Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

"Yang.. tolong buat air"



SALAM



Ada satu hari tu, kawan Wan datang rumah sebab tolong Wan bersihkan kereta, cermin dia pecah.... Pastu dia ckp kat aku,"Yang... tolong buat air" OK trettttttttttttttttttttttttttttttttttttt! Selalu kalau part2 mcmni Mama dah sediakan siap2 nak bg tetamu makan apa. Tapi haritu aku blur giler. Sebab Mama and Baba balik Johor. So tinggal aku, Wan dengan Yaya je. krikk krrikkk.



Aku pun melilau lah cari apa yang boleh di bg pd tetamu. So... ini yang aku jumpa....







HAHAHHAHAHHAHAHA. Ok what.. sedap ok Famous Amos tu... meletop!!! Tapi Wan tak tegur pape pun... so oklah kan.. hahahhahaha.. Aku sebenarnya memang bangang sket buat air bancuh... bukan bangang... tak reti sebab dari kecik mmg Mama letak 3 in 1 je kat rumah. kekekke.. Tapi Wan kata aku buat air kopi sedap... yeeee kopi 3 in 1... but ada rahsia nya okkk.. 



Resipi Kopi Old Town Sedap Meletop Suami Melekat


1 peket Old Town White Coffee (Original/Hazelnut/sukati kau la kan)
200ml Fresh Milk
Ais (kena pandai agak2)
50ml hot water


Cara-cara

1. Masukkan serbuk kopi dalam cawan
2. Tuang air panas 50 ml je. Just untuk larutkan serbuk tu je.
3. Biar jap bg kepanasan reda.
4. Tambah susu (fresh milk terpaling sedap)
5. Kacau bg dia sekata
6. Letak ais



Korang kene pandai agak sebenarnya sebab kalau ada yg terlebih dia jd tak sedap.. Gunakan naluri isteri tu BAHHAHAHAHHA muntah sekarang.. Aku tahu walaupun mcm bangang kan, tapi HELLO... at least I did something.. kekeke... Bak kata mak aku, usaha tu di kira okay dr tak buat langsung :P



Kbai.

Wednesday, September 17, 2014

Baju Pengantin



SALAM!!!



Ada haritu orang tanya, di mana aku sewa baju pengantin masa kawen dulu. hakhak.. Sebenarnya... eh mcm dah cakap je dlm entry sebelum ni yang baju kawen aku semua buat sendiri... bukan lah aku jahit sendiri... kiranya aku tak sewa pun.. BAJU ITU MILIK SAYA! The main reason aku buat baju sendiri ialah sebab bentuk badan aku. Ketahui lah bahawa badan saya bersaiz M. Tapi pungkoq XL. Cemana tu??? SADIS SUNGGUH.



Kain baju2 tu mama beli dekat Indonesia. Gigih kan mak jemah pergi sana sebab nak beli kain. HAHAHA. Sebab mama beli untuk satu family sekali.. Tapi sebenarnya memang sangat murah dekat Indo. Sebab baju nikah aku beli dekat Jakel perghhhh melompat... Tapi sebab baju nikah tu beli awal kan.. so tak terasa sangat... padahal.. hatiku menangis kepiluan (T.T)


Baju Nikah. Simple lace ni warna Mama and Wan pilih. 
Aku? SUKAHATI KORANG lah...




Sanding belah Wan. Baju ni memang beads dia berat nak mamps. 
Tapi dia jatuh cantiklah. HEHE.




Sanding belah aku. Baju ni full lace. Memang berat dan rimas. Apakan daya.....



Harga kain sah2 lah aku tatau sebab Mama yang beli. Warna pun aku cakap ikut suka Mama lah nak warna apa. HAHHAA. Senang kan pengantin cam aku. Tak banyak songeh. 



Untuk upah baju aku pilih Scha Wedding. Harga memang berpatutan. 3 baju tu around 2k. Siap veil semua. Oklah kan.. and jahitan memang kemas and selesa. Memang aku recommend lah amik dia ni. And dia akan cakaplah apa yang sesuai untuk kau. Contoh mcm aku kan pungkoq besar so dia cakap lah apa yang sesuai dengan apa yang tak. So total busuk2 3 baju tu including upah dan harga kain ialah below 5k.



Hantaran pun aku amik dengan dia. Yang tu pun YA ALLAH suka gila!!!! Sebab simple and cantik plus semua fresh flower. Pelamin dgn hantaran semua fresh flower Scha guna :)



Ni gambar curik kat FB Page dia HAHAHHA






Link kat bawah kalau takleh bukak link atas ni.



https://www.facebook.com/schawedding



Okbai.


Tuesday, August 19, 2014

Part 10 : RS & AJ





SALAM!!!!



Akhirnya kita telah pun sampai ke penghujung cerita RS & AJ. Lotih den. So, penutup cerita ni ialah kisah honeymoon. Weewoooo...



Mula2 masa bincang2 nak honeymoon, ada 3 tempat yang kitaorg dah narrow down kan. 


1) Maldieves
2) Japan
3) Bali or Krabi


Maka bermula lah pencarian ticket. Search punya search, masa aku tgh sibuk tu Air Asia takde pergi Maldieves. Lepas tu macam2 jenis syarikat penerbangan aku try. Ada satu tu sampai 35k. Aku cam...... Pergilaaa mati kan.. nak spend sampai 35k untuk tiket jek. Then cakap kat Wan, Maldieves takyah lah sebab tak mampu. Yelah untuk manusia gaji bawah poverty level memanglah tak mampu. HAHAHHAHAHAHA. Bak kata baba,'ukur  baju di badan sendiri" hakhak. Bye bye Maldieves I see you in court ....... #lawakhambar




Then second choice is Japan. Kebetulan masa kitaorg nak pergi tu tengah Sakura. Perghhh memang melompat harga tiket and hari nya tak boleh... Sebab cuti seminggu dah apply.. takleh ganjak sebab naik je cuti aku dah start kerja lain... Masa ni aku dah sedih dah.. sebab kitaorang ada kawan kat sana yang boleh bagi tempat tinggal. Tapi dah tak berjodoh.............................. byebye Sakura.




Last choice is Bali or Krabi. Masa ni asyik dok tanya2 spontan, nak Bali ke Krabi? Wan macam berat ke Bali. Aku berat ke Krabi. Last2 Krabi jugak jadi pilihan.. GIRLPOWER! . Baba tolong belikan tiket. Mama bagi credit card untuk hotel. Paling takleh blah, dengan bijaknya aku pergi book tiket pukul 7 pagi. Gila laaaa... so pukul 5 dah kena ada kat airport. perghhhhh nasib ada kawan Wan, Farid ni baik hati nak hantar. Thanks Farid. 



Masa nak pergi honeymoon ni memang kitaorg penat gila sebab baru habis majlis belah Wan. Aku cuti beberapa hari pergi honeymoon :)


Muka berlemoih tapi happy gila. SUMPAH!



Matahari terbit. SubahanALLAH..



Aku cam laaaa ni ke krabi.. cam Kelantan jekkk BAHAHHAHA.










Masa sampai2 Krabi tu pagi, dalam pukul 9 kot. Then terus naik teksi balik resort. Resort yang kami pilih ni dia macam ala ala back to nature sikit sebab Wan nak mcmtu. Nak privacy. HAHA. Tapi memang best dia macam pondok yang eksklusif lah. Ada balkoni ada tempat jemur kain dalam bilik. Kira luas lah. Bilik kitaorg betul2 depan swimming pool.


Wan siap cakap "hish... hutan sgt ni, sesilap ada babi hutan bawah pondok ni" lakkkkk. Tapi memang sentiasa dengar bunyi cengkerik. HAHAHA.. pencinta semulajadi sangat kannnn... *muntah* .. Aku lupa amik gambar resort (-_____________-) ... Sampai resort je Wan terus booked scooter untuk seminggu. Lepas tu...... masuk bilik je dua dua tidur terbongkang. Penat Ya Ampun. Sedar2 dah tengahari. HAHA.



 Ihsan google


 Bilik kitaorg sebijik mcmni


  Dia cam pondok atas bawah. Kitaorg belah bawah.


Bila malam..... hmmmm HAHAHA



Bila dah petang tu, kitaorg jalan2 keliling Krabi. Pastu pergi Tesco beli barang makanan. Tesco dia lebih kurang sama je mcm Tesco sini cuma warna tema dia hijau. Tapi ok lah... Lepas tu pergi makan... Aku memang excited nak try makan pancake yang orang gembar gemburkan. Kemain kan korang... mcm sedap sgt jekkk hahahha. 


Bila malam, kitaorg jalan2 lagi guna kaki. Parking motor pastu jalan.... masa ni lah kitaorang amik package untuk island hopping semua. Harga dia lebih kurang sama je semua, dalam 1100 bhat. Apa sahaja barang nak tahu harga Malaysia, buang satu kosong kat belakang. Senang kan??





Ni keesokkan hari nya, breakfast on bed. Bahagia gila!!! HAHAHA. Yang buat breakfast tu ofkos lah aku. Kalau suruh Wan makan pokok luar tu je kot. Lepas breakfast terus pergi Island hopping..... Kitaorg pergi Island hopping dekat 4 pulau ni ;


Phra Nang Cave
Tup Island
Chicken Island
 Poda Island



 



Pitam kegelian...

















Aku sebenarnya takde lah syok sangat nak p Island hopping bagai, saje syok sebab pergi tu dengan Wan... dia yang buat benda tu best, bukan benda tu memang best HAHHAA. Sebab mcm first time bercuti dengan lelaki. Feeling tu mcm bahagia gila tanak balik. HAHAHA. So memang takde cerita terperinci setiap pulau sebab aku pun tak ingat pulau apa nama apa. HAHAHA. 



Dalam pukul 5 mcm tu kami pun balik ke darat balik.... Mandi semua, lepas tu jalan2... Masa kat Krabi ni memang make up free habis sebab muka burnt. Aiyooo walau dah tenyeh sunblock... haroommm... terbakor jugak... Lepas jalan-jalan kami pergi dinner... 



Dinner kat Krabi ni aku tatau lah kan, tapi portion dia memang YA AMPUN banyak gila. Saiz makan sorang boleh makan 4 orang, nak terberak jugak lah Wan habiskan. Aku memang taklah kan... Biasa lah aku kan manusia boring... makan bihun2 je HAHA. Bab makanan halal, takyah risau sebab melambakkkk... ko pilih je nak restoran ke kedai biasa... Harga pun murah...





Restoran apatah ni.. lupa dah...


Makan tak habis, balik kena makan lagi.. nak pengsan kekenyangan.... 


Lepas makan je lepak2 jap... nak tengok TV tak faham sebab bahasa Thailand.. So main handphone jelah.. Lepas tu buat anak... and tidurrrr...........


Esok nya bangun pagi2, untuk Island hopping ke Phi Phi Island.








Phi Phi Island ni kena naik speedboat sebab jauh. Layankan jelah...... katanya tempat Leonardo Dicaprio berlakon... ye kot.. tapi memang cantik gila air dia... Tapi orang tu tak kasi terjun kat sini, carrot sangat mamat Thai tu...



Petang tu balik memang flat gilaaaaaaaaaaaaaa............... tapi gigih... sbb nak shopping. Macam macam kitaorang beli. Budak resort tu kata kalau nak beli cenderahati better pergi Noppharat Thara beach, sana murah sikit compared to Ao Nang. Maka kami pun layankan... naik scooter.. Best gak... Tapi memang murah gila compared dengan harga kat Ao Nang. Tapi last2 kat Ao Nang pun kami beli gak... Choyyyy..



Malam tu kami makan tempat biasa...  Lepas makan pergi berurut, memang tersangat lah murah. Tolong lah pergi berurut kalau dah sampai Krabi. Rugi besar tak berurut... lepas tu biasa lah aku kan.... nak juga Starbucks... Skrg dah boikot.. Dulu belum, jgn emo pls... Harga sama je dengan kat Malaysia tapi takleh guna card Starbucks Malaysia... maka bayar lahhhhh...







Ada satu masa tu naik motor, aku bisik kat telinga Wan... "Rasa taknak balik kan? Sebab kita berdua je kat sini.... best" Tapi memang masa kat sana tak fikir pasal kerja langsung. HAHA. Betul lah orang kata, honeymoon ni agak penting jugak sebab ni kenangan yang kita akan ingat sampai bila2....


Maka malam itu berakhir dengan Indah....................



*Senyum sendiri*



Nasihat aku, beli ticket cari yang betul2 murah. Sebab ticket aku hari tu dua orang pergi balik dalam RM800++ . Aku dengar orang lain dpt harga lagi murah. Choyy!!! Total belanja semua hotel, ticket, makan, cenderahati semua adalah dalam RM2500++ Sebab kat sana pun kitaorg dok tukar duit lagi... Aku ni sangat tak boleh backpackers... Berangan lah kau Amni... Oklah... Sape nak p Krabi boleh lah pi.. Best jugak.. Or mungkin best sbb kami memang beach person... meow.



I love you husband. You complete me :)


Kbai.

Thursday, July 3, 2014

Part 9 : RS & AJ



SALAM!!!


Di sebabkan aku ni pemalas lagi malas. Maka nya, entry perkahwinan ni aku satu kan je.. sbb nak buat 10 part je... jgn nak over sangat.. bajet kau Che Ta keeee puih. Aku rasa ni entry paling banyak gambar. Jenuh lak kan nak resize satu2 gambar pfffttttt.


NIKAH - 4/4/2014



Ramai orang kata ala saje lah tu pilih tarikh 4/4/14 nak style2. BAHAHAHHA. Sumpah demi ALLAH aku tak pilih pun tarikh tu, mama aku yang pilih. Ketahui lah bahawa dlm perkahwinan aku ni, aku buat keputusan 10% je which is tempat honeymoon aku and lelaki yang aku kahwini.. BAHAHHAHA. Yang lain semua Mama yang buat sebab entah... aku cam pening nak amik kisah... Plus aku tgk Mama happy je, so aku ok je, tak kisah.. 



Nikah Hari Jumaat pukul 3 lebih camtu lepas solat Jumaat. Wan kepoh gila masa ni sebab dia kata nanti baju dia berkedut lakkkkk.... last2 dia pakai baju lain dulu.. mcm mcm ek... aku cam biasa lah rileks je... siap Mama marah sbb taknak pakai korset. Rimassss YA AMPUN...  Memula pakai, last2 minit tu aku bukak. HAHAHA.



 Apatah yang lawak sangat... Ustazah sangat aku time ni... One day maybe :)



 Masa ni aku sebak.....



 Yeayyy dpt duit. HAHAHAHHAHA



  Jantung saya. Aish comel gila.


 Keluarga baru saya :)



 Eksyens yang hadir :)



Gambar outdoor.. Tengokla muka Wan... ha sbb tu la aku kawen dgn mamat ni...



RECEPTION PEREMPUAN - 5/4/2014



Reception belah perempuan di langsungkan keesokkan harinya. Aku ok je, lagi cepat habis lg bagus sebab penat kawen ni rupanya. Yang paling takleh blah, Mama siap pesan, jangan tidur atas katil pengantin, nanti bunga2 segar rosak atas cadar tu. Ehhhh dengar plak aku ckp Mama kan... hahahaha.. aku alih bunga tu, kroihhhh kroihhh aku tidur.. HAHAHA...



Alhamdulillah cuaca sangat elok time ni. Syukur sangat... Tapi masa dah leps azan tu Wan tak sampai2 lagi, perghhh hati aku dah panas dah.. last2 lupa ek bgtahu nak masuk ikut entrance mana... adehhhh...  Terpaksa lalu di tengah2 orang ramai sambil jalan lambai2. Poyo kan...


Benda yang aku paling suka masa wedding ni ialah kek aku. HAHAHA. Yaya tempah kat kawan dia. Sedap gilaaaa... Yumssss... 



Apalaaa yg lawak sangat si Wan ni...
 

 Chewahhh... tak dpt lalu bawah pedang pun takpe.. I lalu di tepi2 gadis bunga...baru lah seri pengantin naik.. walahh



 "Awat busuk plak niiiiii"



 "Nak sangat cium kan... meh meh" HAHHAHAHAHAHA



 
 "Hmmm lembut pipi kakak. Mesti sebab Nutox kannn" "Biasa laaaa Baba"




 Ha amik jangan tak amikkkk


 "Pantas skett makan tuuuuu"



Kau kalau dah dasar kuat makan. Waktu kawin pun ko hentam gak kan.. Sampai kakak sedara aku bg signal swuh stop makan and minum. HAHAHAHA. Pengantin terlampau.



 My beautiful cake



 Parents yang banyak membantu :')



 
 Kawan sekolah Menengah



 
Kawan-kawan UIA



Mana tah gambar eksyens.... hmmmmmm....



Penyatuan dua keluarga



 Keluarga besar Wan



 Family saya. Aish omok omok..


 Masa ni ada tembuan... Ya ALLAH....



 RS & AJ



 Verangan la ko kan Amni. Acah2 shoot dekat obersea siap kincir angin bagai padahal ketiak lecak tak hengat... 


RECEPTION LELAKI - 12/5/2014



Majlis belah lelaki berlangsung seminggu lepas majlis belah aku. Lepas kawen tuari, Wan terus bawak aku balik Ampang. YA ALLAH... masa ni memang sedih yang amat. Aku menangis dari klang ke ampang. Teruk kan? Anak mak biasa lah.... HAHAHA.. 



Untuk majlis belah Wan ni yang buat aku terharu ialah Wan buat sendiri pelamin dia. Memang dia cuti seminggu untuk buat pelamin tu dengan bantuan kawan-kawan dia. Terharu mak noksss!



 Abang Hafiz (abg Wan no 2 pandai menari) ewahhhhh



Family saya... kemain aku peluk mama and yaya masa ni.. rindu sangattttt



 hmmm botaknya.... (telan air liur)



 Family Wan... :)



 Outdoor kat tasik


 Kesayangan sangat!



Nenek nenek


Banyak nau gambar kalau nak share. Malas aku nak kecikkan. hehehe. The best part about this wedding ialah semua orang happy. Bila tengok video kawin rasa mcm bahagia sangat bahahha over ekkkkk... Tapi... memang lah saya sangat sayangkan Rithuan... hihi meowwwww. Bak kata dia, dia je boleh buat aku stress dan bengang. Memang pun... buat aku moody tapi dia jugak penyejuk nya..(novel kan ayat)






Nanti video nikah dah siap aku update je entry ni.



Terima Kasih tidak terhingga pada semua family especially parents saya, adik beradik dan makcik yang melayan kerenah aku. Thanks to my family in laws, pengapit saya yang tabah shok shek, make up artist saya Suraya Anuar yang tak jemu make up kan aku. HAHAHAHA. Tak lupa jugak kawan2 yang hadir, kawan2 Wan, photographer and videographer yang paling penting aku tak dapat makan satay!!!!


Kbai.

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...