Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Monday, June 19, 2017

Rithuan's Big 3-0



SALAM


Tahun ni adalah tahun sendat untuk kitaorg hahaha sbb yela makin kita berusia, komitmen makin tambah. Tapi tak bermakna benda tu tak elok. Kita org still adjusting and bertahan HAHHAHA.
So awal2 aku dah cakap kat wan, minta maaf sebab aku takleh nak buat birthday dia besar besaran. Selalu tempah fondant cake bagai.... tahun ni tak... sobsss


Kebetulan masa birthday dia tu, dia kena outstation, so balik lambat. Aku pulak ada IBM Club dinner kat One World Hotel. So memang on that day kami tak celebrate. Siang tu aku half day, pi ikea dengan nana lepas tu petang ada meeting then dinner. 


Memula p ikea... lepastu cakap kat nana nak singgah Curve jap.. sebab aku rasa bersalah gila sbb tak beli pape untuk Wan... perasaan dia sukar nak dimegertikan tapi mmg takde budget untuk hadiah waaaaaaaaaaaaaaaa (-___-) Aku fikir, okla kot beli belon untuk dia and cake later.


Punya lah aku mencari Balloon Buzz dekat Curve tu mcm nak gila. Akhirnya, jumpa gak. Dah beli balloon, balik ke IBM Plaza for meeting, then dinner. Masa dinner tu cam terfikir nak beli cake katne lah ni... sekali nampak ada cake kat kaunter tempat kitaorg makan tu... tanya dia boleh ke beli... of kos la boleh kan hahha.. so aku beli cake kecik sekentot tu je utk wan...


Balik tu, aku tunggu dalam bilik konon dia bukak pintu nak surprise lah... pergh kematu ek tunggu.. sebab macam dah dengar bunyi kete tapi apasal tak naik naik.. last2 aku kunci pintu aku baring... HAHHAHAHA bila dia nak pulas tombol buat konon2 cam tengah buat something lah hahaha padahal malas ek..


Sekali TARAAAAAAA!!! dia terkejut. ok mission accomplished.



Kecik ek cake tu.. tapi Wan cakap sedap sangat...


Lepas beberapa minggu, aku dapat vocuher dari IBM. Voucher Sakae Sushi.. RM 100. So aku pun cakaplah belanja dia makan ewahhhh kemain suka dia. hehehe.



Tiup lilin kat sashimi ekkk


Happy Birthday Sayang ke 30


Terima Kasih kerana menjadi suami i. And selalu sabar. HAHAHA. Aku memang cakap kat wan sblm kawin, aku tak perlu duit hahhaa tapi aku perlu lelaki sabar sbb aku byk kerenah. So skrg, dia sedang bertahan KAHKAHKAH. kata cinta kannnnnnnnnnnnnnnnn


Selalu sabar. Bertanggungjawab. Selalu dahulukan orang lain. Baik hati sangat kadang2 baik sangat aku menyampah serious haha. Semoga menjadi hamba Allah yang di senangi dan sentiasa bahagia. Love you b.


K la byk sgt tulis. 


Always the helpful one :)

Tuesday, December 30, 2014

Happy Birthday Mama 54



SALAM!!!



Dear Mama,


Happy Birthday 54 :)





Sayang sangat dekat Mama. Rasanya tak boleh balas jasa Mama, but Angah akan cuba sehabis baik. Mudah-mudahan. Semoga Mama panjang umur, murah rezeki, sentiasa tersenyum dan membahagiakan org lain, berjaya dalam kerjaya dan segala yang baik... Amin...



Cepat lah New Year! Nak bercuti hehehe. Kbai.

Monday, November 24, 2014

Happy 27th Birthday AJ



SALAM!!!



Alhamdulillah hari ni genap umur saya 27 tahun.. Gila laaa lagi 3 tahun dah nak 3 series. HAHHAHA. Tapi still rasa mcm 23 hahaha verangan sangat kau kan. Seperti tahun2 sebelumnya, aku ni bukan jenis makan kek sgt so kalau tak potong kek pun takpe. Yang penting hadiah.. HAHAHHAHA #taklehblahpompuanni



So smlm tak expect pun si budak Yaya ni nak beli cake cinonet ni.. So layankan dia HAHAHA. Tapi sedap cake nya hehhee.. Thanks you guysss.... So tahun ni, aku rasa mcm nak start bg Mama hadiah setiap kali birthday aku sebagai tanda penghargaan. Memang selalu pun bg hadiah if takde pape occasion pun tapi saje je bila birthday nak bagi. hehehehe. Membayangkan pengorbanan mama sehingga terkoyak lol. 



Bila dah kawen, ko akan hargai parents kau lebih. Ke aku je rasa mcmni? Tp entah aku cpt sayu sejak kawen ni kalau teringat parents. Memang jenis sayu yang air mata mengalir tetbe.. Sobs sobs...Sebenarnya ko mmg ciwek kan Amni.... Sikit2 nangis...  Tahun ni first time celebrate birthday sebagai seorang Isteri.. :D




Thank you Mama sebab lahirkan saya. Jaga saya yang banyak kerenah ni. Thank you Baba sebab besarkan saya tanpa sikit pun tak pernah rasa susah. Sobs sobs. Malah bg tumpang rumah tanpa bayar sewa. Tapi takpe saya tlg kemas rumah dan lipat kain. Ok lah kan??? Masak kadang2 basuh pinggan? HAHHAHAHA. Thank you my siblings walaupun korang annoying. HAHAHA. Thank you Keroro sebab selalu hiburkan kakak walaupun kau suka kencingkan kereta aku kan!!!!




Malam balik dr Pavi tu aku biasalah dok sibuk balas whatsapp customer.. tetbe Wan dia pegang muka aku, aku cam apasal niii.. Dia pun nyanyi Happy Birthday To You.... Sumpah nak nangis tapi tahan sbb sweet sgt. Hoho. Pastu biasa lah comolot sket pastu dok gelak2 rasa bahagia BAHAHHA gelinya description ni. 




Thank you sayang for everything. Aku mcm nk nangis je nak tulis ni, tapi aku memang sangat berterima kasih bila setiap kali aku period, Wan mesti akan peluk and tenang kan aku sambil ckp,"takpe, kita cuba lagi" Tak pernah sekali pun dia mcm sedih ke marah ke. Lepastu keluar ayat "Allah tak kata pun setiap pasangan yg kawin tu mesti ada anak kan...." How could you... pls dont be like this one laaaa so sad laaaaaaa..... Memula dlu mmg aku stress, tp skrg mcm dah tak... Sbb Wan kata percaya pd rezeki.. Allah bg rezeki lain dlu kat kita... :')




 Missing Along, Kak Ina, Nana and Aish, and oh, Omok Omok Kiro. Motif sangat baba nampak sado. BAHAHAHHAHA




My perasan Japanese husband. Allah je tahu betapa annoying nya mamat ni.



Happy 27th Birthday Nurul Amni Jamaludin :)



Thank you kawan kawan for the wishes. My first present is from my BFFFFFFFFFFF Ridza, belikan kasut siap muat2 elok2 cantik je kat kaki aku. BFF sangat tau kaki ai pun tahu agak. HAHAHA. Kbai.


Tuesday, May 20, 2014

27



SALAM!!!



Tahun ni Wan celebrate birthday dia sebagai suami aku... Well... That's nice.. Kan? Masalahnya, aku takde idea nak bg dia apa and surprise ke apa. Since kitaorg asyik dok tukar rumah, kejap ampang, kejap klang. So memang kelam kabut gila. Baju pun letak dlm bag plastik je... (-____-) Pelarian kan....




Sebab kan busy br lps kawin, then terus honeymoon, so aku memang tak sempat nak beli hadiah dia. Nanti eh sayang... I belikan.. Pastu aku cam fikir apalah aku nak buat sempena birthday dia ni... Then terfikir, why not surprise kan dia since minggu tu kitaorg dok umah Klang... and the night before birthday dia kitaorg balik Ampang.




Maka, aku pun bersubahat lah dgn kakak2 dia. Aku sangat beruntung sbb kakak2 ipar aku sangat baik and sporting. Maka aku minta tolong kakak dia beli semua benda yang diaorg nak makan. Aku bayar kemudian. Sehari sebelum tu aku ajak Wan keluar dengan adik beradik aku, then masuk kedai toy, aku beli barang party, aku nak beli belon, peniup yang bising tu then yang tarik2 keluar kertas pop pop tu. Aku tipu Wan cakap nak beli untuk farewell aku. HAHHAHAHA. Sebab memang Isnin tu farewell aku. hihi. Beriya je dia pilihkan, padahal untuk terkejutkan dia. HAHAHHAHAHA.



Malam tu kitaorg singgah umah Ampang, sebab nak amik apatah. Then masa tu aku ckp dengan kakak dia biar kitaorg amik Mama balik kerja padahal boleh je Abah amik. Then Wan cam malas, dia tanya Abah.. "Abah pergi mana esok?" Pastu yg lawaknya Abah jawab,"Abah ada hal lah" HAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHA padahal...............





So nak taknak terpaksa lah kitaorg amik, Wan nak balik awal sebenarnya. Tapi aku mmg sengaja lengahkan sebab nak tunggu kul 12. hihi. Pandai kan? Aku memang jaga je hp aku kat rumah sbb taknak Wan tengok. Kalau tak gagal lah rancangan aku..




And ahad tu, malam kitaorg balik, singgah starbucks dulu then baru amik Mama. Masa nak turun kereta tu, Mama laju je nak masuk umah, pastu aku tarik Mama. "Ma jap ma bg Iwan masuk dlu, nanti Mama pulak yang terkejut" HAHHAHA.



Aku pun buat2 lah tolak2 Wan swuh dia masuk dlu. Masa tu rumah dah gelap. Aku konon2 cam acah2 takut lah kan. Puih... Then Wan bukak je pintu... "SURPRISE!!!!!!!" Pop pop pop...




HAHAHHAHAHAHAHHAHAHHAHAHA.




Aku terus lari sebab aku tahu Wan nak cubit aku. hihi. Then kakak dia cakap,"Ni semua idea bini kau eh Wan" =D




Nampak muka dia happy gila masa ni.




 Ni Mama suruh aku cium Wan. HAHAHA.



Happy birthday sayang. Semoga Allah murahkan rezeki you. Panjangkan umur you untuk you beribadat kepada Allah. I love you :)



Kbai..




Friday, December 13, 2013

AJ turns 26!


SALAM!!!



Dengan bangga nya saya telah pun berusia 26 tahun.... Walah.. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an.. Tapi still rasa aku muda lagi.. hehhee.. Tahun ni punya birthday memang best. One of the reason ialah sekarang saya ada Rithuan, yang juga merupakan tunang saya. mihmih.


Aku celebrate birthday tahun ni awal sikit dengan family sebab nak tunggu Nana balik dari penang. Kang emo pulak dia kalau dia takde. HAHA. Mama buat steamboat, BBQ, nasi goreng and etc. And my fav cake, red velvet from Jason! Sedap nak mampus! Thanks Mama masak sedap2.


FIRST CELEBRATION



Siap bertopi bagai... HAHA.



Kaki bergambor.



Dah naik gila dah...



Thanks datang sayang.




HAHA. ni masa kitaorg try camera ip5s nana. Ada yg Slo Mo tu. HHAHAHA. 



SECOND CELEBRATION



Sebab dah ada tunang, kena lah celebrate berdua. Hihi. Maka pergi lah kami ke Pavilion. Macam biasa, kalau keluar kena lah beli barang hantaran. Tu je tujuan sebenarnya. HAHA. Then pergi celebrate kat Renoma Cafe Gallery. Dia punya teatime set. Perghh siapa yang sweet tooth ok lah kot. Sebab memang manis nak mampus! Malam tu Ecah belanja makan tomyam. hehehe. Thanks Ecah...



Tukang angkat barang



Tgh touch up. SNAP!



Kekeke.



 My favourite guy :)



 THIRD CELEBRATION



 Third celebration adalah bersama kawan2. Hehe. Dekat Secret Recipe, Alamanda. Tapi Red Velvet dia kurang sedap. Krikkk krikkk.. Lps makan, tengok wayang cete Hunger Games. Thanks eksyenssss..



 
 Fiqa pun lahir bulan yang sama




 Eksyens yang celebrate dgn kami.




Hehehe.




 Esok tu fiqa bagi cake. Thanks fiqa :)



Last day bulan November, kitaorg pergi Kenduri Aimi. Balik tu singgah Pavilion. Sebab aku nak beli make up kat Sephora. And pergi makan TGI sebab aku dapat diskaun rm 30. So last celebration dengan Wan jugak. hehe. Kelaparan kitaorg (dasar kuat makan) Masa nak masuk TGI tu aku pegang starbucks. Lepas tu pekerja tu suruh tutup dengan tissue sebab nanti kena bayar. 






 Begitulah kisahnya birthday tahun ni. hehe. Terima kasih YA ALLAH kerana masih berikan aku kesempatan hidup. Terima kasih Mama dan Baba yang sentiasa sabar membesarkan Angah. Adik beradik yang baik2. Kawan2. Tahun ni rasa lain macam sikit, sebab tak lama lagi nak tukar status dah. Hehe. Terima Kasih semua kerana memberi kebahagiaan pada saya. Allah sahaja yang membalas jasa kalian.







Ni semua hadiah2 tahun ni. Suka!!! Thank you :D


Kbai.

Monday, May 20, 2013

26



SALAM!!!



28th April 2013. Eh? Berzaman dah ek? Baru nak tulis harini. HAHAHAHA. Sebenarnya dah lama aku tak sambut birthday seorang lelaki. Serius. Tak tipu. Last time was back in 2008 kot. Tak sure (haa kau sampai tak ingat, nampak sgt lama) So, bila skrg ada Wan, of kos lah kena celebrate. And memang dalam family aku pun memang kitaorg akan celebrate and hadiah is a MUST!



So, on 28th April tu maka pergi lah kami bersiar-siar. Dia masuk kete je aku bersuara :

D : U nak makan apa harini? Cakap je I beli semua.
B : Hmmmm nak makan ice cream, cake dgn sushi.
D : Tu je? Aku mati2 ingat dia nak makan steak ke apa. KAHKAHKAH.


Tapi masa birthday aku dulu pun aku teringin makan tomyam je hihihi.


So, sebelum pergi celebrate tu, kitaorg gi beli hantaran dulu. Since Wan tatau nak apa dlm dulang dia, aku suggest dia beli kasut. Then kami pun beli. Eh salah, aku belikan. Sweettt sangat. PUI. Lepas dh beli tu, dia nak makan cake. Then pergi Secret Recipe.


Lama gila kitaorg lepak kat situ, padahal cuma borak je. Just spend time with each other.



Bahahha! Aku suruh dia tiru aksi budak dkt card tu. 


Then lepas dah setel kat Secret Recipe, kitaorg balik Klang sbb pakcik aku nak pass cake. Then lepak umah pakcik aku jap. Then pergi Tesco beli makan aku. Lepas tu, dinner kitaorg makan sushi. Seronok dia makan sushi. Then after sushi aku belikan ice cream. HAHAHHA. Cam budak2 tol.


Aku sangat happy bila dia suka hadiah dia. Weewooo =D


Happy Birthday Mohd Rithuan bin Shahaini. Terima Kasih kerana menjadi kawan gila saya. Semoga awak berjaya dunia dan akhirat. Murah rezeki dan panjang umur. Amin =)


Kbai.

Thursday, March 8, 2012

My Love Birthday Present (2012)


SALAM!!!


Sungguh tak boleh terima akal. TIDAKKKKK. Birthday Ecah tahun lepas bulan 10 aku tak bagi bagi lagi hadiah. HAHAHAHA. Macam-macam halangan. Tapi akhirnya dapat juga beli hari tu masa pergi Singapore. Alhamdulillah. Murah rezeki ALLAH bagi. Syukur sangat.


Hope Echah suka. *berharap*



bolehlaaa buat entry camni sbb Ecah tak baca blog aku. HAHAHAHAHA. Zaman bila nak jumpa Makcik ni pun tak tahu lagi. Paling tak sabar nak tengok reaksi dia bila tengok birthday card dia. CONFIRM aku akan kena maki. Miahahha.


kbye.




Sunday, November 27, 2011

24 changes.


SALAM!!!


Tajuk tu saje gempak. Kau ingat senang nak berubah? Buat 24 perubahan? Memang tak. Huhu. Seperti sedia maklum, aku berusia 24 tahun sekarang. Tua? Memang Tak. *tak mengaku* Beberapa bulan sebelum hari jadi aku, chewah, aku ada pasang niat, nak lepaskan something yg duduk lama dgn aku. *dengar cam bela saka plak*


Benda yang aku nak lepaskan ialah keychain2 kat hp aku. HAHAHA. mcm apa je. benda ni dah 3 tahun dah dengan aku. Semenjak tukar phone.




5 keychain yang berkait rapat dgn aku.

Handbag : YAAAA i lovee handbag. suka beli pastu tak pakai. buang. sengal gila.

Heels : Obsession.

Ship : I love to travel. tapi masa belajar tak dapek sbb kewangan takde. Sekarang insyaALLAH, dah nak start travel dah. Weehooo!!!

Ayam : Aku suka makan ayam. Daging lembu tak suka. Ataupun boleh juga umpamakan mulut aku cam ayam. bising. Huhu.

Cupid : Always hope to find someone who truly loves me.


Last but not least, kain yang bertulis :

"So What If I'm Bitchy"

HAHAHA. adik aku bg.


So, sempena aku dah 24 tahun. Aku rasa aku nk simpan benda ni. Sebab rasa cam dah tak matang nk pakai benda2 ni. Lagi pula keje kat syarikat yang boleh tahan besarnya. Bila Manager nampak, takut dia tak anggap aku serius. Hoho. I don't want that.


So sekarang hp ku dah bogel. Takde pape. Ringan gila ok. Pegang cam nak tercampak.


Persoalan nya sekarang, haruskah aku lepaskan juga hp ku dan beli hp baru? HAHAHAHA. Niat dah ada. Tapi tgk kewangan dulu camno. Huhu.


kbye.

Thursday, November 24, 2011

I'm 24!


SALAM!!!


I'm 24.

Yes I am.

Finally.

Alhamdulillah semua cukup.

Family

Fate

Friends

Kerjaya

Syukur YA ALLAH :')

YA ALLAH, Permudahkan lah Segalanya. Amin. Amin. Amin.

Monday, cant wait to meet you.

Kbye.






Sunday, June 19, 2011

happy baba's day!


my happy family


bapa?baba?daddy?papa? semua sama je. seseorang yang kita sangat hormati dan sayangi. bagi aku, baba aku seorang yg sangat cool. tatau lah, bila jd bapa kau mmg kena cool ataupun baba aku mmg cool. option number 2 tampak lebih menarik utk di ambil.



motor idaman. takpe, bila duit angah byk, angah angkat satu utk baba. amin.


baba seorang yg sgt cool dlm semua hal. tenang je. mulut pun tak byk ckp sgt(ni kalau compare dgn aku) ehhehe. tp aku tahu mcm2 yg berlegar2 dalam fikiran dia. kadang2 aku tatau mcmana dia boleh manage nk jaga 3 org anak dara dia yg cam ntahapahapani..malahan seorang anak lelaki yg selalu merosakkan harta benda. HAHAHAHA. baba lah yg bayar bil, kereta, makan, blablabla malahan membesarkan 3 org anak perempuan yang berlainan taste juga aku kira benda yg rumit.


pernah baba cakap dekat kitaorg, "korang bertiga ni, kalau pakai shampoo yg sama brand tak boleh ke?" ahhaaha. susah kalau dah taste lain2. tu belum cakap bab make up, baju, handbag, kasut. kalau nana bab makanan. HAHAHAHA. betul org kata, besarkan anak perempuan mmg agak sukar sedikit. tp aku kira baba berjaya besarkan anak dia dgn baik. well, tgk jelah aku, baik kannnnnnnnnn???? (lempang muka sendiri)


aku rasa kehidupan aku sgt mudah juga sbb parents aku. esp baba. sbb dia jenis taknak anak dia susah. mak aku pernah ckp, "baba mmg org senang dr kecik, so dia tak pernah rasa susah sbb tu dia taknak anak2 dia susah kalau nk banding dgn mama, mama org susah" aku rasa ada betulnya. eh slh, mmg betul pun. sbb bapak aku kalau nk beli pape, dia beli je, tak fikir doblas kali cam mak aku. mungkin aku dpt perangai shopping ni dr bapak aku. beli jeeee jgn fikir banyak. huahuahua. tp sgt bagus bila ada parents mcmni, apa tu org kata BALANCE. chewahhhh.




antara perkara2 yg agak comel bapak aku pernah buat ialah bila dia mintak aku belikan dia perfume. haahhaa. wangi woooo. kemain. hehe. and perkara paling comel aku pernah buat kat bapak aku, aku mintak kereta. eh comel ke tu cam nk mintak pelempang adalah. tp dapat jeeee kan my baba is the best in the world. hehe.


aku rasa perkara paling bapak aku tak suka pasal aku ialah sifat pemalas aku nak basuh kereta. haha. selalu gila aku kena sound. smp satu tahap, bapak aku malas sound, dia tolong gi hantar car wash. sori ba, i love you. hehe. and perkara paling takleh bla bila bapak aku lupa tutup pintu kereta aku, lalu kucing gemuk si garfield masuk dlm kereta dan senang hati tidur dlm tu, maka nya bulu dia semua melekat satu kereta. esoknya bapak aku siap beli vacuum baru sbb nk bersihkan bulu2 garfield. HAHAHA.


membesarkan 4org mangkuk ni agak susah aku kira


baba bukan sahaja berjaya membesarkan anak-anak nya. malahan kucing2 juga semakin gemuk mcm gorilla di buatnya. hahaha.


keroro gunso


garfield


maka nya mari lah kita tamatkan entry ni. selamat hari bapa kepada my dad, en jamaludin md. yusof. semoga baba panjang umur, murah rezeki. sentiasa sihat.


hmmm, i really hope i can get a husband like you. insyaALLAH. amin.

gambar mintak maap raya lepas. maafkan segala salah silap saya baba. halalkan makan dan minum.


I LOVE YOU BABA! :)

Friday, January 21, 2011

Harijadi keluarga


bulan january adalah bulan ahli keluarga paling banyak birthday. along 19 jan. yaya 21 jan. ok, lebih dr satu tu kira banyaklah. hehe. aku memang dah plan nak belikan hadiah untuk dua org tersayang ni..tapi....malangnya aku berhenti kerja lebih awal dr yang di sangka. ohhh.. ni namanya bukan rezeki..huhhu..

tapi, nnt dah dapat kerja, pasti akan ku belikan hadiah untuk mereka. hanya ucapan je yang mampu aku berikan setakat ni. ohhhhh.... apakan daya.. (mintak simpati)

masa birthday along hari tu dia belanja tgk wayang..cete kurafat..ya ampun....seramnyaaaaaa..aku rasa membazir gila aku g tgk. sbb aku tak tgk sgt pun..wakakaka. banyak bercakap dgn yaya. memekik, menjerit, makan tanpa henti..hahahaha. tapi mmg best lah cete tu. berbaloi..


selamat hari jadi buat along and yaya. semoga korang panjang umur. murah rezeki. cepat kawin (ni untuk along je, yaya jangan gatal sangat) HAHAHA. semoga yaya berjaya mengahwini muiz (tetbe) dan berjaya dlm pelajaran. aku sayang korang gila babeng walaupun aku kuat membebel dan suka buat lawak bangang. bye. XOXO.

Monday, October 11, 2010

Wrong birthday present for nana.


tetbe ada mood plak nk update pasal hadiah2 ni kan..ehhehehe..last month birthday adik bongsu aku..si nana tu...so aku pun tanya lah dia,nk hadiah apa...dia jawab nk laundry basket from lovely lace..eeeee mengada betol...bakul baju kotor pun nk lovely lace ke?aku beli giant punya rm 8 je..wakaaka..tapi dah dia nak kan,so aku pun belikan jela....sayang adik punya pasal..hehe.

lalu aku pun msg yaya.adik aku lg satu.nk tanya samada nk share ke nk beli asing.dia kata nk share..hehehe..bagussss....jimat jimat..hehee.so ada hrtu aku g shopping dgn chah kat times square..singgah sg. wang...(apasal aku asyik shopping je) ahhahahaa. tetbe aku npk kedai lovely lace,terus terigt nana..then decide nk beli hadiah tu...hehhee..

tp malang tak berbau...nana nk laundry basket,ntah kenapa aku g beli TONG SAMPAH...wakakkaka..but still from lovely lace..hahaha.adakah baju2 kotor nana hanya layak di letakkan dlm tong sampah?mungkin...hahahahaa...aku pun tanpa berlengah swuh chah tlg pilih..
dah pilih terus bayar...

bila balik ke UIA,aku excited msg nana bgtahu dia yg aku dah belikan hadiah birthday dia iaitu TONG SAMPAH...wakkaka.dia cam pelik..SBB DIA TAK MINTAK TONG SAMPAH...wakakkaa.
tapi dia terpaksa redha..hahaha...

sorry nana,next year kak nurul belikan laundry basket tu okayyyyy..hehehhe..sbb da keje..mampu kot..but still tong sampah tu sgt cantik okayyy..nk buang sampah pun tak sampai hati..hahahaha..and match dgn perabot bilik nana..hehehe..hope u like it sis..and thanks to yaya sbb share...next year birthday ko,doakan aku dah keje..dptlah hadiah masyuk sket... :D

ni ha TONG SAMPAH tu,


BFF 's present hunting day


 
SALAM!!!




Mencari hadiah untuk yang tersayang adalah part paling susah aku rasa.Sbb nya,salah beli kang, org tu tak suka..sbb birthday kn,so kena make sure hadiah tu org yg menerima suka..hehe.


So,sejak kebelakangan ni,bila birthday family ataupun BFF aku akan tanya nak hadiah apa.senang.sbb maybe benda yg dia nk tu dia perlu.so baik beli brg yg dia perlu drpd beli brg yg tak di perlukan.membazir namanya tu.INGAT TUHAN tak suka PEMBAZIRAN :D


Birthday BFF aku si ecah tu dah dekat..hujung bulan october ni..so aku pun mula la sibuk berkira2 nk beli apa..lalu aku pun bertanya kepada ecah.dan dia menjawab beg bertali panjang.hmmm dlm otak aku takde kedai lain kalau nk beli beg elok2 ni..yela kata utk yg tersayang kene beli yg berkualiti..


Lalu bila next week balik,aku pun g shopping cam biasa,dan masuk lah kedai yg aku kata beg elok tu...kedai buah je MANGO..hahahaha.ataupun lbh di kenali dgn nama MNG..cr punya cr..takde plak beg yg cantik...kalau cantik pun,aku rasa kat mata chah tak cantik sbb taste kitaorg lain gila....hehehehehe..tp hr tu aku pulang dgn hampa..


tetbe last week, aimi kecoh pasal career fair kat MID.aku bkn excited nk g career fair tu..tapi aku excited sbb nk beli hadiah ecah sbb aku tahu MIDVALLEY ada MNG! BIG yeay!


lalu,dgn izin ALLAH,aku jumpa gak beg yg bersesuaian dgn personaliti ecah..chewahhhh...wakakkakaa...harap2 dia suka... :D ...aku kalau beli beg mesti nk leather sbb bg aku leather ni tahan lama sket..so alang2 nk invest kat something biarlah ianya berkualiti dan tahan lama...hmmmm...aku nk letak gambar tapi kang kalau letak kantoi la plak...tak seprais..ahhahahaha..tapi ecah tak baca pun blog ni..wakakaka.so aku nak letak!


ahhaahha.kalau ikut aku,aku suka warna merah ni...tp mcm aku kata,taste aku dgn chah tak sama...so aku beli warna light brown utk dia..ehhehehe.


HAPPY BECOMING BIRTHDAY MY LOVE...hope u will like my present for you :D


p/s : skrg tgh fikir nk design birthday card utk chah..konsep dah ada..hehe.

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...