SALAM!!!!
Fuhhhh masih terasa sengal-sengal di badan pergi spa hari tu. Masih segar rasa itu. Ceh. So, berkaitan dengan entry sebelum ni, aku ada beli voucher spa dekat The Royal Malaysian Traditional Spa. Harga asal rm 373. tapi entah kenapa spa ni kena sampuk agaknya, jadi rm 45 hengget je. Aku pun pe lagi, beli tanpa fikir 2 kali.
Spa ni terletak kat Plaza Damas. Plaza Damas kat Sri Hartamas. First time masuk Plaza Damas. Tapi saya tak batak. Huhu. Batak bila nampak Istana Negara je. Tetbe. Aku gi dengan mr. fate, cakap je nk gi mana mesti dia boleh teman. wuuhuuu.
So, treatment yang included dalam voucher ni ialah Foot spa, Facial Lifting, Body Massage, Sauna and Body Scrub. Lengkap ok. Masa yang di anggarkan 135 minit. Tapi kitaorg duduk dalam tu 3 jam. Rasa nk pengsan. Dah lah nak book satu hal, aku siap tipu pekerja tu kot cakap aku nak kawen bulan depan, so nak buat rawatan spa. HAHAHHAHA. padahal... eh salah aminnn *gatal nk kawen cepat*
entrance spa. simple je.
Ruang menunggu tingkat atas. Tempat sangat calm. Pencahayaan kurang nk bg feeling2 syahdu kannn, tenang je.
Kebetulan pulak masa kitaorang sampai tu, katil tengah penuh. So takleh nak buat ikut turutan sangat. Datang2 terus kitaorg buat foot spa. Ok, foot spa dekat spa ni ialah dia masukkan air suam, campur limau bomoh, campur ada sejenis liquid kot, sbb air tu berbuih2. Maybe sabun. Maybe liquid penghilang daki. HAHAHAHA. Ini nama foot spa? Ok, sila buat kat rumah saje. JIMAT ok.
Then lepas foot spa, masuk sauna. Cis, tak berpeluh pun. Bek aku sauna kat rumah aku, berpeluh cam mandi. Dia ada bg teh herba. Tapi bak kata mr. fate, tu air suam. Air suam pun bolehhhhh... HAHHAHA.
tempat sauna yg suam suam kuku.
After sauna, buat body scrub. Body scrub honey okay. Bau best.. Ha kau sental sental kuar daki segunung. Lepas scrub, dia suruh mandi.. Sangat menyegarkan!!! *muka segar*
Lepas muka dah segar, haruslah mendapatkan facial yg enak. Semua barang2 kosmetik spa ni berjenama reneu. Facial lifting yang kitaorg buat, ada dekat 4 kali gak dia sapu cecair apatah, then masker, then last sekali dia guna machine cam nak matikan jerawat kot, walaupun takde jerawat kannnn. then dia naik kan muka guna roller. Naik kan muka?? Kata facial lifting. HAHAHA. Tapi masa dia bersihkan white head tu sumpah aku rasa cam nak cekik dia. Sakit okayyyy!
Then, inilah masa yang di tunggu-tunggu. Body Massage!!! OMG aku sangat memerlukan urutan-urutan manja sbb rasa badan mcm dah corrupt gila. pinggang lenguh jgn cakap..keje dr pg smp petang duduk tegak je. Maka sesi massage pun di mulakan dengan mengunakan minyak aromatherapy lavender, tapi aku tak bau cam lavender pun.heh.layankannn.. Makcik tu urut sedap, tapi mmg ada something wrong dgn bdn aku, sebab bila dia urut kaki ok je, masuk ke badan, YA AMPUNNNNN. nasib tak mengalir air mata.
And makcik tu kata, bahu aku bengkak, tegang then bila dia urut pinggang, dia tny, ni keje duduk je ke? eh eh eh gila hebat makcik tu. Tapi kalau fikir logik mmg lah org keje duduk, ada ke org keje meniarap. heh. Part kaki dia cuma complain betis tegang, tapi taklah sakit, standard kalau dah hari2 pakai heels, confirm tegang. Paling takleh blah makcik tu kata tulang jari aku bengkak. I was like WHATTTTT???!!! tulang boleh bengkak ke. Macam2 hal lah makcik ni. Tapi layankannnn jeee..
Kemudian habis berurut, aku pun mandi buat kali kedua. HABIS! Lega. Badan sakit jangan cakap. Rasa nak patah riuk. Tapi overall BEST!!!
Service dia bagus. Tempat pun okay. Tak ramai orang aku suka kalau tak semak je. Huhu. Tapi ramai orang kata kalau beli kupon ni susah nak redeem. Senang je, kena pandai cara nya. Benda murah mesti ada halangan sket. Hehe. Wahai perempuan saya menyeru anda agar pergi memanja kan diri. Boleh juga ajak saya ye.
So siapa yang berminat nak g spa ni boleh pergi website dia
or cari di mukabuku
KLIK NI
Apapun, aku dah jimat rm 656!!!! WOOHOOO.
kbyenaktampalkoyok.