Wednesday, February 20, 2013

Kenapa bf anda taknak kawin?


SALAM!!!!!


Tajuk entry tu cam sedih kan? HAHAHAHA. Maaflah kalau terasa tapi chill je sebab aku pun tak kawin lagi. hahahaha. So, ceritanya begini, adik aku dapat baucer buku, sebagai seorang kakak yg baik hati sebab nak adik dia buat baik, aku pun pau la adik aku punya baucer buku. Ala rm 50 je punnnn. 


Baucer buku yg lepas adik aku belikan aku buku lain, yg kali ni aku nak buku lain. Aku nak buku tajuk Act like a lady, Think like a man. Aku rasa buku ni popular sbb sampai buat movie kot. Aku assume memang popular lah, tapi still takleh kalahkan populariti aku. Tetbe..


Mari straight to the point, buku ni punya Chapter 1 dah cakap kenapa lelaki taknak settle down. Aku tahu ramai pasangan yg bercinta bertahun2 tapi tak kawen2. Antara kawan2 aku pun ada gak. Tapi takpe, dengan ada nya entry ni, mungkin kaum wanita akan faham kenapa bf korang taknak kawin lagi. KENAPA???? KENAPA GILA?


Mengikut buku ni, buku ni tau, bukan aku. hahaha. Dia kata, lelaki ni ada tiga benda akan pengaruhi hidup dia. Tiga benda ni adalah SANGAT penting bagi mereka. Di ulangi SANGAT PENTING.


1) Siapa dia?
2) Apa dia buat? Kerja dia.
3) Berapa banyak dia terima dgn kerja dia?


Ketiga- tiga benda ni ada tahap dia masing2. Sesetengah lelaki lain, yela kang kalau semua sama, semua org nak kat aku plak kan... Tetbe. Selagi tiga benda ini tak dipenuhi, derang tak rasa diri derang ni lelaki. What??? Amenda korang ni lelaki. hhahahhaa.


Kesimpulan nya, selagi gol mereka dalam ketiga benda ni tak di capai, lelaki idaman anda takkan kawin dengan anda. Mereka sangat busy nak focus kat korang. Sobs.. sedih2. Heh. Tapi bila fikir balik, ada logiknya. Tanggungjawab lelaki ni sangat besar, nak sediakan macam macam. Kalau diri derang sendiri pun cam tak tentu arah, nak bimbing kita macamana kan? Setuju?


So, sekarang tugas korang, analisis bf korang. Ayat dah cam CSI plak. Bukanlah analisis, cam perhatikan apa yang dia buat semua. So bila korang dah faham tiga benda ni, hati korang pun faham lah kenapa mereka taknak kawin korang lagi. Laki kalau syg, dia nak kawin jugak, insyaALLAH. Melainkan yg gatal or yg mmg tanak komitmen, tu mmg tak leh di bantu. Ok?



Speechless. kbye.

1 comment:

  1. betul..saya teringin nak berkenalan dgn pemilik bl;og ni

    ReplyDelete

Rithuan's Big 3-0

SALAM Tahun ni adalah tahun sendat untuk kitaorg hahaha sbb yela makin kita berusia, komitmen makin tambah. Tapi tak bermakna ben...