Showing posts with label RSandAJ. Show all posts
Showing posts with label RSandAJ. Show all posts

Monday, June 19, 2017

Rithuan's Big 3-0



SALAM


Tahun ni adalah tahun sendat untuk kitaorg hahaha sbb yela makin kita berusia, komitmen makin tambah. Tapi tak bermakna benda tu tak elok. Kita org still adjusting and bertahan HAHHAHA.
So awal2 aku dah cakap kat wan, minta maaf sebab aku takleh nak buat birthday dia besar besaran. Selalu tempah fondant cake bagai.... tahun ni tak... sobsss


Kebetulan masa birthday dia tu, dia kena outstation, so balik lambat. Aku pulak ada IBM Club dinner kat One World Hotel. So memang on that day kami tak celebrate. Siang tu aku half day, pi ikea dengan nana lepas tu petang ada meeting then dinner. 


Memula p ikea... lepastu cakap kat nana nak singgah Curve jap.. sebab aku rasa bersalah gila sbb tak beli pape untuk Wan... perasaan dia sukar nak dimegertikan tapi mmg takde budget untuk hadiah waaaaaaaaaaaaaaaa (-___-) Aku fikir, okla kot beli belon untuk dia and cake later.


Punya lah aku mencari Balloon Buzz dekat Curve tu mcm nak gila. Akhirnya, jumpa gak. Dah beli balloon, balik ke IBM Plaza for meeting, then dinner. Masa dinner tu cam terfikir nak beli cake katne lah ni... sekali nampak ada cake kat kaunter tempat kitaorg makan tu... tanya dia boleh ke beli... of kos la boleh kan hahha.. so aku beli cake kecik sekentot tu je utk wan...


Balik tu, aku tunggu dalam bilik konon dia bukak pintu nak surprise lah... pergh kematu ek tunggu.. sebab macam dah dengar bunyi kete tapi apasal tak naik naik.. last2 aku kunci pintu aku baring... HAHHAHAHA bila dia nak pulas tombol buat konon2 cam tengah buat something lah hahaha padahal malas ek..


Sekali TARAAAAAAA!!! dia terkejut. ok mission accomplished.



Kecik ek cake tu.. tapi Wan cakap sedap sangat...


Lepas beberapa minggu, aku dapat vocuher dari IBM. Voucher Sakae Sushi.. RM 100. So aku pun cakaplah belanja dia makan ewahhhh kemain suka dia. hehehe.



Tiup lilin kat sashimi ekkk


Happy Birthday Sayang ke 30


Terima Kasih kerana menjadi suami i. And selalu sabar. HAHAHA. Aku memang cakap kat wan sblm kawin, aku tak perlu duit hahhaa tapi aku perlu lelaki sabar sbb aku byk kerenah. So skrg, dia sedang bertahan KAHKAHKAH. kata cinta kannnnnnnnnnnnnnnnn


Selalu sabar. Bertanggungjawab. Selalu dahulukan orang lain. Baik hati sangat kadang2 baik sangat aku menyampah serious haha. Semoga menjadi hamba Allah yang di senangi dan sentiasa bahagia. Love you b.


K la byk sgt tulis. 


Always the helpful one :)

Friday, March 31, 2017

My favourite receipt!



SALAM


Lately ni memang kehidupan sangat sibuk, sampai tahap, duduk serumah dengan mama and baba. Tapi seminggu tak jumpa. Teruk kan? tulah, sedih tu memang ada tapi takleh buat apa. Waaaaaaa... same goes my relationship with Wan..



Sebab terlampau busy, aku selalu tidur dulu and tatau pukul berapa dia balik. Tahu2 bangun pagi dia ada kat sebelah, kadang2 takde gak. HAHAHA.. Then pegi keje, cakap berapa patah ayat je. Masa keje 9.00am - 6.00pm memang jarang message, boleh kira dengan jari lah berapa kali je message. HAHAHA. Message pun sebab nak tahu dia nak amik kul berapa kat office. Balik keje je, masing2 dah penat, kadang2 bercakap, kadang2 dua dua senyap dalam kereta, sampai rumah. Tapi bukan bermakna gaduh ke dingin ke apa.. its just that we are too tired.



Biasanya ahad jelah masa kitaorg memang spent time. Hari ahad ni kalau tengah keluar Wan pegang phone pun aku rasa cam nak mengamuk. hahhaha I need your full attention. Gituuuuu. Aku memang annoying. TQ.



And semalam, aku keluar dengan eksyenz, aku balik, Wan belum balik, masih kat site... Ok takpe dah biasa. Sebelum tidur, saje lah tulis kat resit aku beli ole ole untuk dia sebab aku keluar kan. hehehe.. Letak resit atas iron board, then aku tidur. Aku bangun pagi tengok Wan tidur lagi. Tatau lah dia balik kul berapa. So aku pun terus nak mandi, nampak atas iron board ada laptop, ni mesti balik dr site, sambung keje kat laptop plak.. Hish....



Tiba-tiba mata aku nampak resit tu..... sengih lah... macam kerang busuk.....






Kbai.



Monday, August 10, 2015

Tues-date



SALAM...



Sejak dah kawin and berusia ni, kalau keluar dengan Wan.. part pergi spa tu mesti ada. Sebab dah berusia kannnn so kene manja kan diri tu lebih sikit. Dengan tak semena-mena kami mintak cuti on tuesday lepas.. Wan cuti, aku half day jerr..



Appoinment spa pukul 5. So nak sampai kan pukul lima tu kami jalan jalan dekat Quill city Mall... tetbe lalu depan Sushi King... Aku tahu ada sushi bonanza tapi tak plan pun nak makan.. hahaha.. sekali dah alang2 masuk lah.. pe lagi.. bantai sushi... Wan kalau sushi dia akan berubah jd rasaksa sket.. kalau kaitan belt tu boleh makan pun dia makan kot.. HAHAHA..


















 








eeeee swuh bg muka bukan perut okkkk... 


Lepas makan sushi, kami pergi spa dekat Renaissance Hotel. Lepas 4 jam dekat spa, kami amik Thai massage, bagi aku thai massage ni aku tak berapa suka sebab dia mcm banyak ketuk2 badan kau.. sakit okk.. beza dengan traditional massage dia mcm lebih menyeluruh.... sakit tapi sedap...



Tengah2 massage tu tetbe aku teringin nak makan tomyam... HAHA... maka terus g Kg Baru..



YA ALLAH.... tolong lah apasal sedap sangat tomyam rosdet ni... dia pedas, tapi kau macam ketagih... nak lagi... nak lagi... serious tak tipuuu... pedas mcm nak lempang orang tapi still makan. HAHHAHA... yummy!



Lepas tu balik rumah kekenyangan HAHAHHA. Best gila haritu.. Nanti boleh repeat lagi... Kalau 6 jam kat spa pun ok kan... tenang je...



Kbai..

Wednesday, July 8, 2015

Dinner TNB : Cyberview Resort




SALAM!



Sebenarnya aku pun dah lupa zaman bila dinner ni, ke tahun lepas? HHAHAHAHA teruk sangat ni.
Wan cakap, tema dinner ialah baju tradisional. Maka kami pun decide nak pakai ala ala chinese. Aku memang suka pakaian bertema2 ni. Fun kan...


Selalu aku pergi dekat Puchong sewa baju2 ni, tapi kali ni try kat Ampang, kedai Melayu. Perghhhhhhhhhh murah ekk. Lepas ni aku p situ je if nak sewa..



 Ni tanduk apa eh? THOR ke yang pasti bukan kerbau



 Ni yang hati dalam peti HAHAHHA gila jijik



 Ni aku tatau


 Taraaa! baju ni panas, dalam tu ada 3 lapis Ya ALLAH... gila gemuk aku kelihatan.. HAHAHHAA



Wong Fei Hong dgn Hang Li Po... 



Tapi kami kalah sebab Puteri Raja dengan org kebanyakkan... tak sekufu KAHKAHKAH. Teringin nak pakai baju english style lama2. One day I will :)


Kbai.

Thursday, June 11, 2015

Cara tidur cepat



SALAM



Pagi tadi masa nak pergi kerja, mulut aku bising cakap aku takleh tidur. Sebab malam tadi aku rasa Wan penat sangat kot so bunyi dengkuran lebih kuat dari biasa. Selalu aku boleh je tidur, tapi malam tadi aku rasa mcm nak tekup je mulut dia HAHAHAHHA...



Aku pun berdengkur gak, paham2 lah org asthma.... hehehe... Selalu kalau nak tidur, mesti Wan tepuk aku, tapi biasanya bertahan dalam 5 tepukkan je, lepastu dia pun hanyut.... kadang2 aku pelik... Mamat ni apasal laaa boleh tidur cepat sangat.. Aku kadang2 dekat sejam baru boleh terlelap... Buat-buat lah kira kambing ke vavi ke mmg tak leh tido...



Masa dalam kete nak p keje, aku tanya dia.



"B, mcmana awak boleh tidur dgn cepat, saya heran tol la, sakit hati pun ada"



HAHAHHAHAHA.. jeles ekkk..



Lepas tu dia kata, "Nak tahu rahsia nya? Awak kena pejam mata, lepastu kosongkan fikiran awak"



"Kosongkan fikiran tu apa?" (biasala soalan manusia lampi)



"Kosongkan fikiran tu awak jangan fikir apa-apa, awak rileks"



"Ok, I try sekarang"



Aku pun pejam lah mata and tak fikir apa2 dan aku pun tidur HAHAHAHHAHAHAHA sampai lah UNITEN, Wan kejut aku.



"Ha berkesan kan?, awak masukkan dalam blog awak"



HAHAHHAHAHA



Serious wehhhh malam ni aku nak try lagi...



Amni si sleeping beauty puiiiii

Friday, May 29, 2015

Kuih Siput



SALAM



Semalam dinner dekat Kg Baru, masa makan tu, aku nampak ada kuih siput.. Kalau raya, kuih paling favorite aku ialah kuih gunting. HAHAHAHA senang je ekk. org lain suka tart la cornflakes lah.. aku suka kuih gunting jekkk...


So bila aku nampak kuih siput tu, dia kan mcm ala ala kuih gunting, aku bisik kat Wan.


"B, I nak kuih tu"

"Ha okay"


Dia pun belikan lah sebekas..


**********************


Pagi tadi nak g keje...


"Sayang, ni jangan lupa bawak kuih ulat ni"


HAHAHAHAHAHAHA sampai hati kuih ulat...


tu kuih siput laaaaa gilerrrr!



Ihsan google.


Kbai..

Friday, May 15, 2015

First Anniversary - Cameron Highlands



SALAM....



Gila basi cerita ni tapi nak kena cerita gak sebab sebagai kenangan.. hehehe... Percutian kali ni ialah sempena 1st Anniversary kitaorang... Beriya gila masa ni, memula nak p bali sekali bincang punya bincang tak dapat, cuti terhad. puih.. takpelah, simpan dulu.. So decide nak pergi Lumut. Biasa la aku dengan Wan memang pengemar pantai, so saje pilih Lumut. Ramai orang tanya napa tak pergi Pangkor. Aku tak suka Pangkor. TU JE ALASAN NYA. hahaha maka aku burukkan pangkor dekat Wan... hahahahaha gila jahat kan... so Wan pun taknak gi. Yes! berjaya. So dah booked hotel semua memang bertambah excited lah. Kami booked Swiss Garden Resort. 



Tapi bila sampai je sana... aku dengan Wan sangat krik krikk sbb penuh dgn lalat (-_-) penuh like penuh giler babs sampai atas katil pun ada.. zzzzzzz.. Aku mcm boleh bla lagi, Wan mcm sakit hati gila, dia kata mana boleh honeymoon dgn lalat. hahahahha.



Ntah tetbe decide pergi Cameron Highlands. Sebab Wan tak pernah pergi. So meh la kita gi. hehehe. So drive lah dr lumut tu lalu ipoh semua then masuk Simpang Pulai.... kul 12 kot baru sampai Cameron Highlands.. sejuk ekkk... tapi taklah tahap sejuk mulut kuar asap... fefeeling london sangat kau kan!




Sampai Cameron je terus mandi lepastu tidorrrr! Esok2 bangun je terus pegi berjalan... Aku duduk kat Brinchang.. Yang aku perasan la, kat Cameron ni takde mamak best.. Aku makan yg dekat dpn gerai byk2 tu alahai hambar gila roti canai dia... entah2 kalau aku yang masak roti canai tu lg sedap kot. HAHA.. Maksud aku yg segera eh bukan nak kena uli bagai... Lepas breakfast, tempat pertama kitaorg pergi ialah Raju Hill Strawberry Farm. Npk la kebun strawberry.. Di sebabkan aku ni memang tak suka strawberry so aku xla excited sangat.. Biasa2 je HAHAHA gila takde perasaan ekkk.  Sekejap je kitaorg kat sini, 5 minit je kot HAHAHA pastu blah...







Lepas tu pergi The Smokehouse ke apa tah.. Amik gambar sekeping lepas tu blah.. Sebab kena makan baru leh masuk dalam.. Makanan dia mahal arwah (T.T) takpelaa plus aku bukan lah peminat scones sangatttttt. Lepas dah p situ jap, aku cakap dgn Wan, "Dah jom p ladang teh lah". Cari punya cari akhirnya npk gak jalan p ladang teh, aku asyik dok cakap ladang teh jalan kecik tapi aku tatau lokasi nya mana yelaaa kemain aku berlagak dgn Wan pernah pergi Cameron tapi tu masa aku kecik2... HAHAHHAHA ok pe, at least I pernah pergi okayyy. Rupanya nak park atas ada had dia.. weekend mmg takleh lah kecuali ko bawak org tua2... I should bring atok kan? tetbe.. Dah park tu kena jalan ekk dlm 500 meter baru sampai tempat makan dia.













Yaya cakap kat sini kena makan Strawberry cheesecake dia, aku yang tak makan strawberry ni pun beli lah kan biasalah senang terpedaya lpstu aku tanya adik cashier tu apa teh paling sedap (of kos la aku nak try kan walaupun aku tak suka teh) Budak tu rekomen teh apatah dia kata takde kat luar teh tu kat Cameron je ada.. segelas rm 9. Aku pun biasa lah, terpedaya lagi... beli la.. sekali minum? hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm paddiaaaaaaaaaa



paddiaaa tah posing camni..



 Nyaman je kat atas tu kan? kalau ada rumah mcm tenang je. Konon. Yela tu Amni, ko tak dpt internet dah meroyan. HAHAHHA. So lepas dah amik2 gambar, kitaorg makan lunch dekat Teh Tarik Place. Ni part paling 2nd best aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Makan mee goreng sambil muka kena angin.. Part 1st best aku cete malam kang. Rasa mcm sangat tenang makan dalam keadaan sejuk.. Lepas dah habis makan, aku ajak Wan pergi Lavender Garden. Aku tahu laki aku mcm malas, tapi memang tu je aktiviti yang ada kan? Asyik nak dok dalam bilik je takleh aku ni bukan jenis mcmtu, aku nak sentiasa bergerak2 hahahahha.








Ni fav posing kot...


Sekali sedar2 dah kul 5. Kat sini memang tak perasan masa sbb cuaca tak berubah. So ingat awal lagi.. Wan pun ajak balik rest... Esok baru jalan lagi.. Oklah.. Saya terpaksa akur (ayat novel) Balik hotel rest2 sebelum makan malam.. eh makan lagi? Kitaorg duduk kat Brinchang, malam tu kami pi makan kat Tanah Rata, kedai makan melayu... sedap gak...




Lepas makan, beli Vanilla Latte, lepak kat belah luar Starbucks. Ni part paling best.. sebab angin sejuk, lepas tu minum air panas.. serius rasa nyaman je... chewahhhhh... Lepas makan balik hotel tidoooooooooooooo.....


Esoknya breakfast kat Teh Tarik Place... Lepas tu jalan jalan nak beli ole ole untuk kawan2 and family... Singgah Raju lagi... Adik aku pesan swuh makan waffle ni.. YA ALLAH sumpah sedap..... aku makan tak tgk kiri kanan... hahahaha.




Uncle Raju ajar makan strawberry.. letak madu dgn gula icing.. sedap arwahh!


Strawberry kembar Uncle Raju bagi :)


Lepas dah beli strawberry semua, maka balik lah kami.... Singgah dekat Cameron Valley punya ladang teh plak...










Maka berakhir lah kisah percutian anniversary yang tak jadi ni HAHAHA. Best gak Cameron.. kekkekeke.. Apapun, aku nak datang sini lagi!


Kbai.

Monday, May 11, 2015

Manjakani



SALAM...



Nak sambung lagi cerita miscarriage sbb ada benda lawak2 hehhee.. Masa mak mentua aku dapat tahu tu dia risau.. Dia call aku, lepastu ayat yang keluar...


 "Macamana boleh jadi abortion ni?"


Aku mcm terbangang jap. Krikk krikk. Abortion? Maa sape plak buat abortion???


Eh salah ya?


zzzzzzzzzzzzzzzzz


" Nanti Mama belikan kau jamu"


Dengar Jamu I was like shit! jamu???^$#%^#^#*


"Makan kena pantang, jgn minum ais, jgn mkn benda sejuk"


"Benda sejuk? Ice cream?"


"Kobis, tembikai semua tu...."


How to determine benda sejuk? kulit dia sejuk??


************************


Then, last weekend aku balik ampang. MIL aku pun bagi jamu tu... terkulat2 aku tgk.. HAHAHA..


FIL bersuara, "Kena makan jamu tu.."


Bila balik Klang aku tunjuk kat Mama aku.


"Do I really have to eat this? Makan orange ke salmon ke? Eat clean? Tak boleh eh??


Mata Mama besor kecik besor je tengok aku 


HAHAHAHAHAHA


************************


Then bila aku tengok je bekas tu... "B.. i kena makan ke?"


Wan pun nyanyi... "Pil binari pil binari ubat khusus wanita....." (memang cap Binari pun)


Lawak la sangat kannnnn Rithuan Shahaini!!! ... zzzzzzzzzzz




Kbai

Tuesday, February 10, 2015

Bahu Peti Ais dan si Wayar Ternoda



SALAM



Tengok tajuk mesti cam errr amenda laaa ni kan... Mai nak cete...


Weekend lepas, masa Wan pergi kelas, aku pun cerita lah dengan Mama, baba, yaya and nana yang aku pergi spa... Family aku memang tahu pun aku ni jenis banyak angin... 


Aku : tukang urut tu kata kat Angah yang angah banyak angin, lagi2 part bahu ni.. memang sakit gilerrr masa dia urut..


Mama : Tu la memang bahaya nanti jadi FRIDGE SHOULDER...


Semua cam krikk krikkk masa tu..


Aku : HAHAHHAHA maksud mama Freeze ke?? takleh bayang peti ais atas bahu..


Pastu semua gelakkkkk...


Mama : Ala... lebih kurang lah tu....






Nama penyakit tu sebenarnya frozen shoulder....


****************************************************


Cerita kedua...



Hari Sabtu sebelum p kelas aku ajar Wan english.. Dia ada kelas english kena buat presentation apatah... dia pilih pasal nak pasang loceng... takpe.. layankan...


Aku cakap dia taip... aku cakap dia taip...


Aku : Wrap the wires with a short length of electrical tape....


Dia pun taip... 


Aku : Wrap the ends of each of the wires to the positive and negative terminals


Wan : Yang, eja wrap tu mcmana...


Aku : W-R-A-P  napa? u eja cane?


Aku pun tengok slides dia...


R-A-P-E

R-A-P-E


RAPE THE WIRES WITH A SHORT LENGTH....


Aku : dah kenapaaaa nak rogol wayar tu...


Wan : Alaa teacher jangan marah... 


eeeeee geram tauuuu darah tinggi cikgu mcmni.... HAHAHHAHAHA..


Kbai..

Friday, February 6, 2015

Poise Organic Wellness Studio



SALAM



Minggu ni adalah minggu letih... last month punya end of week Wan memang busy gila.. balik keje pukul 5 pagi maka nya aku pun terabai chewahhh HAHAHHAA..



So kami decide nak amik cuti Isnin 2nd February 2015 tu untuk rehat... Wan lagi over cuti isnin sampai rabu HAHA.. takpelah kesian dia.. So sebab dah penat kan.. aku cam fikir.. why not pergi spa and release tension.. longgar2kan urat.. wahh curlas tol kau release tension..mesti ada yang kata apasal tak mengaji... tu utk tenangkan hati....



Aku pun pilih lah spa yang dekat dengan rumah Ampang.. So ni paling hampir and best(based on the website)



Isnin tu pun kami pergi lah.... Sesat ekk guna Waze.. aku dah gelabah tet dah sebab dah lambat HAHA.. last2 aku call spa tu, dia yang tunjuk jalan.. sampai2 je.. aku dgn Wan cam krikk krikk.... 



"B betul ke ni tempatnya?"

"Mana i tahu... you yang booked"



Aku pun call orang tu.. rupanya betul HAHHAA.. SUMPAH mcm haunted house.. Gambar bawah ni cantik gakla... Masa aku p tu penuh lalang... errrrrr








Bila naik atas je... WALAHHHHHH lain sangat dengan luaran nya... terkezut mak enon... Sampai2 je dia bagi air pandan... Wangi.. Lepas tu terus foot scrub.. tapi cuma air panas letak garam kot... rendam 10 mins... lepas tu lap2 terus masuk bilik...



Sebab kami couple.. so dia bg bilik couple.. baru lah best kan.. hehee.. Yang belum kahwin jangan mengada nak bilik couple okayy sbb kne bogel2 bukak baju... dah kawen takpe.. di galakkan... HAHAHA...



Masuk bilik je dia swuh tanggal baju pakai kain batik... org lelaki pakai boxer.. dia swuh steam 20mins.. dgn suhu 40 darjah celcius... gila kau panas nauzubillah... Aku da la asthma.. agak2 tpt tu dah berwap sangat... aku bukak pintu nya.. kang mati plak masuk kosmo..


 Ni gambar dari phone aku.. hehe




Yang tepi tu pintu kaca tu tempat steam...




Bilik kami urut..



Lepas dah steam.. masuk bilik untuk scrub... dia pakai scrub beras campur serai campur apatah.. untuk buang angin.. lepas dah scrub dia balut dengan plastik.. biarkan 15mins... Lepas tu dia swuh mandi...



Lepas dah mandi wangi wangi... maka mula lah sesi urutan... YA ALLAH sedap gila akak tu urut tapi aku bising sebab sakit.. badan aku banyak angin dia kata... adoiiii dia kata kena urut seminggu sekali at least.. habis kak duit aku kering kang asyik nak layan spa kau jekkk.. Dalam sejam dia urut... memang badan, kaki, pungkoq and buah dada dia urut. Lepas ni aku nak pi urut buah dada plak sebab dah tahu akak tu buat sedap kan... (mesti ada yg geli) HAHAHAHA..


Lepas dah habis semua sesi dia bagi kami minum air halia... SEDAP! Dengan tak malu nya aku tanya resipi...


Resipi teh halia kebaboom meletop mengeletarr


Teh
Air Panas
Halia hiris
Serai dititik


Didihkan... lepas tu minum... Piauuuu..



Memang sangat sedap lepas urut tu... Akhir kata spa ni best walaupun nampak macam haunted house.. Pekerja dia baik :)



Poise Organic Wellness Studio
Jalan Ampang Hilir, 55000 Ampang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
03-4252 2288


Siapa yang sesat masa nak p boleh lah call aku. Kbai.



Sunday, January 18, 2015

Iphone 5s VS Iphone 6



SALAM!!!!



Rewind balik masa time kami kawin tu Wan bgtahu dia nak belikan aku iphone baru. Aku ok je lah masa tu sebab iphone aku pun elok lagi... Tapi bila dah lepas kawen, bajet lari.. yelah masa honeymoon je dah habis 3.5K padahal pergi Krabi jekkk (-___-) kalau p London entah berapalah... So rancangan beli iphone di tangguhkan. Di sbbkan takde kepentingan pun, aku ok je. 



7 Bulan kemudian.......


"Nanti B belikan D iphone baru ehhh dapat duit bonus"


"Yeay!! (Aku happy sbb masa ni iphone aku dah jatuh and skrin dia dah jd hitam macam tompok dakwat) Aku masih tabah guna.... yela nak beli mana aku ada duit... krikk krikk..


"D nak iphone 5s 64GB ke nak iphone 6 16GB"


"Hmmmm... 64 dgn 16... hmmmm takpelah 5s je.. I banyak space nak guna..."


Sumpah lah ko berniaga online, dua bisnes plak tu.. satg bila adik aku dgn Fiza nak amik stok kain je perghhh berderet2 gambar masukkk..


Kang supplier plak hantar gambar...


Tu belum whatsapp group yang ada 17 tu.. PITAM.


"I nak 5s je b 64GB GOLD"


"Amboi... nak GOLD"


"Ala... pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"


"Ok sayang boleh boleh nanti I beli"


  Dengan tompok lah, dengan wayar dah mcm hape tah. Kalau terpegang masa tengah charge mcm kene elektrik shock sikit. HAHAHAHA.. 



***************************



Cerita dia bermula begini... Ada satu hari tu Wan msg cakap dia amik aku lambat... So aku pun lepaklah starbucks dulu.. Setelah 2 jam tunggu dia kata dia mcm lambat lagi... Nak taknak kena naik public transport lah kan... Masa ni aku sangat bengang sampai aku nangis kat bus stop tapi still sedut air choc LOL kalau dah dasar kuat makan.. Jauh ok cyber dengan klang tu...



Aku pun amik taxi... sbb dah malam, bayang bus pun aku tak nampak.. Tahan taxi.. dia nak rm 10.. padahal Cyberjaya dengan putrajaya sentral tu dekat sangat okkk.. Macam OU nak pergi the curve jekkk... Tapi sbb aku dah nak cepat lantaklahhh bayar jerr..



Dah sampai ERL Putrajaya Sentral aku kena naik ERL plak.. pergi KL Sentral.. tu jelah cara nya kan.. kena amik KTM pergi Klang... Tambang dr Putrajaya ke KL Sentral rm 9.90 ke 9.50 lupa dah... Fine.. bayar lagi.. lepas tu tunggu lagi... masa ni perut dah lapar... Lepas tu stop kat KL Sentral aku jumpa Yaya sebab dia memang balik naik train.. so kitaorg balik sama sama naik train pukul 9.10pm...



Masa ni aku dah sangat penat dengan bag laptop lah, handbag aku lagi.. hati panas lagi... Sampai rumah pukul 10 lebih... ko bayangkan aku balik kerja pukul 4.30petang..sampai rumah pukul 10 lebih... Tapi sebab masa ni aku dah sangat letih, perasaan nak marah tu cam hilang... 



Tak lama lepas aku balik, Wan pun balik... Dia terus masuk bilik, aku tengok TV... Lepastu aku masuk bilik tanya dia nak makan tak... (Masa ni dia dah letak dah iphone tu tapi aku tak perasaan hehe) Aku pun teman dia makan semua... borak2.. dia say sorry semua.. tapi sbb aku dah penat aku maafkan jelaaaaaaa... dlm otak fikir nak tidur je..



Lepas tu kitaorg pun naik atas masuk bilik.... Masa aku masuk bilik... aku nak buat keje opis sket.. so laptop aku tu aku dah bukak masa sebelum aku mandi tadi.. Bila aku masuk bilik, aku dok atas katil... Wan duduk kat bawah bucu katil.. Aku dok pot pet pot pet borak apatah.... Sampai lah masa aku nak start buat keje... Aku tarik laptop tu... WAAAAAAAAAAAAA!!


 Laptop hadap sana....




Bila pusingkan!!!!!



Reaksi aku terkejut cuma EH??? pastu aku sengih... terus pegi peluk dia... 


"Thank you sayang"


"I minta maaf eh lepas ni I akan bagitahu awal kalau i tak boleh ambil you dekat office so you boleh pergi rumah Nana"


"Okay B"


Hahhhh lepastu faham2 lah apa jadi bila lampu padam... HAHAHHA... Novel sangat okayyyy puiii. Kbai.

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...