Showing posts with label Sahabat Handai. Show all posts
Showing posts with label Sahabat Handai. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

World Cup 2014


SALAM!!!




HAHHAHAHAHA ni gambar zaman batu giler... Masa world cup tahun ni. Eh tahun ni ke?? Aku pun lupa... So office ada suruh pakai jersey bola... Di sebabkan aku takde maka nya aku rembat jek Wan punya... nasib muat.. HAHAHHAA...



Ni jersey apatah aku pun lupa... tp oklah buat mcmni kan... ada aktiviti lah jugak...
















Thank you eksyenzzz!!! Siapa eh menang World Cup? BAHHAHAHA. FAIL! kbai.

Thursday, December 18, 2014

Percutian Bajet ke Johor Bahru



SALAM!!!!



Johor Bahru. Ni tempat kami pergi bulan lepas. Pergi ramai2 acah acah rombongan cik kiah. Tujuan utama nak pergi wedding Nasir and Kysha. Tapi biasalah melayu kan... sambil2 tu mesti nak jalan2 gak and antara kami pun banyak yang tak pernah pergi lagi JB ni... kekekeke.. aku pernah masa kecik2 dlu tapi haruslah dah tak ingat dah... Jangan nak bagus sgt ingatan ekkkkk



Perancangan nak p JB ni lama dah kami plan. Aku bertanggung jawab untuk cari rumah homestay... Yela kan.. nak duduk hotel ramai2 tu.. baik dok homestay lagi best.. Meriah sikit. hehe. So cari punya cari aku jumpa satu homestay yang sesuai dgn kami. Dekat Taman Perling. Ya Ampun best gila okayy homestay ni... 











Features and facilities:
- Fully furnished
- 5 bedrooms with air conds (6 queen beds + 4 single beds)
- 5 bathrooms with water heaters
- Living hall: Sofa set with TV
- Kitchen: Gas stove and fridge
- Dining room: Cooking utilities, dining sets and dining table
- Parking for 5 cars



Memang heaven gila. Since kami pergi 4 pasangan. 3 dah kahwin.. So 3 ni bilik sorang satu, and yang belum kawin duduk bilik sorang satu gak.. Untung kan???? Bilik memang best.. Setiap bilik katil ada dua ekk.. Tapi still lah aku tidur satu katil mana boleh tak tidur peluk2 kannn BAHHAHAHA.. Harga satu malam, RM 440. Kami duduk dua malam. 



RM 880/8 = RM 110 sorang.. murah kan?? da la selesa gilerrrr. Boleh contact Mr Mavis (+6014-6115050)



Ok, sambung cerita balik...Kami bertolak hari Sabtu pagi... Wedding tu Sabtu malam.. So oklah kan.. sedang elok je.. Aku car pool dengan fiqa and Paan.. Amik derang kat umah then terus shot JB... Perjalanan dalam 3 jam je.. pukul 2 mcmtu kami dah sampai JB... Ke sebab aku naik Ferrari? hmmmmm.. Sampai2 tu kami rehat dulu sementara tunggu nak pergi wedding malam nya... Dalam pukul 8 mcmtu, kami p wedding dekat Maktab Sultan Abu Bakar...






Habis wedding, ingatkan nak pergi Danga Bay nak main basikal, sekali rupanya dah tutup (-____-) krikk krikk sangat okkkk kami siap dah tukar baju. PUI. Dah tak jadi pi tu kami pun p Pasar Karat kat Bandar JB... Shopping2 sikit lepas tu lepak lak kat Singgah selalu.. Makan lg ekk.. tp Tako tao dia tak sedapppppppppppppppp. Lps tu balik rumah dan tidurrrrrr...



Esoknya, kami pergi breakfast kat Larkin... Ada food court kat situ, derang ni lah sibuk pasal Kacang Pool.. aku pun nak try gak.. Order lah satu, masa suapan pertama tu dok kunyah2, sekali terasa mcm daging. DEM! Rasa nak muntah............... terus Wan yang makan Kacang Pool tu, aku just makan laksa johor je. Aiyoooooo ..



 ko pehal juling Amni





Lepas breakfast kat Larkin, kami pergi Istana Bukit Serene. Yang Istana lama, saje lah nak amik gambar, kata pelancong kannnnnn... Panas nak mamps masa ni. Redha jelaaaaa....







 



 Lepas dah jadi beruk kt depan Istana tu... kami pun pergi tempat lain pulak... Next destination, Kota Iskandar... Ada dalam 20mins je kot dari Bandar JB ni.. tak jauh pun.. Sampai je Kota Iskandar memang kagum gila dengan building2 dia. Kemas dan cantik hehe.. So nampak satu shopping mall ni nama Little Red Cube. Dekat situ jugaklah Puteri Harbour. Pada aku lah konsep dia sama je mcm Straits Quay Marina yang kat Penang tu... sape pernah pergi tau lah kan... cuma Little Red ni shopping mall dia best sikit kkekekee.



Dekat sini jugak ada Hello Kitty Town, tapi di sebabkan kami ni bajet plus dah matang, so malas la masuk (pdhal takde duit) HAHAHHAHA.. Amik jela gambar kat sini... Eksyenz dekat Hello Kitty Town. Kat sini banyak gak kedai belum bukak lagi... Tempat ni pun nampak baru lagi...

 
 



 
 Gambar gedik harus lah ada. hehehe



Kitaorg byk guna monopod je. Senang..



Lepas tu lepak kat Puteri Harbour, sedap gak cam berangin kat situ..











Dah penat berehat, perut pun lapar.... so pergi lah Lat's Place Restaurant... Aku minum starbucks and makan kek. Lepas tu Wan order rojak, cucur semua. Yang lain makan kot, tak ingat. Kami kenyang lg masa ni. Cantik restoran ni, mcm something new lah.. Tapi frust sebab takde fridge magnet Lat. kekekkeke



 



Lepas dah makan minum, kami pun masuk kat tempat souvenir ni. Mak enon mahal nak mampussss... Aku beli satu fridge magnet Hello Kitty Town je utk Mama.. Barang lain mcm overpriced... Fridge Magnet pun RM 10 (-___-)



 



 Otw nak balik rumah tu, kami singgah lah Kota Iskandar ni... Masa ni dah gelap dah, mcm nak hujan pun ada. Cecepat ambil gambar.. Tempat ni mcm acah acah tempat Thor berlakon masa scene dia nak kalahkan org jahat part last sekali. HAHAHHAHA Over ekkk..






 Bateri sampai habis ekkk.. HAHAHA.. Ko dah kenapa fiqa...



Balik tu, kami makan goreng pisang kopok lekor semua... Then lepas maghrib aku hantar Fiqa ke airport Senai... dia nak balik dulu.... After Isyak, aku keluar cr makan dengan Dayah and Ridza since Nana demam...



Singgah jap JOHO. Beli ole ole.. Chewahhhh... Da la masa aku masuk2 kedai ni je ada satu budak ni terus dtg mintak dukung. HAHAHHA Adoi lawak tol budak ni nasib comel. Lepas tu dayah bawak kami makan dekat Banafe. Sedap ok! Tapi suara live band sumbang HAHHAA.






 Org yang tak shisha yang high ekkk




Pergi lagi Pasar Karat HAHHAA tak habis2 ekk



Malam tu balik kul 12 lebih gak, lepas tu tidurrrrrrrrrr.. Esoknya bangun siap2 nak check out... Kesimpulan nya pergi ramai ramai memang best... Aku suka JB sebab jalan dia takde berlubang langsung.. Kalau kat KL... hmmmmmmmmmmmmmmm



Kbai....

Wednesday, October 8, 2014

Apa Apa aje



SALAM!!!



Sejak kawin ni, jadual aku penuh semacam. Yelah sebab dlu ikut jadual aku je, skrg dah campur dengan jadual Wan.. YA AMPUN... fenin kadang2 nak masukkan plan2. And kebiasaanya, kitaorg memang utamakan family dulu. Memang takde sangat lah masa kami berdua-duaan kecuali dlm bilik HOHOHorlicks...




Lepak dengan kawan2 hari kerja.



Last 2 weeks, kami berniaga dekat The Curve, sambutan hari Sabtu okay. Hari Ahad kurang sikit. Orang berehat kat rumah KOT. hahha..



 Menjahit di tepi longkang.. Paisley mmg handmade.. 
Keje aku jaga QC and jahit menjahit.. Biasa lah aku kan pandai buat kerja2 perempuan ni PUIH...



 
 Suami yang selalu membantu..



 Petang tu Wan bawak anak sedara dia, maka upah lah ni.. Happy dia. hehe.


 
 Menumpang lepak tak memasal.. HAHAHHA..



Esok nya patut berniaga lagi, tapi aku p wedding dulu.. Anak makcik aku dekat Bukit Jelutong. Masa tengah wedding tu, Wan dapat berita pakcik dia meninggal... Maka kami pun berlari ke Shah Alam.. Sampai malam kul 11.... terus p Selayang celebrate birthday anak sedara Wan..Sampai kul 1 pagi... Ha kau pack takkkk mcm nak tercabut badan aku wiken hrtu..






 Wiken ni plak, kami dok umah je sbb penat.. Lagipun kan raya haji.. So kami cuma ulang alik Klang-Ampang jelah.. Makan mcm2 hehe...


Sampai umah Klang... Aish ada...



 Kesian budak comel ni duduk rumah je.. hehe.. 



 Maka kami bawak Aish jalan jalan..


HAHAHAHHAHA muka blur gila... Tapi yang paling best... Aku dah launch kedai online terbaru aku.  @theshophaven . 


Thank you Encik Wan sbg penyokong tegar saya. MUAH!!!


Thank you Family and friends.


Thank you En Hafiz sebagai rakan kongsi.. Payah ekk nak cari nama.. Ketandusan idea aku. Kedai ni kecik2 je dulu sebab modal pun kecil. HAHAH takpe belajar dari bawah =D








FOLLOW OK. Kbai.


Friday, December 13, 2013

AJ turns 26!


SALAM!!!



Dengan bangga nya saya telah pun berusia 26 tahun.... Walah.. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an.. Tapi still rasa aku muda lagi.. hehhee.. Tahun ni punya birthday memang best. One of the reason ialah sekarang saya ada Rithuan, yang juga merupakan tunang saya. mihmih.


Aku celebrate birthday tahun ni awal sikit dengan family sebab nak tunggu Nana balik dari penang. Kang emo pulak dia kalau dia takde. HAHA. Mama buat steamboat, BBQ, nasi goreng and etc. And my fav cake, red velvet from Jason! Sedap nak mampus! Thanks Mama masak sedap2.


FIRST CELEBRATION



Siap bertopi bagai... HAHA.



Kaki bergambor.



Dah naik gila dah...



Thanks datang sayang.




HAHA. ni masa kitaorg try camera ip5s nana. Ada yg Slo Mo tu. HHAHAHA. 



SECOND CELEBRATION



Sebab dah ada tunang, kena lah celebrate berdua. Hihi. Maka pergi lah kami ke Pavilion. Macam biasa, kalau keluar kena lah beli barang hantaran. Tu je tujuan sebenarnya. HAHA. Then pergi celebrate kat Renoma Cafe Gallery. Dia punya teatime set. Perghh siapa yang sweet tooth ok lah kot. Sebab memang manis nak mampus! Malam tu Ecah belanja makan tomyam. hehehe. Thanks Ecah...



Tukang angkat barang



Tgh touch up. SNAP!



Kekeke.



 My favourite guy :)



 THIRD CELEBRATION



 Third celebration adalah bersama kawan2. Hehe. Dekat Secret Recipe, Alamanda. Tapi Red Velvet dia kurang sedap. Krikkk krikkk.. Lps makan, tengok wayang cete Hunger Games. Thanks eksyenssss..



 
 Fiqa pun lahir bulan yang sama




 Eksyens yang celebrate dgn kami.




Hehehe.




 Esok tu fiqa bagi cake. Thanks fiqa :)



Last day bulan November, kitaorg pergi Kenduri Aimi. Balik tu singgah Pavilion. Sebab aku nak beli make up kat Sephora. And pergi makan TGI sebab aku dapat diskaun rm 30. So last celebration dengan Wan jugak. hehe. Kelaparan kitaorg (dasar kuat makan) Masa nak masuk TGI tu aku pegang starbucks. Lepas tu pekerja tu suruh tutup dengan tissue sebab nanti kena bayar. 






 Begitulah kisahnya birthday tahun ni. hehe. Terima kasih YA ALLAH kerana masih berikan aku kesempatan hidup. Terima kasih Mama dan Baba yang sentiasa sabar membesarkan Angah. Adik beradik yang baik2. Kawan2. Tahun ni rasa lain macam sikit, sebab tak lama lagi nak tukar status dah. Hehe. Terima Kasih semua kerana memberi kebahagiaan pada saya. Allah sahaja yang membalas jasa kalian.







Ni semua hadiah2 tahun ni. Suka!!! Thank you :D


Kbai.

Tuesday, May 21, 2013

Sengal #107


SALAM!!!


HAHAHAHAHAHHAHA boleh tak nak gelak dulu sebelum tulis. Sebab rasa cam bangang gila. HAHAHAHHAHAHHAHA.


Cerita nya macamni, aku memang suka makan nenas. Selalu kat rumah pun baba selalu beli. So bila kat office aku selalu gaklah makan, and biasanya si tukang beli ialah office mate aku, Naz.


 Nenas kedai ni sedap sbb cili dia pedas nak mati.




So tadi dia belikan aku nenas. Then aku nak gi bayar, so pergi lah workstation dia.


Aku : Nah, duit nenas. *hulur RM 20*
Naz : *korek2 purse nak bagi baki dan bglah aku baki rm 17*
Aku : Weyyy duit ni buruk, laku ke? *sambil tunjuk duit RM 5 yg telah di salotep* Tukarlah weyy.
Naz : *Korek Purse lagi*


Pastu aku nampak rm 10. Then :


Aku : Ha, bg lah RM 10 tu. Tukar2. Ko amik rm 5 ni. 


Pastu kitaorg 2 org cam terbangang.


Naz : Kenapa aku rasa aku mcm akan rugi kalau aku bg ko RM 10 ni, aku amik RM 5 aku?
Aku : Manada, betul lah. kita tukar. Sama je, ko nak bg aku RM 5 gak. *Aku yang sememangnya tak pandai Matematik*
Naz : Bengonglaaaaaaaaaaa kalau nak tukar duit RM 5 dengan RM 10, RM 5 tu kena ada dua keping. baru betul. 


HAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHA. Teruk kan?


Kbai. 


#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...