Tuesday, January 1, 2013

Bibir Idaman


SALAM!!!


Tajuk entry macam lucah. Hmm.. takla.. biasa je tu. Jangan fikir bukan bukan. Tak baik. So, berbalik pada tajuk entry di awal tahun ni. Kenapa bibir idaman? Sbb bibir adalah salah satu anggota badan yg boleh membuat kita nampak menarik. Macamana nak nampak menarik? Kena lah ada bibir yang sihat. 


Selalu kita dengar, bibir yang cantik tu orang panggil bibir mungil. Aku pun tatau macamana rupa bibir mungil tu. Aku rasa kalau bibir kau sihat, kira cantik lah tu. Setel!


Before this, aku pakai lip balm cap lipice, pastu maybelline kuarkan yang baby lipbalm yang kaler cantik tu, aku terpengaruh, so aku beli yang tu plak. Tapi entah, aku rasa mcm tak membantu. Ni kat bibir aku lah. Bibir orang lain aku tatau.


Last2, aku beli, Vaseline Petroleum Jelly. Sebab aku teringat dulu roomate aku, Miza, dia pakai benda alah ni. So saje jelah try. Lagipun tak mahal. Bawah rm 5 tak silap aku. So aku pun pakai lah... 2 minggu je pun. AKU NAMPAK PERUBAHAN! 


Perasan tak kalau bibir kita kering, bibir kita ada banyak garisan2.. Kadang2 sampai nak terkopek, pastu darah.. ni kalau dah terlampau kering. Kalau jenis org yg selalu jilat bibir pun boleh buat bibir kering. NOT GOOD AND NOT SEXY ALSO MEH.


So, sekarang ni, bila pakai lipstick, nampak lebih elok, sebab garisan tu dah kurang! And bila pakai lipstick tak perlu susah payah nak pakai lipbalm, terus pakai je. JIMAT MASA. sebenarnya malas. heh.


Yang lagi best, aku bukan pakai all the time, sebelum tidur je. hehe. Best kan? Murah, berkesan and best!




So selamat mencoba! Bersama sama kita ke arah bibir yang sihat. Oh ya, bila aku tak busy, aku akan tulis entry Kenali bibir anda okay? GET READY! kbye.


Eh jap, untuk tahun 2013 ni, aku ingat every month aku nak buat satu entry. 1 THING YOU SHOULD DO THIS MONTH. hmmm.. untuk Jan 2013 ni aku tgh fikir lagi. Benda simple je, tapi akan memberi kesan long term. Trust me :) ok, kali ni betul2 bye!



Sunday, December 9, 2012

Cara pakai tudung.


SALAM!!!


Kehadapan peminat saya, saya akan... AKAN eh.. means tak tahu bila. Saya akan menulis entry bagaimana kah caranya saya memakai shawl. Sebab byk org tanya. Tapi aku mmg tak sempat nk tulis. *sebenarnya masih emo gambar tukar jd air longkang*


Korang tunggu aku dpt iphone senang sikit nk ketip gambar, phone skrg ni ssh sket, sbb besar. Ok? Tunggu sekejap.... And aku yakin korang mesti terkejut tgk cara aku pakai sbb senang tahap mengkarung. Huahua.


Tunggu tau! Kbye.

Tuesday, December 4, 2012

Apa masalah blogspot?


SALAM!!


Aku sungguh tertanya tanya, mengapa kah gambar di blog aku menjadi hitam seperti air longkang. Pelik bin musykil. Masalahnya, bukan gambar yg aku google je, gambar yang mmg hak milik aku pun jd air longkang gak. Apakes??? Ke aku kena bayar royalti kat diri sendiri sebab guna gambar letak kat web?


Ni yang rasa nak bawa ke mahkamah ni. Panas lak hati den. Sbb hati dah panas, aku delete terus gambar tepi2 tu nak elakkan hati semakin panas. Membara seperti gunung berapi yg nk meletus.


Okbye. Nak gi amik wudhuk jap bg sejuk sket.

Thursday, November 8, 2012

5 Tanda Kulit Sensitif



 SALAM!!!!


Dalam dunia ni banyak donut, pelbagai jenis donut. Ada donut coklat, donut durian, donut perisa asli dan macam macam lagi. Ok sekarang aku bukan nak cakap pasal donut. Saje nak bagi contoh. Donut juga macam kulit kita. Kulit kita pun ada pelbagai jenis, ada yang berminyak, ada yang kering, kulit kombinasi dan juga kulit sensitif. Apahal nak sama kan donut dengan kulit??!! Nampak sangat kuat makan. Heh.


Banyak perempuan dlm dunia fana ni tak tahu apa jenis kulit dia. Dulu aku pun confuse. Aku ingat kulit aku kering, lalu pakai pencuci utk kulit kering, ha kau, bertambah kering ibarat tanah yg merekah. Rupanya kulit kombinasi saya ni. Macamana nak tahu jenis kulit? Aku dulu ada mcm org SK II buat pameran, so dia test kulit aku. kat situ lah aku tahu. heeeeeeeeeee. 


Tapi di sini mari kita discover tanda tanda orang yang ada kulit sensitif. Kalau ada tanda2 ni pada kulit korang so you guys know what to do ok? TAKE ACTION NOW! Mesti korang tertanya-tanya macamana terjadinya kulit sensitif? Ok, kulit kita ni, eh bukan, sel sel kulit kita ni sebenarnya ada satu ability utk menahan benda2 ataupun air untuk memastikan kulit kita sihat. And bila kulit kita takde ability tu, itu yg akan menyebabkan kulit kita sensitif. Hmmmm, contohnya macam, badan kita lah, kita kan ada immune system, bila tahap imunisasi kita lemah, so lagi senang kita akan dpt penyakit. Kalau tak fhm gak, baca lagi sampai faham.


1. Pertama sekali apa yang korang perlu tahu ialah karateristik kulit sensitif.


A) Kemerah-merahan
B) Gatal gatal / Mudah gatal (Kalau gatal yg lain tu takpe, tu bkn tanda2 kulit sensitif, tu ko mmg miang)
C) Bengkak kekeringan
D) Rasa pedih
E) Mengelupas 


So, aku akan terangkan one by one. Baca slow slow ok, bagi faham. FAHAM KE TAK NI??! heh. Ok, first point (A) Kulit kemerah-merahan. Biasa nya akan berlaku bila kita lepas cuci muka ataupun bila cuaca sejuk, mcm kena angin yg sejuk. Bila kulit kita tak dapat nak serap benda tu, dia akan jd merah, means mcm ada something yg menghalang, so tindakbalas tu yg akan buat muka jd merah. YA ALLAH susah nau nk menerangkan. HAHAHHAHA. Tapi apa yg penting, kemerah merahan ni just tanda2 kecil je. Ianya juga adalah simptom gejala rosacea SILA CLICK DAN BACA, JANGAN MALAS, NANTI GEMUK. So, siapa yg ada rosacea ni, mmglah kulit anda sensitif (Kena baca baru tahu). Sila jumpa doktor untuk rawatan selanjutan. Kalau jumpa aku, kita gi minum kopi je.


Contoh rupa orang yang rosacea. Tapi cam cute takyah pakai blusher.



 B & C) Bila sel sel kulit kita tak function betul2, bukan sahaja dia jadi sensitif. Tapi dia jugak tak boleh nak simpan benda baik yg sepatutnya keluar. AIR! yes, air adalah sangat penting sebab kita nak muka kita sentiasa lembap. Bila muka kita kering, mula la rasa sakit. Kalau dah terlampau kering ada kadang2 sampai boleh berdarah kot. Dua punca kulit kering ialah bila cuaca sejuk and terlebih mandi air panas. Kalau kat Malaysia ni kita ambil contoh kerja di pejabat berhawa dingin lah kan. Memang kering kulit. Aku sehari 2 kali kot sapu moisturizer kat muka bila aku kat office sebab memang sejuk macam kat antartik hekhek. Perkara paling bagus kita boleh buat ialah guna lotion yang ada ceramide. Sebab lotion yg ada ceramide akan bantu kulit korang simpan kelembapan.  



D) Di sebabkan kesesentifan kulit tu tadi, so korang takleh lah nak pakai sebarangan produk. Orang yang ada kulit sensitif ni, kulit dia nipis. So, bahan bahan kimia dari kosmetik boleh senang masuk, lagi lagi jenis yg wangi, haaa tu lagi banyak bahan kimia. Bila bahan kimia tu bertindak balas, itu yang menyebabkan gatal2, rasa terbakar. Siapa pernah rasa terbakar sgt bagus, ni baru sikit rasa terbakar, kalau kat neraka lg panas. Ok gurau jer. So, bila korang rasa rengsa camni, memanglah kulit korang sensitif. Kajian ada mengatakan mana mana kosmetik atau pembersih yg ada pewangi tu memang bahan kimia dia banyak. So, nak selamat, tak kira lah kulit sensitif ke kulit kerbau ke, guna jelah kosmetik ataupun pembersih pape jelaa yang fragrance-free. SENANG kan?


E) Mengelupas. Ok, tanda terakhir ialah, kulit mengelupas. Bila kulit kita jenis sensitif, pastu kering, memanglah ada masalah nak maintain kelembapan kulit. The worst part is kulit akan mengelupas. Omakkk part ni memang sakit, aku pun ada time2 yang kulit aku akan mengelupas, salin kulit, ok, aku bukan ular. Tapi memang kadang2 tu mengelupas bila kering. Cuba tengok pembersih muka korang, ada tak  nama retinoids dan glycolic acid. Dua bahan ni memang akan buat kulit mengelupas. So cara paling senang, reduce kan penggunaan nya. SONANG je. Lagi satu yang korang boleh ambil kira ialah hyaluronic acid, bahan kimia ni boleh bantu untuk moist kan kulit korang. Tapi kalau malas, ataupun tak mampu nak beli, ada je cara lagi senang, makan je makanan yang berkhasiat, makanan yang anti-oksida dengan minum air sampai muntah. Cantiklah kulit nanti. CONFIRM! 



So, sekarang ni kalau korang ada tanda2 kulit sensitif, buat something ok? Sebab kulit ni mcm perut jugak. Dia nak makanan. Kalau kulit cantik, kan bagus. Sihat. Keluar tak pakai make up pun cool je. Hehe. Apapun, TENTUKAN JENIS KULIT ANDA. okbye. Kemain kau kan tengah training siap blogging, eh boring tol training ni. hahahhahaha bye again.

 

Sunday, October 28, 2012

Oh Anak Emak!


SALAM!!!



Ehem.. entry kali ni mungkin akan mendatangkan manfaat pada korang ataupun just sekadar bahan bacaan ringan. Anda pilih lah yg mana sesuai. So, ceritanya begini, ada dulu, aku tweet pasal tips nak deal dgn anak mak dan emaknya sekali kat twitter, then ada gadis2 yg tanya, apa lagi tips nya?? Sebab aku bg 3 je kot masa tu. Penat kot taip banyak2. Heh. So entry ni mungkin akan lebih kepada perempuan lah, tp laki pun boleh, tukar jelah mana yg patut supaya korang senang faham.


So, here's the full entry. Walaupun aku rasa aku tak pernah bersama dengan anak mak. Eh, mestilah pernah, kalau dia bukan anak mak takkan anak monyet. LOL. Aku rasa aku boleh bg tips2 yg berguna sbb sepanjang saya hidup, mak mak semua suka saya. SILA MUNTAH SEKARANG. 


Pada aku anak mak ni biasanya terjadi bila : 


1) Dalam family tu kekurangan anak perempuan. So, mak pun takde choice lah, manja kan anak lelaki. 


2) Jarak antara anak yg atas dengan yg bawah jauh. Contoh mcm aku dengan adik aku. Dia lahir 1991, aku 1987, jauh lah jugakkan, so aku lagi mengada2 dengan mak aku. Ni contoh okei.


3) Bila mak seorang surirumah. So mmg dia dok kelek anak tu dr kecik sampai besar. So, anak tu mmg bagai isi dengan kuku lah dengan mak dia.


4) Bila berlaku penceraian. Anak laki akan protect mak dia gila gila.


5) Sebab mmg kita sayang mak kita lah. Heh. Ok sebenarnya aku takde idea dah. =P


So, bila mak yang rapat dengan anak dia, and tiba tiba ada plak makhluk yg nak kan attention dr anak teruna dia, mestilah dia rasa terancam. Ala ala penyu spesis terancam. So, dia akan ada negatif thinking or etc. Ni aku rasa lah. Sbb kalau fikir logik pun, kalau ada org lain nak attention dr org yg kau sayang, mestilah rasa cam APAHALKAUNI???? hewhew.


Maka kita sebagai perempuan haruslah pandai deal. Let's go :


1) Ever heard the word BFF??? Yes, berbalik pada punca anak emak td bila berlakunya kekurangan anak perempuan/takde langsung. So, be his mother's best friend. Takyah nak BFF sangat. Cukup sekadar best friend. Ambil lah effort, korek2 sikit bakal mentua/mentua tu suka apa. Makan apa. Color apa. Hobi dia apa. Contoh kalau aku lah, mentua tu suka gardening, tapi aku mmg takla nak gardening, tak kuasa aku. Tapi apa cara lain aku boleh buat? Belikan dia pokok. Mudah kan? "Makcik/Auntie/Mak, ni sekarang bunga paling latest tau. semua orang tanam, Majlis perbandaran pun tanam, Makcik/Auntie/Mak pun tanamlah, saya dah beli ni" haaaa tak ke sejuk hati makcik tu td.Laki tu pun terharu tgk perempuan buat camtu untuk mak dia.


2) Rendah diri. Means jangan lawan mak dia. Biarkn dia lebihkn mak dia. Kata mak. Sakit kot beranak. Tak payah sibuk tanya,"I masak sedap tak? Sedap dari mak u kan?" Lelaki ni, memang lah dia rasa masakan mak dia paling sedap walaupun ikan goreng je, sebab? Mak tu sangat special. Special yang tahap ko takleh lawan. So, cara paling bagus ialah puji mak dia gak. Contohnya, "Ok tak you I masak kari ni? Tapi mak you masak lagi sedap kan, takleh lawan siottt (siot takleh ckp bila sudah berkahwin)" Lepas tu confirm laki tu syg anda lebih. Ni depends on situation lah. Kalau dh memang mak tu tak pernah masuk dapur, confirm2 lah kau masak lagi sedap.


3) Sayang mak dia macam anda sayang mak anda. Mak mentua/bakal mak mentua(akan jd mak jugak) sama je tahapnya macam mak kita. Sbb dia dh di kira mak kita juga lps berkahwin. Kalau kawin, kita bukan kawin dengan laki tu je, tapi dengan semua ahli keluarga dia kan? So bila kita sayang mak mentua sama mcm mak kita, insyaALLAH, takdela masalah2 merepek ni. Tapi mesti kita syg mak kita lebih kan? hikhik




4)  Aktiviti bersama. Yang part ini boleh ambil dari hobi mak dia. Kalau hobi mak dia sama macam hobi korang lagi baik. Contohnya aku, aku suka shopping. So aku akan ajaklah mak mentua/bakal mentua tu shopping sekali. Buat dia rasa penting. Kalau agak2 keyakinan nak keluar berdua tu ada, takyah bawak pasangan anda. Layankannnn je mak mak ni. Paling2 cikai pun, bawak dia gi tengok koleksi pinggan mangkuk ke, Ataupun anda tanya bapa mentua/bakal bapa mentua, apa yang mak td suka. Pastu pepandailah plan. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Bila pasangan tu tengok effort kita nak jaga hati mak dia, memang laaa makin sayang dia kat kita. Silap2 mintak diamond ring dapat kot. Heh.



5) Hadiah! Kenytaan yang paling benar. Perempuan memang suka kan hadiah. Tipu lah yang ckp tak suka tu. Hadiah ni kita bagi bukan bila birthday je, bila kita hargai apa yg org tu buat pun kita bagi hadiah juga. So, idea hadiah ni pun boleh di gunakan. Pepandai lah fikir. Tapi jgnlah sampai memudaratkan diri pulak.




6) Your Mom is Number 1. Point yg ini aku dapat dr kawan lelaki aku. Bila dia ckp tu, aku fikir lama gak, and memang betul pun benda ni. Ni part ni yang paling akhirlah eh, ponat dah den menulis, pernah dengar tak perkataan, Syurga suami, di bawah tapak kaki ibunya? So, mudahkanlah benda itu. Biar dia patuh pada mak dia. Anda sayangkan pasangan anda? Nak ke dia masuk api neraka jahanam? Mesti tamau. So let him be. Kita pun ada mak kita kan?



Kesimpulan nya, nak pikat anak mak ni, kena pikat mak dia dulu. Kalau mak dia suka kita, confirm! Senang hidup anda. Yang penting niat kita ikhlas, ALLAH tahu apa yang kita buat. One thing for sure, kalau seorang lelaki layan emak dia dengan baik dan penuh kasih sayang, insyaALLAH dia akan layan and hargai anda juga sama macam dia layan dan hargai mak dia. That's the best part about anak mak :')



Akhir kata, SELAMAT HARI IBU. Sukati aa nak wish walaupun dah lepas. Sorry lah entry takde gambar, sebab tatau nak letak gambar sapa. I takde mak mentua, bakal pun takde lagi. HAHAHAHAHAHHA kbye.


Sunday, October 21, 2012

Tahukah anda #2


SALAM!!!


Tahukah anda? Kalau lepas makan, tak elok minum ais. 


KENAPA?


Sebab air ais biasanya lg mahal dr air panas. Membazir amalan syaitan. Allah marah. Ok tak, tipu je, sebenarnya, tak elok sebab ais tu tadi akan membekukan makanan berminyak yang korang makan. 



Ok, kita bagi contoh biar senang faham, cuba bayangkan, korang makan nasi kandar, yg penuh minyak, santan bla bla tu, lepas tu minum teh ais. Slurppppppppppp sedap nya! Tapi, ingatlah bahawa ais tu akan membekukan makanan berminyak tu. Cuba bayangkan usus yg penuh lemak. YEK. Itu baru sekali makan, cuba hari2. Ok, nak pengsan skrg.






Ok, sambung cerita balik, bila lemak-lemak yg dah membeku tu keras, dia akan sempitkan usus korang. Hmmmm this is not good ok. Makin banyak lemak, makin gemuklah anda. Risiko penyakit pun makin tinggi. 



Kesimpulan nya, minum je air suam. Jimat satu hal, sakit pun tak. Tapi bukanlah takleh minum ais. Minum boleh tp berpada2. Milo tabur sedap kot. Yums.


Okbye.

Sunday, October 14, 2012

Bahana Exercise


SALAM..


Tajuk kemain mcm ala ala muka kena simbah asid. eh. So just nak share, semenjak, ok taklah semenjak sangat, sejak kat rumah aku ada treadmill, aku rajin jugaklah bersenam. So apa yg aku dapat dengan berlari separuh mati mcm pinggang nak tercabut ialah kulit yg glow.


Perasan gila statement kan, tapi korang kena terima sebab benda betul. WAKAKKAKAKA. Aku rasa mcm kulit aku bernafas kalau aku berpeluh2 tu. Aku rasa lah. hehe. So, ini gmbr yg paling latest tanpa bedak, pakai moisturizer je. Patut takyah pakai shades kan. Tp sebab panas, I tak tahan lah ulosss. Wek.



So tu je nak cakap, secara halusnya aku nak suruh korang bersenam. Tu je. Sampai tak message ni? hehe. Take care. Kbye.


#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...