Friday, April 1, 2011

Aku seorang guru. oklah cikgu tadika







Aku seorang cikgu tadika di taska junior pintar!!!!! sungguh aku tak percaya benda ni. malah sudah mula menyukai kerja ini. hmmm pelik? itu lah hakikatnya.


sejujurnya, aku memang TAK SUKA budak. aku rasa diaorang ni cam serabut kadang kadang. dahlah mengada. bising pulak tu. memang aku buat tak layan jela dengan budak kecuali kalau terpaksa. HAHAHA. and aku sangat suka BULI diaorg.


antara kes-kes buli yang aku lakukan adalah ke atas anak sedara aku sendiri. berlari kesana kemari. serabot gila. pastu sampai tumpah2 kan air. mmg aku pantang ah orang menyusahkan orang lain sebab aku yang kena lap masa tu. ahahha. pastu aku panggil sorang2.


aku : meh sini meh makan kerepek ni, sedap ni perisa strawberry
anak sedara : nak nak. sedapnya strawberry
aku : ha makan makan.
anak sedara : (amik banyak gila)
aku : (tersenyum)


tak sampai 10 saat, muka berubah sorang2. pastu nangis. HAHAHHAHAHAH. sebenarnya yang aku bagi tu kerepek pedas. sekarang boleh bayangkan betapa jahatnya aku terhadap kanak-kanak???


tapi baru-baru ni. hmmm taklah baru sangat. hj dapat anak sedara. and dia sangat rajin jaga anak sedara dia. aku pun rajin gak tengok. pastu terfikir, kalau lelaki boleh jaga budak sikit punya baik, takkan aku takleh. AHAHAAHHA. (ni berangan je ni KOT) lalu terbukak hati SIKIT nak suka budak.


tetiba dapat jadi class teacher of T4. kelas T4 ni kelas budak umur 3 tahun. murid-murid aku semua chinese. cuma ada satu je indian. semua comel comel tahap ayamas. terus jatuh sayang dekat diaorg. SUMPAH! lembut je hati aku tengok diaorg.


aku kena megajar english, matematik, sains, art, bm, music, smart me, and singing. tapi antara banyak2 subjek ni yang aku paling suka adalah SMART ME. SMART ME ni cam belajar kemahiran hidup. cara2 nak isi air dalam botol. cara pakai baju. hembus hingus. ikat tali kasut. cute kan? hehe.


first day kerja best! entah kenapa budak2 ni suka aku. cium2 peluk2 aku. alahaiiii lembut hati. tapi mmg adalah budak paling nakal. budak pandai. budak slow. ahhaha. normal lah tu. waktu mandi kan diaorg paling best. sebab semua bogel. AHHAHAHA. dah cam toyol dah. sekarang rasa tak sabar nak gi sekolah hari isnin. YIHAAAAA!!


alhamdulillah, aku dah suka budak sikit. slow slow lah. :)


hari pertama yang indah :)

Miliki rambut bersinar ibarat diamond ring




cantik kannn pompuan tu.. cute gila..(ok, aku bukan lesbian) sebenarnya aku nak korang fokus pada rambut dia.. shiny kan? cam pinggan mangkuk baru lepas cuci guna sunlight. ahahah. kita umpama kan rambut bersinar cam diamond ring. semua org pun tahu betapa berkilau nya diamond ring. kan? kan? sekarang cuba bayangkan. ok, kesat sket air liur tu.. jangan obvious sgt mata duitan.


rambut adalah sesuatu, eh bukan rambut adalah aset wanita. yeke? bg yang free hair, rambut ikal mayang mungkinlah ini aset penting. tapi sebenarnya banyak di antara kta yang memiliki rambut yang tak sihat. salah satu daripadanya mesti ahh aku. ahhaha. tapi aku bukan sebab tak sihat gila. sebab mmg gen aku rambut bukan ikal bak iklan sunsilk tu. rambut i wavy, curly merly kasar bak dawai. yang penting tak pernah ada kutu mahupun kelemumur ibarat salji.


sebenarnya banyak cara nak memiliki rambut sihat. kalau orang yang tak berapa nak berduit sangat cam aku ni. mengunakan bahan bahan semulajadi adalah pilihan utama aku. yela, kalau nak gi yun nam beribu-ribu kot. manalah ada duit sebanyak tu. lainla kalau taukeh kilang biskut. so pilihan yang aku ada, adalah melalui pemakanan.


sebenarnya, kalau kita bijak (nak kata diri sendiri bijak sebenarnya) kita tak perlukan rawatan intensive pada rambut. melalui makanan pun cukup, selain daripada ada manfaat pada rambut, kita juga bagi manfaat pada badan kita. cam air nescafe, 3 in 1. ha, cam tu lah umpama nya. makan satu buah tapi faedah nya banyak.


so antara superfoods yang pakar kesihatan suggest, aku amik yang paling mudah lah untuk korang dan aku sendiri praktikkan.


1. Makan makanan berprotein


Rambut kita mmg memerlukan protein. So, kalau korang masukkan sikit protein dalam makanan seharian korang pun dah ok sangat dah. memang akan buat rambut jadi tebal dan kuat. nak cabut pun kena guna kabel. hahaha. ok tipu. ok, contoh protein yang paling senang lah kan, aku tahu mmg ramai orang pemalas kat malaysia ni, adalah soya, telur dgn kekacang. buat perubahan kecil, minum air soya. kalau tgh jln2 nampak air soya, beli! small2 things ni kalau kita rajin, lama2 nampak jugak hasilnya. kalau rajin laaaa kannnn. beli air soya je, bukan aku swuh makan ikan salmon ke apa.


2. Vitamin, vitamin dan vitamin!


Kalau cakap pasal vitamin, mesti korang akan terfikir, vitamin yang dalam botol tu kan?? yang harga ratus ratusan. hahaha. TIDAK! lupa keee amni ni tidak berapa berduit. hehe. Antara vitamin yang bagus untuk shiny hair ialah vitamin A. so, korang boleh dapat dari sayur cam kerot. eh salah carrot. skrg fikir, makan carrot baik untuk rambut, untuk mata jugak kan? see... 3 in 1 lagi.. hehe. vitamin A boleh mencegah rambut gugur. mmg stress kan rambut gugur. sebab utama stress ialah kena rajin menyapu rambut. (malas sebabnya) haha. ok, vitamin lain ialah C dgn E iaitu anti oksida. so korang boleh dapat dari bayam. sedapnyaaaa bayam. ha sng tak? beli kat pasar baru seringgit seikat. tak cukup murah ke tuuuu???


3. makanan hijau. sayur hijau. air hijau. ok tipu


mesti semua orang tahu betapa baiknya sayuran hijau kan? sayur warna lain pun baik gak. hehe. tapi lebihkan sayur hijau ya. sayur hijau ni kaya raya dengan vitamin A dan C. apa guna nya vitamin ni wahai amni??? ok, vitamin A and C ni penting untuk badan kita nak produce kilauan pada rambut melalui minyak. bukan minyak masak ataupun minyak rambut. ni minyak asli dr rambut kita. minyak asli ni mengandungi dos iron yang tinggi. baik kan??? so bermula lah makan sayur hijau. aku ingat lagi cikgu sains aku masa sekolah rendah pernah kata, siapa yang tak suka makan sayur, amik kuah sayur tu pun ok. masih ada vitamin dia. tgk, mudah kan? amik kuah basah2 kan nasi tu pun ada vitamin.


4. Susu


Produk tenusu seperti susu adalah sangat kaya raya dengan protein2 penting. termasuk lah kalsium yang akan membantu membina pertahanan untuk pertumbuhan rambut. kalau minum susu bukan setakat rambut cantik, tulang2 pun elok kan? tapi jangan pulak korang minum susu ibu..euwwww..dah tua bangka masih bergayutan. HAHAHHAHA.



sapa minum banyak susu, rambut jadi putih. ahhaha. cantik kan rambut dia?



5. Kekacang



Aku bila sebut kacang mesti risau. sbb takut naik jerawat. hahaha. tapi yeke teori tu? entah. aku pun tatau sebenarnya. layannn jelah. lagipun kalau makan kacang banyak2 tak elok gak. kolestrol tinggi tak silap aku. yg pentingnya semua kena sederhana ya. ok, kekacang jugak elok untuk rambut diamond ring ni. kebanyakkan kacang boleh improve kesihatan kulit kepala dan rambut especially Brazil nuts. selain dari tu, walnuts plak kaya dengan omega-3 dgn vitamin E. bagus kan? kalau nak senang, buat kacang ni cam snack. tapi jgnlah makan banyak2. nnt jadi lain pulak. apapun yang kita buat kena sederhana okay?


CUBA SLOW SLOW YA. BENDA TAKKAN JADI DALAM MASA SEHARI DUA. YANG PENTING KENA RAJIN :)


Wednesday, March 30, 2011

Kanser buah dada harus di jauhi


kenapa kanser payudara di panggil kanser payudara? kenapa tak di panggil kanser tetek. eee.. huduh gila bunyi nya. HAHAHAHA. aku sebenarnya takut jugak dengan kanser buah dada ni. sebab dalam family aku agak ramai gak yg menghidapi nya. bak kata pepatah, rambut adalah mahkota wanita. yeke? bagi aku buah dada adalah mahkota wanita. ohh maaf bg yg mempunyai rambut yg cantik. heh.


sebenarnya kanser payudara ni boleh di cegah dari awal lagi. itupun kalau kita ada kesedaran lah. kebanyakkan orang suka main ignore2 je. ala, boobs aku cantik, elok je, takde kanser punya. sekali kau, dah kena, terus kena potong. tak ke haru?? aku selalu membebel kat mak aku, gi buat mammogram. tapi mak aku dah buat dah. hehe. baguslah.


so sekarang motif entry ini ialah untuk membantu kita mencegah kanser payudara. orang muda pun boleh kena kanser payudara, bukan orang tua je. ibaratnya, org tua je akan di rogol oleh perogol, tapi tgk sekarang, budak2 pun dah dirogol. see?? (jap, apa connection nya?)

ok, mari kita ramai-ramai mencegah kanser tetek, eh salah, kanser payudara.



1) Kurangkan berat badan

Ok, mari kita menghadapi realiti. kalau berat badan berlebihan memang akan mendatangkan keburukan. Orang kurus pun tak semestinya sihat, tapi kalau berat berlebihan ni chances dia lagi tinggi. Adakah korang tahu BMI korang? Jika BMI korang lebih 25. Maka, WAJIB lah anda mengurangkan berat badan. Jangan fikir banyak kali lagi. Semakin tua umur kita, semakin slow kadar metabolisma kita. So, makin kita kena kerja kuat(exercise). Cuba bayangkan, bila kita tua, berat badan berlebihan, metabolisma kurang. memang penyakit akan hinggap seperti lalat hinggap di tahi. ok, geli la plak.


2) Bergerak

Sebenarnya, asalkan kita bergerak. sedikit sebanyak ianya akan menyumbang ke arah kebaikkan. Jalan kaki macam siput pun takpe. Asalkan kuarkan peluh. Bersenam ni bukan sahaja protect jantung kita. Tapi dia juga reduce chances untuk kanser buah dada dan pelbagai sakit lain. Kalau malas sangat tahap ayam serama, pergi je bukak youtube. Melambak video2 senaman ni. Buatlah at least 20 minit per day. Buat perubahan sikit demi sedikit ya?



3) Mentetek kan anak

Breast feeding adalah sangat baik bagi ibu-ibu. malah anak-anak pun suka. eh tapi aku sekarang taklah. hehe. Breastfeeding akan meng-lowerkan hormon estrogen kita, so lagi lama kita breastfeed anak, lagi bagus. Bagi yang tak de anak, takyah lah nak breastfeed anak patung ke plak sebab nak lowerkan kanser buah dada ye. cam pervert plak. AHHAHAHHA.



4) Regular self check up

Benda ni sebenarnya paling senang nak buat. Tapi percaya lah. tak ramai yang buat. Alasan nya malas. MALAS MALAS. haish. at least buat sekali seminggu pun dah cukup baik. sebab kanser ni boleh develop cepat. aku ingat lagi, dulu ada kwn mak aku tetbe dah sampai stage 4. mmg sedih. so, mulai sekarang kita kena amik kesedaran.


Pergi kat SINI untuk buat self check up ya :) siapa malas, tengok gambarajah bawah ni.(nampak tak betapa beriya nya aku)







BUAT LAH PERUBAHAN DARI AWAL. AKU BAGI 4 NI JE DULU. KALAU YANG 4 NI PUN MALAS, TATAU LAH KAN. NI PALING MUDAH DAH NI. SAYANGI DIRI ANDA. EH SALAH, SAYANGI BUAH DADA ANDA. LAKUKAN PERUBAHAN SEKARANG YA. YA, SEKARANG.



Tuesday, March 29, 2011

TIPS 7 : say NO to puffy eyes

ok, entry ni akan di tulis dengan ringkas. sebab nak cakap satu benda je. HAHA. pernah dengar puffy eyes? ataupun dalam bahasa kebangsaan kita mata sembap. bukan lembab eh. harap maklum.

aku adalah orang yang mudah, eh bukan mudah. memang selalu ada puffy eyes. sebab selalu tido lambat ataupun aku memang di lahirkan untuk mempunyai puffy eyes. sadis gila bunyi nya.

sebenarnya banyak cara nak hilangkan puffy eyes. tapi aku bagi yang paling senang, mudah, easy mere bettey.. nanti aku update lagi ya cara2 yang lain.

Barang-barang yang di perlukan :

1) air putih/mineral/masak tapi bukan air sirap atau air kencing. euwww



2) bekas



3) tuala


mudah bukan?


Mari mula!

1. masukkan air dalam bekas

2. masukkan bekas dalam fridge

3. tunggu selama 2 jam sehingga air tadi menjadi ice.

4. ambil ice, letak atas tuala (ini ikut suka nak banyak ke sikit)

5. masukkan lebihan ais dalam lubang hidung untuk menghilangkan rasa bosan setelah menanti selama 2 jam ( ni optional)

6. tuam mata anda dengan ice tadi


kalau aku banyak ni je aku guna.


7. buat sampai rasa puffy eyes tu kurang

8. basuh towel tadi. HAHAHA.


nasihat aku, seelok2nya, buat masa bangun pagi. bila puffy eyes mmg tengah naik. hahaha. baru nampak cantik. kan kan?

SELAMAT MENCUBA!

Monday, March 28, 2011

Mari jadi orang pagi

hello good morning. pernah tak korang tertulis good MOANING. ahahha. bangang kan. ok dah. tu takde kaitan dengan entry yang bakal di tulis. aku percaya, percaya gila ni, tak ramai orang yang suka bangun pagi. padahal bangun pagi banyak faedah nya.

kalau aku bangun pagi, kerja2 rumah aku siap awal. maka, aku boleh rest awal. malah tak tinggal solat subuh. opssss opocot! lagipun mak and abg aku pernah kata, kalau bangun awal rezeki masuk cepat. :)

antara alasan-alasan cliche org mls bangun pagi:

  1. ala, penatlah malam tadi pergi membajak sawah, i need lotsa rest
  2. rileks lah, 5 minit lagi, 5 minit je..maka berterusan sampai 50 minit
  3. sapa yang loser sangat nak bangun pagi2 weekend ni
  4. lebih baik tidur dari bangun, tidur tak guna duit
  5. tidur boleh kurus hokeyy

anda terasa? bagus. mari saya bantu anda untuk bangun pagi dan tak rasa lesu.


1. pabila bangun pagi, mesti sejuk bukan? ramai yang suka mandi air panas. AKU adalah pengemar air panas. tak kira, pagi, tghari, mlm, mesti nak mandi air panas. hhaha. tapi sebenarnya, untuk menyegarkan badan pagi2 hari yg suci. adalah digalakkan MANDI AIR SEJUK. memang confirm terbukak mata kena air sejuk. setuju? malahan dapat menjimatkan gas di dapur pada siapa yang masak air semata-mata nak mandi air panas di pagi hari.


2. untuk bangun pagi dengan mudah setelah mengharungi hari yang panjang. adalah di haramkan. ahahaha. oklah, taklah haram tapi kalau boleh avoid makanan masin selepas jam 6 petang. sodium akan membuatkan kita menyimpan air. so nanti bila bangun tidur air tu naik ke muka (dan bahagian lain juga). perasan tak bila kadang2 bangun tidur muka kita bloated. cam kembung, mata sembap. ha, sebab ni lah. sekarang faham tak?


3. langkah ke 3, bangun pagi. stretch badan sikit. nak2 yang mimpi kena kejar hantu ke apa. confirm badan lenguh. lepas dah stretch, buat gaya ini

kalau korang mmg practice yoga. benda ni takde benda ahh wehhh. heehhe.



4. untuk bangun pagi, dan menjadi segar tidak lesu macam sayur bayam, salah satu benda yang boleh di praktikkan ialah bau oren. certain2 bau ni boleh stimulate otak kita untuk wake up. so, oren adalah antara bau yang bagus. kalau nak lagi berkesan, gi beli sabun bau oren, mandi pakai sabun oren. sarapan fresh orange, makan buah oren. (ok, ni bukan iklan nak promote tropicana twister eh)



5. ok, last but not least. selalu kalau korang bangun, mesti pasang lagu or alarm yang paling annoying supaya rasa nak bangun dan matikan. di ulangi untuk di matikan. bukan untuk membangunkan. inilah kesilapan kita sebenarnya. ahaahha. di cadangkan, supaya mengunakan tone/lagu yang anda suka, so bila bangun pun tak rasa marah. happy je. kalau susah sangat nk bangun buat je ringtone ayam berkokok. bila bangun rasa cam kat kampung halaman.. angin sepoi sepoi bahasa. ohh indahnyaaaa.


ok, trylah benda2 ni. nasibaik aku ni jenis senang bangun. mak aku panggil nama sekali je terus dah boleh terjaga. ehhehe. kalau tak berkesan gak, meh bagi alamat rumah, aku simbah air je kat muka korang.

ihsan : dailyglow.


Sunday, March 27, 2011

TIPS 6 : menukar tayar kereta (amni style)



SALAM!!



hmmm (berdehem dulu) sila jangan tertipu. amni style bukan bermakna amni yang tukar tayar kereta. apani apani rosaklah kuku yang dah di kilatkan guna lemon. hehe. oklah, mari aku ajar cara senang tukar tayar kereta.

perkara ini terjadi di sebabkan tayar kereta emy pancit masa kitaorg nak gi job fair siang td. dugaannnnnnnn. ok mari aku ajar. aku bet mmg ramai pompuan tatau. termasuk ah aku. mmg nangis call baba jelah kalau benda ni jadi. tapi sekarang? tidak lagi. oh yeah.

ok, tadi emy dapat tahu tayar dia pancit bila, jalan kat jalan rata, tapi ada bunyi mcm jln kat line kuning yang banyak2 selalu depan sekolah, supaya kita slow tu. tahu tak bunyi dia cemana? ok kalau tatau dah, diam je.

jom mula!


1. bila tayar pancit, jangan panik. rileks je buat cam biasa. "eh tayar, ko pancit ke? aku mmg suka tayar pancit-pancit2 ni" . parking kat tempat selamat. dan keluarkan brg2 yg nak di gunakan seperti besi yg nak angkat kereta tu. apatah. tatau. ala kat bonet ada.



2. mula kan kerja-kerja menaik kan kereta. ok, kita kena naik kan kereta sebab kita nak tukar tayar yg pancit tu. so kena tanggalkan dia ya.



3. ok, angkat sampai tahap senang nak tanggalkan dia eh. contohnya seperti ini. nak naikkan ni pun satu hal. harap bersabar eh. pusingkan benda alah tu.




4. kemudian. duduk jap, rehat. lihat pemandangan. (ni kalau tanak buat pun takpe) tapi awan tu cam biri biri.



5. lepas tu amik gambar sendiri sambil hiburkan si penukar tayar tadi. sbb confirm dia stress. kau ingat tak penat tgh2 panas kena tukar tayar.



6. ok, berbalik pada tayar. banyak sgt iklan, ok, lepas tu bukak benda skru yg ada 4 tu. supaya tayar boleh tanggal. ni mmg nampak payah. guna sepenuh tenaga ya, kalau nk gi beli 100 plus dulu pun takpe. penambah tenaga. igt ajinomoto je ke penambah perisa. *tetbe*



7. lepas dah tanggal skru tu, tanggalkan lah tayar yang pancit tu.



8. pastu masukkan tayar spare. (kalau myvi punya cam tayar basikal je. hampesssss)



9. SIAP! senang kan. ok lepas dah siap, kena lah kemas balik brg2 tadi, jangan buang sampah merata-rata ya. dbkl banyak kerja lain nak buat.



10. ucapkan kata-kata semangat, "wah hebatnya awak pandai tukar tayar. saya tak". kemudian, bagi lah air kat si penukar tayar tu tadi. hargai dia. (ni pun nak kena ajar ke?)


dan akhir sekali, step number 11, naik ahh balik kereta yang dah okay tu dang!


p/s : lelaki yang tukar tayar tu lah emy. bukan bangla, nepal mahupun orang asli. sekian.

Saturday, March 26, 2011

Minuman berdiskaun


tengok tajuk entry cam best tak? apa, ingat baju dgn spender je ke ada diskaun? minuman pun boleh hokeyyy. jikalau tidak sabar, mari lah kita meneruskan penceritaan ini. moh moh.

jikalau mengikuti entry2 yg lepas, aku selalu dapat SMS free benda tu la, benda ni lah. bla bla. so, ada satu hari tu, aku dapat msg dari celcom. ianya berupa begini.


pernah dapat?


ok, dulu aku dapat banyak msg2 camni, tapi aku selalu delete sebabnya aku tak percaya. HAHAHA. tapi sejak aku banyak free time ni, aku rajin layan benda2 camni. at least masa aku terisi malah perut juga. bak kata pepatah kenyang perut, suka hati. tapi kalau aku, kenyang perut, sakit hati(sakit hati sbb terbayang banyaknya kalori yang di consume) hadoyyy..

maka, hari ni aku keluar dan perasan kat MID ada delifrance. huyyah huyyah. excited siot. lalu berbisik2 dengan ecah. hehe.


peneman setia. ajak g jamban pun dia boleh teman ya.


memula masuk aku tanya dulu cashier, "Sms ni boleh guna kat outlet ni ke?" . Lalu minah tu pun baca. " Boleh boleh". Apa-apapun tanya dulu ya, kang kena bayar, tak pasal-pasal. tapi kalau kaya, takpe, boleh di maafkan. Maka, kami pun cari tempat duduk.


bajet nak tengok menu. padahal dah tahu nak minum air apa.


lalu aku tanya chah, nak minum cappuccino ke cafe latte? jawapan ecah, tengok mana yang mahal. HAHAHA. yela kan..lagi mahal, aku assume lagi sedap mungkin? maka memilih cafe latte.



kau tengok sekarang berapa harga secawan cafe latte. rm 7.30, tapi bila guna sms ajaib ni dapat beli dengan harga rm 3 je(tak masuk service charge) pernah dengar kata pepatah? study smart not hard. (eh, tu pepatah ke?) maka kita haruslah eat/drink smart not hard ya.



yummeh!



brown sugar dia bg aku. tapi sikit sangat. kalau tak boleh curi buat masker. hehe.



saya pengguna bijak kerana menggunakan sms ajaib.



licin!




harga sebenar. secawan cafe latte.


tetapi kerana kepandaian aku, aku hanya perlu bayar rm 3.50 sahaja! yihaaaa. and honestly, cafe latte tu memang sedap. kepahitan kopi nya cukup! lemak nya cukup! memang patut lah harga kau rm 8.45(termasuk tax)


so, nasihat aku, jadilah pengguna yang bijak macam aku. wakakaka. tapi apa-apapun tanya dulu staff situ. biarpun kita nampak cam miskin tak mampu bayar. tapi, ada aku kesah?? bukan dia kenal pun. lagipun, kalau semua org tanak. kesian celcom...dah bg diskaun org tanak guna. huhu.


so, siapa yang kaya, 'hey what money for kan..' boleh lah try cafe latte from delifrance sebab mmg sedap. siapa yang middle class cam aku ni, sila bersabar, kot kot lah esok ada sms kan. tapi kalau ko pengguna digi atau maxis sila jangan mimpi. AHHAHAH.


beberapa hari lepas dapat lagi sms dr new york skin solutions. hmmm tapi aku nak bg mak aku free facial and product tu. mungkin rezeki aku murah kat sini, rezeki kerja nanti nanti adalah. insyaALLAH.




#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...