SALAM!!!!!
Mesti korang tertanya-tanya siapa Kak Engku dekat tajuk tu kan?? Ni bukan Kak Engku yang Raja Azura tu okay. Kan I dah bilang tiada pasal artis disini.. melainkan artis tu kawan saya seperti Misha Omar pelajar setia aku cara2 nak pakai shawl. HAHAHA... Actually Kak Engku ni Ketua Jururawat and Bidan :) Apakejadah nya aku bercerita pasal bidan ni?? HAHAHA.
Cerita dia macam ni..... ada beberapa minggu lepas, aku punya ari-ari sangat sakit entah kenapa tatau. Pinggang aku pun sakit. Dari hari ke sehari. Memang azab gila sampai duduk memang memanjang kena letak bantal kat belakang. Baru rasa ok sikit. Aku pun apalagi, sebagai seorang yang cepat mengelabah... mcm mcm ada dalam fikiran aku. Sampai Wan kata takyah lah fikir jauh sangat.... takde apa tu... Tapi biasa lah aku memang dilahirkan berfikirkan panjang HAHHAHAHAHHA
Sampai satu tahap aku fikir peranakan aku jatuh..
TOOMUCHIKNOW (-_____-)
Then kat semua orang aku tanya, esp yang dah kawin lah kot2 rasa benda yang sama. And derang kata tu tanda2 pregnant. Are you guys foreal??? I just had my period two days ago...... krikk krikkk. Sampai aku nak pergi berurut lah gamaknya.... Then aku tanya Mama, being Mama, dia cam mak moden sikit... "Eeee nak buat apa berurut.. pergi doktor pakar, scan... kau ni belum bersalin lagi manada peranakan jatuh" OKFINE.
Tapi biasalah aku ni tak puas hati lagi, maka aku google lah.. sekali aku jumpa Kak Engku punya blog. Aku rasa mcm dapat harapan baru... HAHHAHA Over ekk.. Aku pun beranikan diri whatsapp dia. Memula ingat dia tak balas, sekali rajin dia melayan aku... Nak nangis masa tu sebab macam2 aku tanya dia, and dia jwb tu mmg betul jeeeeeeeeeeeeeeeeee...
**********************************************************
Kak Engku : Akk rasa bukan peranakan jatuh... Hmmmm Amni pergi clinic, minta doktor test untuk kencing kotor...
Aku : Eh tapi saya baru baik dr kencing kotor last week (I HATE YOU PUBLIC TOILETS)
Kak Engku : Haaaaaaaaaaaaaaaa akk rasa bakteria tu belum mati sepenuhnya.
Aku : Oooooo ekkk kwaja punya bakteria...
**********************************************************
Maka esoknya aku cuti... Pergi lah aku kat klinik pakar wanita... Check2 semua...
Aku : Saya punya ari2 dengan pinggang ni sakit sangat doktor...
Doktor : Ok meh kita scan tengok apa ada kat dalam...
Doktor pun scan... tekan2 perut aku.....
Doktor : Ok je perut awak ni, takde apa... peranakan pun elok je terletak... takde tanda2 pelik.. semua okay...
Aku : Betul ke peranakan tak jatuh???
Doktor : Taklahh awak ni merepek je.. *tertawa kecil*
Aku : Kalau nak test kencing kotor boleh?
Doktor : Boleh.....
Selepas beberapa minit.............
Doktor : Kencing pun ok ni... normal..
Aku : Hmmmmmm pelik..
Doktor : Banyakkan berehat.. Saya tak bagi apa apa ubat ya, sebab sihat je awak ni...
HAHAHHAHAHAHA choyyy!
*************************************************************
Balik tu aku bgtahu Kak Engku, dia pun suruh aku berehat... Sekarang dah tak sakit pun.. Ok dah... HAHHAHAHAHA...
So sesiapa ada masalah kesihatan esp pasal penyakit perempuan (aku ckp penyakit perempuan contoh mcm keputihan ke kan.. lelaki kan takde keputihan...) Dekat blog tu boleh dapat numb phone dia. And korang boleh direct whatsapp dia je :)
Thank you Kak Engku menghilangkan gelisah di hatiku. Auwww!
Kbai.
No comments:
Post a Comment