Sunday, October 30, 2011

Kesudahan


SALAM!!!


Hari ni hari minggu, maka saya tak berapa busy. Kalau busy pun tu buat2 busy sbb malas lipat kain. grrrr! apa lah nak jadi.. huhuhu..



Apa kesudahan nya entry ni? Tajuk pun dah cam menyampahkan je (kata akar dia sampah). Oklah, kesudahan ni sebenarnya nak cakap pasal kesudahan yang aku ambil akhirnya.



Siapa yang pergi kerja make up? Ala bukan lah make up yg melampau2. Just bedak and eye liner. Tapi still laa blh buat muka kita nampak different gak.. Kannn?? Masuk hari ni dah sebulan lebih aku kerja. Sepanjang aku kerja, hari2 pun aku pakai eye liner.



Pakai eyeliner mmg blh buat mata kita nampak lg besar bla bla bla. Tapi....... bila lepas solat, amik wudhuk, muka jadi cam org EMO &#&#&@*(&*(&#@(*&. haram. Macam muka org kena tumbuk pun ada gak. Lama gak aku fikirkan solusi masalah ni. (bajet cam masalah besar gila) ok fine, besarlah untuk perempuan mcm i ni.. heh.



So, setelah aku fikirkan banyak kali, maybe i should stop pakai eyeliner, or else bila lepas wudhuk nampak cam geng EMO dekat Times Square. Ish. Nasibaik tak pakai baju hitam hari2. Dan kesan masa panjang dia, bila eyeliner tu dah turun ke bawah mata, bila nak remove dia cam ssh, kena gigih mcm sental daki badan kannnnn....and setahu aku kulit area mata adalah yang paling lembut. SO..... kena EXTRA care.



muka sebulan bekerja. eyeliner ada.




bila lepas wudhuk, eye liner smudge. efek harus berlebihan. hahahhaHARAM apakau igt cam askar conteng2 muka.



so, aku decide untuk beli ini...


Revlon Super Lustrous Really Red Matte 006



Make up is always about highlighting only one part of ur features. Means kalau dh beriya make up mata, go easy on ur lips and vice versa. So, aku ambil langkah ini. Go easy dengan my eyes, but highlight my bibir mungil instead. *statement membunuh*



TARAAAAA... ha, ce tgk bawah mata tu, bila aku hilangkan eyeliner, dia still cam gelap kann.. tu yang saya tak gemor. ishhh.




mata yg harus dapat EXTRA care. nk beli eye cream duit takde. Mahal ok. So, ukurlah baju di badan sendiri, ambil alternatif lain.



Adalah dekat 1 jam gak aku duduk kat kaunter revlon tu try merah yg mana sesuai dgn kulit muka. Actually, semua perempuan pun sesuai pakai lipstick merah BUT kena ikut skin tone. Try google video Michelle Phan. Dia ada ajar cemana nk cari red lipstick yang sesuai utk muka kita.



Maybe ada org fikir, this is not important. Ada yang gi keje tak make up apa. But to me, HELL NO. Appearance mmg penting. Remember first impression? Yes, itu sangat penting. Kalau kita selekeh je, tendency for people nk ambil kita serious pun tipis. Orang akan fikir, "diri sendiri pun kau takleh jaga, kau nak jaga company?" lupakannnnnn..



Bukan lah nak kata make up lebih2 smp pakai bulu mata palsu ke apa, but kena look good, kemas, bersih. Percaya lah, dalam dunia sekarang, orang dah tak tgk sgt CGPA kau. Orang tgk cemana kau berkomunikasi, cara kau bawa diri, cara kau sesuaikan diri, teamwork semua bla bla..



So, dont take things easily. Work for it. Ok, itu sahaja. Bye!


Wednesday, October 19, 2011

3 makanan peyumbang STROKE


SALAM!!!!



Apa khabar anda sekalian?



Hari ni nak share pasal 3 makanan yang menyumbang stroke. 3 je. tak banyak. ok? kalau anda mmg dah kurangkan/avoid makanan ni baguslah. Ucap tahniah pada diri sendiri sambil kuarkan duit kat ATM sendiri, beli lah apa2 sebagai reward.


So, basically apa basic knowledge yang korang tahu pasal stroke? kalau aku, aku akan jawab, " ha, stroke tu cam penyakit yg selalu dalam drama melayu tu.. Kalau anak buat hal ke, laki kawin lain ke, kan biasanya orang tu akan kena stroke.. kan kannn" huhu.



Tu bukan definition yg benar, hihi. Based on PubMed Health :


"A stroke happens when blood flow to a part of the brain stops. A stroke is sometimes called a "brain attack."

So, berbalik pada tajuk asal. Apakah 3 makanan yang menyumbang kepada stroke si jahat ni.

#1

Biskut, Cekedis dan Pastries

sedap kan? ye, saya tahu.



Muffins, donut, cekedis, biskut bla bla. Semua benda ni mengandungi trans fats yang sangat tinggi. Kebanyakkan makanan ni semua mengandungi, minyak yang di hidrogenkan supaya makanan2 tadi tahan pada suhu bilik. Tahukan suhu bilik berapa. Ada sesetengah makanan yang tak tahan, sbb tu kita perlukan bantuan peti ais. Tapi makanan2 yang kat atas ni dia rileks je duduk kat suhu bilik. Apedehallll kami ada agen yang membantu. Makanan yang mengandungi trans fats juga adalah seperti makanan yang disejuk beku, salad dressing, french fries, cake mixes, and whipped toppings.

Trans fats ni dia adalah artery-blockers yang sangat bahaya. Dia boleh merendahkan kolestrol baik dalam badan kita dan meninggikan kolestrol jahat. Apa jahat sangat ni??? Tak boleh ke bagi kami makan pastries???? PUI laaaa.. Berdasarkan kajian, wanita yang makan 7gram trans fats (2 ketul donut/ separuh dr portion french fries) 30% daripadanya akan kena stroke.


#2

Daging yang di process

Apakah yang di maksudkan dengan daging yang di process? Daging yang di process adalah seperti hotdog! ya, hotdog itu kegemaran aku. ohhh (-____-) salami, ayam goreng yg cam drumet tu.


Masa aku high school, aku selalu makan drumet, hotdog bla bla sng cerita semua benda yang segera sbb yela budak tgh nak naik, makan pun banyak. Sampai satu tahap, dia kacau aku punya period cycle. OHHHHHHHHH ni bahaya. mak aku yang prihatin lagi sayangkan diriku pun bawa g doctor. Doctor suruh kurangkan makan makanan yg jns2 gitu. Sejak dari tu aku kurangkan. Memang kurangkan until now. Now pun kalau makan, tu bila mak aku tak larat nak masak, so goreng drumet. Tapi adalah sebulan sekali je kot. HAHAHA. nampak sangat mak aku rajin masak. hihi.


TIDAAKKKKKK!!!! HOTDOG 1901 (-______-)


Daging yang di process menyumbang ke arah stroke melalui dua cara.

1. Sodium yang di letakkan di dalam daging tersebut

2. Bahan pengawet yang di gunakan untuk mengekalkan ke-enakkan nya dan mengelakkan daripada rosak. (Sodium nitrate & nitrite) Sodium nitrate dan nitrite ni dia boleh directly rosakkan kita punya saluran darah dan menyebabkan arteri kita jadi keras dan sempit, dah jd camtu dah confirm2 rosak. Lama2 saluran darah kita akan jadi makin sempit, and akan lead ke stroke.

#3

Diet Soda

Coke light??? Diet Coke? Ni mmg fav aku kalau g fastfood restaurant. Selalu kita rasa benda ni boleh bantu kita maintain weight. lebih sihat. Oklaaa sihat sikit lah kann. HAHAHA. Tapi sebenarnya minuman camni pun menyumbang ke stroke.



Orang yang minum diet soda mempunyai potensi terkena stroke sebanyak 48%. Berdasarkan kajian dari Universiti Columbia, 2500 orang berusia 40 tahun keatas yang minum diet soda, 60% daripada nya menghidap stroke, serangan jantung dan lain-lain berbanding orang yang tak minum diet soda. Kajian masih di jalankan. Pakar nutrisi menasihati supaya siapa yang taknak kena stroke, sila laaaa stop minum diet soda. Ok, thank u pakar nutrisi. saya minum air masak je bila g burger king. HOH.

Kesimpulan dia, senang je. jangan makan garam banyak. habis cerita. Benda kalau makan berlebihan memang tak elok. Kan dalam Islam pun kata bersederhana lah dalam semua benda. Tak gitu??



Ni antara nama2 lain bg garam, so bila beli makanan ke apa, check lah kalau rajin dan tak nak kena stroke.


  • Baking soda
  • Baking powder
  • MSG (monosodium glutamate)
  • Disodium phosphate
  • Sodium alginate

Tetbe aku terbayang kalau mak aku cakap masa tgh masak, "Angah, tlg ambik kan disodium phosphate bg mama". HAHAHHAHA. gilaa laa cikgu sains pun tak mcmtu. HEH.


Okbye.

Thursday, October 13, 2011

OMG BUSYNYA

SALAM!!


Haruslah aku men-CAPS LOCK kan tajuk sebab aku mmg busy betul. makcik jual nasi lemak pun tak busy cmni.. hoh hoh.


Banyak benda nak update tapi nntlah semua nya dalam otak, masa sangat mencemburui kita. Eh tak, cemburu kat aku je. sbb tu aku sorang je busy.


Ok dah bye. nak sambung kerja. Pui laaaaa keje melambak. (-________-)


tak sabar nak update pasal ni


#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...