Showing posts with label Kerja Lala. Show all posts
Showing posts with label Kerja Lala. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

World Cup 2014


SALAM!!!




HAHHAHAHAHA ni gambar zaman batu giler... Masa world cup tahun ni. Eh tahun ni ke?? Aku pun lupa... So office ada suruh pakai jersey bola... Di sebabkan aku takde maka nya aku rembat jek Wan punya... nasib muat.. HAHAHHAA...



Ni jersey apatah aku pun lupa... tp oklah buat mcmni kan... ada aktiviti lah jugak...
















Thank you eksyenzzz!!! Siapa eh menang World Cup? BAHHAHAHA. FAIL! kbai.

Friday, November 14, 2014

Maggie Goreng Apa Apa jelah




SALAM!!!



Tajuk tah pape ekk. Carrot jekk.. ni sebenarnya masa aku WFH hari tu.. Wan pesan, lunch nnt makan lah kat luar... Tapi dah bila waktu lunch tu YA ALLAH malas giler nak keluar. Paham2 jela kan nak kena tukar baju, pakai tudung, tu semua kene ada semangat dan usaha yang jitu hokay! Akak tak mampu. So masak jelah...............



Seperti yang sedia maklum, aku mmg jarang masak, tp setakat nak goreng2 cmni tahu lah kan... So selongkar jela apa yang ada kat dapur tu... Maka terjadilah makanan ini. 



Nama resipi : Maggie goreng apa apa jelah


Bahan bahan


Maggie ofkos tak kira perasa apa
Bawang merah
Garam
Cili padi ikut tahap kepedasan
Telur
Mixed Vege


Cara masak (bajet mcm susah sgt jek kan)



1. Panaskan kuali (sorry takde gambar... halahh panaskan kuali pun nak gambar kerr)




2. Masukkan bawang dan cili padi goreng sehingga bau naik (giteww) Masukkan garam...




3. Masukkan mixed vege. godek2..




4. Dah letih godek, masukkan megi yang dh direbus dan di siram air panas sebyk 3 kali.. Konon nk buang benda tak elok laaaa KONON.




5. Masukkan perencah megi.. Ni perencah Korean apatah... Lupa..




6. Pastu kacau ler... bg sebati...



7. Pecahkan telur dan biarkan sekejap...... Walaupun alergik telur ada aku kesah.. Malam tu bibir aku bengkak.. nasib alergik telur ni je.. kalau telur lain... i nangis (T.T)



8. Agak2 telur dah mengeras... kacau lg... sampai tahap kegaringan yang anda mahu...




9. Taburkan sayuran yg di sertakan dlm peket magi. Walahhhhhhhhhhhhh.




10. Siap!!!





11. Makan sambil tgk movie... sebelah tu chat dgn bos. Pekerja contoh sangat.




Aku rasa ni basic punya magie goreng kan.... HAHAHHAA. Okla tu janji rock! eh salah janji dapat makan... Okbai... Selamat mencuba.. Poyo gila bajet masak lemak kerrrrrrrrrrrrrrr okbai eh tak habis2 ekkkk



Tuesday, November 4, 2014

IBM Manager's Choice Award



SALAM!!!



Tajuk entry mcm ala ala feeling Award besar2 lah kan... padahal.... takat IBM jekkkk... Tak kisah lah kaan... asalkan ada LOL. Aku sebenarnya tak expect pun nak dapat sbb mcm krik krikk gila ;



1) Aku baru join team tu tak sampai 6 bulan
2) Manager yg bagi award tu adalah seorang manusia yang langsung 
 tak pernah ckp dgn aku. Cakap as in borak2 lah.
3) Manager kerek BAHHAHAHA




Mati lah kalau dia baca ni... tapi baguslah at least dia recognized kerja aku. Hehehe.. 








Kepada yang tak tahu aku kerja apa, selain dari blogging dan berniaga online. Aku kerja as an Analyst (Compensation and Benefits)  dekat IBM. IBM tu lokasi dia kat Cyberjaya. Mainly kerja aku handle gaji orang, medical benefits, pencen segala gala yang berkaitan dengan duit. 




Aku selalu ingat pesan Mama, kerja kena ikhlas dan jujur. Biar lah orang kipas kipas ke, kita tak payah buat mcmtu. Allah tahu apa kita buat. Bak kata Bekas Team Lead aku  "your works speak for itself"




Ini adalah salah satu penguat semangat aku nak kerja lagi best dan rajin. InsyaALLAH... Thank you Mama and baba...Ini untuk kamu berdua... Harap saya dpt bangga kan kamu... Thank you b kerana selalu temankan I... Thank you Eksyens selalu dengar aku mencarrot carrot.... Family and friends... also to my Team Lead.. my team and last but not least my manager he he he... kbai..


Tuesday, September 23, 2014

IBM Raya Celebration Featuring Paisley Grandeur



SALAM!!



Kemain aku, raya dah berzaman habis, dah nak raya haji pun tapi entry baru nak update. Takpe asalkan nampak usaha tu HAHAHHA.


Sebelum raya hari tu, ada sorang staff ni approach aku, dia offer nak tak jual barang paisley masa raya celebration. Being me, of kos lah I nak.. yelah sebab kitaorang team paisley ni dah biasa dah jual2 mcmni. Makanya, bertungkus-lumuslah aku menyiapkan barang-barang nak berniaga sebab aku sorang je kan.. selalu kitaorg bertiga atau berdua. Tapi ok je..


Seronok dapat kenalkan bisnes dekat office. Alhamdulillah sambutan menggalakkan. 



 Supporter tegar HAHA



 Ramai orang kata mcm Datin BAHHAHA. Carrot sangat okk



 Bak kata Nana macam orang berniaga pasar malam... layankan..



 Eksyens... oh yg tak bertudung tu adalah penampakkan.. HAHA.



Support orang kedai depan hehe


Malam sebelum Jamuan Raya tu, beriya aku dengan Wan tengok youtube sebab aku nak pakai tudung style turban HAHAHHAHA. Yang lawaknya Wan pun beriya gila membantu. Thank you sayang :)

 

Apapun... jangan lupa Sabtu and Ahad (27 & 28 Sept) ni datang dekat e@curve. Nanti exact tpt akan di update di Instagram. Banyak gilaaaaaaaaaaaaaaaa tudung, kimono cardigan dengan skirt.



Okbai.

Tuesday, November 26, 2013

Hijab Stylista Workshop at IBM / Bengkel Hijab Stylista di IBM



SALAM!!!!



HAHAHAHHA maaf lah cam bengong je translation nya. HAHAHHA. Sebenarnya aku pun cam terbangang gak bila dapat email di suruh jadi speaker untuk workshop ni. Alasan aku kena jadi speaker ialah sebab aku style. Soalan pertama menerjah benak aku STYLE KE AKU NI???? nak pi pitam jap memikirkan nya.



Aku rasa, aku ni pakai baju asal boleh je. Selalu nya memang aku akan pakai dress sbb aku malu nak pakai jeans, bumper besar lah katakan. So dress lagi sopan pada pandangan aku. Bab tudung plak, memang aku beli rm 5 punya kat pasar malam. Kalau tudung corak2, aku akan beli dari bisnes aku sendiri, PAISLEY GRANDEUR. So, nak kata aku style? Memang tak, kuat minum kopi yela. Ekekeke.


Style pakai tudung plak, dr zaman belajar sama je. Sbb aku malas nak ikut peredaran masa. Aku kan hidup dlm dunia aku sendiri (poyo) Masa aku belajar, aku pakai tudung style yang paling mudah dan meminimumkan jarum, brooch atau segala mak nenek yang lain. So, style ke aku? Aku rasa tak. Tu nama nya pemalas. kekekkee.


Di sebabkan aku dah di suruhkan, so aku layan kan jelah. Organizer kata workshop tu dalam masa 1 jam. Antara style2 yang aku share ialah :


The Siti Sytle
The Hana Tajima Style
The Arab Style
The loose style
The Shawl Turns Bawal Style
The Irma Hasmie Style
The Turban Style
The Twist Style
The Basic Style



Workshop ni terhad seats dia, dalam 15 camtu je. Sebab yelah antara2 kawan2 opis jek. HHAHAHA. Tapi oklah, at least membantu. Tak rasa macam workshop sangat pun sbb tak formal langsung. Kalau dah speaker nya aku, memang sah2 tak formal. hihihi.


Gambar-gambar yang aku terima dari urusetia 


Chinese girl ni interested nak try pakai tudung. Pastu mengelupur panas. HAHA. Comel.









Kak Neeza share tips


 Meh sini meh pakai shawl mehh...


Style Siti katanya.


Sampai bawak cermin kau. Curlass.


Mulut toksah nak joyah sgt Amni.



Turban Style



Apapun bagi aku, cari style yang kita selesa. Its okay to just stick with one style. Yang penting keselesaan kita. Kalau ko selesa pakai selendang 18 lapis, go ahead. Orang lain2 kan? :)


Ok bai.


Sunday, July 29, 2012

IBM Star of HR IST


SALAM!!!


Pada hari.. hari apa eh aku pun lupa. heh. 25th July 2012. IBM Cyberjaya ada buat IBM Star of HR IST. Kira ni department aku lah. Orang2 HR. So aku pun cam fikir, ni mesti award mcm hrtu lah ni. So cam tak pedulik pun. HAHAHAHA. Tapi sejak last month department aku ada buat dance dance dekat office.

Tujuan dia ialah nak bg orang tak ngantok bila kerja. Heh. So kiranya masa award tu nak buat persembahan lah. So aku dipilih untuk menari lagu Lets Get Loud. Join Manager2. Aku je org tidak berpangkat. Mungkin kah aku akan menjadi manager juga? Aminnnnn =)


Tema hari tu merah hitam. Nasib baik aku ada baju merah. Hihi. And terfikir nak pakai apa warna hitam plak. kalau setakat baju merah tudung hitam LAME gila. Maka aku selongkar gobok baju aku. Sekali perasan ada vest yg aku beli beberapa tahun lepas tapi entah kenapa aku tak pakai pakai lagi. VASSSSSSSSSSSS... terus aku sambar. Alhamdulillah..... MUAT!



Maka terhasil lah gaya tak seberapa ni. heh.


So bila dah menari2 semua tu, adalah penyampaian hadiah. Best worker lah pebenda ntah. Sekali sesuatu yang tak di jangka berlaku. JENG JENG JENG....

Aku adalah salah sorang yang dapat Anugerah. Alhamdulillah :')



Syukur kepada ALLAH. Rezeki bulan ramadhan. Terima kasih tak terhingga kepada keluarga bahagia saya, esp my mama, baba dan atok. Sebab selalu dengar aku merepek mengadu pasal kerja bila dinner. HAHAHHAHA. Terima kasih juga kepada abang, kak ipar dan adik saya yang hot meletop. hekhek.


Terima kasih kepada HJ yg selalu juga dengar aku merungut pasal kerja. Membebel bebel pastu emo lepas kat dia. Kesian. HAHAHA. Kepada kawan baik saya, Siti Esah juga. XOXO.


Terima kasih kepada tenaga pengajar saya. Senior2 yang tak pernah merungut mengajar. Sangat terharu :')  Kepada my Manager yang bagi peluang untuk terima penghargaan ini. Kepada Team members yang support. Thanks ALOT.


Akhir sekali  pasti lah kepada my eksyenssss.Yang selalu hiburkan hati saya. Juga kawan kawan Twitter yg selalu gak aku rasa dengar aku membebel pasal kerja  :P


Bila ingat balik patutlah sehari sebelum tu, Manager aku tanya, "AJ kenapa dekat BluePages gambar you takde?" Bluepages ni mcm database utk semua pekerja IBM, ada details semua. Gambar aku takde sbb hari tu konon aku nk tukar gambar lain sbb boring alih alih takleh upload. CIS! Pastu aku jwb," Ok, nnt saya upload" . Rupanya sebab nak amik gambar letak kat slide masa aku tengah amik hadiah. Pastu time aku amik hadiah, nama aku takde gambar (-___-). Pastu ada sorang akk ni pesan, "Esok AJ pakai baju cantik cantik ya". Aku ingatkan sebab aku nak menari. Rupanya....... sebab nak amik hadiah. Hikhik.


THANK YOU ALL.


Kbye. Nak gi beli Starbucks untuk buka puasa. hehe.



Thursday, October 13, 2011

OMG BUSYNYA

SALAM!!


Haruslah aku men-CAPS LOCK kan tajuk sebab aku mmg busy betul. makcik jual nasi lemak pun tak busy cmni.. hoh hoh.


Banyak benda nak update tapi nntlah semua nya dalam otak, masa sangat mencemburui kita. Eh tak, cemburu kat aku je. sbb tu aku sorang je busy.


Ok dah bye. nak sambung kerja. Pui laaaaa keje melambak. (-________-)


tak sabar nak update pasal ni


Saturday, August 27, 2011

Akhirnya....


SALAM!


Alhamdulillah.. Syukur. Berterima kasih yang tak terhingga pada ALLAH S.W.T kerana bg rezeki ini. Terima kasih pada mama and baba yang tak pernah putus2 berdoa. Family2 yg bg support. HJ yang selalu ada dan kawan2 semua.


Akhirnya, aku dah dapat kerja! :))


will start on 15 september 2011. sekarang tgh fikir cemana nak kawal emosi nak tinggalkan anak2 kesayangan. bila dpt call tu, gembira smp menangis. Tapi bila terkenang anak2, sedih, sayu, dan hiba. Siapa yang derang nk peluk nnt? Siapa yang derang nk manja2 nnt? Siapa yang derang nk bergila-gila. Aku rajin layan derang. Sumpah sedih.


Kalau dah sayang, memang susah....


Tabahkan hati.. Apapaun dengar cakap parents tu mmg berbaloi.


Last but not least, ARE YOU AN IBMer?


Tuesday, August 23, 2011

Kerja jangan kau pergi....



SALAM!



Bila cakap pasal cari kerja ni, mmg boleh mendatangkan ke-EMO-an. kalah emo masa period okei. Mmg boleh tension sampai tahap nak menangis. YA, saya tak tipu. Aku rasa aku dah pergi banyak gila interview. banyak yang dapat, tapi....



Bila dapat tu mcm2 halangan dia. Mmg halangan yg takleh di bantah. Sebab mungkin aku belajar dari kesilapan. Masa baru2 grad, aku dapat banyak tawaran kerja. And dalam banyak2 tu aku terima satu kerja. Kat pj. jadi sales and marketing exec, international company. sekali......... kena tipu. sbb mmg dr mula mama cam tak suka. Mama suruh jadi cikgu. Tapi dgn kereknya aku kata, " taknaklah.... tak glamer" HAAAAA amik kau! Mmg laknat. Aku keje seminggu je kat PJ tu. Sadis..



Lepas resign dr company tu, aku mmg ikut gila okei cakap parents aku. banyak gila tawaran kerja. and agak banyak dr company2 besar(ni bkn nk berlagak) cuma nk tekan kan betapa aku takut, tamau perkara lama berulang, so pape pun aku akan tanya parents aku, ok tak keje ni. kalau salah sorang kata TAK. mmg aku reject.



Memang nak cari kerja yang mendapat restu parents. amik BERKAT.



Tapi.. sebab dengar cakap parents alhamdulillah, interview tak berhenti masuk. walaupun ada yang tak lepas, ada yang dapat. tapi setakat ni belum ada kerja yang berkenan di hati parents aku selain kerja sekarang ialah seorang guru. eceh... tapi aku tak nafikan mmg tension takde kerja yang sama taraf dengan kelulusan. kan kan..



Ada kerja, belum start kerja, bos dah gatal.. ada kerja, takleh solat, ada kerja, kena bukak tudung... ada kerja, gaji tak sepadan..ada kerja, kena cakap jepun pulak... alahai... sabar yolah..



Bak kata mak aku, Percaya pada rezeki ALLAH. rezeki orang tak sama. Mungkin rezeki aku lambat sikit. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita kan. So, serius tak sabar, apa agaknya kerja aku nanti? Best nya kalau dapat jadi cikgu.(dulu kerek, sekarang dah kemaruk nk jd cikgu) mcm harammmmmm



Nasibaik lah aku ada parents yang takde hal nak support aku. Ada adik beradik yang memahami walaupun selalu men-hanjeng aku HAHA, ada cinta hati ecah yang sentiasa bagi semangat, and ada caramel yang sentiasa pinjamkan telinga dgr aku membebel-bebel pasal kerja, and obviously kawan-kawan yang sentiasa support aku. Tak terhingga terima kasih saya, I terharu you :')




Dan anak murid yang sentiasa bg komen ikhlas bila bersiap nak gi interview. AHHAHA. sayang korang sangat2. nnt baca blog teacher bila korang dah besar ya. Jangan korang men-hanjeng teacher muruk dahlah ye. ngeh ngeh. teacher sayang korang. kuat jodoh dengan korang ni tauuu. nk melekat dengan korang je.




interview paling latest. siap pakai blazer. dahlah panas. ketiakberpeluhokei. HUH.




Apa sebenarnya tujuan aku post ni. Sebab aku tension aku takde kerja tetap.. AHHAHAHAHHA kbye.

Sunday, June 12, 2011

My sweetheart #2

semakin hari semakin sayang. mmg sayang sgt dah. dah mcm anak sendiri. betul apa mak aku kata, org marah sbb sayang. apa je yang anak murid aku buat yang tak elok, mesti aku marah. sbb aku sayang. aku nak derang jadi manusia.


bg mkn aku bg, basuh berak, aku basuhkan, tidur, aku tidurkan. ajar, aku ajarkan. main, aku teman. mana tak sayang.


esok start sem baru. buku baru. benda baru. yihaaaaaaaaaaaaaaa!


my new class. 10 orang je tinggal. hehe. oh thong shen tak dtg pulok.

Monday, May 16, 2011

Hari guru!

16 Mei 2011 ialah hari guru. Sebelum-sebelum ni aku yang meraikan cikgu-cikgu aku. tapi hari ni aku yang dirai. :')


mungkin aku hanya cikgu tadika, tapi still lah cikgu gak.. cikgu tadika ke, cikgu tuisyen ke cikgu biasa ke lecturer ke.. asalkan dia mengajar, mendidik. dia lah cikgu. setuju?


kalau tengok dalam family aku mmg banyak yang jadi cikgu. baba seorang lecturer. cikgu lah tu.. mama guru besar which is cikgu lah gak kan.. makcik aku ramai gak cikgu.. pakcik aku..cikgu gak..kak sedara aku..nenek sedara..banyak lah pendidik dalam family aku..and 2 bulan lepas aku pulak join the group jadi cikgu.


jadi cikgu ni memang best. penat tu mmglah. cikgu tadika penat dia lain, cikgu sekolah menengah penat nya lain. kalau mcm aku penat nak layan kerenah budak2 lah. kalau dah nama pun budak2, mcm2 kerenah. mmg kadang-kadang rasa cam arghhhhh. tapi bila time aku arghhhhh tu, diaorg akan senyum, gelak2 then kata "i'm sorry teacher" mmg terus tak jadi marah.


lagi satu kepuasan nya jadi cikgu bagi aku ialah bila apa yang kau ajar, anak murid kau faham and ingat. ni mmg puas gila. sebab cam usaha kau berbayar. terharu gak kadang-kadang. tapi taklah sampai nangis. heh. and lagi satu budak2 ni diaorg ikhlas. mmg takde tipu punya. kalau dia tamau dgn kau, mmg dia tamau lah. tapi bila dia dah sayang dgn kau, mmg nak berkepit je. alhamdulillah, aku yang tak suka budak ni pun boleh berubah. and alhamdulillah, budak2 suka aku. hehe.


maka hari guru di tadika aku disambut biasa2 je. mereka bg aku air, kek dan banyak2 ciuman. penyek pipi aku. tapi bahagia :') and lepas tu kami ada swimming. seronok betul budak2 swimming cam dah 100 tahun tak mandi. WAKAKKAA.


dalam kelas.


seronok gila tgk diaorg mandi.


woohooooo!


sampai muka2 aku pun basah layan diaorg punya pasal.


akhir sekali, video dari zi shin, budak ni mmg keletah gila. umur baru 2 tahun. tapi sebut mmg jelas. and dia sangat rapat dgn aku. asyik nk dukung, nk cium. kalau tak layan dia merajuk. HAHAHA.







akhir kata, selamat hari guru buat semua guru2 di dunia. especially to me. WAKAKAKA.

Friday, April 1, 2011

Aku seorang guru. oklah cikgu tadika







Aku seorang cikgu tadika di taska junior pintar!!!!! sungguh aku tak percaya benda ni. malah sudah mula menyukai kerja ini. hmmm pelik? itu lah hakikatnya.


sejujurnya, aku memang TAK SUKA budak. aku rasa diaorang ni cam serabut kadang kadang. dahlah mengada. bising pulak tu. memang aku buat tak layan jela dengan budak kecuali kalau terpaksa. HAHAHA. and aku sangat suka BULI diaorg.


antara kes-kes buli yang aku lakukan adalah ke atas anak sedara aku sendiri. berlari kesana kemari. serabot gila. pastu sampai tumpah2 kan air. mmg aku pantang ah orang menyusahkan orang lain sebab aku yang kena lap masa tu. ahahha. pastu aku panggil sorang2.


aku : meh sini meh makan kerepek ni, sedap ni perisa strawberry
anak sedara : nak nak. sedapnya strawberry
aku : ha makan makan.
anak sedara : (amik banyak gila)
aku : (tersenyum)


tak sampai 10 saat, muka berubah sorang2. pastu nangis. HAHAHHAHAHAH. sebenarnya yang aku bagi tu kerepek pedas. sekarang boleh bayangkan betapa jahatnya aku terhadap kanak-kanak???


tapi baru-baru ni. hmmm taklah baru sangat. hj dapat anak sedara. and dia sangat rajin jaga anak sedara dia. aku pun rajin gak tengok. pastu terfikir, kalau lelaki boleh jaga budak sikit punya baik, takkan aku takleh. AHAHAAHHA. (ni berangan je ni KOT) lalu terbukak hati SIKIT nak suka budak.


tetiba dapat jadi class teacher of T4. kelas T4 ni kelas budak umur 3 tahun. murid-murid aku semua chinese. cuma ada satu je indian. semua comel comel tahap ayamas. terus jatuh sayang dekat diaorg. SUMPAH! lembut je hati aku tengok diaorg.


aku kena megajar english, matematik, sains, art, bm, music, smart me, and singing. tapi antara banyak2 subjek ni yang aku paling suka adalah SMART ME. SMART ME ni cam belajar kemahiran hidup. cara2 nak isi air dalam botol. cara pakai baju. hembus hingus. ikat tali kasut. cute kan? hehe.


first day kerja best! entah kenapa budak2 ni suka aku. cium2 peluk2 aku. alahaiiii lembut hati. tapi mmg adalah budak paling nakal. budak pandai. budak slow. ahhaha. normal lah tu. waktu mandi kan diaorg paling best. sebab semua bogel. AHHAHAHA. dah cam toyol dah. sekarang rasa tak sabar nak gi sekolah hari isnin. YIHAAAAA!!


alhamdulillah, aku dah suka budak sikit. slow slow lah. :)


hari pertama yang indah :)

Monday, February 14, 2011

Part time (1)

*credit to kamarul for the pic*


"kek lapis bang, rasa dulu bang. ada banyak perasa. ha, yang ni coklat, cheese, nescafe, masam manis bla bla" kalau la aku boleh record dialog ni alangkah bagusnya. dah cam robot pun ada. hahaha. tabah jelah. (knp bang je? npk sgt gatal. hahaha)

last week hari jumaat and sabtu aku kerja part time jual kek lapis. syarikat kepunyaan pakcik aku. dah selalu da aku jual ni. kali ni karnival wow, putrajaya. pukul 6 dah bangun bersiap sbb karnival start kul 7.30pg. aku kena drive gi umah pakcik aku. tak lah jauh sgt.


jerebu siot. ish.



di sbbkan orang tak ramai, so aku dgn tak malunya pgi berjoget ats pentas lalu berjaya dpt hamper! yihaaa :D


abg bliss yg cambest. aduhai semua perisa bliss ni aku dah rasa sepanjang keje 2 hr. ahhaha.


bila malam, ada belon panasss! besar gila. first time tgk. so batak dan jakun. nk naik tp duit takdak, tgk pun jadi laaaaa.

2nd day, ada layang2. (eh nampak ke?)

nampak tak? tak? pendek umur la tu. HAHAHA.

mlm perasmian. *sebelum*

*selepas*

dan, inilah benda2 yg aku dapat. ni tag kena pakai.


internet free peneman smp bet3 flat. oh hp aku blh skype!


akak khai ni lah kawan aku, g smayang sama, mkn sama, malah kencing bersama. dia jual kraftangan. sangat cantik. lagi2 yg boleh ukir nama kita. utk perkahwinan oklaa. jadahnya nk buat perhiasan ukir nama kau. gila LAME. (ok, blh amik no phne kalau berminat)


ni slh satu produk dia. dia bg aku.

dan gelang ini juga. thanks kak. moga jumpa lagi! :D


maka berakhirlah part time job minggu ni. penaaaatt gila okayy. tp best dpt kenal ramai orang :) ok, sapa nk beli kek lapis boleh contact aku. sekian.

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...