Showing posts with label pregnancyjourney. Show all posts
Showing posts with label pregnancyjourney. Show all posts

Tuesday, January 10, 2017

#PregnancyJourneyUpdate - Pilihan rawatan, what to do next?



SALAM


Lama giler ek nak update step seterusnya hehe. Entry ni aku combine jela sekali harung ahahhaha... nak cepat ek. Lapangkan dada okay baca, aku cerita direct je takde tapis2 biar orang tahu apa nak expect. So, setelah ambil ubat selama dua bulan alhamdulillah period aku okay. Prof pesan, suruh aku buat FSH test dalam 2nd cycle period pada hari ke empat period untuk check hormon. Test tu korang boleh p clinic biasa je, aku haritu pi Klinik Ajwa kat Shah Alam, dia ada test tu tapi berangkai... so layan jelaaa test semua, harga test RM 150.



Test tu buat dalam 18th Oct, and jumpa Prof next ialah 21st November 2016. So masa jumpa Prof tu, dia bagi dua benda kena buat, first pada period hari ke 1-10 kena makan satu ubat ni nama dia Trozet and hari ke 10 period dia suruh pergi ultrasound. Second ialah kena amik sample air mani.


 Ok, kalau dekat UKMSC ni dia akan bg 2 pilihan, samada korang nak air mani di keluarkan secara masturbasi dgn bantuan CD hahahha ingat nak upload gmbr CD tp kang kena kecam lakkk ataupun boleh bawak masuk isteri anda di dalam bilik tu.. lepas tu buat lah apa yang patut. Yang penting dia nak yang fresh. hehehe. And sebelum bg spesimen sila jangan bersama sekurang-kurangnya 2-3 hari... dia tanya nnt okayy..


Baca instruction di bawah :



 Bilik berkat.... semoga berkat usaha kita semua AMIN.








Bilik okay, ada toilet semua. Then lepas dah bg spesimen tu, boleh lah pulang....... Kos untuk check air mani RM 53.00 (RM 3.00 tu GST) 


-----------------------------------------------------------------


Selepas visit yang haritu, aku pun makan lah Diane 35 mcm biasa, tetbe bulan tu period aku lambat, aku dah cuak dah... rupanya sebab aku demam denggi yang masuk hospital tuuuuu.... elok je lepas keluar hospital period... then makan lah ubat tu... then hari ke 10 kena datang untuk Ultrasound...



Masa ultrasound tu dia akan tengok ada telur ke tak? Masa aku scan haritu adalah satu telur sederhana and satu telur besar. So doctor aim yang besar ni.. gituuuu... So lepas scan ni, kena jumpa doctor... dia akan explain mengikut cara apa yang korang nak.



Contohnya aku decide nak normal, kita panggil SI...  Dia ada step dia, memula SI, lepas tu IUI, lepas tu IVF... dan berjela lagi... Tapi sbb aku buat SI, so aku tahu yg ni jela dulu... lepas ni kalau aku buat IUI... aku explain okay? SI ni doctor akan kirakan hari apa yang kita kena bersama, hari apa kena cucuk ubat untuk force telur keluar. Ubat tu dia akan suruh beli dekat farmasi UKMSC..Ada dua jenis ubat, ubat utk force telur keluar dengan ubat kaler coklat, . and ubat tu kena sentiasa sejuk... So, korang kena sewa bag sejuk beku (ni ke nama dia?) RM 50 untuk store ubat tu, beli ais kat cafe okay...


 Nama ubat beserta harga. Payah nau nak sebut nama ubat hahhaha


Untuk process aku, cucuk 25th Dec pagi... doctor suruh bersama 26th malam... sebab sperm akan tahan at least 2 hari kan... Cucuk tu kalau ko berani ko buat lah sendiri, aku tak. hahhaha aku p clinic swuh doctor cucuk kan. agagaggagaga...



Lepas dah cucuk tu, bersama then.... 4hb January aku kena check darah, check darah ni untuk tengok berjaya pergnant ke tak... Dia punya time frame tu korang kira sendiri eh hhehehhe malas ekk... Nak di jadikan cerita, first time test tu result border line, so kena lagi sekali, 6hb Jan 2017 aku p lagi.... 



So Isnin 9hb Jan 2017, dapat result.... cubaan gagal kekekkeke. Takpe, cuba lagi. Aku rasa benda ni ko takleh cepat putus asa. Kena keep on trying. So, itulah.... clearkan steps dia aku explain.. kekeke... jangan cakap I melucah okkkk... 



Next jumpa doctor 16th Jan 2017, macam nak buat IUI... belum bincang bebetul dengan Wan... kita tengoklah cemana ekkk... Stay strong korang... Jom peluk ramai ramai kbaii :')



Friday, October 21, 2016

#PregnancyJourneyUpdate - Kos Rawatan (First Visit)



SALAM


Haiya haiya... boleh pulak hari tu up entry PCOS tapi tak serta kan kos. So kalau aku bgtahu ni, korang boleh anggar lah kan berapa nak kena ready.. Kang tetbe tak cukup kang payah pulak...



Di sini aku sertakan resit, so korang boleh tengok details dia.... Aku tak tahu tempat lain, tapi aku dengar UKMSC ni antara tempat yang harga paling affordable kalau nak bandingkan dengan private clinic yang lain....


Jangan salah faham ya, UKMSC ni bukan hospital punya ya, dia mcm entiti lain.. swasta tapi affordable... gituuuuu (ingat ya adik adik kena bijak manage duit) HAHHAHAHAHA. Tapi doctor semua lelaki, tak silap aku, if korang prefer doctor perempuan, boleh pergi KL Fertility, dengan Dr. Natasha Ain... 





Total hari tu, RM 392.40 :))


So nanti, next rawatan aku akan update lagi ya? Be strong. Kbai.



Tuesday, October 4, 2016

#PregnancyJourneyUpdate - PCOS


 SALAM

 

Kembali dalam post Pregnancy Journey. Ewahhhh gaya cakap mcm dah pregnant HAHA. Velum lagi. So mari lah kita bercerita tanpa berlengah. 

 

Ceritanya bermula begini....Aku dgn Misha Omar selalu borak pasal family, friends, husband.... and of kos anak. Since dia dah beranak, dia pun nak aku pun mengandung gak.. Aku tatau kenapa aku men-delaykan treatment maybe sebab doc yang aku jumpa kata everything is normal. Period tak datang sbb hormon... well of kos with the two miscarriage earlier kan.. So aku fikir mcm ohhh this is normal.. Just go with the flow.... Enjoy your love life with your husband... NEXTTTT my husband so busy dgn study and keje dia hahha no time to enjoy..

 

Sampai la satu hari dok whatspp pasal Idris... Dia tanya, "Amni, I set kan appoinment untuk you eh dgn doctor yang I pergi dulu... " Aku cm terbangang tapi aku cakap,"Ok.. boleh ke?" sbb setahu aku pakar2 ni busy ya ALLAH... 

 
And... the rest seperti di bawah.... baca ye jangan malas...
 




 
So on 19th Sept tu kami pun p lah UKMSC. Jumpa doctor tu pung pang pung pang. And dia sahkan aku ada PCOS. PCOS ni mcm hormon pompuan and lelaki ko tak balance. Hormon lelaki aku lebih so aku tak period..... part lain aku mmg 100% perempuan eh... hahahaha... Memula ingatkan normal yela sbb dah 2 kali gugur. So maybe period merajuk (apa punya teori ni batakkk la) HAHHAHA. Rupanya memang org PCOS tendency nak miscarriage tinggi.... So terjawab lah persoalan mengapa gugur itu. Takpe, tu I dah redha uolss... Baby MKs jumpa nanti okayy...
 
 
 
Doctor bagi ubat for 2 months. Tujuan nya untuk regulate kan balik period and stable kan hormon tu.. Aku pun okay je.. Then, amik darah... Doktor kata after habis ubat for one month, akan period, hari ke 4, amik darah lagi...and I need to lose weight hehhehe... gemuk khen... puiii. Gemuk pun mempengaruhi.. Tapi byk je org berisi tu pregnant... Grrrr... org lain2 ye dakkkkk
 
 
 


 

 
Kemudian bermula la journey aku makan ubat. Bila makan je ubat, aku makan after dinner, EVERYDAY without fail, pukul 4 pagi je aku akan start cirit birit. OMG like OMGGGGGGG cirit wehh more than 5 times per day. Minggu pertama, cirit je and hidung berdarah... Masuk 2nd week, cirit, hidung berdarah and muntah..... and up until now..... dia akan jd keras sket if aku minum teh panas pekat without sugar... yang tu pun... rasa mcm air rebusan rokok.. HAHHAHHAHA..

 

Rasa nak menangis pun ada.. tapi kena kuat semangat... sebab aku memang aware when you seek medical attention because of infertility, ko punya mental and physical kena kuat. So... here I am.... takpelah dah ini bahagian aku yang ALLAH bagi.. I am okay with it #positivevibes

 

So, siapa2 yang pernah lalui benda sama, moh le share... or nak tanya apa apa boleh je.. email aku...


 

nurulamnijamaludin@gmail.com

 


Kbai.... nak p berak...

 

Monday, May 11, 2015

Manjakani



SALAM...



Nak sambung lagi cerita miscarriage sbb ada benda lawak2 hehhee.. Masa mak mentua aku dapat tahu tu dia risau.. Dia call aku, lepastu ayat yang keluar...


 "Macamana boleh jadi abortion ni?"


Aku mcm terbangang jap. Krikk krikk. Abortion? Maa sape plak buat abortion???


Eh salah ya?


zzzzzzzzzzzzzzzzz


" Nanti Mama belikan kau jamu"


Dengar Jamu I was like shit! jamu???^$#%^#^#*


"Makan kena pantang, jgn minum ais, jgn mkn benda sejuk"


"Benda sejuk? Ice cream?"


"Kobis, tembikai semua tu...."


How to determine benda sejuk? kulit dia sejuk??


************************


Then, last weekend aku balik ampang. MIL aku pun bagi jamu tu... terkulat2 aku tgk.. HAHAHA..


FIL bersuara, "Kena makan jamu tu.."


Bila balik Klang aku tunjuk kat Mama aku.


"Do I really have to eat this? Makan orange ke salmon ke? Eat clean? Tak boleh eh??


Mata Mama besor kecik besor je tengok aku 


HAHAHAHAHAHA


************************


Then bila aku tengok je bekas tu... "B.. i kena makan ke?"


Wan pun nyanyi... "Pil binari pil binari ubat khusus wanita....." (memang cap Binari pun)


Lawak la sangat kannnnn Rithuan Shahaini!!! ... zzzzzzzzzzz




Kbai

Of Miscarriage and Folic Acid



SALAM!



Serious rindu gila nak menulis. Banyak sangat mcm mcm jadi.. Akhirnya saya disini juga menulis kembali... chewahhh bajet sgttt.



So berdasarkan tajuk, pun dah tahu kan apa yang terjadi. Aku tak suka bila cakap hal ni, dia mcm... bila kau dah tahu, lpstu ko senyap je takpe. Aku tak kisah.. Takyah tanya ehhh ehhh mcmana boleh ehhhh ehhhhh (mcm dangdut la plak) so diam je.. Masa dpt tahu tu aku sedih.. sape tak sedih woih.. kami tunggu setahun lebih kot.. 



Aku menangis... Nangis jenis senyap... Air mata je mengalir... ok dah taknak cerita.. Semoga anakku tenang di sana... Wait for Mummy and Daddy okay? Wah so omputih... heh.



Ok cerita lain pulak, masa aku jumpa doktor Natasha (shes my fav) dia suggest aku makan Pharmaton matruelle.. Aku pun makan.... And bila pergi doktor lain, doktor tu bagi different type of folic acid.. Tapi aku makan gak lah...




And masa aku jumpa Doktor Melissa Goh tu, aku tanya,"Doc, is it true this folic acid will make me fat???!!" HAHAHAHA takat nau fat.. padahal mmg sejak azali dah fat HAHHA..




Then Dr. Melissa Goh kata, 'Please don't listen to anybody without asking your doctor" "There's no such thing as folic acid making you fat, you fat sebab makan banyak" Muka aku krik krikkk.. Muka-macam-are-you-saying-that-iam-fat-now-HUGE-QUESTION-MARK


Then Dr kata ,' I mean women in general" 


 HAHAHAHHAHAHAHAHHA


So korang yang baru kawin ke.. nak anak ke telan lah folic acid ok?


 Kbai



Tuesday, February 24, 2015

Supplement Kesuburan



SALAM



Masa aku pergi jumpa Dr Natasha tu dalam goodie bag dia ada bagi satu supplement ni. Dia kata memang elok.. tapi bila tgk apa kandungan ubat tu mmg elok pun..hehehhee.. LENGKAP... Walaupun belum pregnant its good bila kita amik supplement kan...



So, this is it! :)





Harap harap ada faedah yang berguna dapat di badan iolss...


Sebotol ni harga dia RM 56. Ada 30 biji...


Kbai.


#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...