Showing posts with label Benda Patut Buat. Show all posts
Showing posts with label Benda Patut Buat. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Bust Firming Exercise : Senaman Menegangkan Payudara



SALAM!!!!



Sebelum memulakan entry ni please please dan please anggap entry ni sebagai pelajaran. Memang apa yang aku published dlm blog aku memang semua tujuan nya pendidikan. Orang kata ilmu kena sebarkan, baru kekal ilmu tu :)



So, ini lah entry kesinambungan dari yang lepas. Last entry aku cakap pasal Ovary treatment kan... so, untuk entry ni, aku akan cakap pasal Bust Firming. Jujur aku kata, senaman ni memang bagus tak kira lah kau anak dara ke kak dara ke mak dara ke ayam dara pun boleh kalau nak. Heh.





Tu botol kanan sekali. Harga MYR 375.



Senaman ni Jenny buat dekat aku masa aku datang spa tempoh hari. First time aku try rawatan ni, and hasilnya memang memuaskan.Walaupun masa memula cam geli2 hahahahahha tapi baguslah Jenny ni sbb dia profesional.



Masa buat treatment tu, Jenny guna minyak bust firming kat aku. Tapi bagi yang tak nak guna minyak pun okay aku rasa, coz minyak is so expensive ok! hahahaha. And bagi aku, bahagian payudara kita ni kan lemak sebenarnya, so bila kita rajin exercise and urut, dia boleh jadi muscle. So basically, urutan payudara ni ada 3 langkah. Sebelum mula, ada dua choice, korang boleh baring jika ada orang yang nak tolong urutkan (Bagi yang dah berkahwin, boleh mintak tolong suami) .. lagi satu, berdiri jika nak mudah (Aku prefer waktu mandi)



Langkah 1.




Urutan bermula dari tepi. Dari bahagian bawah ketiak, korang tolak semua lelemak tu ke depan guna tapak tangan... Jangan guna dua jari lak.. guna kedua-dua tapak tangan berganti ganti..buat dalam seminit..



 Langkah 2.





Cara yang sama, tapi tarik dari belah bawah. Kira macam naikkan keatas.. Aku faham kadang2 kita memang rasa rimas nak kena pakai bra je, bila tak pakai londeh plak boobies. Apapun takleh.. HAHAHHAHA.. so ini lah cara terbaik... Buat dalam seminit gak.




Langkah 3.





Buat urutan berganti2 untuk step 1 and 2. Kira macam korang buat serentak. Dari tepi dan dari bawah. Untuk langkah ketiga ni, korang urut, dan bentukkan dia bulat. Cemana eh nak explain..kira masa urut tu tapak tangan korang melengkung dan bg lelemak tu berkumpul kat satu tempat iaitu di tengah2 boobies.


Secara keseluruhan semua langkah.






Senang kan? Nak lagi bagus, ambil inesitif untuk bersenam angkat dumbbell (Tangan ke atas - untuk tegangkan dan ketepi untuk besarkan) Lagi masyukkk hasilnya. Bagi aku cara macam ni lagi selamat sebab natural. Tapi sebenarnya aku ni cheapskate, takde duit laa nak beli pil2 mak nenek semua tu.. pakai implant ke hahahha. So, kalau korang pun cheapskate cam aku tapi nak gak merasa, so kita kena lah cari jalan yang mudah untuk kita. Biar lambat asalkan selamat, eh salah, asalkan tak keluar duit. BAHAHHAHAHA. Kedekut nak mamps ek.



Ada haritu aku baca CLEO, ada satu cream ke minyak tah untuk bust firming ni, cap Palmers yang hat cocoa butter tu kalau tak silap aku. Tu murah sikit rm 60 tak silap. Kalau silap jangan marah sbb mana tah CLEO tu hilang dah dari pandangan mata aku hahahaha.



Ok, itu saja. Siapa nak suruh Jenny buat boleh contact dia. Number phone dekat entry sebelum ni. Satu je aku nak bgtahu, semua benda2 kesihatan ni, ko rajin ke tak je nak buat. Kan? So tanya lah diri anda. Kepada perempuan yang cam blur2, boleh jumpa aku, aku tunjuk cara nya secara live. Kita kongsi ilmu untuk kebaikkan kita. GIRL POWER!!!! hehe.



Kbai.


Tuesday, September 3, 2013

1 benda patut buat : OGOS



SALAM!!!



Oh! Lambat lagi keluar untuk Ogos. Memang tak istiqamah langsung.. hehe.. Takpe, benda kali ni boleh di buat di setiap bulan tanpa perlukan wang ringgit pun. So, apakah ia nya?



LEBIHKAN COMMON SENSE DALAM KEHIDUPAN ANDA



Sebenarnya dah banyak aku tengok sekarang ni orang kurang common sense. Tak tahu lah memang dari azali macam tu ke ataupun sengaja ke? Serius aku confuse. Yang aku paling tak boleh bla ialah ianya berlaku di kalangan orang yang aku kenal. I was like errr kau ni bangang ke? So, untuk membuatkan korang lebih faham, aku kena cerita skek lah kan...


Kepada yang dah kenal aku lama, mesti tahu dulu (7 years or 8 or 9 lupa dah) aku sangat gemuk. Paling tergemuk ialah 77kg. Masa tu aku memang sangat low self esteem. Dia punya tahap low self esteem tu ko tok sah cakap betapa low nya. Orang2 gemuk je faham.. tapi takde lah sampai tahap nak bunuh diri. Over sangat. Aku jd gemuk sebab ubat, aku ada asthma. So takpelah, dari mati tak boleh bernafas, baik gemuk idok? At least boleh makan ayam goreng lagi.



 haaaa lengan tu kalau goreng sedappp!!



 Pipi tuuu comel kan? =P



Dalam hidup menjadi orang gemuk ni, orang sekeliling ko memang sangat hanjeng. Mengata tak sesudah, memanjang nak menjatuhkan self esteem kau. Kita pun sedia maklum media cetak pun seolah2 mengatakan orang kurus je yang boleh di terima masyarakat. Seolah2 rupa fizikal ni memang penting gila laaaaa. Macam kalau ko gemuk, yeahhh!!! ko sangat loser. Nasib baik aku ada parents yang sangat concern pasal kesihatan. Selalu ingatkan pasal kesihatan. Thank you Mama and Baba.



Berbalik pada tajuk asal, kenapa sekarang orang kurang common sense? Macam tahap bangang gila. Contohnya banyak aku nampak kat Instagram or Facebook. Itu kat media sosial. Yang face to face lagi tahi gila. Perlu ke kau nak mengata orang? Aku rasa kau boleh faham kot kalau orang mengata kau, kau sedih. AS SIMPLE AS THAT. Bila sedih, boleh sampai tahap kacau kita mentally. Boleh relate dengan masalah psikologi semua, ada korang fikir tu??



Kau ingat orang gemuk ni tak tahu ke dia gemuk? Kau ingat dia tak boleh rasa bila peha dia berlaga? Bila peha melecet? Bila jalan sikit dah berpeluh... penat? Kau ingat derang tak tahu? Tak perlu kot nak buat public humiliation. Kau dapat apa? Kepuasan? Sebab kau rasa kau better? Macam tu? Henti kan lah... Sebab kau tak pernah rasa, so kau tak tahu rasa dia mcmana.






Aku rasa semua orang kat muka bumi ni aware and faham benda ni. Macam common sense gila lah. Tapi still nak buat gak. Kenapa tah? Sekali pun kau nak mengata orang gemuk ke buncit ke takyah buat depan dia ataupun cakap secara terang-terangan. Kau boleh tegur secara baik. Kau boleh guna words yang lebih baik. Benda ni sebenarnya simple gila.






Cuba bila kita jumpa someone tu, kau nampak dia dah berisi. Instead of cakap dia gemuk ke apa, say something nice. Puji baju dia lawa ke apa. Kau takkan tahu betapa kadangkala pujian yang kecil tu akan naikkan keyakinan diri seseorang tu. And aku rasa kalau kita positif pun, kita tak rugi apa. Buat apa nak sebarkan negativity?



Benda ni mudah, so tak perlu complicated kan. Semua orang baik, semua orang happy kan? Lepas ni kalau aku nampak depan mata aku memang aku sound direct je. Sebab aku tak suka. 



Ha, siapa nak tanya mcmana aku hilang lelemak tu.. Senang je.. Berat aku memang maintain je dah lebih 5 tahun. Takyah makan nasi, minum air banyak dan bersenam. Lepas tu jgn asyik nak mengata orang. Nanti satu hari Allah bagi bibir kau gemuk sebab asyik nak mengata je. Buek.



Kbye.


Siapa mengata, hantu ni datang jumpa korang nanti.


Wednesday, July 31, 2013

1 benda patut buat : JULAI



SALAM!!!



Gila la.. hari ni je 3 entry dah aku tulis (termasuk entry ni kalau berjaya post) heh. Setelah aku fikirkan.. benda yang aku nak korang buat ialah mempunyai sexy back!


MEMPUNYAI BELAKANG BADAN YANG MENARIK


Definisi belakang badan yang menarik bagi aku ialah bila kita duduk, takde lipatan badan. Faham kan? Perkataan senang nya takde spare tyre. Haa... So, kalau takde, aku rasa dah menarik. Hehe. 


Aku faham ramai perempuan yang ada lipatan badan ni. And salah satu sebab mengapa perempuan ada ialah bila pakai bra yang salah. Bila pakai bra yang salah, contoh macam terlalu ketat, so lemak td tu dia cam tertekan(bukan depression ok) so nampak tak kemas.




Jenis bra yang aku recommend


Nasihat aku, pakai bra yang tali besar, full support. Biasa nya ada 3 cangkuk. Kalau 4 cangkuk lagi best. Jangan risau, kalau korang cup A atau B pun ada bra jenis camni. Yang penting cari. Bila dah pakai full support bra, badan kita automatik akan tegak dan takde lelemak yang terkeluar. hehe.



Kalau ada yang complain macam makcik2, anda kena lah pandai cari design yang sexy2. hehe. Tengok Kim K pakai bra sexy2 je. Kannnn....



And, seperti biasa kalau nak cantik, memang lah kena bersenam kan... hehe... Biasa nya aku guna dumbbell untuk senaman bahagian belakang badan.. Kalau senaman, biasa aku tengok youtube. Melambakkkkk, korang nak buat ke tak je. Channel yang aku memang follow ialah Pop Sugar Living (Simple exercise tapi terasa gila otot) and lagi satu XHIT Daily.



Aku jenis tak suka buat hardcore sangat. Aku lagi pentingkan keselesaan aku. hehe. Aku suka exercise yang simple and yang penting buat badan kita bekerja. And kalau aku rasa cam sakit ke apa, aku akan adjust. Badan korang, mesti korang tahu kan limit nya =D



Ok, selamat mempunyai belakang badan yang menarik. Weewooo. Kbai.

Thursday, July 11, 2013

1 benda patut buat : JUN



SALAM!!!


Sihat kah anda semua? Sorry entry yang patut keluar bulan Jun, terkeluar bulan July. Huahuahuahua. Macamana dgn benda patut buat bulan2 lepas, buat tak? Kalau buat baguslah, kalau tak buat pun takpe, takde paksaan =D


So, bulan Jun (Skrg dah July!) aku nak korang start :


MINUM SUSU


Susu ni penting, tengoklah dari kecil pun kita kena minum susu. Makanan pertama kita? Susu ibu kan? Susu gak. Takde nya ko lahir terus makan asam pedas kan? Di situ kita boleh lihat kepentingan susu itu sendiri. And susu sekarang aku rasa sedap2. Memang takde alasan lah kalau taknak minum.



Antara susu-susu di pasaran ialah susu putih biasa, coklat, strawberry, dan coffee. Eh lupa jagung pun ada dulu. Hehe. Ingat tak masa kita sekolah rendah ada program susu ni. HAHAHAHA. Berebut2 kot, sbb susu tu sedap. Kan? Bila lori Milo datang, berlari nak amik air free, Vico pun sama. Paling legend kalau nak beli vitagen, cikgu siap bg borang ek swuh isi. Ek eleeeee, Vitagen je pun. HAHAHAHAHAHA. Tapi rasa masa tu, itu lah air paling sedap kat dunia. Sekarang minum bliss je. Bweekkk... Ok dah merepek lak.
 

Bagi yang ada lactose intolerance macam aku, doktor ada cakap, kita boleh minum susu, tp dengan kadar yang sedikit. Try sikit dlu, contohnya mula-mula minum dlm 50ml ke.. KALAU ok, then tambah lagi.. and kalau memang tak boleh terima, minum susu soya pun okay.



Aku dah try, aku boleh minum cuma lepas tu mmg cam sakit TAPI boleh bla lagi, kalau minum Anlene aku takleh, terus pening muntah2 kenapa tah. Anlene taknak kawan kita ehhhhh.. buek. Tapi Anlene bagus kan.. hmm takpelah...


Aku tak tahu lah ini ada kaitan ke tak dengan minum susu, tapi aku tak pernah kena kejang. Aku minum susu hari2, and kat rumah aku pun sentiasa ada susu, sebab aku dah paksa Mama dengan baba minum susu. Sepatutnya kena mula dari muda, baru betul sebab kesan dia memang kita tak nampak sekarang, karang dah umur 50 keatas baru badan terasa. Masa tu jgn menyesal uolssss.



Sempena bulan puasa ni, abang aku suggest minum susu blend dengan kurma. Sedap! Tapi manis lah, tu yang aku cam tak berapa jalan sikit.. so aku letak susu tu banyak.


Kurma yang hancur. Manis YA AMPUN.



Oklah, selamat bermula minum susu dan selamat berpuasa.


Tuesday, June 4, 2013

Manfaat Senaman Kagel / Benefits of Kegel Exercise




SALAM!!!



BAHAHHAHAHHAH poyo tak letak tajuk entry dwi bahasa. Fefeeling yang macam ada orang oversea nak baca. Padahal dok tulis dlm BM. Muahhahaha. Okay2, seperti yang di janjikan (bukan janji manis ok) aku akan kupas, apakah manfaat2 senaman kagel. Rasa cam skema lak kan panggil Kagel, tapi kalau cakap senaman kemut2 orang ingat aku pervert plak. Choyyyy!


So, dah try buat dah? Kalau dah try bagus. Percaya lah ini untuk kebaikkan kita bersama. hehe. Meh aku ulas dengan lebih mendalam pasal senaman kagel ni. Dalam badan kita ada banyak otot, salah satu nya adalah otot pelvis. Pada aku otot bahagian ni sangat amazing, cuba kau fikir, kat situ lah perempuan kencing, kuar period, kuarkan anak.. haaa tak ke amazing tu... 5 in 1.. Kalah nescafe..


Antara sebab2 yang aku suruh korang buat senaman ini ialah kerana, otot pelvis kita ni dia mcm otot lah, bila tak buat senaman dia jd kendur? Geli lak.. Dia cam mengelebeh... Haa lagi geli.. Senang cerita dia tak elok lah kan.. Benda ni normal, Vajayjay kita punya muscle akan kendur disebabkan banyak punca. Antaranya ialah :


1) Usia meningkat (Ni fikir logik pun boleh)
2) Melahirkan anak (dah kalau org kua dr situ, confirm lah jd kendur, sebab tu kena buat)
3) Pertambahan berat badan (Ni mungkin kalau berat bdn tambah Cik V jd besar dan bila kurus dia kendur? Erk... Krikk krikkk)
4) Mengandung (Mungkin stretch. tapi kalau buat bagus, korang boleh control muscle so nnt senang nak beranak)
5) Tak aktif (Siapa malas, mmg banyak kesan buruk, tu je haha!)






Di sebabkan punca-punca inilah otot vajayjay kita akan lemah. Sebenarnya banyak manfaat nya, bukan sahaja dari segi seksual (ini mmg yang utama sebenarnya!) KAHKAHKAHKAH. Ok ni bukan entry lucah.
Setiap orang boleh buat senaman ni, dengan syarat ko ada Vajayjay dan kemahuan. Tu je. Simple.





Ok, jom kita ambil tahu apa faedah2 senaman kagel ni :



1)  Senaman Kagel di sarankan oleh para doktor untuk pesakit yang ada masalah buang air kecil. Dgn mengamalkan senaman kagel, kita boleh kawal bila kita kencing. Kan ada jenis orang yg bila dah tua, tetbe terkencing. Sebab tu aku sarankan kita mula dari muda. Pernah dengar tak ada orang yang bila batuk or gelak dia boleh sampai terkencing? Haaa tu sbb dia takleh kawal. So senaman kagel ni boleh membantu. So bila dah tua kita boleh ckp dkt cucu,"Hellooo nenek tak main lah kencing merata, nenek buat senaman kagel sejak dari anak dara okei"



2) Menguatkan dan mengetatkan Vajayjay selepas bersalin. Normal lah bila bersalin part tu akan mengembang... So senaman kagel ini akan membantu mengetatkan dan mengembalikan keremajaan anda. Takyah beriya sangat makan produk2 yang pelik2. 



3) Kepada wanita yang buat senaman kagel semasa dia mengandung, bila dia nak melahirkan anak nanti dia akan ada control over Vajayjay dia. Otot bahagian tu kuat kan, so lagi senang nak deliver. Jangan lupa mintak ampun dengan laki sebelum beranak ok.



4) Last but not least, memang senaman ni bagus untuk kebahagiaan rumah tangga. Dengan melakukan senaman kagel, Vajayjay kita akan lebih sensitif, so kepuasan lebih, lebih2 lagi bila anda squeeze dan pasangan anda di dalam anda...(Dah cukup berlapik dah ni)



Pendek kata wanita dari pelbagai usia ada manfaat dia untuk senaman kagel ni. Jadi tak kira lah anda di kategori yang mana satu pun, yang penting memang senaman ni berfaedah. Buat lah di mana sahaja, tapi aku nasihatkan bila buat, muka tu buat biasa je..... BAHAHHAHAHA. Kbai.



SELAMAT MENCUBA!



Monday, June 3, 2013

1 benda patut buat : MEI



SALAM!!!


Ya Ampun... dh masuk bulan Jun baru nak publish entry bulan Mei.. Ceit! Takpe, asalkan kita publish tu kira okay dah.. Aku sangat busy sbb rakan sekerja naik Gunung Everest, so aku kena cover kerja sorang2, selalu ada gak masa curi2 nak blog. Ewahhhh IBM bayar ko untuk tulis blog ke?!



So apa benda patut kita buat bulan lepas? AHHAHAH.. Kita buat dua benda lah bulan ni. Ok tak? Sebab penulis tak istiqamah tulis blog kan, nak buat cemana. Huhu. Benda yang patut buat bulan ni aku rasa agak sensitif. Tapi bg yang berfikiran terbuka macam aku, aku rasa benda ni banyak faedah.



First of all, korang kena faham penulis blog ni perempuan, so aku mesti lah cenderung nak bantu kaum aku utk lebih sihat. Tp itu tak bermakna aku ni feminist ok. Benda ni ada kebaikkan untuk kaum lelaki juga. Di sebabkan aku dah nak... DAH NAK ek.. bukan dah hampir.. aku dah nak mengakhiri zaman bujang.. so aku buat lah persiapan mental dan fizikal dr sekarang.. Motif sangat kau ni nak membebel dr td.. sebenarnya ko nak swuh org buat apa ni Amni????



KEGEL EXERCISE / SENAMAN KAGEL



Bagi yang pernah dengar or sudah pun buat, bagus. TAHNIAH. Bagi yang belum, boleh lah sekiranya start dari sekarang. Bagi yg dh berumah tangga, sangat di galakkan buat. Bagi yg bawah umur jika baca blog ni, kalau rasa geli sila tekan butang pangkah di sebelah kanan. Maklumlah akak ni dah dewasa. Topik pun ala2 dewasa, pui! 



So, senaman kegel ni di panggil juga pelvic floor exercise.. Iaitu senaman yang menguatkan otot2 pelvis kita. Semua anggota kita ni ada senaman dia, kau nak buat ke tak je sebenarnya. Bahasa kasar senaman ni ialah senaman kemut2. Boleh ek? HAHAHA.


Senaman ni boleh di buat di mana sahaja, bebila kau suka. Sebab ianya sangat mudah dan ringkas. Caranya? Kalau aku, aku suka baring, tapi ni ikut keselesaan masing2. Ikut cara aku :


1) Baring
2) Kangkang bahahha!
3) Squeeze and squeeze!


Apa yang nak di squeeze??? Untuk mengetahui otot mana yang korang perlu squeeze ialah :


1) Bila nak kencing, tahan.. jgn bg air kencing tu kuar. 
2) Masukkan jari dalam alat sulit, and try squeeze.
3) Tahan kentut dr kuar (ni di galakkan sgt sbb takla busuk bahaha)



Bila korang dh try salah satu dr ini, korang akan tahu otot mana yang korang perlu guna untuk buat senaman kegel ni.



Boleh baca tak? Kalau tak pun takpe, yg penting korang nampak pergerakkan orang tu, apa yg korang perlu buat cuma squeeze sajoooo... 


Mudah kan? Benefit2 nya aku akan tulis dalam entry lain.. Wa dah ngantok. HAHAHAHHA 


Kbai.

Thursday, April 25, 2013

Minum lah air tu haaa...


SALAM!!!


Siapa dekat sini ada Instagram? Kalau ada, boleh lah cari2 akaun Instagram yang berkaitan dengan kesihatan. Jangan nak follow artis-artis saje. Ok?


So, dekat Instagram aku, aku banyaklah jugak follow orang2 sihat ni. Bukan apa, sebagai motivasi. Eceh... hehe. So, salah satu akaun yang aku follow ialah fitmotivation. Tengok, nama akaun pun dah ter-motivasi bila kita baca.


Ada satu gambar dia ni pasal advantages minum air di waktu pagi. Waktu pagi bermakna bila bangun tidur. Bukan pukul 11.59 pagi ya. Yang tu kita minum kopi. Kat bawah ni gambar nya yang dekat Instagram tu. Baca ok?




Nampak tak manfaat dia, tu baru sikit. Ada banyakkkkkkkkkkk lagi. Nasihat aku kalau nak senang, beli satu botol minuman (bukan yang plastik harga rm 1.20 tu eh) letak dalam bilik. Setel. Takyah bangun tidur nak gi dapur (sapa yang rajin boleh lah pergi dapur)


Minum lah air tu haaaa... Kbai.


Wednesday, April 17, 2013

1 benda patut buat : APRIL



SALAM!!!


Apa khabar semua? Harap sihat. So, whats next in bendapatutbuat punya hashtag. hehe.
Hmmmm..... jap bg aku fikir, sebenarnya aku tak terfikir apa2 tajuk pun. Tapi aku rasa benda ni elok untuk di buat. hehe.


BUANG SATU BENDA/PERANGAI/HABIT YANG KURANG/TAK ELOK DALAM DIRI


Haaa.... senang tak? Ada tiga kategori kat situ. Aku bg korang pilihan. Kalau aku, aku pilih benda. Benda yang aku pilih ialah garam. HAHAHAHA. Aku nak kata sekarang aku under salt-free diet. Memang kalau boleh tanak makan garam. Kalau boleh elak, aku akan elak. Tapi kalau fries atau ayam tandori menari bogel depan aku, memang aku sambar. Tak fikir banyak.



Aku bernasib baik aku rasa dlm hal ni, sbb aku syak lidah aku ni lidah masin. Lidah masin ni dia macam, cepat rasa masin kot. Aku kalau masak kat rumah, MOST OF THE TIME akan tawar. Ni mmg aku tak malu nak ngaku. Selalu mama and baba complain. hehe. Sebab bg aku tahap kemasinan tu dah okay bg aku and bg lidah orang lain sebenarnya tersangatlah tawar. Kalau nenek aku lg dasyat tahap masin dia. Selalu mama masak aku complain masin, padahal bg orang lain ok je. 




Bila aku decide nak buat salt-free diet ni, aku cam ok je. Sebab ada garam ke tak, aku tak kesah. HAHAHA. Tapi aku guna pepper untuk seasoning apa apa. Nak buang habit gigit kuku tak boleh2 lagi, kadang2 tergigit gak. Kena selalu kerat kuku, then should be ok. Pengotor kan? YE SAYA TAHU.


Sekarang apa yang korang nak buang? Small things pun okay, lama2 akan nampak kesan dia. Trust me. Kita bertatih... baru kita berlari kan? Mula2 memang susah, nak start tu payah, tapi bila dah biasa, kita akan rasa okay je :)



START NOW!

Thursday, March 21, 2013

1 benda patut buat : Mac



SALAM!!!


So, apa kita nak buat bulan Mac? Korang nak benda kecantikan ke kesihatan ke atau korang nak kan benda lain? Hehe. So bulan Mac ni aku nak korang buat satu benda yang buat korang lebih berani.



JADI BERANI


Berani ni skop dia luas kan? So aku nak korang buat something yg apa apa saja yang korang rasa bila korang buat tu korang jadi lebih berani. Kalau makan ayam basi tu korang rasa buat korang berani, pergi lah makan, tapi kalau sakit perut jangan cari aku pulak.



So, macam biasa lah, sbb ni blog aku so aku kena lah bg contoh pasal diri aku. KAHKAHKAH. Baru2 ni, hmmm baru lah jugak, aku pergi Pulau Perhentian dengan gang2 IBM aku. So kalau dah nama pulau tu memang lah aktiviti dia ber air/melibatkan air, and before pergi tu member2 aku dah memang excited tahap mengkarung nak snorkeling. Aku? Biasa2 je sbb aku takut air.



Dulu pernah snorkeling tapi masa tu kecik lagi, maka aku tak mengenal erti takut. Chewah. Sekarang I dah dewasa, so dah sangat kenal. Sebenarnya aku takut sebab aku tak pandai berenang, kalau kaki aku tak jejak tanah, aku jd panik, mengelupur. HAHHAHA. Masa aku naik banana boat kat penang, sekali abg tu libas banana tu jatuh kat tengah laut, menjerit2 aku. Tapi yg peliknya, takut, tapi sibuk gak nak cuba. Gatai tol.



And masa kat Perhentian tu, aku memang nak sangat snorkeling tapi takut. Menjerit2 suruh abg boat tu pegang, masa first time, takot.. abg tu hantar swuh dok atas batu je. HAHAHHA. Pastu siap cakap, "ha korang (aku & nana) duduk sini je bg makan ikan". JAHAT! hahaha tp oklah, bila nak balik ke boat balik, aku lepaskan tangan kawan aku, wahhhh masa tu cam dah berani sikit. Ewah..



Lepas tu abg tu kata nak pergi sharkpoint tak? Masa tu aku dah berani malah excited. NAKKKKK!!! Pastu dh smp tempat tu, aku g snorkeling dgn abg tu mencari jerung! Kuat gila aku pegang tgn abg tu, takut punya pasal. And memula panik gak, tp abg tu kata rileks, tarik nafas. Lepas tu, memang tak jejak dasar. YA ALLAH cantik gilaaaaaaaaaaaaaa GILA dasar laut. SubahanALLAH.. mmg sgt kagum!



And saat paling bahagia, aku nampak jerung depan mata aku, aku ulang DEPAN MATA aku! 4 kali plak tu.. Speechless. So, main point dia sekarang, aku dah berani masuk air, tapi kena ada life jacket lah kalau dah kat tengah laut. hehe. Terima Kasih Abg Faizal sebab membuat saya sedikit berani. Kenang sampai mati :')



Saya yang berani.



Snorkeling BEST!


So, siapa sekarang ada crush? PERGI JADI BERANI DAN BAGITAHU DIA!


Kbye.



Saturday, February 23, 2013

1 benda patut buat : FEBRUARI


SALAM!!!


Kita jumpa lagi dalam segmen yg sama seperti bulan lepas. So, this month apa pulak yg aku nak suruh korang buat. Mesti lah benda mudah je, sbb tahu benda susah mesti korang malas nak buat. Heh. Previously, ada aku tulis entry pasal bibir. So, ni kira entry susulan yg aku akan buat sbb aku sangat sangat mahu korang especially kaum wanita ada bibir yang sihat.

LEMBAPKAN BIBIR ANDA

Pertama sekali apa yg korang kena buat ialah beli lipbalm. Tak kisah lah cap apa pun janji ada. Kalau tanya aku, aku akan rekomen Vaseline. Memang takde color, alaaa kalau nk color pakai gincu lah. kan kan...


Ni yg aku guna. Harga murah. Isi banyak. Bijak kan?

1. Kena beli dulu lipbalm. Kalau tak beli, tanam belakang rumah pun boleh kalau teror. 



2. Bukak penutup dia. Aku punya tak kurang banyak sbb aku guna waktu malam nak tidur je. Kalau keluar rumah, aku akan pakai lipstick yg dah ada moisturizer siap2. So takyah buat 2 kali keje. Kalau siapa nk pakai lipstick waktu tidur pun boleh gak, takde siapa marah.



3. Colek sebanyak mana yg korang nak. Yela, bibir besar dan tebal confirm2 kena guna banyak kan? hehehe.



4. Sapu. Aku memang sapu gegila. Memang menutupi seluruh bibir. 


5. Dah sapu dah. (Malas letak gambar nanti korang tergoda) Sebab bibir nampak tebal. HAHAHHAHAHA.


Senang kan? Ke susah gak? Percayalah, kalau buat hari2 nampak beza dia. Seminggu pun boleh nampak, melainkan kulit kau pelik. Yang tu sila pergi Klinik Dr. Ko.


And aku nak tambah sikit lagi, tak sudah2 eh nak bercakap. haha. Masa birthday aku, makcik aku bg hadiah produk kecantikan. Chewah. bahasa kemain... And aku guna, hasilnya baik. Konsep nya sekarang benda baik kena share. Tu je..


 Muka depan.


 
Muka dalam.

Siapa yg dh guna bagus. Yang tak guna lagi bolehlah try kalau nak. Bagus lotion ni, yg utk dry skin tu kita boleh pakai dekat certain tempat yang cam selalu keras. Keras eh kita panggil? Aku pun tatau. Contoh cam tumit ke, siku ke, tempat2 camtu lah.


Yang untuk normal skin boleh pakai kat tangan. Tapi sukahati lah korang nak pakai yg jenis mana dekat mana kan.. hahaha. Harga aku tatau sbb hadiah. Huhiks.


Kbye.

Saturday, January 12, 2013

1 benda patut buat : JANUARI


SALAM!


Helloooo uolssss.... eh kemain.. kat atas bagi salam.. tiba tiba bawah gegaya gedik takleh blah. heh. Ok, serious mode ON! Assalamualaikum. Last entry, ke second last entry ah! tak kesah lah entry bila, aku ada kata nak buat satu entry yg bertajuk, 1 benda yg kita patut buat for each month. So, untuk bulan ni aku decide utk memilih..... 




 Mudah tak nak buat benda ni? Senang kan? Tapi hakikatnya, ramai lagi wanita/budak perempuan/makcik yang pakai bra yang salah. Kalau aku jalan2 tu aku selalu lah jugak terpandang. Tapi takkan nak tegur plak kan. Kang org ingat aku ni pervert. HAHAHA. Tapi sebenarnya benda ni kena amik serious (dengar tak aku taip ni dgn seriousnya) sebab kesan dia banyak. 


Ada hari tu doktor ni datang IBM. Dia cerita pasal kanser. Aku pun tanya lah (rasa cam dah pernah bgtahu dlm entry lepas, tapi takpe, kita recall) Doktor tu kata bra besi tak buat kanser. So boleh beli okay?


Aku cadangkan beli bra yang ukur lilit dia besar. Contoh camni :


So lelemak kita tak kan merata2. Kemas. Yang pakai cup A atau B pun ada jenis camni. And aku tak nafikan harga dia mahal sikit. Tak dapat lah rm 10 cam Scarlet. Tapi, fikir panjang ok, fikir untuk 5-10 tahun akan datang.


Untuk entry penuh, aku ada pernah tulis pasal ni tahun 2011. So baca ok.




Ini lah perkara patut buat di bulan Januari. Selamat bertindak. Btw, neubodi ni memang bra dia meletup. Dia bg aku try terus vavavommmm. Tapi mahal. So, kena beli yang lebih kurang je, siapa yang kaya raya boleh lah. Kbye.

 


#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...