Wednesday, July 23, 2014

RS and AJ #5 - Pandai ke tak ni?



SALAM!!!



Kalau kita jadi orang perempuan ni, mesti expectation lelaki ialah nak kita ni pandai serba-serbi kan? hakhak.. 



Aku pernah tanya Wan, "B... u rasa apa I tak pandai buat kuih.. buat cake semua?"



Pastu dia balas,"Tak rasa pape pun"



BAHAHHAHAHHA.



Laki aku memang camni ekkk. Dari zaman sebelum kahwin, dia takde pun jeles2 ke apa. Cool jek. Ada gak hrtu aku tanya....



"B, apasal you tak pernah nak jeles ke apa?"



Dia jawab,"Orang bodoh je jeles2 ni..."



"Pastu, I bodoh lah?????"
(Aku mmg kuat jeles. Sbb ada sesetengah kawan perempuan dia mcm takleh blah sikit hewhew)



Dia gelak.. "Ha yelah tu"



(-__________-) krikk krikkk elehhhh tak jeles pun tapi....... mulut potpetpotpet gak....



Yg pasti nya aku memang tak koserr nak baking bagai... mmg kelemahan saya... Maap! Kbai.



Thursday, July 10, 2014

RS and AJ #4 - Shower Shower



SALAM!!!



Dulu masa aku kenal Wan, masa tengah bercinta, aku ni memang tukang kejut dia bangun tidur. Memang kena kesabaran yang sangat tinggi lah sebab Wan ni jenis payah bangun. And dah kawin baru aku tahu dia jenis kena kejut berpujuk. Kalau tak, ko jangan mimpi lah dia nak bangun. Sapa tak paham kejut berpujuk tu, takpe. HAKHAK. Sebab siapa yang takde kesabaran memang takleh layan.



Dulu masa bercinta aku selalu kejut dia, call sampai lebih 100 kali. Tu pun kadang2 belum tentu bangun. HAHAHAHHA. Kadang2 sampai habis bateri phone aku. Bila dah habis ikhtiar sangat aku akan call bapak dia. Boleh tak???? OMG. Krikk krikk level 9999. Bila dah kawen, if aku pergi kerja dulu, aku akan kejut dia kemudian.



Semalam dia pergi kerja lambat, pukul 10. So aku pun kejut lah..... Tiga kali call, dah angkat...


Aku : B... bangun sayang dah 930 ni, nanti you lambat...
Wan : Ok.... dh bangun dah...


HALAHHHHHHHH memanjang dah bangun kalau kejut. Hakak dah masak sangat dengan perangai suami hakak ni.. So aku pun iyakan jela.....


Pukul 945 aku call lagi............ hmmmm mmg sah2 lah tidur balik kan.....


Pukul 10 aku kejut lagi....


Aku : B... bangun ya.. nanti lambat..
Wan : I dah bangun lah... ni tengah gosok gigi... Tak percaya lah tu...

Pastu dia berus gigi dia kuat2 sambil dekatkan phone...

(-_______________-) okok i get it.


*********************************************************


Hari ni pun dia masuk lambat....


Pukul 730 aku kejut....

"Ye I dah bangun...."

Oklah... aku pun sambung drive.. Jam teruk sangat pagi tadi... 820 baru aku sampai pfffttttttttttttt


Then 740 aku kejut lagi...

Tidur lagi.......


Bila aku sampai office, dah on laptop, aku call lagi....

"I dah bangun lah... tengah mandi ni"

"Apa bukti nya?"

Pastu dia buat bunyi shhhh shhhhh (bunyi air) ... Sambil ckp Shower shower...


BAHHAHAHAHAHA ada ke orang mandi sambil cakap shower shower..


(-___________-)


Lakkkkk macam macam ekkk...


Nasib sayang..... Kbai..


Thursday, July 3, 2014

Part 9 : RS & AJ



SALAM!!!


Di sebabkan aku ni pemalas lagi malas. Maka nya, entry perkahwinan ni aku satu kan je.. sbb nak buat 10 part je... jgn nak over sangat.. bajet kau Che Ta keeee puih. Aku rasa ni entry paling banyak gambar. Jenuh lak kan nak resize satu2 gambar pfffttttt.


NIKAH - 4/4/2014



Ramai orang kata ala saje lah tu pilih tarikh 4/4/14 nak style2. BAHAHAHHA. Sumpah demi ALLAH aku tak pilih pun tarikh tu, mama aku yang pilih. Ketahui lah bahawa dlm perkahwinan aku ni, aku buat keputusan 10% je which is tempat honeymoon aku and lelaki yang aku kahwini.. BAHAHHAHA. Yang lain semua Mama yang buat sebab entah... aku cam pening nak amik kisah... Plus aku tgk Mama happy je, so aku ok je, tak kisah.. 



Nikah Hari Jumaat pukul 3 lebih camtu lepas solat Jumaat. Wan kepoh gila masa ni sebab dia kata nanti baju dia berkedut lakkkkk.... last2 dia pakai baju lain dulu.. mcm mcm ek... aku cam biasa lah rileks je... siap Mama marah sbb taknak pakai korset. Rimassss YA AMPUN...  Memula pakai, last2 minit tu aku bukak. HAHAHA.



 Apatah yang lawak sangat... Ustazah sangat aku time ni... One day maybe :)



 Masa ni aku sebak.....



 Yeayyy dpt duit. HAHAHAHHAHA



  Jantung saya. Aish comel gila.


 Keluarga baru saya :)



 Eksyens yang hadir :)



Gambar outdoor.. Tengokla muka Wan... ha sbb tu la aku kawen dgn mamat ni...



RECEPTION PEREMPUAN - 5/4/2014



Reception belah perempuan di langsungkan keesokkan harinya. Aku ok je, lagi cepat habis lg bagus sebab penat kawen ni rupanya. Yang paling takleh blah, Mama siap pesan, jangan tidur atas katil pengantin, nanti bunga2 segar rosak atas cadar tu. Ehhhh dengar plak aku ckp Mama kan... hahahaha.. aku alih bunga tu, kroihhhh kroihhh aku tidur.. HAHAHA...



Alhamdulillah cuaca sangat elok time ni. Syukur sangat... Tapi masa dah leps azan tu Wan tak sampai2 lagi, perghhh hati aku dah panas dah.. last2 lupa ek bgtahu nak masuk ikut entrance mana... adehhhh...  Terpaksa lalu di tengah2 orang ramai sambil jalan lambai2. Poyo kan...


Benda yang aku paling suka masa wedding ni ialah kek aku. HAHAHA. Yaya tempah kat kawan dia. Sedap gilaaaa... Yumssss... 



Apalaaa yg lawak sangat si Wan ni...
 

 Chewahhh... tak dpt lalu bawah pedang pun takpe.. I lalu di tepi2 gadis bunga...baru lah seri pengantin naik.. walahh



 "Awat busuk plak niiiiii"



 "Nak sangat cium kan... meh meh" HAHHAHAHAHAHA



 
 "Hmmm lembut pipi kakak. Mesti sebab Nutox kannn" "Biasa laaaa Baba"




 Ha amik jangan tak amikkkk


 "Pantas skett makan tuuuuu"



Kau kalau dah dasar kuat makan. Waktu kawin pun ko hentam gak kan.. Sampai kakak sedara aku bg signal swuh stop makan and minum. HAHAHAHA. Pengantin terlampau.



 My beautiful cake



 Parents yang banyak membantu :')



 
 Kawan sekolah Menengah



 
Kawan-kawan UIA



Mana tah gambar eksyens.... hmmmmmm....



Penyatuan dua keluarga



 Keluarga besar Wan



 Family saya. Aish omok omok..


 Masa ni ada tembuan... Ya ALLAH....



 RS & AJ



 Verangan la ko kan Amni. Acah2 shoot dekat obersea siap kincir angin bagai padahal ketiak lecak tak hengat... 


RECEPTION LELAKI - 12/5/2014



Majlis belah lelaki berlangsung seminggu lepas majlis belah aku. Lepas kawen tuari, Wan terus bawak aku balik Ampang. YA ALLAH... masa ni memang sedih yang amat. Aku menangis dari klang ke ampang. Teruk kan? Anak mak biasa lah.... HAHAHA.. 



Untuk majlis belah Wan ni yang buat aku terharu ialah Wan buat sendiri pelamin dia. Memang dia cuti seminggu untuk buat pelamin tu dengan bantuan kawan-kawan dia. Terharu mak noksss!



 Abang Hafiz (abg Wan no 2 pandai menari) ewahhhhh



Family saya... kemain aku peluk mama and yaya masa ni.. rindu sangattttt



 hmmm botaknya.... (telan air liur)



 Family Wan... :)



 Outdoor kat tasik


 Kesayangan sangat!



Nenek nenek


Banyak nau gambar kalau nak share. Malas aku nak kecikkan. hehehe. The best part about this wedding ialah semua orang happy. Bila tengok video kawin rasa mcm bahagia sangat bahahha over ekkkkk... Tapi... memang lah saya sangat sayangkan Rithuan... hihi meowwwww. Bak kata dia, dia je boleh buat aku stress dan bengang. Memang pun... buat aku moody tapi dia jugak penyejuk nya..(novel kan ayat)






Nanti video nikah dah siap aku update je entry ni.



Terima Kasih tidak terhingga pada semua family especially parents saya, adik beradik dan makcik yang melayan kerenah aku. Thanks to my family in laws, pengapit saya yang tabah shok shek, make up artist saya Suraya Anuar yang tak jemu make up kan aku. HAHAHAHA. Tak lupa jugak kawan2 yang hadir, kawan2 Wan, photographer and videographer yang paling penting aku tak dapat makan satay!!!!


Kbai.

Tuesday, July 1, 2014

RS and AJ #3 - World Cup



SALAM!!!



Kadang-kadang aku tak faham orang yang tgk bola ni apa nikmat dia. HAHAHA.. And aku memang tak tengok pun. Malas. Sebab dia akan kacau waktu tidur aku. Maaf waktu tidur saya tak boleh di ganggu. HOH HOH.



Tapi Sabtu lepas, masa lepas terawih Wan ajak makan (jangan bising kalau aku gemuk, tengoklah suami ajak makan pukul berapa zzzzzzzzzzzz) Makan pun kat mamak..  Masa aku tgh makan tu adalah Brazil lawan Chile. Tapi biasa lah aku tak endah pun, maggie goreng lagi sedap. hmmmm...






Bila dah habis makan, aku borak2 dengan Wan. Kawan2 dia pun ada... Lepastu aku pun tengoklah TV.. dlm hati apalah yang best sangat ni....



Aku : B, ni Brazil lawan dengan China ke? *innocent gila*
Wan : *gelak evil* bukan lah sayang, ni Chile.. negara yang belah2 Selatan Amerika tu..
Aku : pfffttttttttttttttt yelah kan kat TV tu tulis BRA dgn CHI.. so aku assume China lah kan..



Nampak tak betapa tak ambil tahu.. kbai.

Monday, June 30, 2014

Cukup tak air yang kita minum?



SALAM!!!



Lama dah rasanya tak tulis pasal kesihatan... dh syiok sangat kawen kan... bebalik cete pasal Wan.. HAHAHAHHAHA. Mari lah kita bercerita pasal lain plak ehhh...



Aku tak ingat samada aku pernah ke tulis entry pasal air, takpelah kalau ada just to remind rerakan taulan... hehe.. Kalau cakap pasal air, mesti ada beberapa jenis orang akan bagi komen pasal air.



A : Aku minum air manis je, air suam tak sedap!
B : Air?? apatu?? I makan je tak minum air.
C: YA ALLAH.... sedapnya air...
D : Air kencing kaler kuning means kurang air



Ihsan google. Maap ler kalau kat Malaysia, airnya tak sejernih ni. Ada keladak sket. HAHAHA.




Anda tergolong dalam kategori mana? Kalau aku, aku memang jenis banyak minum air putih. Sebab.... entah, bagi aku air putih paling sedap, 2nd coffee and third of kos susu putih. hehe. Kalau cakap pasal air, mesti orang akan kata kena minum at least 8 gelas sehari. Pada aku, minum je selagi ko rasa tak muntah.. aku rasa paling maksimum pun 4 liter kot bg manusia biasa.. lebih dr tu mmg dasyat.. HAHAHA... Tp sebenarnya air ni boleh jadi dr banyak punca, bukan sekadar air "AIR" sahaja.. Dari buah, ada air gak... dr sup2 ke.. so itu pun di kira gak.. jangan plak ko minum sup ayam je satu hari..



Bila masa yang kita takleh minum banyak air?



1) Bila waktu makan. makan minum makan minum. Nak muntah okkk
2) Bila waktu malam kat kampung. Minum banyak nnt takut nak pegi toilet sorang2....Sebab takut hantu
3) Bila bersukan. Minum banyak nnt dok lompat2, mau terkeluor airnya.
4) Waktu berpuasa. HAHHAHA. Eh? #lawakhambar





Ramai orang kata, air tu bagus utk neutralkan toksik dalam badan.. sebenarnya air tu bukanlah tujuan dia untuk menyahtoksikkan, tapi dia membantu. Sebab apa membantu? Sebab buah pinggang kita perlukan sejumlah air yang cukup utk buat keje derang.. Air tak cukup, buah pinggang takleh function properly. Kalau air tak cukup, toksik dlm badan tu tak dapek nak di buang. So pepaham lah... kalau dah 40 tahun kome hidup kurang minum air... Pikior le sendiri......




Pernah dengar tak siapa minum banyak air akan kurus? HAHAHHAHA. Kalau betul lah, mmg aku lah orang pertama yang akan kurus kering bagaikan ikan bilis. Sebenarnya minum air taklah buat kita kurus, cuma dia akan memudahkan process. Air putih kan takde kalori, so bila kita minum air, kita kenyang, so dia akan reduce calorie intake kita. Tu yang membantu kita kurus.




Air jugak buat kita rasa kenyang. Cuba try sebelum makan, korang minum air, memang lah makan sikit je. Acah acah sikit lah... HAHAHA. Tapi jangan lah sampai tak makan, hanya minum air je. Tu dah tak sihat. Ingat! Kuruskan badan dengan cara sihat tu akan buatkan badan ko maintain sihat lebih lama compare dengan kurus mendadak... Nanti naik pun mendadak... Aku tahu lah... aku kan pernah gemuk gila dulu... Meowwww...



Satu lagi kepentingan minum lah air untuk mengelakkan kencing warna kuning pekat. Kesian kan buah pinggang korang eh... kalau warna kuning cair tu ok lah... tapi kalau putih lagi baik... Tak rugi pun minum air.




Ceritanya semalam masa pergi bazaar ramadhan, aku bukan excited beli makanan. Aku beli air.. sampai tiga jenis, yang air bliss tu sampai 5 botol. Nampak tak sekarang kegilaan minum air. HAHAHAHA... Wan siap pesan,' ni semua mesti habiskan ok'. Maka nak sedapkan hati dia, jawab jelah OKKKKK padahal air kelapa tu rasa cam (isi tempat kosong) taknak beli dah..


Kbai.


Wednesday, June 18, 2014

Masak lerrr



SALAM!!!



Biasanya bila kahwin je mesti orang perempuan fikir kita kena masak. Katanya nak tawan hati suami melalui perut... Maaf! Saya tawan hati suami melalui senyuman... (ajaib lah kalau laki tertawan) Aku ingatkan aku tak payah masak since aku kan dok umah mak mak aku.



Malangnya..... sangkaan aku meleset.... (biasa la manusia kan suka berharap)



Sebenarnya aku taklah malas, and bukan nya tak reti.. cuma keadaan tak mengizinkan.. chewahhhh... KONON. Ada haritu family aku pergi terengganu, since aku dgn Wan tak ikut (kitaorg g PD masatu) so aku kena lah fikir nak bg makan laki aku...



Aku : I masak tomyam nak?
Wan : Hmmmm.... Masak masakan minang lah....
Aku : demmm (dlm hati : alahai... ni bukan expertise aku) *bajet kan expertise padahal goreng ikan pun jerit2 sbb takut minyak meletop pop pop hello kejelitaan adalah hak milik setiap insan*



Maka nya lepas jalan2 kat Setia City Mall, kami pun menuju ke Urbanfresh. Ya Ampun Mak Enon... Mahal amat cili kat sana. Sobs sobs... Layankan jelah... Aku siap pesan... jangan complain lebih2 kalau tak aku taknak masak selama 15 tahun. BAHAHHAHAHAH. over kan...



So petang tu aku pun masak lah....... Sejam gak kot. Sebab sambil masak sambil tgk TV. Muahaha. Maka jadi lah hari tu sambal minang, telur dadar, kangkung goreng. Sambal minang makan dengan ikan bilis dengan kentang. Siap insta tak tahan... BAHAHAHA..Tapi Wan cakap sedap... di sebabkan aku bukan org minang so aku tatau tahap kesedapan sambal tu.. So aku layankan jelah..





Then wiken seterusnya, aku masak ikan bawal sweet sour dengan tom yam ayam... Yang ni xde gambar.. letih plakkk kan asyik nak ketip gambar jekk... Ni je la excited kan sbb masak pertama kali... hihi..


Yang penting Wan tambah nasi 3 kali... Then...


Aku : Eleh... berlakon lah tu... acah2 sedap nak jaga hati...
Wan : Letihnya nak berlakon sampai kena tambah 3 kali...


BAHAHHAHAHAHHA. 


Terharu. Kbai...


Thursday, June 12, 2014

Part 8 : RS & AJ



SALAM!!!!



Ewah... dah kawen baru nak update entry2 ek berkenaan sebelum kawin.. Pun boleh... Bila cakap pasal persiapan kawen ni, bahagian photography ni antara yang terpenting lah... Sbb gambar kawen kan nak tengok sampai ke hujung nyawa... EWAHHHHHH...



Untuk photographer kitaorg dari tunang sampai ke kawin..  Kitaorg pilih Rejimen Alatubah Photography . Team photography ni sebenarnya kawan2 Wan... so memang tak kekok lah kan.. derang okay je... and the best part is its FREE... hehe.. (Faedah yang anda dpt bila berkahwin dgn photographer) Cuma kita bayar upah jelah kan.. Sedapkan hati.. hahaha...



And untuk videographer, kitaorg memang nak ada... so cari punya cari... decide untuk amik Takeem Videography . Takeem ni banyak buat video clip artis katanya. Ewah... tp aku bukan amik dia sbb tu... tp sbb dia ni jiran belakang umah Wan... haruslah harga jiran (aku kan cheapskate) MUAHAHAHA.



And nak di jadikan rezeki, tetiba ada orang nak sponsor Pre-Wedding Video kitaorg.. YA ALLAH apakah ini??? Bagaikan mendapat durian runtuh... ok durian tak suka, busuk.. Bagaikan mendapat kopi runtuh.... So... yang shoot untuk pre-wedding video kitaorg ialah Studio Shagrasyiid. Syarat Shag senang je, pakai baju sama dgn sediakan skrip... Apasal mudah sangat ni????? Maka aku pun setuju lah. Tempat semua dia pilih.. Aku ok je sbb aku pun mmg jenis malas nak fikir kan.... (DIVA katanya)



Maka hari tu kitaorg pakai baju sama... Ya memang geli tapi apakan daya.....
































Pada aku Shag ni dia pandai berkomunikasi dengan pelanggan dia. Sebab kalau kita jenis yang tak biasa buat video, confirm kau malu punya. Tapi dia pandai kawal keadaan dan dia banyak idea. Ko ikut je apa kata dia. Senang kan...


Dia pun ada amik gambar gak. Kira amik gambar lagi utama lah. hehe...


So... inilah....


TEASER


OUR PRE-WEDDING VIDEO



Video kawen tak siap lagi... Nanti2 share... Nasihat aku kalau korang cheapskate mcm aku, cari lah bahagian photographer and videographer yang murah sebab dua benda ni memang tak lari 3k PALING BUSUK. Tapi kalau kau kaya raya duit baling2, ko nak upah sampai 80k pun padahal kannnnn....



Kbai...


#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...