Showing posts with label Testimonial & Produk. Show all posts
Showing posts with label Testimonial & Produk. Show all posts

Friday, October 9, 2015

Cara melukis kening



SALAM!!



Setelah sekian lama, akhirnya ada gak sikit masa nak blogging. Tajuk kemain mcm beauty guru. Konon... padahal... haram.. hrtu aku ada lah p kelas make up and skin care by Mary Kay. Dia ada lah ajar cara2 make up... perghh payah ekk.. Akak tu letak foundation swuh aku blend bukan main banyak, muka aku kulit cam ala ala kuning langsat (yeke?) sekali make up dah macam kelabu taik anjing. Euwww.. cuma tak busuk la ok..


Kelabu kan muka aku? hahahha baiklah takyah make up tebal...



#pitam ni bapok ke???


Aku ni kalau nak bagi rating tahu make up tu, boleh lah bagi 2 dr 10 bintang. hahaha teruk nau. Sebab aku cuma pandai pakai bedak, eyeliner dgn blusher je. Tu je make up aku selama bertahun2 ni, nasib ada gak lelaki yg syok and sudi kawen. Tiba tiba sangat.. 



Baru2 ni aku tengok ramai yg pandai lukis kening. Serious lah, kalau kening kau cantik, muka kau akan sedikit berubah. berubah in a good way of kos. Tapi depends lah kalau kau pandai lukis ke tak. Aku dengan semangat nya bertanya kawan adik aku cane nak buat since derang pandai. Thanks fairuz! Aku siap paksa Wan teman aku pi buat threading. Aku cakap kalau tak buat nnt aku sedih HAHAHHAHA. Wan.... biasa lah, dia nampak aku tak senyum je hati dia dah susah. So pergi lah area Ampang Point. 



Next week nya, aku belajar dr kawan adik aku plak, cane nak fill in kening. Thanks Pika! Gigih gila, ajak Wan gak, pergi SASA nak beli. Kesian Wan mangsa keadaan. So now aku dah pandai sikit. hehehe. Siapa yang sengal2 ubi cam aku jom ikut style aku je.. Kalau tak nak threading pun takpe just kita lukis nampak kemas.


Steps yang aku buat. Kalau korang jumpa steps lain boleh je follow. Aku ikut kesenangan aku and aku make up mmg tak sampai 10minit. 5 minit je kot.


Step 1

Ukur permulaan kening dgn cara line mata. Kening aku mmg terlebih sbb aku malas nk buang. So biarkan jela dia.





Step 2

Tentukan di mana highest point of your eyebrows. Ini adalah senang untuk bentukkan dia nanti. Caranya ukur guna hidung plak dan anak mata. Aku sebab dah treading and highest point tu mmg visible so tak susah nak nampak. Ada org kening yang nipis or halus blh guna teknik ni. Jangan buat tinggi sangat nanti nampak mcm makcik garang dlm cete 101 Dalmatians. Tp kalau nak pe salahnya... bukan kening aku punnnnn





Step 3

Lukis garisan kening dr awal. Lukis nipis je.. Ni mcm just line kan supaya bila fill in the brows tu tak lah menyimpang and comot.





Ni da lukis atas bawah... kening aku mmg tebal pun. Wan dah warning jangan nak nipis sangat dia tak suka. Baiklaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (ikhlas ke tak ni??)


Step 4

Isikan kening dgn mengunakan apa yang anda suka. Ada org guna eyeshadow, ada yang guna brow pencil tu jugak. Tapi aku guna Heavy Rotation. Dia da 3 shades. Cerah, sedang2, gelap. So yg awal pakai cerah lepas smp hujung gelap, kene pandai2 lah letak supaya tak nampak begitu Shin Chan.




Cerah, sedang-sedang dan gelap


 Ni da letak warna.


ha nampak kan beza.. kening sebelah tu sendu je... bahahhahaha


  
 Ni dah lukis and letak warna dua dua belah. Kening aku memang tebal so bior jela dia. Saje gambor ni senget. nampak kurus tak?? BAHHAHAHHA


ha ni tak senget... sooo senang kan?


Step 5

Anda boleh keluar rumah sekarang. HAHAHA!




Kalau tak biasa boleh practice dulu... aku pun banyak kali gak buat baru ok. kalau tak hari2 i jadi Shin Chan. huahuahuahua. Kalau nak shape dia lagi cantik, guna foundation oleskan bebetul bawah kening tu ikut line dia.. memang meletopp! Sila ucap terima kasih sekarang, gigih sangat sebelum tidur lukis kening. kata cantik2 untuk suami. Kbai.

Wednesday, February 25, 2015

Best Lotion EVER



SALAM



Sekarang panas giler kan? Macam panas giler nak mati. Macam panas sampai pening kepala. Macam panas sampai nak lempang muka orang. Amboi panas betul hati sambil menaip ni kan... HAHAHA... Bila panas memang kena minum air banyak. Kalau tak kulit kering. Aku kadang2 sampai boleh rasa kulit aku sangat kering and kesat mcm kertas pasir. Over ekk..



So dah kesat kasar bagai kena lah pakai lotion. Lotion kat muka bumi ni memang banyak kan.. So untuk tahu yang mana bagus... ada beberapa bahan di dalam lotion tu yang perlu di ambil tahu...



1) Ceramides
2) Essential fatty acids (Olive oil, avocado, almond oil, and shea butter)
3) Glycerin, glycols, and polyols (propylene glycol and butylene glycol)
4) Hyaluronic acid
5) Sodium PCA



Aku tak reti lah nak terangkan satu2 benda ni sebab kan istilah sains. Hoho. Kang salah terang kena cerca plak...  Aku pun saje lah tengok apa kandungan lotion yang aku guna. TARAAA!!! Ada lah sikit sikit yang ada. hehehe.














 Pilih lotion anda yang betul okay.. Kbai.


Friday, February 6, 2015

Poise Organic Wellness Studio



SALAM



Minggu ni adalah minggu letih... last month punya end of week Wan memang busy gila.. balik keje pukul 5 pagi maka nya aku pun terabai chewahhh HAHAHHAA..



So kami decide nak amik cuti Isnin 2nd February 2015 tu untuk rehat... Wan lagi over cuti isnin sampai rabu HAHA.. takpelah kesian dia.. So sebab dah penat kan.. aku cam fikir.. why not pergi spa and release tension.. longgar2kan urat.. wahh curlas tol kau release tension..mesti ada yang kata apasal tak mengaji... tu utk tenangkan hati....



Aku pun pilih lah spa yang dekat dengan rumah Ampang.. So ni paling hampir and best(based on the website)



Isnin tu pun kami pergi lah.... Sesat ekk guna Waze.. aku dah gelabah tet dah sebab dah lambat HAHA.. last2 aku call spa tu, dia yang tunjuk jalan.. sampai2 je.. aku dgn Wan cam krikk krikk.... 



"B betul ke ni tempatnya?"

"Mana i tahu... you yang booked"



Aku pun call orang tu.. rupanya betul HAHHAA.. SUMPAH mcm haunted house.. Gambar bawah ni cantik gakla... Masa aku p tu penuh lalang... errrrrr








Bila naik atas je... WALAHHHHHH lain sangat dengan luaran nya... terkezut mak enon... Sampai2 je dia bagi air pandan... Wangi.. Lepas tu terus foot scrub.. tapi cuma air panas letak garam kot... rendam 10 mins... lepas tu lap2 terus masuk bilik...



Sebab kami couple.. so dia bg bilik couple.. baru lah best kan.. hehee.. Yang belum kahwin jangan mengada nak bilik couple okayy sbb kne bogel2 bukak baju... dah kawen takpe.. di galakkan... HAHAHA...



Masuk bilik je dia swuh tanggal baju pakai kain batik... org lelaki pakai boxer.. dia swuh steam 20mins.. dgn suhu 40 darjah celcius... gila kau panas nauzubillah... Aku da la asthma.. agak2 tpt tu dah berwap sangat... aku bukak pintu nya.. kang mati plak masuk kosmo..


 Ni gambar dari phone aku.. hehe




Yang tepi tu pintu kaca tu tempat steam...




Bilik kami urut..



Lepas dah steam.. masuk bilik untuk scrub... dia pakai scrub beras campur serai campur apatah.. untuk buang angin.. lepas dah scrub dia balut dengan plastik.. biarkan 15mins... Lepas tu dia swuh mandi...



Lepas dah mandi wangi wangi... maka mula lah sesi urutan... YA ALLAH sedap gila akak tu urut tapi aku bising sebab sakit.. badan aku banyak angin dia kata... adoiiii dia kata kena urut seminggu sekali at least.. habis kak duit aku kering kang asyik nak layan spa kau jekkk.. Dalam sejam dia urut... memang badan, kaki, pungkoq and buah dada dia urut. Lepas ni aku nak pi urut buah dada plak sebab dah tahu akak tu buat sedap kan... (mesti ada yg geli) HAHAHAHA..


Lepas dah habis semua sesi dia bagi kami minum air halia... SEDAP! Dengan tak malu nya aku tanya resipi...


Resipi teh halia kebaboom meletop mengeletarr


Teh
Air Panas
Halia hiris
Serai dititik


Didihkan... lepas tu minum... Piauuuu..



Memang sangat sedap lepas urut tu... Akhir kata spa ni best walaupun nampak macam haunted house.. Pekerja dia baik :)



Poise Organic Wellness Studio
Jalan Ampang Hilir, 55000 Ampang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
03-4252 2288


Siapa yang sesat masa nak p boleh lah call aku. Kbai.



Saturday, November 1, 2014

Organic Lacto-Fiber best ke



SALAM!!!!



Organic Lacto-Fiber? Amenda ni? Mesti korang ingat produk kecantikkan kan? Anda salah! Sebelum aku berbicara lebih lagi... Aku just nak cakap benda ni best. Aku tatau lah kalau ko seorang yg senang berak, mungkin ko rasa benda ni biasa2 je tapi bagi orang yang macam aku benda ni sangat best. NIKMAT SUNGGUH BERAK ITU. Maaf, saya terguna perkataan kurang sopan.



Tapi itu lah hakikatnya. Dlu aku masa belajar, payah gila berak. Kalau makan nasi je, memang tak berak, duduklah jamban tu seribu tahun lagi.... Sia sia jerrr. Ada sekali tu masa puasa YA AMPUN, sebulan aku tak berak sebab aku tak tahan puasa tak makan nasi. Kalau tak berak, ko akan rasa badan ko tak sedap tau, mcm berangin pastu nak muntah, pening kepala.. haihh segala yang tak best lah pendek kata




Benda tu berlarutan selama beberapa tahun..... tapi tu pun lepas aku stop makan nasi, seminggu dua kali tu dah satu kebahagiaan bagi aku LOL. Memang tensi gila... Sampai tahap lecturer aku panggil aku  FULL OF SHIT. HAHAHAHHA. Jika tak percaya, anda boleh tanya kawan2 UIA saya. 




Then, sampai lah satu hari.... makcik Wan ajak pergi event tupperware. Then kami decide nak beli produk kesihatan. Maka bertemu lah kami dengan Organic Lacto-Fiber. Aku memula macam tak percaya keberkesanannya. Sebab before this aku pernah gak try makanan fiber ni. Lupa da cap apa, plastik kaler oren.. Alahhh yang ada iklan TV tu..



Then bila first time try Organic Lacto-Fiber, perghhhh hasilnya memang BEST!!!! Aku berak 4-5 kali sehari!! Anda mungkin rasa saya pengotor tapi bagi saya ini kebahagiaan. BAHHAHAHHA. You dont know what I've been thru. *sebak* . Selalu bila ko banyak kali berak pungkoq pedih kan? Tapi ni tak sebab ko tak teran pun.. dia keluar dengan lancar nya. Bak kata Wan,"ehh sekali bangun perghhh banyakk ekk" HAHAHHA. 




 
Makcik Wan kata go on je with the product sebab dia bukan mcm supplement, dia cam makanan tambahan yang bagus. Tapi rasa dia kalau minum dengan air putih je memang nak muntah lah... Aku campur ribena.. And most of the time, tahi aku terapung... means kolestrol... Kalau go on lagi, makcik Wan kata boleh keluar mcm berminyak.. Aigoooo






Boleh baca entry pasal TAHI kat sini




Siapa nak try boleh beli dari aku :



Whatsapp : 0122024943 



Nanti kalau ada rezeki lebih aku ingat nak bagi orang try sepeket... Doakan ada bajet hehehhehe.. Benda baik kena share... Rasa mcm nak share gambar tahi tapi tak senonoh plak BAHAHHAHA kbai...



Friday, October 24, 2014

Bila asyik ke toilet.....



SALAM!!!



Bila cakap melabur mesti org skrg dah faham kan... Bukan yg melabur bursa saham tu okay ni melabur yg plup plup.. HAHAHA... Aku dlu ada masalah nk buang air besar sbb perut aku payah digest makanan yang complex. Skrg oklah, tapi bila dah selalu sangat pedih la plak khennn... Tapi dia bukan cirit.. ehh boleh ek discuss pasal bentuk plak.. HAHA. So kat sini ada beberapa jenis makanan yang mmg mengundang kekerapan korang pergi ke toilet... 



Firstly, kena alert, cuba amik perhatian sikit dengan benda2 yang korang makan.. 




Benda paling aku sensitive sekali ialah susu. Minum susu je aku akan buang air besar. So bila dah asyik buang air besar, aku kne stop minum susu, mcmtu lah... Ada yang kata aku lactose Intolerance... Kalau aku minum susu Anlene, memang lpstu pening and muntah2.. Kalau rasa takleh minum susu, minum susu soya pun okay...




Ada sesetengah orang, makan certain sayur perut berangin... Biasa nya sayur yang tinggi serat mcm brokoli, kobis, kobis hijau, karot dan lain lain.. so bila tgh asyik nk berak jgn makan sayur ni, makan lah kacang buncis ke, daun pegaga ke suami sendiri ke eh?  Kenal pasti apa sayur yg akan buat korang buang air besar, then pepandai lah... 




Dari segi buah ialah apple, prune, kurma dan kismis. Ni semua buah yang tinggi fiber. Kadang-kadang aku makan buah prun ni takde efek pun HAHAHA. So makan mcm mkn kerepek. Mungkin orang lain, lain efeknya kan? So take note lah...



Dari segi bijirin dan kekacang, makanan mcm barli, nasi perang, oat, roti wholemeal tu semua mmg byk fiber, so kurangkan kalau tgh asyik nak melabur. Ada haritu Mama cakap, roti putih tu sebenarnya tak elok, sbb dia dah di bleaching sebab tu jd putih. Ala ala rambut Eina Azman. ehh tak masal ekk... So kalau boleh sebelum beli roti baca dlu tulisan tu, derang ada cakap.. roti mana yang tak bleaching. Kepada yang malas baca, takpelah, beli insurans siap2 kalau sakit senang.






Last but not least, makanan pedas, rempah ratus pun adalah penyumbang gak dalam acara berak memberak ni kan. Kalau rasa macam tak tahan pedas, better jangan makan sbb if perut ko tak tahan, mmg membuang je keje nya. Kalau dah mmg cirit-birit memang taklah kau boleh makan makanan pedas. Makanan yang memang sedia pedas, aku rasa Indian, Mexican dan cili padi. HAHHAHA. Tapi cili padi taklah pedas sangat... Aku rasa kalau Mexican dia pedas cam pijar perghhhhhhhhh. Mula lah kan rasa nak tampar orang sekeliling HOHO.



Ni selalu aku nampak dkt Chili's dgn TGI tp aku xpnh makan... sedap kerrr




Last but not least, ada sesetengah orang yang kalau minum kopi dia rasa nak berak.. HAAAA siapakah?? Aku lerr tu... tapi best apa.. haha cuma bila dh tahap cirit birit tu tak syok lah kan... So kalau cirit birit jgn minum kopi, selalu aku dengar orang kata minum teh pekat... Kalau Wan makan pil chit ke teaun... Sukati kau je kan eja camtu..



Apapun, take care... aku skrg minum Lacto-Fiber ni.. memang best wooo.. Bila berak tak rasa mcm berak sbb takyah teran and tahi lembut BAHHAHAHA. Tahu2 bowl penuh jerrr Euww haha tapi betul ni.. Tak tipu...







Organic Lacto-Fiber
300gram (dlm bekas)
RM 129

Organic Lacto Fiber
12 peket x 10gram
RM 59







Contact 012-2024943 kalau nak beli :) Kbai

Tuesday, September 23, 2014

IBM Raya Celebration Featuring Paisley Grandeur



SALAM!!



Kemain aku, raya dah berzaman habis, dah nak raya haji pun tapi entry baru nak update. Takpe asalkan nampak usaha tu HAHAHHA.


Sebelum raya hari tu, ada sorang staff ni approach aku, dia offer nak tak jual barang paisley masa raya celebration. Being me, of kos lah I nak.. yelah sebab kitaorang team paisley ni dah biasa dah jual2 mcmni. Makanya, bertungkus-lumuslah aku menyiapkan barang-barang nak berniaga sebab aku sorang je kan.. selalu kitaorg bertiga atau berdua. Tapi ok je..


Seronok dapat kenalkan bisnes dekat office. Alhamdulillah sambutan menggalakkan. 



 Supporter tegar HAHA



 Ramai orang kata mcm Datin BAHHAHA. Carrot sangat okk



 Bak kata Nana macam orang berniaga pasar malam... layankan..



 Eksyens... oh yg tak bertudung tu adalah penampakkan.. HAHA.



Support orang kedai depan hehe


Malam sebelum Jamuan Raya tu, beriya aku dengan Wan tengok youtube sebab aku nak pakai tudung style turban HAHAHHAHA. Yang lawaknya Wan pun beriya gila membantu. Thank you sayang :)

 

Apapun... jangan lupa Sabtu and Ahad (27 & 28 Sept) ni datang dekat e@curve. Nanti exact tpt akan di update di Instagram. Banyak gilaaaaaaaaaaaaaaaa tudung, kimono cardigan dengan skirt.



Okbai.

Thursday, September 18, 2014

My Journey With Nutox



SALAM!!!


Tengok tajuk tu poyo tak? Memula aku nak letak hastag, sekali tgk balik cam poyo sangat lak.. Maka aku delete. Kalau siapa follow fb or Insta aku, aku selalu ckp Nutox ni bagus sebab aku pakai dah nak hampir setahun gak. And hasil mmg bagus. Tengok gambar di bawah. Ecehhh




Aku mmg tak pakai foundation



 
  No filter. Cuma guna reflection je ni.



Ada satu hari tu Nutox call aku cakap nak suruh aku try produk derang secara konsisten. Means lps produk tu habis dia akan bg yg lain lak..Aku pun ok je since aku memang pakai nutox. Uolsss barang free okayy haruslah kita terima dengan hati terbuka. Rejeki jangan ditolak. Hoho



So the first product is serum concentrate. Baru sampai last 2 weeks masa aku kat Penang lakk cepat ekk hanto. Nasib ada fiqa kat opis dia tolong amikkan parcel.  Thanks Fiqa I lap u. Yang best nya Nutox akan monitor aku. Kira bukan saje2 ahh kena amik result in two weeks. Maka nya aku takleh culas! Wahh penggunaan perkataan kau sekaranggggg










Turutan pemakaian produk Nutox


Untuk Setiap Step Produk Yang aku Pakai


CLEANSE
Pre-Cleanser
Cleansing Gel

TONE
Astringen Toner
Moisturizing Lotion

SERUM
Currently pakai yang Nutox bg (yg ni aku tak pakai sblm ni)

MOISTURIZE
Moisture Emulsion
Night Repair

PROTECT
Solar Block

TREAT
Tak pakai pape dlm range ni. Nnt ah mintak kat Nutox WAKAKKA



First Day guna Nutox Serum. Ni baru bangun tido dan mandi. Makanya mata merah (T.T)



Selepas seminggu... Nampak tak lebih anjal.. Nampak ke takkkkkkk. Marah ekk. Gambar before and after memang Nutox nak without make up. So itulah wajah without make up. Yang ats ni dah sarapan so segar sikit ghopernya nak compare dgn gambar hat tudung oren tu.



Barang barang make up yang sekangkang kera. Lipstick tu kemain banyak tp pakai nya idok.. Dah alergik nak pakai apa khennnn. Tu antara brg Nutox yg aku pki..Semua botol besar2 uolsss jimat... Tahan berbulan.. Tapi tatau lah kalau muka korang lebor nak kena pakai banyak.. hihi gurau jerrr jgn emo pls



Kesimpulan nya, aku suggest korang pakai Nutox ni sebab kolagen mmg bagus. Plus its from animal. Peringatan aku share gambar bukan nak menunjuk kulit elok ke apa tapi aku nak share keberkesanan produk ni. Jangan salah faham eh? Sbb ada org kata saya menunjuk (T.T) Sobs... nak nangis.....



Bawah ni ada entry2 lepas pasal Nutox.


Nantikan hasil nya selepas dua minggu kbai.

Wednesday, September 17, 2014

Baju Pengantin



SALAM!!!



Ada haritu orang tanya, di mana aku sewa baju pengantin masa kawen dulu. hakhak.. Sebenarnya... eh mcm dah cakap je dlm entry sebelum ni yang baju kawen aku semua buat sendiri... bukan lah aku jahit sendiri... kiranya aku tak sewa pun.. BAJU ITU MILIK SAYA! The main reason aku buat baju sendiri ialah sebab bentuk badan aku. Ketahui lah bahawa badan saya bersaiz M. Tapi pungkoq XL. Cemana tu??? SADIS SUNGGUH.



Kain baju2 tu mama beli dekat Indonesia. Gigih kan mak jemah pergi sana sebab nak beli kain. HAHAHA. Sebab mama beli untuk satu family sekali.. Tapi sebenarnya memang sangat murah dekat Indo. Sebab baju nikah aku beli dekat Jakel perghhhh melompat... Tapi sebab baju nikah tu beli awal kan.. so tak terasa sangat... padahal.. hatiku menangis kepiluan (T.T)


Baju Nikah. Simple lace ni warna Mama and Wan pilih. 
Aku? SUKAHATI KORANG lah...




Sanding belah Wan. Baju ni memang beads dia berat nak mamps. 
Tapi dia jatuh cantiklah. HEHE.




Sanding belah aku. Baju ni full lace. Memang berat dan rimas. Apakan daya.....



Harga kain sah2 lah aku tatau sebab Mama yang beli. Warna pun aku cakap ikut suka Mama lah nak warna apa. HAHHAA. Senang kan pengantin cam aku. Tak banyak songeh. 



Untuk upah baju aku pilih Scha Wedding. Harga memang berpatutan. 3 baju tu around 2k. Siap veil semua. Oklah kan.. and jahitan memang kemas and selesa. Memang aku recommend lah amik dia ni. And dia akan cakaplah apa yang sesuai untuk kau. Contoh mcm aku kan pungkoq besar so dia cakap lah apa yang sesuai dengan apa yang tak. So total busuk2 3 baju tu including upah dan harga kain ialah below 5k.



Hantaran pun aku amik dengan dia. Yang tu pun YA ALLAH suka gila!!!! Sebab simple and cantik plus semua fresh flower. Pelamin dgn hantaran semua fresh flower Scha guna :)



Ni gambar curik kat FB Page dia HAHAHHA






Link kat bawah kalau takleh bukak link atas ni.



https://www.facebook.com/schawedding



Okbai.


Monday, August 18, 2014

How to : Groupon



SALAM!!!!



Siapa kat dunia ni tak pernah dengar Groupon? Oh... nenek aku mungkin lah... tapi aku rasa remaja or young adult tahu apa itu groupon. Or at least dipanggil kupon. HAHAHHA. Pon boleh....



Aku mula kenal groupon ni lepas aku habis belajar. Kene cerita dari bibit-bibit perkenalan okay. Takleh potong2. Masa aku habis belajar, aku rehat setahun tak kerja. Sebab Mama kata rileks lah dulu, takyah rush sangat nak cari kerja bukan dia takde duit nak bg aku. HAHAHA kemain kannn fefeeling anak raja sangat aku.... So masa tu aku pun takde keje, jd surirumah jerrrr. And disebabkan aku boring, aku pun rajinlah baca paper semua tu. 






Then kalau korang perasan... ada je iklan2 dekat paper tu, Yun Nam lah kuruskan bdan lah... Aku memula cam betul ke ni????? Cam tipu jek. Lalu aku try satu, call lah kan.. Aku rasa yang aku pergi tu Bizzy Body kot. Yang bayar rm 10 ke rm 30.. So aku pergi lah, sekali betul... memang murah. Layankan jelah... lpstu aku terjebak.... perghhh beli serum apatah... kemainnn tapi mmg bagus benda tu so layankan jelah... lepastu aku mcm terfikir, mcmana orang yang takde duit (masa tu lah) mcm aku nak menikmati benda2 mcmni.



Entah cemana, aku main internet pastu ada iklan2 tepi2 tu. Saje click... lepas tu... OMG OMG OMG.... HAHHAHA.. ok manusia nama Amni yang mudah terpengaruh dah terjebak dengan jayanya. Lepas tu aku pun rancak lah.... p spa sana sini.. tp ada jugak spa yang aku memang bayar sendiri... as in not using groupon lah... hehe..


So kat sini aku nak bg tips2 nak guna groupon :


1) Cekal kan hati


Kalau kau pergi groupon untuk kecantikkan (spa, manicure whatsoeva) lepas treatment, dia akan ayat kau baik punya.... kulit kau rosak lah.. kulit kau kemerahan lah sensitif lah pdhal sebelum tu guna sabun mandi cuci muka rileks je.. and bermacam2 tawaran dia bg yang memang akan expired HARI TU JUGAK (-_________-) Kalau tak beli hrni, akan habis dah tawaran tu kat muka bumi ni. haha over kan... ataupun dia akan suruh kau letak deposit, rm 50 pun jadi.



Being me, kalau dah sampai tahap aku guna groupon tu, means aku takde duit sangat lah kannnn hahaha. so nk letak depo pun aku taknak.. Bagi yang mudah terpedaya, di nasihatkan bawak kawan yang mulut laser sikit, kalau takde kawan mcmtu, sila bawak aku. Aku pakar dah bebenda mcmni. 


2) Buat appoinment


Kalau ikut style aku, aku akan buat appoinment dulu, baru beli. Sebab kadang2 kalau tu groupon popular, cepat jekkk fully booked. Biasa kita nak guna on weekends kan.. tapi masa tu jugalah banyak manusia2 lain yang nak guna jugak. Dah hari tu je yang cuti kan.... haruslah noks...


Lepas dah buat apppoinment baru beli. Jangan lupa cakap sekali kau tu pengguna groupon. Tapi aku kadang2 nak cepat aku beli je, beli banyak2, lepastu tak guna... bg orang. What is this madness Amni?



3) Baca terms and conditions


Ni memang part paling penting, sebab kadang2 ada lah syarat2 tersembunyi... Contoh : Ada kawan aku beli groupon untuk breast massage. Sekali tetbe kena bayar EXTRA untuk beli minyak massage tu. Boleh ekkk kwaja sangat... ni nama nya taktik. Aku tatau lah ada ke tak kat terms and conditions pasal beli minyak tapi korang boleh tanya sebelum beli.


Aku selalu akan bawak suami aku, si Wan tu sekali kalau aku pi spa. And tak semua spa ada untuk lelaki, so kena baca syarat2 dia, jangan main beli je. Normally kalau spa yang boleh bwk lelaki tu , dia perlukan perempuan untuk teman kan.


Antara syarat lain ialah first time customer.. yelah kan kalau asik kau lepas kau, kau lagi.. lemakk lakkkk



4) Tempat



Biasa nya kalau deal yang kebabomm akan ada di Melaka, Johor ataupun Penang. HAHAHA. Sila semak tempat dulu sebelum beli okayyy. Aku dulu hampir beli, sekali tengok kat Penang.. pffftttttttttttttttt.. Carrot sangattt!



5) Sentiasa check and alert



Aku ada satu perangai yang asyik membeli je tak sesudah.. Kalau tengah mood aku nak beli groupon tu, sampai beratus gaklah.. tapi lepas tu aku lupa (-_______-) siap boleh tanya lg diri sendiri kadang2 bila masa aku beli ni?? lakkkk... ada hari tu, periuk sampai kat opis.. siapa lakk hantar ni.. aku pelik gila.. sekali rupanya aku beli kat groupon HAHAHHAHA. Melampau kannn periuk pun beli groupon. Sebab murah sangatt geram!


And selalu spa2 tu aku tak pergi, mangsa nya biasa lah adalah adik aku. HAHA. Kesian dia. elehh ke dia suka aku lupa aku ada groupon. hmmmmmm. Ingat sentiasa check account ehh kot2 ada yg belum guna... kalau dah guna akan ada HISTORY ok..



Ok cukup lah setakat itu, bagi aku groupon ni bagus, sebab selain dia bg kita merasa, kita jimat gak sebenarnya. Kalau suka, boleh dtg lain kali... takde masalah pun... Saje suka2.. HAHAHA.. takde keje kan.... 


Okbai.


Friday, August 8, 2014

Kak Engku Si Penyelamat Wanita


SALAM!!!!!



Mesti korang tertanya-tanya siapa Kak Engku dekat tajuk tu kan?? Ni bukan Kak Engku yang Raja Azura tu okay. Kan I dah bilang tiada pasal artis disini.. melainkan artis tu kawan saya seperti Misha Omar pelajar setia aku cara2 nak pakai shawl. HAHAHA... Actually Kak Engku ni Ketua Jururawat and Bidan :) Apakejadah nya aku bercerita pasal bidan ni?? HAHAHA.



Cerita dia macam ni..... ada beberapa minggu lepas, aku punya ari-ari sangat sakit entah kenapa tatau. Pinggang aku pun sakit. Dari hari ke sehari. Memang azab gila sampai duduk memang memanjang kena letak bantal kat belakang. Baru rasa ok sikit. Aku pun apalagi, sebagai seorang yang cepat mengelabah... mcm mcm ada dalam fikiran aku. Sampai Wan kata takyah lah fikir jauh sangat.... takde apa tu... Tapi biasa lah aku memang dilahirkan berfikirkan panjang HAHHAHAHAHHA

 
Sampai satu tahap aku fikir peranakan aku jatuh..



TOOMUCHIKNOW (-_____-)



Then kat semua orang aku tanya, esp yang dah kawin lah kot2 rasa benda yang sama. And derang kata tu tanda2 pregnant. Are you guys foreal??? I just had my period two days ago...... krikk krikkk. Sampai aku nak pergi berurut lah gamaknya.... Then aku tanya Mama, being Mama, dia cam mak moden sikit... "Eeee nak buat apa berurut.. pergi doktor pakar, scan... kau ni belum bersalin lagi manada peranakan jatuh" OKFINE.



Tapi biasalah aku ni tak puas hati lagi, maka aku google lah.. sekali aku jumpa Kak Engku punya blog. Aku rasa mcm dapat harapan baru... HAHHAHA Over ekk.. Aku pun beranikan diri whatsapp dia. Memula ingat dia tak balas, sekali rajin dia melayan aku... Nak nangis masa tu sebab macam2 aku tanya dia, and dia jwb tu mmg betul jeeeeeeeeeeeeeeeeee...


**********************************************************


Kak Engku : Akk rasa bukan peranakan jatuh... Hmmmm Amni pergi clinic, minta doktor test untuk kencing kotor...

Aku : Eh tapi saya baru baik dr kencing kotor last week (I HATE YOU PUBLIC TOILETS)

Kak Engku : Haaaaaaaaaaaaaaaa akk rasa bakteria tu belum mati sepenuhnya. 

Aku : Oooooo ekkk kwaja punya bakteria...


**********************************************************


Maka esoknya aku cuti... Pergi lah aku kat klinik pakar wanita... Check2 semua...



Aku : Saya punya ari2 dengan pinggang ni sakit sangat doktor...

Doktor : Ok meh kita scan tengok apa ada kat dalam...


Doktor pun scan... tekan2 perut aku.....


Doktor : Ok je perut awak ni, takde apa... peranakan pun elok je terletak... takde tanda2 pelik.. semua okay...


Aku : Betul ke peranakan tak jatuh???


Doktor : Taklahh awak ni merepek je.. *tertawa kecil*


Aku : Kalau nak test kencing kotor boleh?


Doktor : Boleh.....


Selepas beberapa minit.............


Doktor : Kencing pun ok ni... normal..


Aku : Hmmmmmm pelik..


Doktor : Banyakkan berehat.. Saya tak bagi apa apa ubat ya, sebab sihat je awak ni...


HAHAHHAHAHAHA choyyy!


*************************************************************


Balik tu aku bgtahu Kak Engku, dia pun suruh aku berehat... Sekarang dah tak sakit pun.. Ok dah... HAHHAHAHAHA... 





So sesiapa ada masalah kesihatan esp pasal penyakit perempuan (aku ckp penyakit perempuan contoh mcm keputihan ke kan.. lelaki kan takde keputihan...) Dekat blog tu boleh dapat numb phone dia. And korang boleh direct whatsapp dia je :)


Thank you Kak Engku menghilangkan gelisah di hatiku. Auwww!


Kbai.


Thursday, June 12, 2014

Part 8 : RS & AJ



SALAM!!!!



Ewah... dah kawen baru nak update entry2 ek berkenaan sebelum kawin.. Pun boleh... Bila cakap pasal persiapan kawen ni, bahagian photography ni antara yang terpenting lah... Sbb gambar kawen kan nak tengok sampai ke hujung nyawa... EWAHHHHHH...



Untuk photographer kitaorg dari tunang sampai ke kawin..  Kitaorg pilih Rejimen Alatubah Photography . Team photography ni sebenarnya kawan2 Wan... so memang tak kekok lah kan.. derang okay je... and the best part is its FREE... hehe.. (Faedah yang anda dpt bila berkahwin dgn photographer) Cuma kita bayar upah jelah kan.. Sedapkan hati.. hahaha...



And untuk videographer, kitaorg memang nak ada... so cari punya cari... decide untuk amik Takeem Videography . Takeem ni banyak buat video clip artis katanya. Ewah... tp aku bukan amik dia sbb tu... tp sbb dia ni jiran belakang umah Wan... haruslah harga jiran (aku kan cheapskate) MUAHAHAHA.



And nak di jadikan rezeki, tetiba ada orang nak sponsor Pre-Wedding Video kitaorg.. YA ALLAH apakah ini??? Bagaikan mendapat durian runtuh... ok durian tak suka, busuk.. Bagaikan mendapat kopi runtuh.... So... yang shoot untuk pre-wedding video kitaorg ialah Studio Shagrasyiid. Syarat Shag senang je, pakai baju sama dgn sediakan skrip... Apasal mudah sangat ni????? Maka aku pun setuju lah. Tempat semua dia pilih.. Aku ok je sbb aku pun mmg jenis malas nak fikir kan.... (DIVA katanya)



Maka hari tu kitaorg pakai baju sama... Ya memang geli tapi apakan daya.....
































Pada aku Shag ni dia pandai berkomunikasi dengan pelanggan dia. Sebab kalau kita jenis yang tak biasa buat video, confirm kau malu punya. Tapi dia pandai kawal keadaan dan dia banyak idea. Ko ikut je apa kata dia. Senang kan...


Dia pun ada amik gambar gak. Kira amik gambar lagi utama lah. hehe...


So... inilah....


TEASER


OUR PRE-WEDDING VIDEO



Video kawen tak siap lagi... Nanti2 share... Nasihat aku kalau korang cheapskate mcm aku, cari lah bahagian photographer and videographer yang murah sebab dua benda ni memang tak lari 3k PALING BUSUK. Tapi kalau kau kaya raya duit baling2, ko nak upah sampai 80k pun padahal kannnnn....



Kbai...


#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...