Friday, August 2, 2013

Makanan untuk rambut / The right food for hair



SALAM!!!!


Apasal aku rasa cam bongek je translation tu? HAHAHA. Pape jelah, janji korang faham. Kan? Siapa kat sini ada masalah rambut? Kalau tanya aku, memang aku ada masalah rambut gugur sejak azali lagi. HAHAHA. Gugur dia tahap kalau aku tengok movie, aku suka main rambut, sekali main, wahhh ada lah 3-5 helai gugur. Bayangkan kalau movie 2 jam. PENGSAN. 



Bagitahulah shampoo cap apa aku tak try lagi.. kecuali jenama mahal lah. hehe. Semua dah. Sekarang ni tengah guna Loreal and aku rajin sapu minyak baby. Sebab adik aku kata nanti rambut cantik. Tapi memang okay lah. hehehe. Layankannnn... Bila lama-lama fikir, apa cara lain kan nak atasi benda ni. Takkan nak pergi Yun Nam, mahal nak mamps! Memang tak. Cheapskate kan... 



Cara paling senang, melalui pemakanan. Kalau dengan aku, memang cara aku mudah2 je, biasanya tak libatkan duit yang banyak, so jangan risau okay.. ngeh ngeh... Mari mulakan... Di nasihatkan start slow-slow and fokus pada satu makanan dulu. Then tengok, apa kesan dia, ok jap, nak bagitahu dulu apa makanannya.


1 ) Ikan Salmon 



Ikan Salmon ni dia ada banyak protein especially asid lemak omega-3. Apa fungsi Omega 3? Dia boleh bantu cegah kulit kepala kita dari kering. Ada kadang2 kering sangat sampai boleh kopek pastu darah. Ouch!! 


 2 )  Produk Tenusu


Ni aku suka!!!!! hehe. Produk tenusu ni pape jelah asal berasal dari susu. Of kos laaa susu, yogurt, dan keju. Produk2 ni lah yang banyak kalsium dengan protein. Kalau nak jaga badan, boleh lah ambil susu low fat, cheese low fat... Semua low fat lah pendek kata. Tapi aku minum fresh milk. hehe. Kucing aku pun tak suka low fat, layan full cream dengan fresh milk je. Nampak sangat yang tu lagi sedap kan. Hehe.



3)  Bijirin


Bijirin. HAHAHHA. Comel sangat panggil bijirin. Comel2 pun banyak khasiat bijirin ok! Bijirin penuh dengan vitamin B, zat besi, dan zink. Kalau aku, aku beli cornflakes wholegrain tu je then aku campur dengan macam2 dalam tu. Antara yang selalu ialah badam dengan kismis. Kalau kat rumah boleh campur pisang. Nom nom! Makanan lain ialah roti gandum dan oat.Yang ni pun boleh campur gak macam2 kan. Aku rasa buah paling best nak masukkan ialah pisang.


4) Oren

Kalau cakap Vitamin C, aku memang fikir buah oren je (pengetahuan agak sempit, haha!) Kebaikkan vitamin C? Ianya membantu badan korang menyerap zat besi.



5) Sayuran hijau

Brokoli, bayam, sawi, kailan.. bla bla semua yang kaler hijau... Sayuran hijau ni ada banyak vitamin A dan  C. 

 

6) Flaxseed


Flaxseed. Tambah flaxseed dalam bijirin untuk meningkatkan pengambilan omega-3. Tapi flaxseed ni aku tak pernah jumpa lagi. Nanti lepas habis puasa ni, ingat nak cari kat Cold Storage ke apa. Pastu nak try, tengok apa kesan dia.



7) Air

Air memang penting ok! Minum sampai muntah.



Aku sedang dalam process juga. Alhamdulillah sekarang okay sikit lah. Maybe efek dia slow memandangkan aku ni tak makan banyak pun. Diet katanyaaaaa.. heh! Tapi kalau buat benda yang kurang guna duit ni sabar dia kena lebih sikit lah. Macam nak kuruskan badan lah kan. Tapi efek dia berpanjangan.


Okbai.

No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster

Salam Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Ma...