? Sebenarnya aku memang ada kuasa telepathy. kekeke. Bila baba decide nak belikan aku kereta lepas aku belajar (masa belajar pakai kereta lain), aku cam fikir, kereta ni nanti aku yang kena bayar ni. Kira mcm komitmen ni, kalau tak bayar kena tarik.. Perghhh... Mintak simpang... And bila dah kena bayar every month, kita kena pastikan dia dlm keadaan elok jugak, sebab kalau ada something wrong dekat kereta sangat bahaya wooo....
Tak kisah lah, kereta baru ke lama ke, mesti nak kena maintain. Kadang-kadang kereta lama lagi mahal maintenance dia. Tapi takpe, keselamatan tu paling penting. Ok tutup cerita pasal beli kereta dengan maintain kereta. Ada hari tu, abang aku tanya aku servis kereta berapa? Aku jawab lah RM 250. Terkejut abang aku. Dia tanya aku servis kat mana? Aku cakap, mana lagi kalau dah Myvi....... krikk krikkk...
Sekarang ni memang susah nak cari pusat servis yang cam kau boleh percaya kan? Masuk2 kedai je, tengok abang mekanik berlumuran minyak hitam, omakkk kauu soram nya! Ni mekanik ke orang minyak? HAHA. Tapi betul tau, physical appearance orang ni menganggu aku kadang2. kekeke. Aku tak rasa selamat hantar kereta kat situ. Lebih memeranjatkan lagi, berdasarkan aduan yang di terima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional pada tahun 2012, ada 1695 aduan berkenaan pusat servis kereta ni. 90% daripada aduan tu adalah berkenaan kualiti servis.
Kalau aku lah sebagai seorang perempuan, memang aku tatau pape. Selalu cam terfikir :
i) Betul ke harga dia camni? Mahal siakk
ii) Alah, semua nak tukar, entah2 tak payah saje lah tu
iii) Ni ori ke ni spare parts ni? Cam cap ayam jekkk
Pernah tak terfikir camni? Aku memang selalu. Sbb tu aku selalu kena tipu kot (-___-) Jadi, untuk mengelakkan korang kena tipu cam aku, ada baiknya korang pergi pusat servis yang bertauliah, jeng jeng jeng...... presenting Carama! Kini hidup anda tidak lagi di selubungi rasa risau. Mihmih. Carama ni dia list down kan workshop2 terdekat yang ada dengan korang and workshop ni mmg takde tipu punya! Korang boleh baca review semua. And amik survey boleh dapat diskaun. Yahoo!
Last year derang launched Castrol Carama. Sebanagau pusat servis atas talian pertama di Malaysia, derang sediakan 3 bulan/5000km warranty dan free drop off service if korang book guna online. Harga servis dekat workshop2 yang di iktiraf oleh Carama ni memang berpatutan. And macam2 ada dekat website Carama yang korang boleh manfaat kan, ada location2 workshop, harga servis guna kalkulator, buku catatan kereta (bagus ni utk orang pelupa macam aku) and of kos ada rewards! 4% wang pulangan utk semua servis. Yang paling best, untuk menjadi Carama punya certified shop, workshop ni kena jalani screening ok... Bukan calang calang. hehe.
So sekarang lepas tahu ada Carama, perempuan pun boleh pergi servis kereta. Kekeke.. Sebelum ni takut sebab selalu kena tipu. Cheh.
Jom ramai ramai buat survey ni : https://www.surveymonkey.com/s/G2WLTJZ
KBAI JOM BELI BMW. tetbe