Kerusi oh Kerusi



SALAM!!!



Siapa kat sini yang suka pergi kedai perabot? Aku ni nak kata suka tu, taklah sangat, tapi still boleh layan lah. Best jugak tengok perabot ni, tapi kalau duit banyak boleh beli oklah. HAHA. Kalau duit posen2 je memang takyah mimpi lah.Untuk wedding aku nanti, pelamin mama nak buat sendiri. Mama punya justification ialah, kalau kita hire orang buat pelamin sampai 3-4k, lepas tu guna sehari je. Duit tu macam burn. Lebih baik kita sendiri yang burn duit dan barang kita dapat. Hmmmm ada betul nya.. Tapi.. benda ni hanya boleh di buat kalau anda seorang yang kreatif seperti Mama. HAHAHA.




So ada hari sabtu haritu, Mama ajak aku pergi survey kerusi. The nearest kedai perabot ialah yang dekat Shah Alam. Yang tepi jalan tu. Kat situ ada banyak pilihan. Mama cadang nak buat pelamin ala ala classic. Aku ok kan saje, aku tak kisah pun, cuma aku nak bila aku atas pelamin tu, aku nampak naik, bukan pelamin yang nampak lebih. hehe. That's my day ok! Wan punya taste pulak, dia taknak kerusi yg tinggi dari dia. HAHAHA. Macam2 ek mamat ni. Lagi satu dia tak nak kerusi besar, yg boleh duduk sampai 10 orang. HAHA. Tapi memang ada style pelamin sekarang yang macamtu. Cantik gak. Tapi kalau kat hotel ok kot. Kalau kat rumah macam krikk krikk je.





Kat Kedai Perabot Modern, mama suggest kerusi camni. Aku ok je. Tapi honestly, kalau bab perabot ni aku suka yang classic, ala ala perabot Empire. Haaaa tu mmg taste aku. Bilik tidur aku skrg pun perabot classic. Hehe. Jiwa klasik kot aku ni.





Then, masuk Empire... Walahhhh... nak meleleh air liur tgk set bilik tidur dia. Dah offer tinggal 13k je. Tapi bila tanya Wan, dia kata jangan membazir. Huhu. Yelah, dengar kata kan. 



Tengok kerusi dia.




Kerusi ni kurus je.. hehe.




Ni kerusi yang menarik minat Mama. Wan pun suka. Aku? Layankannn...



So, kesudahannya aku tatau lagi mama nak buat cemana pelamin aku nanti. Aku kalau boleh taknak susahkan Mama sangat sebab takut dia penat. Semoga ALLAH memudahkan segala-galanya.



Kbai.


Comments

Popular posts from this blog

Kenali Tahi Anda

My Journey With Nutox

5 Tanda Kulit Sensitif