Monday, March 28, 2011

Mari jadi orang pagi

hello good morning. pernah tak korang tertulis good MOANING. ahahha. bangang kan. ok dah. tu takde kaitan dengan entry yang bakal di tulis. aku percaya, percaya gila ni, tak ramai orang yang suka bangun pagi. padahal bangun pagi banyak faedah nya.

kalau aku bangun pagi, kerja2 rumah aku siap awal. maka, aku boleh rest awal. malah tak tinggal solat subuh. opssss opocot! lagipun mak and abg aku pernah kata, kalau bangun awal rezeki masuk cepat. :)

antara alasan-alasan cliche org mls bangun pagi:

  1. ala, penatlah malam tadi pergi membajak sawah, i need lotsa rest
  2. rileks lah, 5 minit lagi, 5 minit je..maka berterusan sampai 50 minit
  3. sapa yang loser sangat nak bangun pagi2 weekend ni
  4. lebih baik tidur dari bangun, tidur tak guna duit
  5. tidur boleh kurus hokeyy

anda terasa? bagus. mari saya bantu anda untuk bangun pagi dan tak rasa lesu.


1. pabila bangun pagi, mesti sejuk bukan? ramai yang suka mandi air panas. AKU adalah pengemar air panas. tak kira, pagi, tghari, mlm, mesti nak mandi air panas. hhaha. tapi sebenarnya, untuk menyegarkan badan pagi2 hari yg suci. adalah digalakkan MANDI AIR SEJUK. memang confirm terbukak mata kena air sejuk. setuju? malahan dapat menjimatkan gas di dapur pada siapa yang masak air semata-mata nak mandi air panas di pagi hari.


2. untuk bangun pagi dengan mudah setelah mengharungi hari yang panjang. adalah di haramkan. ahahaha. oklah, taklah haram tapi kalau boleh avoid makanan masin selepas jam 6 petang. sodium akan membuatkan kita menyimpan air. so nanti bila bangun tidur air tu naik ke muka (dan bahagian lain juga). perasan tak bila kadang2 bangun tidur muka kita bloated. cam kembung, mata sembap. ha, sebab ni lah. sekarang faham tak?


3. langkah ke 3, bangun pagi. stretch badan sikit. nak2 yang mimpi kena kejar hantu ke apa. confirm badan lenguh. lepas dah stretch, buat gaya ini

kalau korang mmg practice yoga. benda ni takde benda ahh wehhh. heehhe.



4. untuk bangun pagi, dan menjadi segar tidak lesu macam sayur bayam, salah satu benda yang boleh di praktikkan ialah bau oren. certain2 bau ni boleh stimulate otak kita untuk wake up. so, oren adalah antara bau yang bagus. kalau nak lagi berkesan, gi beli sabun bau oren, mandi pakai sabun oren. sarapan fresh orange, makan buah oren. (ok, ni bukan iklan nak promote tropicana twister eh)



5. ok, last but not least. selalu kalau korang bangun, mesti pasang lagu or alarm yang paling annoying supaya rasa nak bangun dan matikan. di ulangi untuk di matikan. bukan untuk membangunkan. inilah kesilapan kita sebenarnya. ahaahha. di cadangkan, supaya mengunakan tone/lagu yang anda suka, so bila bangun pun tak rasa marah. happy je. kalau susah sangat nk bangun buat je ringtone ayam berkokok. bila bangun rasa cam kat kampung halaman.. angin sepoi sepoi bahasa. ohh indahnyaaaa.


ok, trylah benda2 ni. nasibaik aku ni jenis senang bangun. mak aku panggil nama sekali je terus dah boleh terjaga. ehhehe. kalau tak berkesan gak, meh bagi alamat rumah, aku simbah air je kat muka korang.

ihsan : dailyglow.


Sunday, March 27, 2011

TIPS 6 : menukar tayar kereta (amni style)



SALAM!!



hmmm (berdehem dulu) sila jangan tertipu. amni style bukan bermakna amni yang tukar tayar kereta. apani apani rosaklah kuku yang dah di kilatkan guna lemon. hehe. oklah, mari aku ajar cara senang tukar tayar kereta.

perkara ini terjadi di sebabkan tayar kereta emy pancit masa kitaorg nak gi job fair siang td. dugaannnnnnnn. ok mari aku ajar. aku bet mmg ramai pompuan tatau. termasuk ah aku. mmg nangis call baba jelah kalau benda ni jadi. tapi sekarang? tidak lagi. oh yeah.

ok, tadi emy dapat tahu tayar dia pancit bila, jalan kat jalan rata, tapi ada bunyi mcm jln kat line kuning yang banyak2 selalu depan sekolah, supaya kita slow tu. tahu tak bunyi dia cemana? ok kalau tatau dah, diam je.

jom mula!


1. bila tayar pancit, jangan panik. rileks je buat cam biasa. "eh tayar, ko pancit ke? aku mmg suka tayar pancit-pancit2 ni" . parking kat tempat selamat. dan keluarkan brg2 yg nak di gunakan seperti besi yg nak angkat kereta tu. apatah. tatau. ala kat bonet ada.



2. mula kan kerja-kerja menaik kan kereta. ok, kita kena naik kan kereta sebab kita nak tukar tayar yg pancit tu. so kena tanggalkan dia ya.



3. ok, angkat sampai tahap senang nak tanggalkan dia eh. contohnya seperti ini. nak naikkan ni pun satu hal. harap bersabar eh. pusingkan benda alah tu.




4. kemudian. duduk jap, rehat. lihat pemandangan. (ni kalau tanak buat pun takpe) tapi awan tu cam biri biri.



5. lepas tu amik gambar sendiri sambil hiburkan si penukar tayar tadi. sbb confirm dia stress. kau ingat tak penat tgh2 panas kena tukar tayar.



6. ok, berbalik pada tayar. banyak sgt iklan, ok, lepas tu bukak benda skru yg ada 4 tu. supaya tayar boleh tanggal. ni mmg nampak payah. guna sepenuh tenaga ya, kalau nk gi beli 100 plus dulu pun takpe. penambah tenaga. igt ajinomoto je ke penambah perisa. *tetbe*



7. lepas dah tanggal skru tu, tanggalkan lah tayar yang pancit tu.



8. pastu masukkan tayar spare. (kalau myvi punya cam tayar basikal je. hampesssss)



9. SIAP! senang kan. ok lepas dah siap, kena lah kemas balik brg2 tadi, jangan buang sampah merata-rata ya. dbkl banyak kerja lain nak buat.



10. ucapkan kata-kata semangat, "wah hebatnya awak pandai tukar tayar. saya tak". kemudian, bagi lah air kat si penukar tayar tu tadi. hargai dia. (ni pun nak kena ajar ke?)


dan akhir sekali, step number 11, naik ahh balik kereta yang dah okay tu dang!


p/s : lelaki yang tukar tayar tu lah emy. bukan bangla, nepal mahupun orang asli. sekian.

Saturday, March 26, 2011

Minuman berdiskaun


tengok tajuk entry cam best tak? apa, ingat baju dgn spender je ke ada diskaun? minuman pun boleh hokeyyy. jikalau tidak sabar, mari lah kita meneruskan penceritaan ini. moh moh.

jikalau mengikuti entry2 yg lepas, aku selalu dapat SMS free benda tu la, benda ni lah. bla bla. so, ada satu hari tu, aku dapat msg dari celcom. ianya berupa begini.


pernah dapat?


ok, dulu aku dapat banyak msg2 camni, tapi aku selalu delete sebabnya aku tak percaya. HAHAHA. tapi sejak aku banyak free time ni, aku rajin layan benda2 camni. at least masa aku terisi malah perut juga. bak kata pepatah kenyang perut, suka hati. tapi kalau aku, kenyang perut, sakit hati(sakit hati sbb terbayang banyaknya kalori yang di consume) hadoyyy..

maka, hari ni aku keluar dan perasan kat MID ada delifrance. huyyah huyyah. excited siot. lalu berbisik2 dengan ecah. hehe.


peneman setia. ajak g jamban pun dia boleh teman ya.


memula masuk aku tanya dulu cashier, "Sms ni boleh guna kat outlet ni ke?" . Lalu minah tu pun baca. " Boleh boleh". Apa-apapun tanya dulu ya, kang kena bayar, tak pasal-pasal. tapi kalau kaya, takpe, boleh di maafkan. Maka, kami pun cari tempat duduk.


bajet nak tengok menu. padahal dah tahu nak minum air apa.


lalu aku tanya chah, nak minum cappuccino ke cafe latte? jawapan ecah, tengok mana yang mahal. HAHAHA. yela kan..lagi mahal, aku assume lagi sedap mungkin? maka memilih cafe latte.



kau tengok sekarang berapa harga secawan cafe latte. rm 7.30, tapi bila guna sms ajaib ni dapat beli dengan harga rm 3 je(tak masuk service charge) pernah dengar kata pepatah? study smart not hard. (eh, tu pepatah ke?) maka kita haruslah eat/drink smart not hard ya.



yummeh!



brown sugar dia bg aku. tapi sikit sangat. kalau tak boleh curi buat masker. hehe.



saya pengguna bijak kerana menggunakan sms ajaib.



licin!




harga sebenar. secawan cafe latte.


tetapi kerana kepandaian aku, aku hanya perlu bayar rm 3.50 sahaja! yihaaaa. and honestly, cafe latte tu memang sedap. kepahitan kopi nya cukup! lemak nya cukup! memang patut lah harga kau rm 8.45(termasuk tax)


so, nasihat aku, jadilah pengguna yang bijak macam aku. wakakaka. tapi apa-apapun tanya dulu staff situ. biarpun kita nampak cam miskin tak mampu bayar. tapi, ada aku kesah?? bukan dia kenal pun. lagipun, kalau semua org tanak. kesian celcom...dah bg diskaun org tanak guna. huhu.


so, siapa yang kaya, 'hey what money for kan..' boleh lah try cafe latte from delifrance sebab mmg sedap. siapa yang middle class cam aku ni, sila bersabar, kot kot lah esok ada sms kan. tapi kalau ko pengguna digi atau maxis sila jangan mimpi. AHHAHAH.


beberapa hari lepas dapat lagi sms dr new york skin solutions. hmmm tapi aku nak bg mak aku free facial and product tu. mungkin rezeki aku murah kat sini, rezeki kerja nanti nanti adalah. insyaALLAH.




Friday, March 25, 2011

Surat cinta yang buat aku nangis.




SALAM!!!



oh.. belum cerita lagi dah rasa nak nangis. hmmmm. petang tadi aku layan cete ni, LETTERS TO JULIET. sweet cete ni. sebab ada masuk2 sikit William Shakespeare kan..hehe. apa yang aku suka dalam cete ni ada 2 part je sebenarnya. HAHAHAHA.


1. Masa Charlie dgn Sophie baring tgk bulan. Diaorang ada baca something yang sangat sweet(bg aku lah)



" Doubt thou the stars are fire,
Doubt that the sun doth move,
Doubt truth be a liar,
But never doubt I love"



sweet tak? hmmm. aku memang suka sastera2 ni. dulu masa high school memang amik Literature In English. tapi sayang tak dapat sambung dalam bidang tu. (ok, jgn tanya kenapa)



2. Masa Claire baca surat yang Sophie tulis untuk dia. Masa ni memang aku nangis sebab rasa terharu. :')


Dear Claire,
'What' and 'If' are two words as non-threatening as words can be,But put them together, side by side,And they have the power to haunt you for the rest of your life," What if? "" What if? "" What if? "I don't know how your story ended,But if what you felt then was true love,Then it's never too late,If it was true then, why wouldn't it be true now?,You need only the courage, to follow your heart,I don't know what a love like Juliet's feels like,A love to leave loved ones for,A love to cross oceans for,But I'd like to believe, If I ever were to feel it,That I'd have the courage to seize it,And Claire, if you didn't,

I hope one day that you will.


All my love,Juliet


aku percaya setiap orang ada the hard and soft sides. so ini soft sides aku kot. AHHAHAHAHA. tolong jangan muntah. okay bye.



Monday, March 21, 2011

Yun Nam Hair Care

di satu hari, TET TET (ni bunyi msg masuk, eh tipu sebenarnya lagu ingrid michaelson) dapat msg dari celcom mengatakan YUN NAM nak bagi FREE TREATMENT. aku pun rasa cam nak delete. dalam hati kata, "tipu la tu" tapi entah napa biarkan je. then 2 hari lepas tu(ni teka je), hp bunyi lagi. aku sebenarnya mmg malas nak tengok hp celcom sbb hp tu mmg khas untuk hj or bisnes. tapi sejak berbulan ni, hj malas nak msg (mungkin tangan dia terkehel, ok tak) hahaha. msg td tu dari NEW YORK SKIN SOLUTIONS. wohh! bia benarrr! ok takpe, aku biarkan gak.


then, setiap malam sebelum tido akan kemaskini hp. lalu TER-baca lagi sms tadi. then terfikir, "ala kalau try call pe salahnya" ok, pastu lepas 2 minggu baru aku teringat nak call. AHHAHAHA. busy siapkan document customer. then aku pun call lah YUN NAM tu.. buat appointment. aloh, cawangan baru dia dekat gilaaaa dengan rumah aku. maka rasa diri macam princess. HAHAHA.

ok, yang NEW YORK SKIN SOLUTIONS pun aku call gak. tapi nak tulis entry asing2. hehe.

JOM!

memandu seorang diri.



ha, tu aku bayang2 kan cermin. WAKAKAKA



interior. yun nam ni cam salon je lebih kurang. cuma ada bilik untuk scan rambut.



kan? (apa yg kan? mcm salonn laa)


seeee


maka rawatan pun bermula,

bancuhan herba.

pekerja tu letak layer demi layer herba ni. sejuk je kat kepala. yang tak leh blah dia borak2 dgn aku, tanya pasal family semua.

Pekerja : Mak awak kerja apa?
Aku : Guru Besar.
Pekerja : Dia dekat sekolah sekarang?
Aku : Tak, dia outstation kat genting highlands.
Pekerja : Oh genting highlands dekat kedah tu.
Aku : (-_-) ya ya kat kedah tu.

Aku ingat aku sorang je bangang geografi. rupanya ada geng. meh sep tangan sikit. HAHAHA.


cak! sejuk kepalaaa weh.


then bila lama2.. ni yang terjadi,

busuk ok herba tu. rasa panas kepala sbb dia kata herba tu melancarkan perjalanan darah. dah lah busuk, kepala panas. haish..

then basuh, letak ni pulak,



selepas 2 jam, baru selesai semua rawatan. then pegi scan balik. MEMANG BERBEZA!
masalah aku ialah rambut gugur, and mmg dah stage 2 lah masalah tu. sbb aku asyik tukar2 shampoo and etc. adoiiiii..

then dia ajak buat treatment bernilai rm 7000. makkk aiii..terdiam aku. bila aku kata takde duit, dia kata, oklah beli barang je harga rm 650. dia ingat cam rm 6.50 ke. then bila aku kata takde lagi, dia kata, bg je berapa yg ada. padahal masa tu aku ada rm 10 ke 20 je bapak aku swuh beli ayam nak masak tomyam. hahahhaa.

ok, sebenarnya, siapa2 yang ada masalah keguguran rambut, BOLEH pergi yun nam dan dapatkan treatment for FREE. for 1st timer lah. tapi nnt bila dia swuh korang beli product yg beribu2 tu pandai2 lah jawab. tp kalau korang kaya raya, heyyy what money for? pe salahnya belanjakan duit untuk kesihatan. rambut pun nak cantik gak. hehehe.


maka, berakhirlah kisah di yun nam. sebelum balik, dia bagi complimentary set.



dan ini lah isinya,


1. herbalogy ginseng shampoo
2. jasmine herbal conditioner
3. hair nutritional lotion



fenny ni cute okayy. baik je. tp yg paksa2 aku buat treatment tu tak cute. ahhahaha


hahahaha. bersih! entah zaman bila laa aku nk dtg lg kan..


untuk lebih lanjut, sila layari SINI

Sunday, March 20, 2011

TIPS 5 : masker for better complexion


hello sunday!!!! *nada gedik* sebenarnya dah lama aku nak tulis post ni. tapi asyik tangguh sebab demam.(T.T) tp takpe, sbb hrni hari ahad, kuatkan semangat sket. sebab benda yang aku nak tulis ni sesuai di buat pada hari ahad. ntah pape kn amni ni. bengong.

ok, aku sebenarnya nak ajar korang cemana untuk dapatkan better complexion. first of all, complexion refers to the natural color, texture, and appearance of the skin.(curik from wikipedia)

ok, sekarang ni aku nak tanya, korang tahu tak apa complexion asal korang? ada yang tahu. then ada yang tak kan? coz sometimes kita punya complexion ni berubah sebab mungkin :

  1. korang main basikal tengah2 hari buta, then basuh muka, dah ber panau.
  2. mengunakan pemutih muka dah tu putih tak sekata plak tu
  3. mmg tak tahu complexion tu apa jadahnya
so, untuk mendapatkan tona muka yang sekata, aku cadangkan kita buat masker yang murah lagi bagus ni. tak silap aku , aku baca beberapa tahun lepas dlm majalah seventeen. (ok, adik aku yg beli,bukan aku) coz im sixteen...*muntah*

MARI MULA!

barang2 yang perlu ada.

agak2 malas nk beli brown sugar kat kedai, amik je kat mana2. (sila jgn contohi perangai huduh amni ni)


ok, ni brown sugar nya. tgk, dah nk habis. nampak sgt rajin pakai masker brown sugar.


susu!

senang kan, perlukan dua benda ni je. susu tu aku nasihatkan guna lah susu putih. takyah nk guna susu coklat ke strawberry ke.


STEPS
  1. Tuang brown sugar dalam bekas (ni pun nk kena ajar ke?, kotlah ada yg igt tuang terus atas muka kannn)
  2. Curahkan sedikit susu.

ok, ni kena pandai agak. samada korang nk buat dalam kuantiti banyak atau sedikit. tp jgn banyak sgt susu tu, nanti masker tu jd cair sgt. then bila pakai menjejeh ke bawah. banyak semut beratur kang. hahaaha. buat dia jadi cam paste tomyam *ohh sedapnya tomyam*


3. Gaulkan masker tadi.


ni rupa dia setelah di gaul. elok je kan aku buat *poyo* dah selalu pakai, tahu lah the right amount. hehehe.


4. Sapu kat muka bancuhan tadi.


mmg muka cam katak puru pun ada. mengerutu. euwww.


5. Minum susu sambil tunggu masker kering. (ni tanak buat pun takpe)



normally, selepas 6-7 minit dia akan kering. then korang basahkan tangan, urut slow2 muka tu sampai bersih. memang perlukan air tau. korang tahu jelah, gula kot. kn kasar. lepas dah siap semua, lap muka dengan towel bersih2. dan rasai lah perbezaan nyaaaaa.

SELAMAT MENCUBA

Thursday, March 17, 2011

PART 2 : kegemukan



 SALAM!!!!


YA ALLAH lama gila nak sambung part 2. HAHAHA. apala nk jadi. terlalu banyak nk tulis tapi masa takde. keje menimbun nimbun. penat gila. ok dah, takde sapa nk dgr kau membebel amni. straight to the point, nk sambung entry yg lepas.

kira-kira 4 tahun lepas. aku gemuk gila. sekarang pun gemuk lagi. aku tatau apa yg buat aku berazam nk kurus, yg pasti bukan sebab putus cinta lah. sbb gemuk pun ada je bf. WAKAKKAKAKAA. ok dah.

masa dulu tu berat aku 77kg. boleh imagine tak betapa besarnya aku. pakai jeans saiz 35 ke 36 ntah.baju XXL. and confirm2 la aku tak bergaya. nasib baik, nasib baik lah dr masa sekolah aku ni nerd. so mmg jarang keluar umah, belajar belajar belajar. start keluar masa form 5. i mean mcm keluar dgn kwn2 lah. sampai mak aku kata, " ngah pergilah jalan jalan dah lepas SPM ni" aku dgn peliknya jwb, "oh kena ke?" skrg boleh bayangkan betapa anti-social nya aku? HAHAHHA. mmg dgn buku je. kwn sekolah tu adalah. seigt aku aku g makan2 pun g giant. HAHAHAHA.

then satu hari, dtg makcik ni buat analisis for HERBALIFE. berat/badan mcm aku tu, mcm badan org umur 45tahun dia kata. aku igt lagi. then, mama bersetuju beli satu set untuk aku berharga rm600++. then, dlm masa 3 bulan aku makan, aku turun 22kg. berat aku turun cepat sbb aku GEMUK AIR. nnt aku terangkan. then after 3 bulan tu, aku cam kesian kat mak aku, takkan nak beli lagi. mahal kot. bg org kaya duit campak2 yela murah kan. bg aku tak.(apasal cam cete sedih plak ni) HAHHAHA. pastu aku stop minum herbalife.

tapi aku cam berfikir, kalau aku stop diet, mungkin badan aku naik balik. kesian mak aku dah laburkan duit tapi aku tak hargai. lalu aku berazam untuk maintain kan berat tu.

apa aku buat?
  1. diet
  2. gym almost everyday
  3. yoga
  4. pilates
  5. dancing
alhamdulillah, dah 4 tahun. berat aku sama. :')


mmg aku tanak gemuk dah. bukan sebab gemuk itu benda yg tak best ke apa. tapi sbb mmg kita kurang keyakinan diri. rasa hodoh. and paling frust, tgk baju cantik-cantik tapi takde saiz. sedih mmg sedih gila. and paling sedih bila org ejek, eee gemuk gemuk. aku dah lalui semua tu, aku sangat faham rasa nya macamana. trust me. and aku mmg berazam lepas kawin ke beranak ke mmg aku akan sungguh sungguh jaga badan. :)


77kg


55kg (2 thn lps ni-pakai braces lagi)


55 kg (2 thn lepas)


sebenarnya banyak lagi gambar. tp sejak aku grad, bapak aku bg laptop. gambar2 semua dlm PC aku yg dah berzaman tak bukak. nanti, nanti lah ya, kot2 la PC tu di buka aku tunjuk lagi gambar masa aku 77kg tu eh. gambar2 ni pun jumpa dlm email lama. hahaha.

so, sekarang rasa ter-inspired tak??? kalau siapa2 yg berisi, nk kan semangat cemana nk kurus. jangan malu2 add aku on facebook then msg aku. bab2 ni aku mmg excited nak tolong orang. SERIUS TAK TIPU. sbb aku dah lalui nya.


ok, sekarang nk ckp pasal gemuk air dan gemuk daging.

STEPS :

1. pegang mana2 bahagian badan yg korang rasa adalah lemak. (lengan, peha biasanya)
2. picit-picit bahagian tu. lembik ke pejal
3. kalau lembik, sampai boleh bergoyang-goyang lemak tu tanda nya korang gemuk air.
4. sebaliknya kalau pejal malah padu, makna nya korang gemuk daging.
5. ok, pakai balik baju. HAHAHAHHA


so, apa yg membezakan gemuk air atau daging? ni pendapat aku tau. takde kajian scientific.

1. gemuk air senang nk kurus. sbb air kan. boleh di keluarkan melalui peluh atau kencing. masa aku mkn herbalife ada satu teh ni mmg bg kencing lawas. sbb tu aku rasa dlm masa 3 bulan aku blh turun 22kg.

2. gemuk daging ni ssh sikit. yela daging. kan pejal. so kena kerja kuat sikit. hasil lambat. tapi jgn cepat putus asa. bg pendapat aku, siapa yg gemuk daging, boleh diet then buat weight training. mana bahagian yg besar2 tu boleh toned kan jd muscle. nanti shape dia cantik.

3. mana2 jenis kegemukan pun, asalkan ada azam dan semangat PASTI BOLEH!!!


sekarang ni almost everyday aku baca articles, journals, mags, pasal kesihatan sebab tu keutamaan aku. plus, family aku ada mcm2 kanser. so possibility tu ada.

akhir kata, siapa nk nasihat, pandangan apa-apa sahaja yang korang terfikir. mesej je aku ya. ok,

GOODLUCK!


#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...